BEN ASHAARI

Wednesday, January 13, 2010

MEE TOM YAM LEMAK.

Mee Tom Yam Lemak
Salam petang Rabu semua, dah minum petang?...Hari ni kan tiba2 macam nak makan mee tom yam, tapi jenis letak santan. Sebenarnyakan ni kes nak habiskan stok mee kuning dalam peti sejuk. Dan masakan ni biasa2 je, macam u all masak tom yam, lepas tu koo curah leer santan dalam 1 cawan macam tu, kalau rasa nak memperkayakan kolestrol, tambah lagi 1/2 cawan....hahaha. Lagi satu nak kabo, mee kuning tu boleh ganti dengan apa jenis mee atau pasta, rasa2nya kan mee hoon pun sedap, tak pun mee laksa. Kalau pasta pun sedap...kalau tak nak, belasah makan macam tu aje pun sedapppp Mak Ngahhhh!!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1500 ml air (atau secukupnya)
300 ml pati santan
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
10 biji cili padi siam, diketuk (nak pingsan, boleh tambah lagi!!!)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 camca besar pes tom yam (mat guna jenama "LIFE")
1 kiub ayam "MAGGI"
Garam dan sedikit gula
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1 biji tomato, belah 6
6 keping cendawan tiram, disiat kasar
1 batang saleri, hiris serong
150 g bunga kobis, potong kecil
2 keping fish cake, hiris nipis
150 sotong, dibersihkan dan kerat2
15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
Hirisan cili padi*
Hirisan daun ketumbar*
Belahan limau kasturi*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, kuib pati ayam, bawang besar dan pes tom yam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah, saleri dan bunga kobis.
  2. Masukkan sotong, udang dan fishcake. Tambah serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan sedikit gula. Tuang santan, kacau rata dan masak dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan mee secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 bertanda (*), sebelum dihidangkan hangat....

4 comments:

MULAN said...

happy belated birthday en mat gebu..!! moga dikurniakan kesihatan baik, kebahagiaan & kejayaan dunia akhirat..

tomyam lemak ni macam tomyam @ black canyon kot.. mesti best yg ni.. yumm yumm..

TokNabe said...

memang kalau tomyam nak best orang kata taruk santan atau susu cair sikit.

Raihan Shaari said...

salam mat.. kecur liur tengok mee tomyam mat ni.. bila la nak rasa yang betul punya.. Asyik tengok gambo je..heheh

Ummi said...

Weeee Mat, apasaiii la berderet byknya bahan mee nih..hadoiii mesti sedap nih..Bkn apa, akak kalu yg berderet2 selalu ter"miss" baca..maklum mata dah rabun..hehe