BEN ASHAARI

Tuesday, June 30, 2009

KACANG PANJANG BERPETAI

Kacang Panjang Berpetai

As'laikum semua, selamat petang....Untuk n3 terakhir bulan Jun ini mat letak lah sayur yang dimasak ala2 sambal goreng jawa...tapi kalau sambal goreng yang tulen, bahan2 dia ada lagi. Yang ni cuma guna apa yang ada...Tapi yang mat suka, sebab ada petai, hmm bertambah lah keharuman aroma masakkan ni (bagi penggemar petai). Sesiapa yang tak makan petai, tak payah lah letak, dan rasa masih boleh dikategorikan sedap lagi....Kalau lah macam tergerak hati nak mencuba, mat kongsi resipinya ok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 tangkai kacang panjang
1 keping tauhu, didadu sederhana besar
2 keping tempe, didadu sederhana besar
3 papan petai, dibelah dua
1 cekak soo hoon, kerat2 dan rendam
1 cawan isi udang
1 inci belacan + 1/4 cawan air, hancurkan
1/2 cawan jus asam jawa (sederhana pekat)
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa

BAHAN DIHIRIS :-)
6 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang panjang dihiris serong, tempe dan tauhu digoreng embel2 (embel2 = tidak terlalu garing atau 1/2 masak), angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 3 camca besar.
  2. Tumis bahan2 hiris hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah belacan dan jus asam jawa. Kacau dan biar mendidih. Masukkan petai, tauhu dan tempe. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang dan masak hingga kacang sedikit lembut, tambah soo hoon (toskan dulu) dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak dengan api sederhana hingga sedikit kering.
  4. Rasa dan jika ok boleh angkat dan hidangkan. Jika suka boleh tambah sedikit santan (2 - 3 camca besar dan masukkannya pada langkah no. 3) dalam masakan ini untuk menambah keenakannya. Selamat mencuba!!!

Sunday, June 28, 2009

DAGING PANGGANG LADA HITAM

Daging Panggang Lada Hitam

Jom makan daging panggang....sedap nihh cicah pulak dengan air asam (sapa yg makan "budu" boleh campur sikit dalam air asam tu yeaa!!).. Mat petang tadi, saja je, jemu lah nak makan masakkan gulai2 nihh...Musim2 panas ni best lagi makan singgang dan benda2 bakar, tapi kenalah guna daging batang pinang, kalau tak berzaman lahh nak lembut..silap2 rentong jadinya...

Daging Panggang Lada Hitam

Kalau suka boleh makan bersama sayur mentah sebagai ulam, bila sebut sayur mentah tu mesti lah sayur yang selalu orang buat ulam, jangan pulak pi ambik daun pandan, lepas tu pi makan...lain cerita nanti jadinya...Ok..jom lah tengok resipi yang senang banget ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 - 700 g daging batang pinang
1/2 camca besar kunyit serbuk
1/2 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk sederhana kasar

BAHAN AIR ASAM :-)
10 - 12 biji cili padi (kepedasan tu ikut tekak masing2 yea)
1 inci belacan, dibakar
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, perah jusnya
2 biji bawang merah
3 camca besar "budu" (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong lebar setebal 1/2 inci (potong melawan urat), cuci bersih, cucuk dengan garfu dan toskan daging tadi. Kemudian gaul serbuk kunyit, garam dan lada hitam, gaul rata dan perap 1 - 2 jam. Kemudian panggang hingga masak (atau boleh panggang dalam kuali, tuang sedikit minyak dan panggang dengan api perlahan sehingga daging elok masak dalam dan luar). Angkat dan hiris nipis, hidangkan bersama air asam dan ulam2man.
  2. Tumbuk cili padi, belacan dan gula hingga lumat, masukkan bawang dan tumbuk hingga bawang hancur sedikit. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dalam air asam jawa, tambah jus limau kasturi dan "budu" (jika guna). Kacau rata dan sesuaikan rasa.....

KUIH TALAM LABU

Kuih Talam Labu

Selamat petang semua...sebelum tu nak minta maaf yea, sebab buat kuih berasaskan labu lagi, semalam kek labu, hari ni kuih talam labu pulak. Habis tu nak buat macam mana, dah rumah kita musim labu....ibarat si luncai terjun dengan labu-labunya!!!...Kuih talam ni mat ubahsuai dari resipi kuih talam keladi sumbangan "kak nis" ratu kebaya tahun 70-an yang dok diam di Singapura....Minta halal yea kak nis, saya ubahsuai sikit resipi ni...

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
100 g labu yang siap dikupas, kukus hingga lembut dan lecek halus
50 g gula halus
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
200 ml santan
20 g tepung jagung
2 camca besar tepung beras
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega). Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 "lapisan bawah', kecuali labu lecek, kacau hingga rata dan sebati, kemudian tapis. Masukkan labu dan kacau rata. Tuang dalam tin, tutup permukaan tin dengan aluminium foil foil dan kukus 15 minit dengan api sederhana.
  3. Bancuh semua bahan "lapisan atas", kemudian tapis. Tuang perlahan atas no 2 tadi, tutup kembali dengan aluminium foil dan sambung mengukus lagi selama 20 minit. Buka aluminium foil dan biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....

Saturday, June 27, 2009

KEK LABU MANIS

Kek Labu ManisAlign Center

As'laikum semuaa...Hari ni mat tak masak siang, mungkin petang nanti baru masak. Oleh yang demikian pagi tadi mat telah membuat sebiji kek labu manis, maklumlah kat rumah kami ni musim labu manis belum habis..Ada banyakk!!!...Resipi kek ni mat dapat dah lama, sampai tak ingat dari mana...kalau tak silap dari internet juga, cuma ada sedikit pengubahsuaian dalam resepi. Buatnya mudah dan tak merumitkan.

Kek Labu Manis

Kalau nak ikutkan resipi ni menghasilkan family size cake...besar tuuu, jadi yang mana penduduk rumah agak sikit, pepandai lah kurang kan resipi pada 1/2 bahagian atau 1/3 bahagian. ok jom kita tengok resipi.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

Wednesday, June 24, 2009

SUP LAKSA

Sup Laksa

As'laikum semuaa...salam sejahtera selamat tengah hari, dah siap masak?.. Apa menu hari nie?...Mat tengah hari ni makan yang ringan jee lah, kita masak sup laksa.... ni ala2 mee sup biasa je, cuma ganti mee tu dengan laksa beras, konon2 macam makan dengan mee hoon gergasi gitu...Sup pulak mat buat sup ayam jeee. Sepatutnya ada hirisan daun sup/daun bawang, sekali tengok, stok dah habis pulak, jadi kita belasah je dengan taburan kobis yang dihiris halus....Tapi cili kicap dia jangan lah ditinggalkan yea....kurang kick sehhh!!!!

BAHAN SUP :-)
1 ekor ayam sederhana besar
4 - 5 biji kentang
1 inci lengkuas, dititik
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 biji bawang besar#
4 ulas bawang putih#
1 1/2 inci halia#
3/4 camca besar lada hitam biji#
2 hirisan nipis kunyit hidup#
1 camca besar ketumbar biji#
3/4 camca teh jintan kasar#
3/4 camca teh jintan halus#(#dikisar halus)
1 kiub ayam "maggi"
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa kering, rendam dan rebus hingga lembut, tos dan cuci dengan air sejuk. Toskan
Taugeh, dicelur sedikit (mat tak celur)
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, goreng dan potong nipis
Bawang goreng
Hirisan halus kobis
Cili kicap (cili padi + 1 bawang putih + kicap manis = tumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP :- Ayam dipotong sederhana besar. Buang kulit dan lemak, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji dan rendam (kalau kentang besar boleh letak kurang). Ketepikan..
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2 liter atau ikut keperluan). Masukkan kiub ayam dan kentang. Bila mendidih, perlahankan api dan masak hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK SUP LAKSA :- Letak mee laksa tadi dalam mangkuk sesuai, tuang sup dengan ayam dan kentangnya sekali. Tabur taugeh, hirisan tauhu, hirisan kobis, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga cili kicap sebagai pelengkap. Boleh makan bila2 masa sahaja.....

Tuesday, June 23, 2009

KANAK INI TELAH SELAMAT DITEMUI!!!

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya....kanak2 ini telah selamat ditemui..Oleh yang demikian...N3 ini telah mat tukar tajuknya....Moga Allah swt memelihara anak2 kita semua..insya allahhh....Terima kasih juga pada semua yeaa...Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca di ruangan "komen"

JEM DURIAN

Jem Durian

Salam sejahtera untuk semua..Musiam durian sudah tiba, mana2 pergi melambak orang jual durian, tak kira lah kat kawasan kampung, pekan atau bandaraya. Selain dibuat tempoyak dan makanan manisan yang lain, durian juga sedap dibuat jem. Senang sangat membuatnya, hanya perlu 3-4 bahan je...Durian, gula, daun padan dan sedikit air....Lepas tu boleh lah memulakan operasai....

Jem Durian

Lepas dah siap tu boleh lah simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat si jem tersebut. Rasa2nyakan kalau nak buat kuih tat, ala2 tat nenas tu pun boleh lah..sedap jugak kan..Tapi paling mudah, sapu atas roti jee lahhh, pastu panggang kasi garing....boleh leer hidang untuk sarapan pagi atau minum petang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g isi durian yang telah diasingkan dari bijinya
1 1/2 - 2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air


CARA MEMBUANTA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam kuali, kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api dan terus mengacau tanpa henti selama 20 -25 minit atau hingga jem kelihatan sedikit jernih.
  2. Matikan api dan sudukan sedikit jem ke dalam piring dan ratakan. Bila jem sejuk sentuh dengan jari, jika ia tidak berapa melekat pada hujung jadi, tanda jem dah ok. Boleh masukkan jem ke dalam bekas sesuai dan biarkan sejuk.
  3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat jem. Seperti biasa jem memang manis, kerana gula bertindak sebagai agen pengawet...

TUMIS SIPUT SEDUT & LABU

Tumis Siput Sedut & Labu

Salam semua....buat apa tu, dah makan ke. Pernah tak cuba masak siput sedut style apa2 asam rebus?...Hari ni mat cuma memasak gaya macam tu dan campur pulak dengan labu..Yelah asyik masak lemak saja..boringg kan.. Tapi rasa dia memang lain sikit dan ada rasa manis2, pedas, sedikit masam...sedap untuk cuaca yang tak menentu sekarang ni. Ok..kalau nak cuba mat sertakan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g siput sedut
350 g labu manis, kupas kulit dan dadu besar2
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 kiub ikan bilis "Maggi"
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar, belah 4
Garam dan gula secukup rasa
800 ml air (atau secukupnya)
1 biji bawang besar*
2 biji cili merah*
7 - 10 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan siput, serai dan lengkuas, gaul rata dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, belahan bawang besar, asam gelugor dan labu. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga labu lembut.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....Selamat mencuba!!!

Saturday, June 20, 2009

TEMPOYAK PUCUK UBI

Tempoyak Pucuk Ubi

Bila tiba musim durian, tempoyak wajib dibuat, sebagai stok di kala perlu. Pada pendapat mat lah kan, durian yang bermutu akan menghasilkan tempoyak yang sedap (memang ada orang campur sedikit garam, gula dan serbuk kunyit dalam tempoyak mereka). Mat lebih suka tempoyak yang tanpa diubahsuai..Tapi itu terpulang lah kan. Resipi asal dari Norzailina Nordin dari buku "Variasi Masakan Selatan"...Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal. Dannn..yang paling istimewa piring mungkum yang mat gunakan tu adalah pemberian dari Kak CT Delima...terima kasih kak ct, saya memang suka sangat piring lama kekwa merah tu dan tak lupa pada shai, terima kasih atas pemberian kain yang cantik itu sebagai prop studio masakan saya tu yeaa!....i likeeee!!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g udang sederhana besar, cuci bersih dan buang muncungnya, tak payah buang kulit
3 papan petai, diambik isinya
15 - 20 biji cili padi (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
1.5 cm kunyit hidup*
4 ulas bawang merah*
4 batang serai, hiris*(*dikisar halus)
3 camca besar tempoyak
2 keping asam gelugor
4 helai daun kunyit#
7 - 8 tangki pucuk ubi#
2 - 3 tangkai pucuk labu#
5 tangaki pucuk kaduk#(#dimayang halus2)
500 ml santan pekat
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, masukkan santan dan bahan kisar.Masak hingga mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan tempoyak dan asam gelugor. Kacau lagi.
  2. Tambah udang, petai dan bahan yang dimayang halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan masak perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika perlu). Gaul rata dan masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama nasi hangat..

TOM YAM UDANG

Tom Yam Udang

Dah berapa hari tekak ni rasa nak makan sup2 yang masam dan pedas. Jadi hari ni mat buat tom yam, walaupun udang galah tu sedap dimakan, tapi mat jamah sikit jee, cuma sup dgn segala khazanah2 lain kat dalam tu aku belasah leer. Bahan2 sayur pun ikut apa yang ada dalam peti sejuk, kalau suka boleh tambah batang saderi, putih jagung dan lobak merah...Resipi mat tak payah letak lah yea, sebab dah banyakkkk kali buat dan letak dalam blog, kalau nak juga, klik saja kat bahagian label tu atas nama "Masakan Thai"....Pstt!!..cun tak mangkuk lama yang mat guna tu....hehehehe...nice kann.....

Thursday, June 18, 2009

KUIH BAKAR LABU

Kuih Bakar Labu
As'laikum semua, selamat petang..tengah buat apa tu...Semalam singgah di dapur kak CT Delima, ternampak dia buat kuih bakar labu @ bingka labu.. Dulu2 mat pernah juga buat, tai dah lamaaaa....Memandangkan stok labu kat rumah ni punyalah banyak, mat pun buat jugalah kuih bakar labu ini....Resipi ni kalau sesapa suka manis boleh tambah kuantiti gula dia ye...Yang ni rasa dia manis "ala2" saja.....

Kuih Bakar Labu
Lepas tukan yang paling mat teruja menghidangkan kuih dalam tea set kangkung lama keluaran dulu2....nampak klasik kan....Kalau sesapa yang ada tu, boleh lah guna untuk hidangan minum petang... Resipi ni mat pernah letak dulu2 di MyResipi...dan ada gambar langkah demi langkah dia kat sana...boleh lihat disini......

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

Tuesday, June 16, 2009

BERSARANYA SEORANG BLOGGER TEGAR...

Salam sejahtera untuk semua.... Hari ini 15 hb June 2009, dengan rasminya "Kasawari@Azman" bersara dari dunia berblogging. Sedikit terperanjat tapi apa2 pun pilihan yang dibuat pasti ada kebaikkannya. Kita teman2 blogger ni, ibarat sepohon pokok, jadi bila sorang bersara ibarat gugur lah sehelai daun dari pohon itu. Saya bukan nak tulis kata pujian2 pada kasawari, yelah kenal pun tak delah begitu lama, tapi dia ni memang manusia yang boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan (itu pada pandangan saya lah...), ramah tamah tu tak payah cakap lah, senda gurau pun hmmm boleh tahan (tak caya tanya sis - linn). Kalau tak, takkan lah CM ibaratkan kasawari ni sebagai sebotol "kicap"....Kicap ni kira penting juga dalam kehidupan kita, betul tak...sebab apa?..sebab kicap ni "versetile" kegunaannya. Pertama kali kasawari datang ke rumah mat, dia bersama Linda (wife kasawari), Shai dan anak2 beliau, masa tu dah rasa macam lama kenal dan kunjungan berikutnya silih berganti dan kemesraan tu makin terjalin...Hmm, nak tulis banyak2 pun tak reti...jadi sampai disini dulu yeaa..untuk kasawari, saya doakan kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran untuk anda sekeluarga....Jangan lupa pulak yeaa simpang ke "Sedenak"....

Sunday, June 14, 2009

DAGING KERISIK BEREMPAH

Daging Kerisik Berempah

Salam Sabtu untuk semua, dah siap masak ke tuu?....Hari ni mat masak daging... Sebenarnya resipi ni kira main belasah saja, jadi kita letak lah nama "daging kerisik berempah". Masakkan ni ala2 rendang + satay+ masak kicap..... Amboi menikah banyak kan depa tuuu..hehehe... Sebenarnya lauk2 biasa mat ada juga masak, tapi tak letak dalam blog, maklumlah lauk ulang tayang, takut pulak ada yang "hentam" guaa dengan ayat2 cinta depa nanti (panasss sehhhh!!!)..

Gading Kerisik Berempah

Psstt!..Cun tak pinggan lama yang mat guna tu..Biasa lah sejak2 ada hobi baru ni, semua yang lama aku rembat.. Selain untuk memelihara warisan kita, ianya sesuai juga buat menghiasi blog masakkan. Lauk ni sedap dimakan dengan nasi putih, nasi impit atau ketupat...Ok jom kita semak resipinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis dan lebar2, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong
1/2 cawan air
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan daging dengan semua bahan2 di atas kecuali cili hijau, cili merah, bawang besar, bawang merah/putih hiris dan kerisik. Gaul rata dan perap sekurang2nya 2 jam (nak sedap perap semalaman) dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang dan harum, masukkan daging yang diperap tadi, gaul rata dan masak hinggga daging kecut. Masukk air dan kerisik, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan merah, kacau rata dan masak hingga hampir kering. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh dialih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan...

Thursday, June 11, 2009

AYAM CENCALOK

Ayam Cencalok

As'laikum semua... Maaf lah terlewat sikit masuk n3 masak2 untuk hari ni, maklumlah sejak2 ni mat sibuk sedikit....sibuk sebab apa...hmmm..."rahsiaaa"...hehehe...Ok hari ni kita masak ayam cencalok..khas dari dapur peranakan cina Melaka. Memang unik dan sungguh lah menyelerakan u! (bagi penggemar cencalok)...Makan dengan bubur pun sedap!!.....

Ayam Cencalok

Masakkannya agak ringkas dan tidak terasa sangat ketajaman "cencalok". Rasa mat lah kan, kalau kita ganti dengan udang dan letak pulak petai...Haiyoo, boleh pingsan sehh!...Ok sebelum tengok resipi, ada pantun duluu....cewahhh!!!

Bunga kemboja mekar di halaman,
Disunting indah dalam jambangan,
Ayam cencalok makanan peranakan,
Sekali rasa, neo lalu pun luu tak perasan


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!.

TAG DARI SIS - LINN....

Hari tu mat dapat satu "TAG" dari sis - linn....Laa tak kenal ke sis - linn...dia tu ratu kaler pepel u!!!...Dok di Johor Baru, tag ni asalnya diberi oleh Retna..... Gadis pujaan pemuda2, dato2, tan sri2 dan duda2...ahak...amponnn kan akuu Retna!!!...... Tag nya mengenai peti sejuk/ais. Kesian kan, peti sejuk/ais pun kena tag..nasib koo lah yeaa!!!

1. Ambil gambar peti ais anda :-)

tag
Ini peti sejuk/peti ais merangkap pusat simpanan segala bahan2 baking termasuk tepung, gula dan lain2...Dah berusia 6 tahun dan setakat ni alhamdulillah, elok saja. Sebenarnya peti sejuk/ais "hardcore" ada kat rumah lama mat, yang tu jangan cakap, dalam dia ibarat Tesco + Giant + C4, kooo..penuh sarat...Boleh pitammm!!!!


2. Apa yang ada di depan pati ais anda :-)

TagAlign Center

Ok..nampak tak magnet kat depan peti ais tu...Ada yang mat beli..ada juga yang dihadiahk an oleh blogger2. Barisan atas sekali, bentuk bulat kiri dan kanan tu pemberian "Mama Zieza" dari Rnet. Lepas tu 2 patung berpakain Vietnam tu pemberian makcik cina mat. Yang tengah2 tu terbang jauh dari Irealand, pemberian"JO".. 2 barisan bawah tu yang ada gambar chef, nyonya item dan bunga..mat beli sendiri.. Barisan bawah sekali pemberian "Shai" (yang ada buah stoberi tu)... Dan juga Sis-Linn (yang berupa guni berisi rempah ratus dan beras tuu)....

3. Brand peti ais anda :-)
Mat guna peti sejuk/ais jenama "Mitsubishi"...... Dengan segala hormatnya mat tamatkan "TAG" ini tanpa menyambungnya pada blogger2 lain....as'laikum untuk semua...bye...byeee!!!!

Tuesday, June 9, 2009

SERAWA DURIAN

Serawa Durian

Salam untuk semua, selamat petang..Buat apa tu?... Semalam, masa belanja barang2 dapur, masa melintas berhampiran peniaga durian, terus mat terhenti...Tengok2 dan belek2..kita rembat lah juga...Selain dimakan begitu atau dibuat tempoyak, mat buat juga serawa durian yang dimakan dengan pulut...Nak makan dengan roti atau biskut cream cracker pun sedap....Jemput makan semuaa....

BAHAN KUAH :-)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
500 ml air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
10 - 15 ulas durian (ikut budget masing2 yeaa!!)
1500 ml santan kelapa
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
3/4 camca besar tepung gandum + 2 camca besar air

BAHAN PULUT :-)
1 kg beras pulut, cuci dan rendam 30 minit
750 ml santan cair
1 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan ratakan dalam loyang (mat guna loyang bulat 12 inci. Bancuh garam dan minyak bersama santan, kacau rata dan tuang dalam pulut tadi. Letakkan simpulan daun pandan dan kukus 25 minit. Kemudian, gemburkan pulut dan kukus lagi 7 - 10 minit. Boleh matikan api.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan air gula yang ditapis tadi, durian, daun panda dan santan. Masak hingga mendidih, tambah garam dan kacau rata. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat sedikit.
  3. UNTUK SERAWA :- Ceduk keluar pulut dan isi kan dalam bekas sesuai. Hidangkan bersama kuah serawa durian tadi. Selain pulut, nak makan dengan roti boleh, lempeng boleh, roti jala pun bolehhh....Selamat mencuba yeaa!!!

Sunday, June 7, 2009

GULAI AYAM & NENAS

Gulai Ayam & Nenas

Jom makan gulai ayam dengan nenas, tau tak nenas tu menambahkan lagi kesedapan masakkan kita, secara semulajadi nenas akan mengeluarkan manisan dan rasa sedikit masam pada gulai, walaupun kita letak asam keping. Lagi satu tak delah muak sangat, sambil makan ayam, selang seli pulak dengan nenas....sedapp u!!....Kategori masakkan ni boleh dikatakan masakan melayu/peranakan..sebab kaum peranakan pun ada resipi ni...maklumlah dulu-duluuuuuuuuuu sudah kawin campur...Tak kuasaa guaa nak cakap banyak, luu tengok sendiri lah ekk resipi diaaa!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
1 biji nenas, kupas dan potong serong2
300 ml pati santan
700 ml santan cair
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras
6 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*
1 inci kunyit hidup yang tua*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Masukkan ayam tadi ke dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan jerang atas api sederhana hingga hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan nenes dan masak hingga ayam masak. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
  3. Rasa dan tambah apa yang perlu. Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman,....

ASAM PEDAS TETEL

Asam Pedas Tetel
As'laikum semua. Ini sepatutnya mat masukkan semalam, tapi di sebabkan masa dan keadaan tidak mengizinkan, baru hari ni berkesempatan...Semalam kita sibuk dok berborak sakan, sampai sakit perut......Ok..Jom tengok resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

Saturday, June 6, 2009

CHOCO BUTTER CAKE

Choco Butter Cake

Salam sejahtera untuk semua....Hari ni mat menerima kunjungan Sis-Linn, Bondanya dan anak2 beliau dan juga Kak Ct Delima, C. Mat dan anak2...Dan tak lupa Shai... Kalau mengikut rancangan Mr Kasawari pun nak datang, tapi dia ada jemputan...Mungkin di lain masa kot..kan abg burung?.....Ok salah satu mat buat untuk tetamu, ialah "choco butter cake"...resipi unggul dari "Mama Zieza" yang ayu dan nampak muda sentiasa u!!!..amboihh mama, kembang setaman nampak..ahaks!!..

Choco Butter Cake

Kek ni sedap dan manis dia pun just nice and balance dengan rasa "mocha"....Mat buat guna tin bulat berukuran 10 inci, besar kan..jadi sesapa nak buat kecil, pandai2 lah yea pinda resipi di bawah ni....Apa2 pun mat ucapkan terima kasih ada mama zieza....

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 g mentega
340 g gula halus
4 biji telur gred A
1 camca besar nescafe + 1 camca besar air panas
1 camca besar coklat paste
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
300 g tepung gandum@tepung halus*
100 g serbuk koko*
Secubit garam*
1 1/3 camca teh soda bicarbonate*
1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
325 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin bulat berukuran 10 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingg kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan nescafe, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. Macam biasa lah yea, kalau masukkan tepung berelang seli dengan susu, bahan akhir sekali mestilah tepung.
  4. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 1 jam atau hingga masak. Gunakan kaedah mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, tandanya kek telah masak. Biarkan kek dalam tin selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapannya (itu petua mama zieza)...
  5. Lepas tu ikut suka hati lah macam mana nak hias....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!...

Wednesday, June 3, 2009

DAGING TEMPRA

Daging Tempra

Selamat petang semua..buat apa tu...tengah melopong kee?...ahaks...Ok hari ni ada satu jenis masakan peranakan yang begitu mudah dan ringkas. Nama lain macam kan, tapi hakikatnya ala2 masak kicap jee...tatau lah mana depa dapat nama "tempra" tu..biasalah dah banyak kacuk..jadi bahasa pun dah macam2...Selalunya orang masak guna ayam, tapi dalam freezer cuma ada daging batang pinang...jadi apa lagi..layannnzzzz!!!...Eh, sebelum tu, ni dia. Ah Mat Gebu ada pantun nak bagii.....

Kebaya jarang bersulam indah,
Disemat dengan kerongsang intan,
Masakkan peranakan nampaknya mudah,
Silap cara selera tak kenan

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis (resipi asal guna ayam)*
1/2 inci halia, tumbuk lumat*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh gula*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 biji cili hijau, hiris serong
2 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN A :-)
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1/2 cawan air
1 camca besar jus limau nipis (atau cuka makan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 "A", kacau rata dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7 - 10 minit hingga daging lembut.
  2. Masukkan bahan "A" dan kacau rata. Kecilkan api dan renihkan hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Bila kelihatan pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, gaul rata.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman....



AWARD DAN TAG DARI MAMAFAMI...


As'laikum semua...adehh, rupanya ada award yang harus ku terima, TAPI kena buat "tag" dulu.. Terlebih dulu nak minta maaf yea kat "mamafami", sebab lewat buat...Tapi kan maa, award kat atas tu bukan ke utk "mak2" jee?....Ishh parah nie....aku bukan "emak2" yeaa...tapi kok "bapak2" sihhh!!!...ahaks....
~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini....(hmm aku keee?)..
  • Anak last dari 4 beradik, semua adik beradik "jantan", tak do pompuan, omek den koba, anak pompuan dio tak jadi yangg oiiii!!!....Syukur jelah apa yang Allah dah bagi....
  • Masa kecik...memang kecik, bila besar...tiba2 jadi "king kong" u!!..asieyy parahhh nihh!!!
  • Mat ni jenis manusia yang malas nak fikir benda2 remeh temeh.....Weyy! banyak fikir boleh buat kita cepat kedut 1000!!!...
  • Kalau mamafami bintang dia "gemini"...Mat pulak berbintang "capricorn"..kalau zodiac dia binatang apa ek?..Kambingkan..haiyooo!!!, nasib baik aku rajin mandi....
  • Terima setiap manusia itu dengan seadanya..biasalah kita sendiri banyak kekurangan, buat apa nak pandang rendah pada orang lain pulak...adee mutut kaaa?
~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

Setipa blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.....(adehh!!....sapa lah yg mula2 buat tag ni agaknyaaa....siap kooo!!!!)...
  • Mesti lah suka memasak, beri orang makan dan dengar komen dari orang...kalau tak suka masak, takkan leer ada blog "tiffinbiru" niee....
  • Baru2 ni mat terlibat dengan pakatan "merompak" kedai2 apek tua yang menjual set2 pinggan mangkuk lama..ahaks....tu hobi baru leer, mengumpul set2 pinggan mangkuk, teko dan cawan dulu2....Ini hobi manyak syok woo, tapi lu punya duit manyak cepat licin maaaa!!!
  • Macam2 nak buat..last 1 atau 2 je yang tercapai hasrat...yang lain tu ada tertangguh dulu..ada tu terus berkubur dengan peredaran zaman....sedeyy kan...
  • Suka juga berjalan2 tapi bukan di pusat2 membeli belah...suka lagi ke kawasan yang mempunyai nilai2 sejarah dan melihat bangunan2 lama...
  • Suka juga gardening, tapi ada kala tangan panas juga, sebab pokok hidup tak lama....ada tu merana..ada juga yang meninggal....hehehe..
  • Berblogging sekarang ni kira wajib laa..kalau satu hari tak bukak blog, ibarat mandi tak bersabun, makan nasi tak de kicap dan masak gulai tak letak garam...gitu lah ke"dasyatan" nyaa berblog nihh!!....boleh pitam kann...
  • Suka mencuba resipi2 baru..tapi harus ada mangsa yang boleh ku "paksa" makan..ahaks, biasalah kan....tak moo makan, aku paksa jugak..kejam kan?..
  • Tak suka bercakap sangat...TAPI kalau dah mula cakap, tak reti nak stop..terus menerus, macam siaran langsung....
  • Kalau ada masa, mat mesti melawat blog rakan2...sebab depa lah kita ada disini...terutama "kampung" lama mat di MyResipi.com.....
  • Oh yeaa..apa lagi ek nak tulis...ha ni ada satu lagi..mat tak gemar tempat yg sesak2...macam pasaraya kalau ada sale..kan orang suka berpusu2 pi shopping...KECUALI...kat situ ada jual teko2 dan set2 pinggan mangkuk lama..hahaha..dasat sehhhh!!!!
Oleh yang demikian mat tamatkan riwayat tag dan award ini di blog mat saja yeee.....salam sejahtera untuk semua sekelian umat manusia....HAHAHAHA (gelak ala2 jinn!!!)...

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

Tuesday, June 2, 2009

TOM YAM KUKUS

Tom Yam Kukus

Salam sejahtera buat semua, hari ni mat masak paling senang..paling ringkas dan sedapp!!! (pada tekak mat laaa...kang jgn ingat kita mendabik dada pulak yeaa!!!)..Mana tak nya senang, semua main lebur dan kukus..lepas 30 minit..dah masak, boleh terus santap...Kalau untuk ibu2 yang bekerja, memang sesuai lah resipi ni....tak caya?..ok jom tengok!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih dan kelar2
1 1/2 camca besar tom yam paste (mat guna jenama "life")
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 keping tauhu, di potong dadu besar2
1 batang serai, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 batang leek, hiris serong
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar (optional)
6 - 7 biji cili padi, dititik
2 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 biji lemon, perah jusnya (boleh ganti dgn limau nipis atau limau kasturi)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi digaul bersama tom yam paste dan juga bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Kemudian letak dalam bekas tahan panas. Isikan semua bahan2 diatas kecuali tomato dan hirisan daun bawang. Ratakan dan tabur sedikit serbuk lada hitam dan sedikit gula (garam tu kalau rasa tak perlu, tak payah letak, sebab sos ikan pun dah masin).
  2. Kukus atas air mendidih selama 30 minit. Selepas 25 minit waktu mengukus, letakkan tomato dan kukus hingga waktu yang disyorkan. Angkat dan hidangkan segera selagi hangat bersama nasi...

Monday, June 1, 2009

ROTI NAIK

Roti Naik

Malam tadi sebelum tidur, mat jejalan ke seluruh pelusok blog, dan tiba2 teringin nak try buat "roti naik"..pernah dengar dulu tapi tak ambik endah, semalam je tiba2 nak buat...Oleh sebab dah malam, kita buat laa sat tadi..Resipi asal mat dapat dari Resipi.Net atau singkatannya R.NET. Roti dia lembut dan ala2 kek sedikit..Kata orang roti naik ni femes di negeri Johor. Sepatutnya ada letak sedikit pewarna kuning, tapi entah macam mana, kehabisan stok pulak, kang aku letak warna merah dah jadi roti tahun baru cina pulakk!!!...

Roti Naik

Cuba tengok teksture dalaman roti yang telah mat rabak kan tadi, tapi sebab roti tu masih hangat jadi dia sedikit lembut. Kalau dah sejuk nanti dia jadi ok... Rasa sedikit manis dan sesuai untuk minum petang dengan kopi atau teh hangat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.