BEN ASHAARI

Tuesday, February 23, 2010

IKAN KUKUS HALIA

Ikan Halia Kukus
Salam semua, apa khabar, dah masak?..dah makan?...Cuaca panas2 ni makan yang simple lagi sedap...Hari ni mat kukus ikan, tapi kan ikan pun mcm dah meninggal lama, kalau dapat ikan yg fresh lagi sedap..Resipi amat mudah sekali dan hidangkan sejurus dimasak, kata lah lagi 15 minit nak makan, kukus dan bila cukup masa terus angkat dan hidangkan, nikmati ianya selagi hangat, kalau dah sejuk rasa dia ok juga tapi kurang menyengat u. Ikan tu terpulang ikut suka hati memasing yeaa...Tapi kan resipi ni agak "hangat" dan berangin!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong kacang (rupa macam ikan selayang tapi BESAR!)
3 kuntum cendawan shitake segar
1 batang leek, hiris serong dan rendam, toskan
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 ulas bawang merah, hiris halus
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 camca besar jus limau kasturi*
1 inci halia tua, dicincang halus*
1 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/2 camca teh gula*
Garam secukup rasa*(*disatu dan kacau rata, bahan sos)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan perap dgn asam limau dan garam, 10 minit, cuci kembali dan toskan. Letak dalam bekas tahan panas, ambil sedikit halia, bawang putih dan leek sumbat dalam bahagian perut ikan tadi.
  2. Taburkan cendawan hiris, cili merah dan baki halia, bawang putih dan leek tadi. Kemudian curah bahan2 sos atas ikan tadi, taburkan lada hitam tumbuk. Kukus 10 - 12 minit dengan api sederhana kuat. Hidangkan segera....

3 comments:

ain said...

terliur bila baca bhn2 tu!! mmg sedap kalau dimkn pns2.

NYKOLETT said...

sekali tengok macam sesuai dijadikan menu orang dalam pantang aje,,,bila baca pulak resipi nye....ooit ade sos tiram n air limau pulak..ini ade something different maaa..mesti kak rose cuba

Mieemy said...

salam...hi en.mat..sedap nyee nmpk kek ni nk try la resepi ni..minta izin copy yeee..tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.