BEN ASHAARI

Sunday, December 6, 2009

LEMAK PEDAS JANTUNG PISANG

Lemak Pedas Jantung Pisang
Salam sejahtera untuk semua, dah makan tengah hari ke?....Ada tu bersiap2 nak pi majlis perkahwinan nampak......mesti ada kang pengantin perempuan tanya " u dah potong ke?'....hehehe.."of couse!!" jawab pengantin jantan..ahak, ambik koo!!.. Hari ni kan plan asal nak nak bakar ikan pari, sekali macam malas pulak. Jadi mat masak jelah lemak pedas jantung pisang. Ini mat gunakan jantung pisang hutan, rasanya lemak dan sedap. Kalau nak guna jantung pisang lain pun ok, cuma jantung pisang hutan ni kecik, kena guna lebih sikit dalam 2 - 3 biji. Kalau yang makan petai, boleh tambah petai dalam masakan ni, lagi leerr sedap dan boleh melelehh air liur gitu....ok jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji jantung pisang hutan (atau jantung pisang biasa, ikut saiz, kalau besar guna 1 dah ok)
10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 keping tempe, dikerat2
2 papan petai (optional)
2 helai daun kunyit, disiat2
300 ml pati santan
800 ml santan kemancar (santan cair)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula
20 - 30 biji cili padi hijau (byk mana, ikut suka memasing)*
1/2 inci kunyit hidup tua*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang, dibelah 4 setiap biji dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 tumbuk halus, asam gelugor dan udang. Gaul rata dan tuang santan kemancar. Jerang atas api hingga mendidih, masukkan tempe. Kecilkan api dan masak hingga jantung lembut.
  2. Tambah daun kunyit, petai (akalu guna), garam dan gula secukup rasa. Masak lagi 3 - 4 minit dengan api swderhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman serta ikan goreng......sedappp uuu!!!!...
CATATAN MAT GEBU :- Kalaup perhatikan, jantung pisang tu mat tak celur dulu kan, dari pengalaman dan hasil tunjuk ajar orang terdahulu...jantung pisang, pisang muda atau nangka muda tak perlu dicelur, kira rebus dengan santan cair dengan rempah untuk gulai hingga lembut dan terus masak seperti biasa. Ini akan mengekalkan rasa manisnya.....

7 comments:

MamaFaMi said...

Laa...habis tu, apa cerita dengan ikan pari yang dah dikeluarkan dari fridge untuk defrost, pada pukul 2 pagi semalam tu?

Mat Gebu said...

salam mama...
Ikan itu telah ku simpan balik ke dalam peti ais.....hehehe, biasalah maaa, manusia hanya merancang, Allah jua yg menentukannya!!...

cikmanggis said...

hujan hujan jika singgah rumah en mat ni,lapar la pulak...jantung pisang ni,rebus cicah sambal belacan pun sedap..apatah lagi bila masak camgini..yum yum

Ummi said...

Mat..jantung pisang banyak ke ko amik kat pokok?..campak sini sebutir nak wat ulam cicah sambal belachan..pastu hantar semangkuk gulai tu eh..hehe..Ma, ikan pari tunggu tumbuh ekor baru tuannya nk masak kot..hehe

anymz said...

cik mat biasanya saya masak lemak cili apijantung pisang ni saya tambah tempoyak.

echah_syed said...

besor lagi udang ko mat..!

kreatif ko jantung pun bole masak lomak ekk.kalau anak dara combi nmpk mesti lompat suke dia ni..pastu combi jadi mangsa gi carik jantung pisang kat paso :)

tapi mesti kena try ni mat :D

mamacrocs said...

aduh Cik Mat,
meleleh air liur makan hati berulam jantung tau, mana mak cik nak cekau jantung pisang kat sini....sedap! sedap!