BEN ASHAARI

Thursday, October 15, 2009

CHOC - CHEESE ORANGE MUFFIN

Choc-Cheese Orange Muffin
Salam buat semua pengunjung blog tiffinbiru, ampon dan maaf dipinta sebab dah 2 minggu mat tak masukkan apa2 n3 baru, bukan tak sihat, cuma masa begitu ketat sejak bebelakangan ini. Bulan syawal yang masih sedikit bersisa pun masih ada lagi tetamu singgah bertandang ke rumah. Dah adat kita orang2 melayu, tetamu harus dirai, sebab mereka tu semua pembawa rezeki. Ok untuk permulaan hari ni, mat letak n3 muffin, benda yang paling mudah untuk dibuat. Sesuai untuk rumah terbuka, deepavali atau apa2 saja majlis.....

Choc-Cheese Orange Muffin
Ianya lembut dan halus, lemak2 manis dan harum dengan bau parutan kulit oren dan juga rasa mewah keju dan jus oren dengan lemak rasa mentega. Dengar macam nak pingsan kan, mesti ada ingat rasa dia muak..tapi rasa dia sedap u, tak muak, apa2 pun tekak masing, jadi citarasa tak sama. Kita kata sedap, ada orang kata "biasa2 ajeee". Resipi ni boleh dapat 25+ muffin, ikut saiz muffin cup yang digunakan. Jadi kalau nak try buat sikit, boleh lah buat 1/2 bahagian dari resipi dibawah ni yea...Selamat mencuba!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega
130 g cream cheese
4 biji telur gred A
150 g gula halus
260 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bikarbonate*
1/2 camca teh baking powder*
40 g serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
2 camca besar golden syrup (boleh ganti dengan "madu")
1 biji oren, parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren di atas)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk satu telur = 1 minit. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan jus oren, hingga habis. Macam biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dengan tepung. Putar hingga semua sebati.
  3. Kaup adunan dengan spatula untuk meratakan mana2 bahagian dalam mangkuk adunan yang kurang rata. Sudukan adunan 3/4 penuh dalam muffin cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2....

16 comments:

nor64 said...

slm mat, sikit punye baguihh mat promote muffin ni hingga akak nak buat esokk ...esokk juge akak buat sbb resepimu ni mmg x fruskan akak mekasih mat....

Muna said...

my favourite combi...dark choc and orange. sungguh menggugat spring weighing machine cheq!!

cikmanggis said...

salam mat..lama tak tinggal jejak kat blog mat ni..slmt raya mat..kita ambik resepi muffin ni ya

MamaFaMi said...

Akhirnya, Mat menonjolkan dirinya semula dengan muffin yang menggelembong ni, bikin hati tak keruan je....

~~zAnAfAhMi~~ said...

lama menyepi cik mat kita ni.....sibuk layan tetamu ye? bila plak cik mat nak dtg beraya ke Sabah? nanti kakzana hidangkan kuih dr resepi cik mat juga...hehe..

Kak Ani said...

salam mat,

selain dr muffin yag menyelerakan tu...akak ternampak KitchenAid tu...mat, kat mana mat beli tu ...dah lama akak dok berangan...

ima said...

wah...nampak gebulah muffin tu...sedap kalau dapat makan...selamat hari raya...

mummyseri said...

salam cik mat..mmg nmpk mngancam muffin ni..:) sy pon peminat tegar cheese so sy nak wat juge muffin ni..minta izin copy resepi yek..

CIKGU ZAM said...

salam, pernah gak saya belajar cara masak muffin tu, tapi dah lupa,,huhuhu

Ummi said...

Haa..tu pun dia..dah nk mula mengganaazzz la tuh! Mula2 keluar yang lembut2 jek..pastu tengoklah nnt..hehee...Mat, nak 3 ketuiii..bau lemon tu smpai ke lobang hidung ku laaa...hehe

mrs said...

salam cik mat...saya nih slalu jadi silent reader jer..tp hari ni nk komen gak..memang nmpka mabeles la muffin nih..sy nk tanya cik mat cup tuk muffin tu cantek..mana nk beli camtu ek?

melayudilondon said...

salam cik mat, suka betul saya baca blog cik mat. Sejuk-sejuk kat London ni, makin lapar pulak tengok sajian makanan cik mat ni.
Saja nak sapa. :) Kitchenaid kita serupa!

LIZA said...

cuba jangan tak cuba,... liza nak cuba semua resepi mat, insyaallah...

::. miss waWa .:: said...

hai mat...cntik nye kertas muffin..mn la nk crik ek..susah betoi nk jmp kt area png ni..huhu

Ahmad Tarmizi said...

Salam mat,ptg nie try wat muffin choc cheese nie...alhamdulillah..menjadik..thanks mat..mmg sedap!Nnti nak wat mufin yg lain plak.

bersama kak Es said...

dah tak tahan nak tanya niiii... kat mana Che mat dapat bekas muffin yang lawa2 ttuuuu..

bakery kat tempat Kak Es ada 3 corak je..tu pun bunga2 huhuhu

online ade tak ?