BEN ASHAARI

Tuesday, July 21, 2009

UDANG SANTAN BERLADO

Udang Santan Berlado
Selamat petang semua, minta maaf sebab lambat masukkan n3 baru, waktu terasa begitu terhad sekarang ni....Hari ni mat masak "udang santan berlado", ala2 masak lemak juga, cuma ada sedikit perbezaan, kalau nak guna ayam pun boleh, dan sayur kacang tu kalau tak mo letak pun tak pe, boleh ganti dengan tomato, terung atau belimbing buluh. Ok jom kita semak resipi nya...

BAHAN - BAHANNYA :-)
500 g udang galah, dibersihkan
7 tangkai kacang panjang, dipatah 2 inci setiap satu
2 batang serai, dititik
6 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 cawan pati santan
3 cawan santan cair
Garam dan sedikit gula
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, diketuk
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1/2 inci belacan, dibakar*
3/4 camca besar udang kering*
15 tangkai cili kering (kerat dan rendam dalam air hangat, toskan)*(dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah/putih hiris, halia dan serai titik hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Guna api sederhana. Masukkan udang, gaul rata dan masak sekejap hingga udang kecut.
  2. Tuang santan cair dan biar mendidih, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Biar mendidih perlahan, tambah garam dan sedikit gula. Masukkan asam belimbing dan masak hingga belimbing lembut.
  3. Bila kacang panjang sedikit lembut, matikan api. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam sebagai pembuka selera.... Selamat mencuba..

8 comments:

ain said...

sedapnyaa...sy suka masak santan berlada ni.

MamaFaMi said...

Tokobil kobil mato sey nengokkan ekau punyo udang santan bolado ni Mat oi...

maklang said...

sodap tuuuu...:)

Watierman said...

Salam Cik Mat...Sodapnya...wangi baunya sampai ke Penang....

que_zul said...

cik mat, sedapnyer lauk ni...anto sket ke perling boleh??...ekkekekekkeke

Kasawari said...

ada lagi udang ni.. he he.. nak rasa sikit... hu hu

p/s: lin ada call tentang acara panjat memanjat tu.. apa2 hal nanti dia roger2 la.. hu hu.. kecik tapak tangan.. bukit sedenak ku tadahkan..

MK said...

mk pasan kan...mat suka masak udang galah betul tak? sedap sungguh rupanya....

geraugebang said...

Hatiku terguda dengan udang itu. Besar dan menawan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.