BEN ASHAARI

Monday, August 3, 2009

ACAR MENTAH BERSOS

Acar Mentah Bersos
Ok ni acar2 biasa yang selalu orang baut untuk makan dengan nasi minyak, nasi beriani dan pelbagai jenis nasi2 yang lain. Cuma kali ni mat cuba lah sikit buat ala2 bawang jeruk yang orang makan dengan murtabak tu...Tapi memang sesuai dimakan dengan nasi minyak atau nasi halia (resipi di n3 teratas tuu)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun, dihiris nipis2
1 biji lobak merah (sederhana), dihiris halus2
1 biji bawang besar, dihiris halus2
4 camca besar sos cili (mat guna sos cili thai)
1 - 2 camca teh gula halus
3 camca besar cuka makan
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan gaul rata. Rasa dan tambah apa yang perlu. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit, sebelum dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi beriani...
  2. Untuk timun dan lobak merah tu mat sagat untuk mendapat ketebalan yang sekata....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.