BEN ASHAARI

Sunday, March 29, 2009

ROTI INTI EPAL

Roti Inti Epal

Petang2 ni makan roti sambil minum teh atau kopi O, panas memang sedap....selain roti kosong, apa kata tukar roti berinti epal...Inti epal tu ala2 inti "pie epal" saja...Tapikan selain buat pie, sesuai juga buat inti roti, sedappp uu!!!

Roti Inti Epal

Doh roti mat ambik dari buku Alex Goh....Doh asas bun manis ni boleh dipelbagaikan kegunaannya mengikut kreativit masing, doh memang sedikit lembut tapi semakin anjal bila di uli dalam jangka masa lama (nak senang guna mixer atau bread maker).....Ok, ni mat sertakan doh asas bun manis yang terdapat dalam buku beliau....

BAHAN DOH BUN MANIS :-)
A ...
480 g tepung roti (high protein flour)
120 g tepung gandum
110 g gula halus
10 g garam
20 g tepung susu
4 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)

B...
1 biji telur
300 ml air

C...
60 g mentega

D...
Inti epal secukupnya (boleh rujuk sini...)
1 kuning telur*
1 camca besar susu cair*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH BUN MANIS :- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......
  2. UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu mat gunakan untuk membuat resipi2 roti di bawah ini..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung seperti dalam gambar. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 50 minit hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
  3. Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya ...Selamat mencuba!!!

ROTI KEK

Roti Kek

Tadi mencuba roti kek dari buku Alex Goh....Begitu unik dan lain dari yang lain. Doh roti menggunakan resipi doh asas bun manis....Dan bahagian keknya pula mat guna tepung "sponge mix" atau nama lain "tepung optima" tanpa perisa dan mat tambah perisa "mocha".....

Roti Kek

Pasal perisa tu, kalau letak perisa pandan, blueberry atau strawberry pun sedap. Kalau ada masa terluang boleh lah mencuba untuk kelainan...Ok ni resipinya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g doh asas roti manis
100 g tepung "sponge mix" @ "tepung optima"
90 g telur (1 biji + 1/2 biji telur gred A)
35 g mentega, dicair dan sejukkan
1/2 camca teh pes mocha
25 g coklat chip



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser loaf tin (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega. Bagikan doh kepada 2 bahagian sama besar (100 g satu bahagian). Uli sekejap dan gelek memanjang (ikut panjang loaf tin). Susun dalam tin (seperti dalam gambar).
  2. Biar 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Dalam mixer, putar tepung "sponge mix" dan telur hingga kembang dan kental. Masukkan mentega cair, gaul sebati dan tambah pes mocha dan coklat chip, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin roti tadi perlahan2, ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 25 - 30 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan...

ROTI KEJU

Roti Keju

Jom buat roti lagi, resipi doh asas bun manis boleh lihat di resipi "Roti Inti Epal' di atas...Doh asas di atas boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g doh asas roti manis
1 biji telur saiz kecil*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
2 camca besar parutan keju cheddar
1 1/2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bagikan doh tadi kepada 8 bahagian sama besar seberat 50 g setiap satu, bulat2kan dan susun dalam tin berukuran (5 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega. Biarkan 50 minit sehingga 2 kali ganda. Sapu dengan bancuhan telur, tabur gula halus rata2 dan juga parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2....


Saturday, March 28, 2009

PIE EPAL DAN CRANBERRIES

Pie Epal & Cranberries

Selamat petang untuk semua..apa khabar, dah minum petang ke?...Hari ni tiba2 angin rajin datang melanda.....pagi tadi malasss lah teramat sangat, lepas aku buat TAG dari Sis - Linn, terus jadi rajin berganda. Tu pasal kita buat pie epal dan cranberries...Sedap dan sesuai lah untuk minum petang....

Pie Epal & Cranberries

Lagi pun dalam peti sejuk tadi ada 2 biji epal merah yang tergolek tak tentu hala, jadi dari depa berdua kesejukkan, baik tukar kan jadi benda yang lebih menarik dan sedap...Kalau suka nak guna epal hijau pun boleh, kalau suka nak campur sedikit serbuk kayu manis pun boleh (mat tak letak sebab, budak2 tak nak)....Tapi kan, ganti dengan sedikit rempah kek lapis pun sedap tau dalam pie epal ni.....Lagi satu, cranberries tu boleh ganti dengan kismis yeaa....

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  3. UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

TAG DARI SIS - LINN.....

Buat TAG dari "Sis - Linn"...dari blog "Bisikan Hati".....sebenarnya mat ada hutang tag banyak nihh...adehh lemah lutut, TAG dari kak ummie, OD dan tah sapa lagi...hmmm, ada masa nanti ceQ buat nooo!!!...ada 5 soalan untuk tag nihh..nasib baik 5 saja..kalau 50!!!, pingsan laaa itu macamm....

1. APAKAH NAMA BLOG ANDA SEKARANG DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU...
  • Buat tika dan masa ini nama blog patik tiffinbiru, sebab memilih nama tu, kerana berkaitan dengan tujuan asal blog, iaitu blog masak2..jadi tiffin kan sinonim dengan masak2..untuk diisi makanan dan dibawak bekal ke mana2.
2. APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA HENDAK MENAMAKAN SEPERTI ITU...
  • Link, http://tiffinbiru.blogspot.com dan sebelum blog ni, mat ada blog lama, nama dia "bluetiffin", tapi kena sekat (macam lahh aku jual dadah kat blog tuu..suweyy jee kan!!!).. Tu pasal untuk blog baru mat letak nama tiffinbiru, lagi satu, tiffin biru tu memang wujud dalam simpanan patik, jadi idea datang dari tiffin biru tu laaa...
3. APAKAH METHOD PENULISAN DALAM BLOG ANDA...
  • Memandangkan blog patik ni, blog masak2 dan berkongsi idea masak antara blogger2 lain, jadi cara penulisan tu lebih kepada cara dan teknik serta serba sedikit petua didapur...Ada juga diselitkan dengan benda2 yg berkaitan dengan dunia hidangan sebegai selingan....
4. PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA?...
  • Buat masa ni sekelumit pun rasa nak tutup blog tak de tersinggah di hati patik...Tapi kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan.....Harap selagi terdaya, sihat dan masih waras, insya Allah akan terus berblog....
5. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI BLOG KEPADA PEMILIK BLOG YANG TAG ANDA INI...
  • PEMILIK BLOG, SIS - LINN :- Orang nya happy go lucky, seronok diajak berbicara dan memang tak kering gusi, ada je modal untuk berlawak..dari satu isu ke satu isu semua boleh digarapkan menjadi satu cerita yang begitu lucu dan tidak membosankan, meminati warna ungu (peminat kaler ungu tahap "cipan" seyyy!!!)...
  • BLOG BISIKAN HATI :- Blog sis lin ni, payah nak kata, tapi patik rasa penulisannya melibatkan kegiatan harian...kira ala2 blog versetile gitu, semua leh masuk, masak2 ada, jalan2 ada, perjumpaan antara dia dengan blogger pun ada, shopping ada, ish pendek kata "macam2 adaaaaa!!!!"....

Thursday, March 26, 2009

KEK LUMUT

Kek Lumut

Pernah dengar "kek lumut"?...bukan buat di Lumut, Perak atau pun kek tercampak kat mana2 kawasan berlumut yeaa....Ini kek dari Sarawak dan resipi dia mat dapat dari blog Dayang Kek Lapis, seorang wanita gigih yang mengusahakan perniagaan kek lapis. Di samping tu dia juga mengadakan kelas2 kek lapis (seluruh Malaysia uu!!!)....boleh lihat blog dia di sini... Mat dapat feedback dari "kak cik" dan "fidah". Depa berdua ni kata kek lumut tu sedapp.....Ishh memang betul u, sedap dan rasa ala2 kek lapis pun ada...tatau nak kata macam mana kecuali sendiri kena rasa baru tauu!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....

Wednesday, March 25, 2009

PARU GORENG BERSAMBAL

Paru Goreng Bersambal

Alah hai, macam dah habis kata2...nak tulis pun idea tak timbul2....Hari ni makan paru goreng bersambal, ala2 masakan Minang kot, tatau lah, depa punya resipi lain, hak ni ceQ belasah saja, janji sedap dimakan dan tak pingsan bila lepas makan!!!.....Terima kasih juga pada "Kak CT Delima", atas inspirasi masakan ni (kita jalan2 kat blog masak dia malam tadi sebelum tidur!!!)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg paru
4 ulas bawang putih, diketuk
2 inci halia, dititik
3 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula melaka
1/2 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
7 biji cili merah*
6 biji cili padi (optional)*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*(*dikisar, tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus paru bersama halia titik, bawang putih ketuk dan sedikit garam, hingga lembut. Sejukkan dan hiris nipis. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga harum. Kecilkan api dan terus menumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, gula melaka dan gula pasir, kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan masukkan paru goreng, gaul rata dan masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Rasa dan jika ok matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....

Monday, March 23, 2009

HOKKAIDO BREAD

Hokkaido Bread

Masa berjalan ke blog "Beachlover Kitchen", mat macam teringin mencuba 'hokkaido bread' yang ada kat blog dia...Lagi pun rasa macam lama juga tak buat roti, last buat, roti marble hari tu, jadi petang tadi kita usahakan BM (breadmaker) membuat kerja rutin beliau......

Hokkaido Bread

Roti ni tak letak mentega, tapi lebih banyak bahan tenusu digunakan (tapi mat tambah bread improver dan bread softerner dalam resipi dia). Rasanya lemak2 dan lembut..Memandangkan resipi asal "macam" banyak, jadi mat buat 1/2 sahaja...Untuk resipi asal (yang banyak tuu), boleh lihat di blog "Beachlover Kitchen"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung roti (high protein flour)
1/4 cawan tepung kek
30 g telur (1 biji telur, dikocok, kemudian timbang 30 g)
1/2 cawan susu segar
70 ml whipping cream
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak benda2 ni)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung roti, tepung kek, susu tepung, bread improver, bread softerner, garam dan gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah2 tepung.
  2. Satukan susu segar bersama yeast, kacau hingga larut, tuang dalam tepung bersama2 telur tadi. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah whipping cream dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (elestik). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Biar 45 minit hingga doh jadi 2 x ganda..
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga doh siap...
  4. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian gulung seperti swissroll (ikut saiz loaf tin masing2)...Alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega pada dasar dan tepi tin. Mat guna loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit - 1 jam.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  6. Sesuai juga untuk dibuat sandwich atau dimakan bersama jem dan seri kaya....air kopi/teh jangan lupa yeaaa!!!!

BOK CHOY BERDAGING

Bok Choy Berdaging

Kadang2, otak macam dah kering idea nak masak apa...walaupun resipi melambak, tapi semua macam tak berkenan dihati...Ada kala masak macam2, last makan nasi berulamkan bawang + kicap + cili padi + ikan bilis, lepas tu sambal belacan....

Bok Choy Berdaging

Hari ni masak paling mudah dan cepat, dan pastinya kena makan masa panas2. Kalau dah sejuk rasa dia ok juga tapi macam kurang sikit lah kesedapannya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g sawi bok choy (sawi yang kontot2 tuuu..boleh lihat sini...)
150 g daging batang pinang, dihiris nipis
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, dicincang
2 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 - 2 camca teh kicap cair
1/4 camca teh minyak bijan
1 cawan air
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air, kacau rata
1 cili merah, hiris halus
Hirisan daun bawang*
Bawang goreng *(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi digaul bersama bahan tumbuk lumat dan perap 20 minit. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga perang, masukkan sos tiram, kacau rata dan masukkan daging, gaul hingga mesra dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan minyak bijan. Masak dengan api perlahan hingga daging lembut.
  3. Sementara itu, sawi bok choy dibelah 2, rendam dan cuci bersih2. Toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Celur bok choy tadi hingga lembut tetapi tidak lembik. Toskan dan atur dalam pinggan sesuai. Ketepikan sebentar.
  4. Bila daging lembut, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah cili hiris dan biar sekejap. Sesuaikan rasa, angkat dan siram atas bok choy tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan segera bersama nasi hangat....

HOME MADE SARDINE

Home Made Sardine

Pernah cuba buat "sardine" sendiri?....Mat pun dah lama sangat nak mencuba, baru hari nie digerakkan Allah.....Tapi cuma satu lah, sesiapa nak mencuba,"MESTI" ada periuk tekanan @ pressure cooker di rumah masing2 yeaa. Mat guna ikan tuna, nak guna ikan kembong pun ok juga, kalau tamban sardine yg besar2 lagi lah sedap. Yang pasti hasil sardine ni tak jauh beza dari yang dijual dalam tin, tulang2 ikan tu pun semua lembut dan boleh dimakan. Resipi asal dari sorang sahabat pada abang mat....Terima kasih diucapkan pada "Cikgu Aman", Batu Pahat...Johor.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Saturday, March 21, 2009

GULAI NANGKA & DAGING

Gulai Nangka & Daging

Salam sejahtera untuk semua...Maaf, sedikit sibuk sejak kebelakangan ni, nak update blog pun macam tangguh2...Ok, jom makan gulai nangka & daging, sedap ni makan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman....lepas tu kalau dapat minum air kelapa muda yang sejuk...hmmm lagi nyamann!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g nangka muda, kupas, potong sederhana besar, celur sekejap dan toskan
400 g daging batang pinang, dihiris, cuci dan toskan
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Air secukupnya
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1/2 cawan cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kari dengan bahan2 kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan goreng cili hingga garing, masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Biar daging kecut. Tuang santan cair dan tambah sedikit garam. Bila mendidih, masukkan nangka, kerisik dan asam gelugor. Biar mendidih atas api sederhana dan tuang pati santan.
  3. Masak hingga nangka lembut dan daging empuk. Masukkan gula melaka dan masak sekejep. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Tuesday, March 17, 2009

JOM CUCI MATA!!!!



Ok lah tak nak cakap banyak yeaa..sila cuci mata dengan pinggan mangkuk di Claytan Outlet ini.
Pilihan meluas, harga berpatutan (ada tu tak terfikir pun harga semurah macam tu)......



Macam2 ada, dari pinggan makan, mangkuk pelbagai saiz, cawan, piring dan apa2 jee lah bentuk dan corak. Tapi kenalah mencari untuk lengkapkan set....



Mat kerap jugak datang ke sini. Saja cuci2 mata dan cuci2 poket..hehehe, tapi memang mengasyikkan lah bagi penggemar pinggan mangkuk...



Kedai terletak di 57th Mile, Jalan Johor, Air Hitam, Johor...Tel:- 07-7581898...waktu perniagaan 10.30 am hingga 6.00 pm, dibuka hari Isnin hingga Ahad (cuti umum mat tak pasti lah, tapi rasa2nya tak buka).....



Mat letak ni bukan dapat apa2 komisyen, saja nak berkongsi dengan semua. Mungkin yang duduk di sekitar Johor sudah sedia maklum tempat ni...



Kebanyakkan pinggan mangkuk disini, mutu ekspot, dan di bahagian "montot" nya tertera jenama2 terkenal seperti Spode, Churchill, Queens dan banyak lagi...



Jadi, pinggan yang mat guna tu "kebanyakannya" beli disini (kecuali set "baba dan nyonya" dan segelintir yang lain)...Ok, kalau tak caya lah kan, kalau pi mana2 pasaraya cuba tengok corak yang sama...



Lepas tu kalau singgah di Claytan ni, cari, dan kalau jumpa corak yang sama, bandingkan harga nya....mesti terperanjat u!!!



Oh yea, n3 kali ni mat tujukan juga untuk "kak ummie kuantan".....ehem ehem, kak, koo tak berkenan keee?....hehehehe..



Kalau yang minat kaler putih polos pun adaaa...yang bunga penuh ala2 english garden pun ada..tapi pilihan mat mesti lah bertemakan "biru"....



Abaikan jari-jemari ku yang montok tu yeaa...Tapikan pinggan mangkuk tu halus dan ringan (ada juga yang berat), dan boleh masuk microwave dan mesin cuci pinggan (koo ada ke mesin cuci pinggan kat rumah?)..hehehe



Apa lagi kalau lalu jangan lupa singgah yeaa....Beli mana yang suka, bak kata pepatah kat outlet tu "Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!!!"..



Ok...hari ni cerita pinggan mangkuk, esok cerita masak2 pulak yeaa...Sampai jumpaa yeaa!!!..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.