BEN ASHAARI

Tuesday, October 20, 2009

RENDANG PEDAS HARUM

Rendang Pedas Harum
Salam untuk semua, apa khabar....Lepas2 raya ni tiba2 kan nak buat rendang ayam lah pulak, seperti biasa, kali ni rendang ala2 Negeri Sembilan tapi sedikit berbeza, tapi senang saja membuatnya. Kalau nak buat guna itik pun boleh juga (sesiapa yang makan itik lah yeaa...), tapi pada mat, rendang ni sedap guna ayam, kalau daging tu ok juga tapi kurang sikit kot. Sesuai dimakan dengan nasi, lemang, ketupat atau roti. Kalau masak lebih pun tak pe, isi dalam tupperware, boleh di dingin beku, nak makan, masuk je dalam microwave...mudah kan untuk orang2 yg bekerja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 16
700 ml santan pekat
300 ml air kelapa
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, satukan bahan kisar halus, air kelapa, santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.
  2. Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, kutupat dan lemang.
CATATAN MET GEBU :- Jika guna ayam "pencen" atau ayam "kampung", tambah air panas dan terus memasak hingga ayam lembut....

12 comments:

mannira said...

petua untuk cepat lembutkan ayam tua or daging... bunjutkan biji selasih...buh je dlm periuk or kuali...cepatje dah lembut...

Mat Gebu said...

mannira...
Terima kasih sudi kongsi petua....saya cuba buat nanti yeaa...

ain said...

kat umah ada ayam kg, boleh ler try resipi cik mat dan petua mannira!

Fly said...

menyelerakan :)

mama suri said...

kecut air liur mama tgk rendang mat gebu ni...
baru nak start diet...
huuuuuuaaaaaaaaaa

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...rendang cikmat nih posing camne pon mmg menggoda...tgk bhn cam simple je...leh msuk list nih...tq cikmat...

aizan said...

uihhh.. sodap eh ...

Chempaqa said...

cik mat..hari tuh member buat guna ayam pencen...nasib baik x tcabut gigi..tp SODAPPPPPPPPP..fuhh..malataopppppp...chemp nak cubalah..kompem...melatop dapao nieh..hiihih

Tynie la fea said...

npk sedap & "menggiurkan" hehe... cikmat ader tak resepi rendang negeri sembilan yg asli? dh lama teringin nk wat tp taktau resepi sbb sayer bkn owg nogori....

Ummi said...

Iyo la Mat, mmg eden tengok pun teraso-raso kat tokak nih..kesodapannya..!! Eden mmg suko nar rondang2 nih!..Nanti nak toraii la..Makan dongan puluiitt la baru terangkat, yo x Mat? Hehee...**belum makan dh tergeliat lidah akak cakap nogori :D

ct_nurmarlissaa said...

best 3x

Mama Vogue said...

Kitappun baru masak rendang gak tau!!!!