APAM PISANG II...

Apam Pisang II

As'laikum semua, salam hujung minggu. Mesti ada yang dah melepak di kampung halaman masing2, yelah kan cuti panjang. Cuti2 macam ni nak hunting ke kedai apek dah sah2 tak boleh, yelah depa kan tengah berhari raya, sibuk...Ok hari ni mat buat apam pisang, tapi kan pada mat ianya lebih kepada kek pisang kukus, sebab penggunaan mentega cair di dalamnya dan teksture pun macam kek.

Apam Pisang II

Resipi mat ambik kat FP "Kak Rinchan"...Masa meround2 kat blog "Che Tam", mat nampak resipi yang sama juga. Jadi terima kasih pada kak rinn dan che tam kerana sudi berkongsi resipi apam ni. 1 adunan ni akan menghasilkan satu loyang berukuran 9 inci, kalau nak buat dalam bekas kecik2 pun boleh, jadi u all pepandai lah yea kecik kan sikit resipi ni kalau nak buat sikit.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Post a Comment

11 Comments

  1. salam cmg..dah lama akak tak tinggal jejak ni...sunyi sepi hari ni..ramai orang balik kampung atau cuti cuti Malaysi agaknya....nampak gebu betul apam pisang ni.Minta izin nak ambil resepinya.Insyallah jap lagi nak mengukus apam pisang ni untuk sarapan besok .T.kasih cmg

    ReplyDelete
  2. salam mat..mokwo pun teringin nak try resepi nih..nampaknye kena tunggu sampai dapat pisang leehh..c&p dulu yek..tq mat!

    ReplyDelete
  3. salam mat...gebu lah kek pisang mat tu. kat esbok akak ada belen pisang, insyaallah kalau rajin, boleh le try resipi mat ni esok!!

    ReplyDelete
  4. salam Cik Mat...ni link blog kita ye..saya dari dulu smpai skarang klu msuk blog cik mat cuma jadi sailent reader je..http://ilhamdapur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Mat, happy CNY 2010..

    Kita ada add blog Cik Mat kat FP link kita ya

    http://sajian.fotopages.com
    TQ :)

    ReplyDelete
  6. mat...lama combi tak buat apam pisang ni tau.

    ehhh limau ade lagi tak??

    ReplyDelete
  7. menjengok2 resepi...mintak salin ni...

    ReplyDelete
  8. minta resepi ni ye.nak wat minum petang

    ReplyDelete
  9. minta resepi ni ye.nak wat minum petang

    ReplyDelete
  10. Salam Cik Mat..Selamat Tahun Baru 2015!
    Kebetulan saya mencari-cari resepi yang berasaskan pisang untuk keluarga.. boleh tak kita bakar adunan ni selain dari kukus? Terima kasih.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.