BEN ASHAARI

Tuesday, November 17, 2009

LEMPAP HATI LEMBU

Lempap Hati Lembu
Ini masakan kegemaran abah mat, hati lembu ni elok bagi mereka yang kurang darah, tapi tak begitu sesuai bagi mereka yang ada darah tinggi (makan sikit ok lahh...). Satu mat perhatikan, hati lembu ni tak boleh masak terlalu lama sangat, nanti dia jadi keras jelatu, liat macam tikar getah!!....Kalau dapat hati lembu yang baru lagi sedap. Kalau yang tak makan hati boleh tukar dengan daging lembu batang pinang. Lagi satu, hati tu makin lama diperap, makin sedap!!... Sesuai dimakan bersama nasi putih dan roti....ketupat pun sedap juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
2-3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Sedikit gula
4 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*
1/3 camca besar jintan halus*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan hati lembu, bahan kisar halus dan kicap cair. Gaul rata dan perap sekurang2nya 3 jam (simpan dalam peti sejuk). Kalau perap semalaman lagi sedap..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan hati lembu yang diperap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan tambah sedikit air (anggaran 1/2 cawan). Masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah belahan bawang besar dan gula, gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi kicap cair (kalau tak cukup masin) dan masak sekejap lagi. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan...

7 comments:

CT Delima said...

salam mat k.ct lom pernag rasa gigit tikar getah hahahaha ada2 jer lah mat ni hehehe


betul tu mat..kalau ada HB ni jgn mimpi nak makan benda2 macam ni kan. Dok rasa sikit2 okey lah... lepas 'gian' betul tak huhuhu

Ray said...

Salam Mat..mcm saya pulak kalau hati lembu ni saya suka masak kari kering. Tp hati tu kena rebus dulu la...Dah tu masak mcam biasa mcm nak buat kari, tp tanpa santan. Sedap!!:)

aizan said...

salam cik mat.. wuiyai.. masak "lompap lombu" cik mat nie sungguh menyelerakan...

Ummi said...

Uiikk nsb baik x tersalah baca..ingat hempap hati lembu..ekekee...mata akak yg semakin rabun rupanyaa...hadoiii kena pi tambah power lg la niihhh....hehe

echah_syed said...

hati fav combi.nnt nak try lah.selalu combi masak jintan manis jek :)

MamaFaMi said...

Makan hati je tengok lauk Mat ni...

noorcahaya said...

hmmm cam mak saya masak...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.