BEN ASHAARI

Tuesday, September 29, 2009

AYAM SERAI KASTURI

Ayam Serai Kasturi
Hmmm, nampak macam sedap tak ayam tu?...Kenalah tanya "sis-linn" dan geng2 bas sekolah yang datang ke rumah mat tempoh hari. Tapikan masakan ni senang, cepat dan sedap. Nak makan dengan nasi boleh, nasi minyak boleh, ketupat pun boleh....roti canai pun sedap, rendang pun sesuai, pendek kata dengan apa2 je lah....ok jom tengok resipi dia, kot2 lah ada yang teringin nak mencuba try....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
  4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...

Saturday, September 26, 2009

IKAN PARI MASIN BERLADO

Ikan Pari Masin Berlado @ Mat Gebu
Ishh sedap nihh, makan lauk ni dengan nasi hangat, pastu masak nasi biar lembut sikit...Adoii mak koo!!!..boleh pingsan beb!!...Tak caya waa cakap, luu cuba try buat sendiri ek...tapi kalau yang tak makan ikan pari masin tu, minta maaf lah tak dapat den nak menolong.....ok jom semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g ikan pari masin, potong dan rendam dengan air selama 1 malam
5 tangkai kacang panjang, kerat2 = 2 inci
5 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
8 biji cili merah*
1/4 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tadi, ditoskan dan cuci lagi sekali. Kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Cedok keluar minyak hingga tinggal 4 camca besar.
  2. Tumis bahan tumbuk lumat dan daun limau purut hingga harum dan garing, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan ikan masin tadi, kacau dan diikuti dengan jus limau kasturi. Masak sekejap dan seimbangkan rasa.
  3. Jika ok boleh matikan api dan hidangkan segera. Mesti ada rasa masin, manis, masam dan pedas dan harum bau daun limau purut. Sedap dimakan selagi hangat.

BENING PUCUK MANIS KELEDEK

Bening Pucuk Manis Keledek
Salam semua, masih beraya lagi ke?...yelah kan dah raya setahun sekali (eh..ada jugak dulu setahun 2 kali raya..ingat tak?)...Ok hari ni jom kita makan lauk rebus2 pulak, dah puas makan benda2 yang berat, bersantan, berempah dan ber-ber-ber lagi lahh!!!....Masakan ni senang sangat, ada sambal belacan dengan ikan masin dah ok.....tapi mat makan dengan satu lagi lauk di atas tu..very the sedap u!!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ikat pucuk manis (selalu kat pasar depa jual 1 ikat RM 1)
1 biji sedang keledek kaler oren
1 biji sedang keledek kaler kuning
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
5 - 6 biji cili padi, biar sebiji2
1 bawang besar, hiris halus
4 bawang putih, dititik
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, keledek, bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Masak hingga keledek 1/2 empuk, masukkan pucuk manis tadi dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  2. Tambah cili padi dan masak hingga pucuk manis lembut dan keledek empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin..

Wednesday, September 23, 2009

ANEKA JENIS KEK

Aneka Jenis Kek
Salam aidil fitri untuk semua, maaf zahir dan batin, mat letak gambar kek2 lapis yang mat buat untuk raya ni dan juga kek kukus. Maaf sebab lambat kongsi resipi, tapi ada antara kek2 ni mat pernah buat tahun lepas, contohnya, lapis rempah legit tu asalnya kek lapis prune, lapis cadbury tu pulak guna resipi kek lapis oreo, lapis asam manis tu resipi dia tak ubah dan lapis ais krim soda mat ambik kat blog rozzan. Kat sini mat cuma bagi resipi kek lapis ais krim soda saja yeaa, kek2 lain boleh klik di link yang mat bagi tu.....

Kek Lapis Ais Krim Soda
KEK LAPIS AIS KRIM SODA ( SUMBER : ROZZAN )

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
120 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh esen ais krim soda
1 camca teh pewarna biru
50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
1 camca teh esen raspberry (optional, mat tak letak pun)
1 camca teh pewarna merah jambu
160 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
  5. Sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap

Kek Lapis Legit
Kek lapis legit tu asalnya kek lapis prune, tapi kali ni saja mat buat kosong, tanpa prune, cuma guna rempah kek lapis saja (gunakan rempah kek lapis cap kupu-kupu dari Indonesia untuk mendapatkan hasil rasa yang enak)...resipi boleh rujuk di sini......

Kek Lapis Asam Manis
Kek lapis asam manis ni pun mat guna resipi tahun lepas dan resipi asal dari rozzan. Untuk resipi boleh rujuk disini yeaa......

Kek Lapis Cadbury
Untuk resipi kek lapis cadburry ni, boleh rujuk resipi kek lapis oreo (sebab guna resipi sama). Cuma kali ni mat tukar oreo tu pada coklat cadburry dan warna pulak mat letak hijau dan merah.....resipi ni pun mat ambik dari blog rozzan (pakar kek lapis dari Singapura tuuu...)..boleh rujuk sini utk resipi....

Kek Kukus Buah-Buahan
Kek kukus buah2an ni mat mat guna resipi yang sama sudah lebih 10 tahun, cuma satu pesan mat, kalau nak dapat hasil kek yang lembap, kena buat kek tu awal sikit, bila kek sejuk, balut kek dengan plasti cling dan simpan di tempat sedikit gelap, lepas seminggu, insya allah kek akan lembap. Tapi kalau dapat gunalah mentega berkualiti seperti, Golden Churn, SCS atau Anchor... Untuk resipi boleh rujuk sini.....

Tuesday, September 22, 2009

KAD2 RAYA LAGI.....EDISI TERLEWAT KUTIP!!

TERIMA KASIH PADA "CIK WAN"...(SORRY..TERLEWAT KUTIP..HEHEHEHE)

TERIMA KASIH PADA "NANIE" (SALAMDARI PUNCAK).....

TERIMA KASIH PADA MAK LANG....

TERIMA KASIH PADA KAK ZANA N FAMILY....

TERIMA KASIH PADA KAK UMMI KUANTAN DAN KELUARGA...

Tuesday, September 15, 2009

TAT KELOPAK

Tat Kelopak
As'laikum semua, cun kan "tat kelopak" hasil nukilan dari blog "Kak Lina" atau lebih dikenali dengan panggilan "Chef Norz"...Semalam mat ternampak resipi ni kat blog kak lina, sampai termimpi2!...Hari ni mat buat juga lah sebab teruja sangat. Nampak leceh sikit tapi seronok tengok hasilnya, ibarat satu kerja seni. Itu pasal mat selalu pesan, kalau nak makan biskut raya, mesti tengok, rasa dan nikmatinya, jangan main telan buta2....penat leer tukang buat tu berhias bagai atas biskut tu...langsung tak dihargai..dan satu lagi kenalah sedap, harap hias je "vouge', rasa hampeh nak buat apa...tapi resipi tat kelopak ni kan, kalau sesapa nak buat sebagai hantaran pun lawaa u....Apa2 pun gunakan kreativiti anda untuk mendapat hasil yang memuaskan..Untuk resipi asal, boleh rujuk di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega (mat guna 130g)
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty". Kemaskan doh tadi (seperti dalam gambar).
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

BISKUT PEANUT BUTTER

Biskut Peanut Butter
Teringat dulu2, bonda mat buat biskut peanut butter, tapi bukan lah rupa macam ni..Bonda mat buat dulu, biskut dia bentuk bulat dan ada setoet kismis diatasnya. Dan yang lecehnya bila acuannya melekat, habis kuih hancur, berterabur...tu jam kalau ingat, macam nak nak pijak2 kan je acuan tu...geramm!!... Hari tu kan saja2 lah try modifiey sikit resipi dedulu tu, ok lah juga, cuma kalau yang asal tu, lagi nyamannnn....

BAHAN - BAHANNYA :-)
125 g peanut butter (pilih yang halus)
125 g mentega
2 kuning telur
130 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh emplex
1/2 camca teh baking powder
400 g tepung gandum (kurang lebih)
Kuning telur*
Kacang tanah*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, peanut butter, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan pucat. Masukkan esen vanilla, baking powder dan emplex, putar rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dicanai.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal dan terap guna acuan kegemaran, alihkan ke dulang pembakar, buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut tadi dan hias dengan 1/2 bahagian kacang.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 18 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

BISKUT SUJI SALJU...

Biskut Suji Salju
Bukan nak puji, tapi kan ini lah biskut suji yang paling sedap, walau pun mula2 dengar ianya disaluti dengan susu tepung, mula lah tekak tu macam rasa muak dan mual (tapi bukan "ngandung" leerrr!!!...). Hakikatnya, susu tepung tulah yang membuat ianya bertambah nikmat selain menampakkan ke"salju"annya. Sekali tengok rupa ala2 biskut zaman jahilliahkan, berdebu dan berlapok, tapi kalau u all rasa, mesti nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi...tul tak mak lang?...(sebab resipi ni mat ambik kat blog "mak lang" yang femes itewww!!!)...tapi sebelum tu nak minta ampon dan maaf sebab ada sedikit termenderhaka dengan resipi asal...minta amponnn!!!!...

BAHAN A :-)
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor (mat guna gula aising)
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN B :-)
100 cornflakes, dikisar halus (mat guna"Nestum")
100 g tepung jagung
50 g suji (semolina)

BAHAN C :-)
280 g tepung gandum
Susu tepung secukupnya (mat guna susu "everyday")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

TAT NENAS GULUNG

Tat Nenas Gulung
Salam sejahtera untuk semua...tat nenas memang tak boleh dipisahkan dari sebarang perayaan di Malaysia, nak2 pulak hari raya..Kaum baba peranakan pun suka makan ini tat nenas tau, dia orang buat lagi besey (besar)..kalau tak caya, luu tengok yang dia orang jual kat Jonker Street, besey2 tau, makan 1 dah kenyang.... Resipi kulit tat ni mat ada buat sedikit perubahan untuk mengelakkan ianya menjadi terlampau rapuh, sampai tak leh nak pegang. Bayangkan kalau pegang je hancur dan yang makan tu pulak budak2..habis lahh berterabur, silap2 habis leer sofa2 import u all depa buat tempat lap tangan..ahaks!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g minyak sapi (ghee)
100 g mentega
50 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh serbuk vanilin@esen vanilla
40 g tepung kastard
400 g tepung gandum
Beberapa titik pewarna kuning
Jem nenas secukupnya, digentel sebesar badam
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, mentega, gula aising dan serbuk vanilin@esen vanilla hingga sebati (tak yah sampai kembang). Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga rata.
  2. Masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh ditekan (jika menggunakan acuan tat jenis tekan....macam acuan kuih sampret...). Bila rasa dah ok, jgn letak tepung lagi...
  3. Rehatkan doh 5 minit dan tutup dengan kitchen towel bersih yang lembap. Isi doh dalam acuan tekan yang dipasang mata untuk membuat tat gulung. Tekan memanjang (pastikan bahagian bercorak dok belah bawah), letak sebiji jem dan gulung doh tadi perlahan2 sehingga menutupi jem. Kerat dan alihkan ke dalam dulang pembakar
  4. Buat hingga habis, sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 17 minit. Bergantung pada oven masing2. Biarkan tat suam diatas dulang pembakar sebelum dialih ke atas jaringan. Bila sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara...

KUIH RAYA YANG SAMA.......

Biskut Kelapa Delima
Biskut ni memang kami dah buat sejak dahulu kala lagi, sejak mak kita muda belia lagi, jadi kalau tak buat kira tak boleh. Cuma baru2 ni ada sedikitttttt perubahan dalam resipi, yang lain semua masih asli...Bonda mat buat guna tepung jagung "Brown n Polson", tepung jagung dalam tin yang begitu klasik dan mat pun masih gunakan tepung jagung yang sama.....resipi boleh rujuk di sini....

Biskut Badam
Biskut badam ni pun memang mat buat kerap, tatau lah pada tekak mat, ini lah biskut badam yang sedap, rangup tapi rapuh, harum dan lemak....Kalau nak resipi, boleh tengok di sini.....

Almond London
Almond London ni pun sedap, resipi asal dari "Chef Wan"....lepas pertama kali mat buat, sampai laa ni, mat guna resipi yang sama, tidak berubah. Tau tak, masa pertama kali buat dulu, bonda mat lah yang menjadi mangsa tukang gentel almond london tu, ada tu kan, besar koo kejadiannya, sampai tak muat paper cup!!!..ahaks, hambik koo...makan seketul je kenyang...Resipi kat sini yeaa.....

Biskut Dahlia
Dan biskut dahlia ni, pun mat ikut resipi yang dulu. Sedap tau, ala2 biskut melting moment gitu, rangup digigit, cair di lidah (macam mana tu ek?)...Tapi kan biskut dahlia ni buat dia senang, sekarangkan ada macam2 peralatan moden, lain lah dulu, pakai acuan tekan yang guna ibu jari tu, acuan tembaga lagi koo, kalau saiz ibu jari macam "king kong"...habis laaah, tah leh muat nak menjolok ke lobang acuan tuuu!!!..hahahaha....Boleh semak resipi di sini....

KAD RAYA DARI TEMAN2 CYBER......

DARIPADA MADIHA....

DARIPADA KAK CT DELIMA DAN CIK MAT....

DARI KAK INA "KL"....

DARIPADA FIZA NORDIN....

DARIPADA FIDA....

DARIPADA AIN....

DARIPADA KAK NOORSL & KELUARGA.....

DARIPADA MAMASYIPAH...

DARIPADA HANA JEPUN (TAPI BUKAN ORANG JEPUN!!!..AHAKS)

DARIPADA FAE....

DARIPADA CIK MIN.....

DARIPADA AYU.....

DARIPADA AYMY...

DARI PADA AM"JB"...

DARPADA ALONGROZ...

TERIMA KASIH PADA SEMUA, SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Monday, September 14, 2009

KERABU TOMATO

Kerabu TomatoAlign Center
Salam sejahtera untuk semua, sebelum tu nak minta maaf bagi yang memberi kad2 ucapan, nanti mat ambik dan letak di blog...mat dahulukan dengan ucapan terima kasih banyak2 atas tanda ingatan tu semua. Buat masa sekarang ni mat dalam proses membuat biskut2 raya dan mungkin hari Rabu nanti baru selesai..... Sebenarnya puasa tahun ni, mat masak yang biasa2 saja...sebab orang2 kat rumah pun depa makan nasi masa berbuka. Ok hari ni mat letak n3 kerabu tomato.....Tekak ni kan tiba2 macam teringin nak makan kerabu tomato yang ada rasa macam, manis dan lemak2....Lupa nak bagi tau, kerabu ni mat buat semalam, baru hari ni sempat masuk blog.....insya allahh 1 - 2 hari lagi, mat masukkan n3 kuih raya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato, kalau dapat pilih yang kehijauan
2 camca besar ikan bilis, goreng garing
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan goreng garing*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 ulas bawang putih, dibakar*
1 biji cili merah*
2 biji cili padi*(*ditumbuk, tapi jangan halus sangat)
Jus limau kasturi (dalam 2 - 3 biji)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tomato di belah, dan hiris halus. Gaul bersama bawang hiris dan bahan2 tumbuk tadi. Tambah garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.....yumm..yumm!!!

Saturday, September 12, 2009

ASAM TUMIS KELADI

Asam Tumis Keladi

Ini lauk kegemaran mat, senang dimasak, sedap dimakan..lepas tu modal pun murah..lagi lah kalau keladi ada tanam sendiri kat rumah. Kalau tak nak tumis pun boleh, tapi mat suka ditumis sedikit, bagi menggaringkan sedikit rempah2nya. Kali ni mat guna jus asam jawa (selalu guna asam gelugor)...sebab apa?...sebab abah den tu kan "jowo", jadi mana leh tinggal darah keturunan "raden" dia tu....tak kuasaa guaaaa!!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul keladi, kupas, potong kiub besar2, cuci dan rebus hingga 3/4 empuk, toskan
2 - 3 keping tulang ikan masin kurau yang berdaging, cuci dan rendam
2 helai daun kunyit, disiat2
1 liter air
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan secubit gula
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
3 biji cili merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bajan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tulang ikan masin kurau tadi. Gaul rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan keladi, jus asam jawa dan tambah garam (jika perlu) serta secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan biar mendidih sekejap.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman....

KURMA DAGING TOMATO

Kurma Daging Tomato
Salam semua, dah siap masak ke?...Hari ni mat makan yang simple2 jeee, apa yang penting mesti ada "air".....hehehehe, ok jom lah kita semak resipi kurma daging tomato ni, masakan ni tak guna santan, tapi ganti dengan susu cair...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
2 biji cili merah, dibelah dua
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kurma
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
2 camca besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji tomato
2 camca teh lada hitam biji
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

TUMIS AIR UDANG GALAH

Tumis Air Udang Galah
Salam sejahtera semua, apa khabar...Ini menu berbuka semalam, sebab mat masukkan n3 ni jam 3+ pagi (hari Sabtu). Ini belen2 udang galah dalam simpanan, adalah dalam 7 ekor, tapi kan, saiz dia gigantic u, bukan jenis "anak2 ikan" yeaa...ahaks!...Selalu masak lemak memanjang, jemu sungguh kan, jadi mat buat satu masakan paling senang di dunia, dunia dulu hingga lah dunia sekarang!.. Yelah, masakan tumis air ni, sesapa leh masak, tul tak? Makan dengan nasi hangat dan sambal belacan pun dah cukup.....ishh sedap nihh!!...

BAHAN-BAHANNY :-)
7 ekor udang galah saiz besar, dibersihkan, cuci dan tos
2 tiub tauhu jepun, kerat 6 setiap tiub dan goreng garing
5 batang crab stick, kerat 2 setiap batang
1 biji tomato, belah 4
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 liter air (atau secukupnya)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan udang dan kacau rata. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis, biar mendidih.
  2. Tambah tauhu dan perisakan dengan garam, serbuk lada hitam dan secubit gula. Biar mendidih hingga udang masak. Akhir sekali masukkan crab stick tadi dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ulam2man dan sambal belacan. (mat tek letak daun sup/daun bawang, sebab tak de...hehehe :-)

TERIMA KASIH "NUFFNANG"....

Ok...sebelum mat teruskan dengan n3 masakan, mat nak ucapkan ribuan terima kasih pada "Nuffnang" dan juga semua pengujung blog masak2 mat....Ini cek terbaru yang mat terima. Jangan salah sangka yea, tujuan n3 ni hanya untuk menunjukkan bahawa "nuffnang" tu bukan lah saja2 meletakkan iklan di blog kita tanpa memberi hasil. Tapi kenalah bersabar, mat dulu pun cuma dapat RM 10, lepas tu dengan izin Allah, baru jadi banyak.....apa2 pun kesabaran itu penting dan kena yakin bahawa rezeki itu pasti ada untuk kita, insya allah... Bagi yang belum ada, tu boleh lah melayari "Nuffnang" untuk mendaftar.....

Wednesday, September 9, 2009

IKAN SUMBAT KELAPA

Ikan Sumbat Kelapa
Salam sejahtera semua....Hari ni tak leh nak cerita banyak, sebab apa?..Sebab kerja banyak, kena fikir banyak....kena laksanakan tugas yang banyak dan segala2nya banyak belaka tak de
yang tak banyak!!!....waaa punya pala pun "banyak" pening woooo!!!...Apa2 pun layan jelah lauk yang mudah, senang dan sedap disantap bersama nasi hangat, kicap, sambal belacan dan ulam2man...tapi kan kalau nasi tu masak lembutt sikit, lagi syok u makan sama ini lauk...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong saiz besar (nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula
Putih telur dari 2 biji telur
2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, buang insang dan segala isi perutnya, cuci bersih dan berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut, jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  2. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam ikan yang telah dibelah belakangnya. Kemaskan dan buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2 untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar. Tujuan menggunakan putih telur sahaja, ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa proses menggoreng ikan.
  4. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2 kegemaran yang lain. Selamat mencuba...

TERUNG MASAK KICAP

Terung Masak Kicap
Ini resipi dapat dari blog "hana"..Dah beberapa hari plan nak buat, tapi hari ni baru betul2 buat..Bukan nak cakap apa lah, memang sedap koo, mat makan ni dengan ikan sumbat kelapa (resipi diatas) jee...memang menyelerakan..tul tak hana, tapi orang macam koo, tengah pembawak budak, nampak semua benda sedap....apa2 pun patik nak ucapkan terima kasih bebanyak leer pada dak hana tu, bijak dalam semua hal, kalau memasak ni, semua yang dia buat nampak sedap dan mengiurrrrrkan..ahaks, hambik koo....ni kang ada pulak yang kena pancung
kepala...amponnn!!!...Hana, aku kopi pes resipi dari blog ko jelah ek, malas leer nak tulis, tengah mabuk "terung" nihh....

Bahan-bahan
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
Cara-cara
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

MASAK LEMAK TAUHU, TEMPE & KACANG PANJANG..

Masak Lemak, Tauhu, Tempe & Kacang Panjang
Align CenterAs'laikum, minta maaf lah sebab jarang masukkan n3 baru, bukan apa, mat masak yang simple aje dan kebanyakkan semuanya jenis ulang tayang. Lagi pun bulan2 puasa ni nak pose kan benda2 makan rasa macam malas teramat sangat. Ok hari ni berbuka mat sediakan 3 jenis masakan orang2 melayu...Yang pertama ni, masak lemak biasa2 jeee, semua orang pandai masak benda alah ni...tul tak?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 tangkai kacang panjang, dikerat 2 inci
2 keping tempe, dipotong
2 keping tauhu, didadu besar2
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, dihiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan bawang besar, bawang putih, udang kering, tempe dan santan cair. Jerang atas dapur dan biar mendidih. Tambah tauhu dan kacang panjang. Masukkan soo hoon tadi (toskan dulu) dan biar mendidih.
  2. Tuang pati santan dan masukkan hirisan cili, secubit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api (bulan2 puasa ni masak biar lah tawar, masa berbuka tu boleh tambah garam lagi!)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.