BEN ASHAARI

Thursday, January 21, 2010

UDANG SERI RAMPAI

P1160478

Salam untuk semua....Musim udang galah kembali, jangan mareee....Kadang2 kan pening juga tau kepala nak memikirkan menu. Resipi ni mat masak guna apa yang ada dalam stok. Udang tu pulak seperti biasa, hasil abah mat memancing. Resipi ni ala2 kari ada, ala2 rendang ada, ala2 paceri punnn ada, kira all blended lah!!...Sedap dimakan bersama nasi hangat, roti canai, lempeng pekak, roti, nasi impit atau ketupat dan juga pulut kuning....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah sederhaha besar
1 cawan pati santan
1 cawan air
2 camca besar kerisik
2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau purut
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kari ikan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai, dihiris halus*
10 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepala udang, buat hingga siap, cuci, tos dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/3 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air jika perlu), kacau rata dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, air dan tuang santan pekat. Tambah gula melaka, kerisik dan asam gelugor. Bila kuah pekat, masukkan udang. Gaul rata dan masak hingga hampir kering tapi masih berkuah.
  4. Tambah garam secukupnya dan masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Angkat dan hidangkan...

4 comments:

dayang_jack said...

salam Mat...jeles tengok udg galahmu ituu dgn kuahnya yg mengancam jiwa..alahai...

kat area kte ni lak ssh nk dpt udg sebesar galah tu, Mat oii..
..mmg jeless sih!...

mohdandmeriam said...

salam mat.sedapnya masakan mat hari nni . terliur mak cik melihatnya...

fuzidss said...

betul tu susah betul nak dapat udang macam tu kat shah alam ni

ain said...

betullah kata fuzidss tu, susah nak dpt udang beso2 mcm udang mat kat sini. kalau teringin sgt kan, akak sampai pi ke jeti nelayan kat sg rengit, 2ggu dia org bawak naik udang galah atau udang kara!!! puasss!!!