BEN ASHAARI

Saturday, February 20, 2010

ASAM BEREMPAH...

Asam Berempah
Salam.....Waa, belum apa2, ada yang dah jeling2 manja kat masakan i, tau lah sedap..hahaha, mesti ada yg meluat dan buat muka tak siap kan bila baca nihh....Seperti biasa, ini masakan yang mat suka, jadi aku letak leer kat blog. Nama bukan main "Asam Berempah" padahal asam pedas jee...hahahaha, kalau nama sama, ada pulak yg tak mo singgah, yelah masakan biasa2 kann..Tapi kan pada mat, masakan selalu berubah2 mengikut apa bahan yang kita gunakan. Teknik memasak penting, pengawalan api, tapi zaman sekarang masak guna dapur gas senang, kalau dulu2 guna dapur kayu, adehhhh, boleh pitamm, silap2 hangus...dah lah tu rupa paras kita pun jadi huru hara, bersepai!!!....Ok lah, kalau sudi cuba2 lah tengok resipi, kot2 berbeza....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 -4 ekor ikan kembong saiz besar, mat guna ikan kembong kacang..
2 biji tomato
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar cili kisar#
5 biji cili merah#(#dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
Air secukupnya
Garam dan sedikit gula
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, jika besar,kerat 2, tomato dibelah 4 setiap biji, daun kesom direndam kemudian ditoskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama lengkuas, halia dan serai hingga harum, masukkan cili merah + cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan, daun kesom dan tambah jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Kacau perlahan dan masukkan tomato.
  4. Masak untuk 2 - 3 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api, jika menggunakan serbuk perasa, boleh juga direnjis kan sedikit...Awas!! terlebih serbuk perasa akan menyebab kan anda "BOTAK"!!....

10 comments:

Kak Rose said...

mat, asam berempah pulak.... kak rose baru sudah makan lontong yang sedap iteww... sarapan, lunch dan membawa kepetang semuanya lontong...

Mat Gebu said...

salam kak rose..
Hahaha, adoii hari lontong sedunia gamaknya kak rose hari ni....asam pedas tak kira apa pesen pun, mmg kegemaran saya....

cikmanggis said...

bila nampak gambo masakan asam berempah ni..meleleh air liur..nampak sgt sedap pasti rasanya seindah rupa:)

Mat Gebu said...

salam cik manggis...
Indah khabar indah rupa...tapi tu lah selera manusia ni berbeza2..apa yg sedap pada kita, mungkin tidak pada org lain....tapi yg ni sedap!!

nor64 said...

salam mat,

bahan2 yg digunakan tu pun dah nmpak sodap..belum makan lagi ni..rasa hangat ni sebab rasa rempah tu kut.,..kalau zaman dulu guna kayu api ..mata dahlah pedih berasap..lubang hidungpun silap2 berjelaga heheheh...kena cuci selalu...hahahaah..akak selalu juga cuba resepi masak asam mat kat sini..mcm2 versi ada..i likeeee

Mat Gebu said...

salam kak nor64..
hahaha, kak bab lobang hidung berjelaga tu mmg lawak...hahaha macam serombong kapal gitu...

Aishah@Ariffin@Aqil said...

Salam cikmat..kecur nengok asam berempah tu..Ada kalainan skit..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Memang berempah.. pasal ada letak ketumbar dan jintan kasar. Kalau saya lego jer macam masak sambal tumis, cuma tambah air lebih .. hehe

nino said...

mat ni memang la
buat akak terliur jer
sabar je tau

Mat Gebu said...

salam kak aishah...
Memang ada kelainan, rasa berangin2, tapi tak pasti pulak, angin pus2 ikut keluar ke tak lepas makan...

salam sari...
Itu lah susahnya saya ni, mencuba, menerai segala macam benda...pening juga kadang2kan..hehehe, tapi yg ni sedap.

salam nino...
Hahaha, kak, alahai, terguda kaa, saya minta amponn yea senbab boh gambar sexy sangat..tuuu diaa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.