Jom makan kerabu lagi, buat ratah2 pun sedap u....Kalau dapat mangga tu jangan lah terlampau muda, nanti masam "melampau" pulak, cari yang mengkal2 dan rasa dia manis2 + masam2 sikit. Daging pun kalau elok yang jenis batang pinang....Jemput makan semua!!!
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g batang pinang, dihiris besar2
1 biji mangga yang mengkal
2 biji bawang besar hiris halus
2 batang serai, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit gula halus
Sedikit sos ikan (mat guna brand "cap pisau")
1 biji limau nipis (boleh guna limau kasturi atau lemon)
1/2 inci belacan, dibakar*
2 biji cili merah*
4 biji cili padi (optional)*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat2)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging direbus dengan sedikit air (sekadar tenggelam daging sahaja) hingga airnya kering dan daging empuk, sejukkan dan hiris kecil. Mangga mengkal dikupas, cuci dan hiris memanjang. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 diatas kecuali limau nipis, sos ikan dan gula. Gaul rata, tambah gula secukup rasa, sos ikan dan juga perahan jus limau nipis. Kacau hingga mesra. Sesuaikan rasa dan hidangkan....



































