BEN ASHAARI

Thursday, October 29, 2009

BANANA BUTTER CAKE.

Banana Butter Cake
As'laikum dan selamat petang Khamis semua, hari ni mat buat banana butter cake untuk minum petang, rasanya lemak2 manis. Ini sebab nak menghabiskan stok pisang yang ada kat rumah, rupa si pisang tu pun dah berubah, kulit dia dah mula gelap2 sikit tapi isinya masih elok. Sebelum di lesey (buang), elok lah kita tukarkan ia menjadi sesuatu boleh meracun tekak dan pandangan...hehehe. Keknya lembut, gebu dan lembap...kalau nak buat cup cake pun boleh, nak bakar dalam loaf pan boleh, loyang bulat boleh....kalau nak buat swiss roll pun rasa nya ok, sebab kek ni lembut...ishh awat tak terfikir tadi..tak pe, lain kali kita cuba buat swiss roll pisang pulak yeaa....

Banana Butter Cake
Yang ni mat bakar dalam muffin pan. Dapat lah dalam 20 biji, ikut besar mana acuan memasing yea.. Lepas bakar tu biar sejuk dan hias ikut suka. Nak hias macam mat tu pun ok, nak bubuh buttercream pun ok, coklat ganache pun ok atau ayak gula aising pun lawa...ala2 salji gitu....Resipi asal mat dapat dari buku "Alex Goh"...cuma cara membuatnya mat guna teknik sendiri....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred "A"
100 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 g tepung protein rendah (mat belasah guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
85 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
120 g pisang embun#
1/4 camca teh soda bicarbonate#
Secubit garam#(#dilecek hingga hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  2. Masukkan pisang lecek, putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cari dan gaul rata menggunakan spatula.
  3. Isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Biar kek sejuk dan hias ikut kreativiti masing2. Jika menggunakan loaf tin atau tin bulat panjangkan masa membakar 20 - 25 minit lagi atau hingga masak......

19 comments:

Watierman said...

Salam Cik Mat..apa aje yg Cik Mat Masak...memang ada aura lah...cantik jer....memang kreatif dan very presentable....terima kasih kerana banyak kasi idea dan tips..

Jun said...

mattttt, dlm maleh2 tu byk plak kuar resepi..eh, antu mana sampuk tu..ko deco cun2 camtu nk bg sape makan? akak tunggu lama dah, x sampai2..hahaha

Ummie anisa said...

Salam matt...amboi..hidanganmu sentiasa mengiurkan tambah lagi pinggan mangkuk yg sgt menawan...

MamaFaMi said...

Dahlah keknya cantik, presentation pun cantik... above all, set cawan tu punnnnnnnnnnnn menggoda kalbu. Siksanya daku...

Wah, dua kerusi tu elok je tersusun gitu, macam pelamin lak nampaknya! Hehe

Mima's Oven said...

I berkenan tea set u nie... sungguh menawan...

Ummi said...

Mat...x tahannya tengok...tp bukan keknya saja..tp set iteewwwwww...hadoiii silau, naik berpinau mata akak tau..huhuuu..jelesnyaaa...

CIKGU ZAM said...

emmmmm bestnye, bawah pisang tu ape ye??

Sidratul Muntaha said...

pisang raja boleh pakai tak?
pisang tu byk kat umah skunk
balik kg aritu

ICook4Fun said...

Cantiknya tea set tu Mat.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Mat....nak tayang kek ke set cawan tu? Cantik la...
Kek pun nmpk gebu dan terliur. Ni yg buat akak curi resepi kat sini. Tapi kan.....rumah ni 3 org je...selalu akak kena mkn lebih.

Am-flora said...

amboi cik mat, brsinar, silau memancar-mancar lagi set teko tu.. tambah lak dgn cc yg mngoda jiwa..cntik-manteklah! ada idea ni nak buat mlm nanti, stok pisang yg brtapa dlm esbok pun dah nak kehitaman menunggu. mmg tgh nunggu resepi yg brasaskan pisang ni! TQ!

Adnazthie said...

Tak tau nak kata aper semuanya dah diucap..

Kim said...

Cik Mat, I live in USA and I am a big fan of your blog - its my daily stopover to check recipes. I love all your recipes and musings. In this one, I love your furniture and cake presentation; the teaset is also awesome. Keep it up!

ummu_hanis said...

kek tu mmg nampak sgt sedap.
tapikan yg lebih mencuri tumpuan ialah kusyen kat belakang belakang tu. canteknye rumah bang mat.
lagi satu tea set tu. canteknye.
nanti ummu dah kurus nak try la resepi nih.
buat skrang naye je batal diet ummu nanti. hihihi.

geraugebang said...

Mat memang terror gileer bab masak n menghias kan. Masakan best, cawan cantik. umah pun cantik.

mamawana said...

comei nyer kek cini...mesti sedap nih. Nak cuba wat...saya mesti pilih... :-)

Muna said...

WOW!!!!

aizan said...

Alahai, lawa eh tea set cik mat nie. Cantik la

kak nik said...

salam for cik mat.nak ucap kan trima kasih sebb masukkan resepi yg sedap2.oven ku yg berabuk tuh dah pun digunakan semenjak melayari blog cik mat. moga banyak lagi resepi yg mengancam2 lepas nih!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.