BEN ASHAARI

Wednesday, November 11, 2009

KORMAK BADAM

Kormak Badam
As'laikum dan selamat tengah hari semua.....dah makan tengah hari ke.... Hari ni mat nak share satu resipi masakan kurma atau orang2 johor panggil "kormak". Walaupun nampak biasa2 jee, tapi teknik memasaknya ada kelainan. Resipi mat dapat dari "Kak Zura" blog "TulipKasih". Bukan nak puji sebab dia orang Johor, tapi sikap prihatin beliau dalam mengekalkan resipi2 dan teknik2 memasak orang2 Johor zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar,Sultan Sir Ibrahim dan sultan2 seterusnya harus diberi pujian. Dari segi sejarah, semua sedia maklum, negeri Johor ni lain sikit dari negeri2 lain. Sejarah Johor modern menyaksikan pengaruh orang putih dalam istana sultan johor (sebab sultan beristerikan "mem" mat saleh!) dan ini menyebabkan menu ala2 "fusion" terhasil. Contoh paling senang, laksa johor, resipi ala2 melayu, tapi guna spaghetti. Namun begitu cara makan, gunakan tangan!.... Apa2 pun terima kasih kak zura kerana sudi berkongsi ilmu yang begitu bermakna ini... Untuk melihat pelbagai resipi unik orang2 Johor, boleh lah singgah di blog Tulip Kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang (resipi asal guna ayam)
1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dibelah empat
5 biji kentang sederhana besar
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun sedari
1 camca besar air mawar
10 biji kacang badam
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*
1/2 camca besar lada putih biji*
5 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 biji pala*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukuprasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
  2. Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
  3. Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....

6 comments:

ain said...

kormak abah sy pun cam ni gak!! pantang betul dia kalau ada bhn yg tak de. mmg tak jd buat lah!!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sedap nampak nih... bhn mmmg kena cukup baru leh buat nih...sesetengah benda kalu duk sini kompen susah nak carik...

Mi||A said...

yuhu...sedapnyaa....thanks the resepi...nak ngetes lu..hehe..

fmina08 said...

salam che mat...
teh SAJIRA tu apa yek???? tak penah dengar..

Muna said...

Kalau ikut resepi Korma Northern India pun lagu ni juga.... nanti cheq pi tanya Amitabh Bachan....

Mama Vogue said...

SALAM MAT.....



Alhamdulillah, menjadi jugak Mat membuatnya ya. Suka akak tgok. sajira u rupa dia sama mcm jintan halus tapi bau dia agakkuat sedikit. Ada jual di kedai mamak jln trus. kalau nak akak boleh belikan n kirim pd mat. Harrap masakan warisan Johor dari istana ini tak luput dek zaman.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.