BEN ASHAARI

Wednesday, July 8, 2009

LEMAK PUCUK UBI BERKUPANG

Lemak Pucuk Ubi Berkupang
Sedapnya lauk2 kampung...selain mendatangkan kesan nostalgia, ianya menunjukkan betapa kreatifnya orang dulu2 dalam mempelbagaikan benda2 alami sebagai bahan makanan...Contoh senang macam pucuk ubi...benda yang mudah dapat tapi boleh dimasak dengan bermacam2 cara dan ragam. Tapi paling femes mesti lah pucuk ubi masak lemak, tak kesah lah masak lemak putih atau lemak dengan kupang macam resipi ni...pstt..ini pun ulang tayang juga...mesti dah ada yang jemu kan..tapi aku peduli hapa!!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cawan isi kupang
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 cawan pati santan
3 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar udang kering*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasing tangkai dan daunnya, celur hingga lembut, toskan, perah dan hiris kasar. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas, asam gelugor, kupang dan juga bahan2 kisar. Gaul rata.
  2. Masukkan santan cair dan masak atas api sederhana hingga mendidih, kacau rata. Tambah pati santan, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekal.
  3. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin....

10 comments:

gee carmen said...

alahai cik mat.. semua yang dimasak nampak sedap belake!! hebat sangat2 cik mat nie :)

amoza said...

iskh... sedapnya... dah lama benor tak makan lauk nie... teringat masa kt kampung dulu2 lauk masakan mak...

Nor said...

salam che mat, lebih kurang jer lauk kita arini.. :)

Amy said...

Salam CM,
ahyooo kupang!! Sdpnya. SNi kupang frozen jek ade. Rase lak hampeh la kalo buat camni. Kapo buat rendang ok laa. Tp mak aih, kecur lah hai.

Mima's Oven said...

Hmmmm.... cedapnyer lemak pucuk ubi nie. Nak nak lagi kalau dapat pucuk ubi pulut kan cik mat? makan dgn nasi putih dan sambal belacan dan ikan kering.... mintak cikit boleh?

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu reading your blog

blogresipi said...

Sedapnye... pucuk ubi memang best... masak camni laagiii laa best.huhu

RiShaZalia said...

CMG... geramnya tgk kupang bila dah siap masak tu....warnanya mengancam jiwa kalbu la

CiNtA tANPA SEMPAdAN said...

Salam Che Mat, Jid nak add blog Che Mat kat blog Jid ni...Dah follow gak..
Tak leh tengok lama2 hari.. Makruh, kang batal lak puasa aku ni... Ok,all the best...

My Asian Kitchen said...

dah lama tak makan pucuk ubi lemak!!...kat sini ada filipino restaurant jual pucuk ubi lemak ..I was suprised!