BEN ASHAARI

Thursday, November 12, 2009

SINGGANG PEDAS

Singgang Pedas
Salam Khamis untuk semua....Buat apa tu, dah minum petang ke....Hari ni mat masak biasa2 jee, lauk pun ala2 rancangan ulangan yang dah tah berapa ribu kali. Tapi kan dari blog tak berisi dengan n3, ulang tayang pun ulang tayang lahhhh.....Orang lain mesti dah biasa masak singgang, tul tak, lauk paling mudah, cepat dan sedap. Kuah dia tu yang paling enak, boleh dihirup2 kala hangat. Ikan tu boleh guna apa jenis ikan sekali pun, ikut suka memasing. Tapi kalau mat, ikan kembong dan tuna (ikan tongkol) menjadi pilihan. Agaknya kan kalau ikan salmon buat singgang pedas sedap tak ek?.....Ada berani?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan tuna saiz kecil, siang, cuci bersih dan toskan
3 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 keping asam gelugor
1 liter air (atau secukupnya)
1 kuib ikan bilis "Maggi"
Garam dan sedikit gula
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 - 15 biji cili padi hijau*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
15 butir lada hitam*(*ditumbuk lumat tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumta hingga harum, masukkan air, asam gelugor dan kuib ikan bilis.
  2. Bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan dan perisakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula sebagai "syarat" (sesapa nak letak serbuk perasa pun boleh....). Jika macam tak cukup kuah, boleh tambah sedikit air lagi dalam 1/2 cawan.
  3. Biar mendidih untuk 2-3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman. Jika suka, boleh masukkan belahan tomato atau terung dalam singgang pedas ini...

14 comments:

Muna said...

Alamak CikMat!! Cheq baru baik demam, nampak pulak lauk CikMat ni.....telan ayaq lioq saja-la....sedeyyy

Lady of Leisure said...

salam ziarah cikmat..
saya mmg tercari2 resepi singgang yg pedas...
sedapnya..
nanti saya cuba.. skrg tak cukup bahan sbb takde bunga kantan..

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat....
singgang nih kalu hirup masa panas2 tu yg besttttt... silap2 boleh kering kuah dia....
cikmat cuba ahh wat record singgang ikan salmon... mane tau sedap kot...nanti kite follow plak...

Aziela said...

Untuk orang sakit sesuai sangat laa makan singgang nie kan Cik Mat.
Sekali lalu nie...nak minta nasihat sikit la Mat. Anak akak umur 7 thn, akan di operate buang tonsil minggu depan. Apa makanan yang sesuai utk akak masakkan dia yer... Bubur nasi biasa tu..dia x lalu la Mat. Daging lembu ngan kambing pun dia x suka. Kalau x..boleh campur sket dlm bubur kasi tenaga. Mcm mana yer Mat...? Tolongggg lah akak.

Adriana Aina said...

Salam Mat,
Nampak senang and kena cuba nie..

geraugebang said...

Kalo kita, kita panggil pinggan serani.

Marina Monroe said...

Salam ziarah, something new, boleh try..terlioq tengok gambar tuh..

ima said...

salam cik mat...kebetulan hari ni saya pun masak singgang jugak...permintaan dr suami...hantu singgang.biasanya saya msk singgang ni tak letak serai...tp hari ni tergerak hati nak cuba letak serai...ternyata memang sedap...tq berkongsi resepi...

Daffodil said...

salam mat yohooooo... lama x menyapa hehe.. kabare?
mat, pada pandangan saya salmon xsedap masak singgang.. tapi best masak yg ala2 kuahnya pekat macam kari n masak lemak cili api atau steak / grill with honey lemon n black paper sbbnya ikan tu rasa agak tawar tapi teksturnya lembut..
bilala kami nk ke kulai plak nih.. hmmm merindu kampung halaman je la bila menatap resepi ko nih mat hehe

TokNabe said...

Betultu che mat... masakan ringkas tapi inilah yg sedapnya. Boleh bertambah nasi 2,3 kali. Kalau org kelantan makan sama budu sedap... tp cara singgangnya mungkin lain sikit.

Nina Suria said...

ah mat kalo nak masak singgag salmon pasti sodap, ko campak lah tompayak ngan segenggamg cili api sekali. Pasti mak metua lalu bakang pong tak nampak.. Oittt Encik Mat kita belom punya arrrr.. Ampun

Salam jumaat CMG :)

HaSue said...

memang sedap nak hirup kuah singgang nih..cicah roti pun sedap gak ek

Lydia said...

CMG, ni nampak cam ikan mackerel?

WanYgBest said...

wah...terliur tgk singgang nih...
saya penah wat salmon sweet sour ngan smoked salmon masak lomak. Sodap jugak! Kari kepala ikan salmon pun penah mkn (x penah buat lg..huhu)...try la buat cik mat...terangkat u!!