BEN ASHAARI

Thursday, February 25, 2010

NASI KEBULI II

Nasi Kebuli II
Seperti yang dijanjikan, mat letak N3 "Nasi Kebuli"...Kebetulan bonda berpuasa hari ni, jadi boleh lah hidangkan untuknya juga. Disamping tu mat masak juga rendang ayam kampung dan acar rampai mentah. Pada asalnya nampak kat blog "Kak Ummi Kuantan".. Lepas tu "Mama Fami" pulak buat, mama tu saja lahh tu nak goda2 i..ahaks, mati kang orang ingat ada skandal!!!...Nasi ni kan tatau nak kata apa, tapi sedap tau dan rasa rempah2 dia "asli". Lepas tu kan penggunaan serai dan daun limau purut mendatangkan satu nuansa yang agak berbeza. Santan yang digunakan menjadikan nasi tu rasa seakan2 nasi lemak berempah...senang cerita, kena buat lah baru boleh tau rasa dia macam mana...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul (resipi asal tak letak)
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit (mat letak 1 camca teh)
Garam secukup rasa
2 biji telur, didadar, hiris halus
Kismis, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan (tak letak sebab malas nak buat!!!)

BAHAN ACAR RAMPAI MENTAH :-)
Acar Rampai Mentah

1/4 bahagian kobis bulat, hiris
1 biji timun, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
1/2 biji nenas, hiris (mat guna nenas tin)
1/2 batang lobak merah, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cuka makan secukupnya (mat guna cuka "Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI :- Cairkan minyak sapi dan tumis halia, serai, daun pandan, daun limau purut, buah pelaga, bunga cengkih dan bahan kisar halus, masukkan serbuk kunyit dan kacau. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng 2 - 3 minit, gaul rata2. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan dengan chopstik, jangan ganas2 nanti nasi patah2...Tabur kismis, telur dadar dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran dan acar rampai mentah...
  2. UNTUK ACAR RAMPAI MENTAH :- Satukan semua bahan2 acar kecuali gula, garam dan cuka. Tambah 3 bahan tadi sehingga mendapat rasa seimbang..Biarkan 10 - 15 minit dalam peti sejuk sebelum dihidangkan....

7 comments:

ain said...

nmpak gaya kena buat la ns kebuli ni ye mat. baru ler boleh merasai sendiri kelazatan ns ni.

Mat Gebu said...

salam kak ain..
Yeaa betul...psst excelikan saya buat dalam 1 kati beras jee atau 600 g..kang buat byk, kena makan byk..hehehe..dah leer kita ni gebu.

MamaFaMi said...

Maaatttt.... bila baca resepi Mat, baru ma terperasan tau... ma lupa boh serbuk kunyit aaa... patut ler warna cam lain sket... hahaha.. Apa-apa pun, nasi tu dah habis ku bedal sorang. Warga rumah ni, tak adventurous macam tukang masak ni. Jadinya, sindri masak, sindri kasi habis la!

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Hahaha...biasa lah ma, ada manusia yg di jadikan Allah nie jenis tak leh nak tukar selera..dok diam di takuk yg tuuu jugak, kita lain lah kan, setiasa bertukar takuk...pstt ada teko baru sampai tadi maaa, gojes and sexy cutting..i likeee!!!

Jamelah Khatun said...

Salaams Cik Mat, sangat bertuah ibu awak, berbuka puasa dgn masakan anak kesayangan. Masya Allah. Awak nak jadi anak saya?

Ummi said...

Salam dan selamat menyambut Maulidur Rasul ya Mat, sedang elok sangat la menghidang kat tetamu yg berkunjung ni dgn nasi kebuli ni..hehe..cuci mata je la yooo...Sungguh cantik taburan dan hiasan, lengkap dan menambah selera lgk!!! Caiyooo, caiyooo..Tp Mat,resepi ni lain eh dgn yang Mat penah buat dulu2 tu eh? Mana sedap? nnt nk try yg Mat dulu la pulak..hehe

Mat Gebu said...

salam jemaleh...
Kak, pengorbanan kita sebagai anak, tak setimpal langsung dgn jasa ibu..lagi lah saya ni kan, dulu suka buat depa tu makan hati..tapi bukan leer serius sangat..hehehe

salam kak ummi...
Tuu dia, komen mcm cikgu AF...mmg lain kak dari yg saya buat..hari tu tgk kat TV kat belah pantai timur pun ada nasi kebuli ini, depa kata asal2 nama "nasi ke bawah duli" bila dipendekkan jadi "nasi kebuli"...salam maulidur rasul juga yea utk akak, abg dan anak2...