BEN ASHAARI

Tuesday, July 14, 2009

ASARI SPAGHETTI TOMATO

Asari Spaghetti Tomato
As'laikum semuaaa...sebelum apa berlaku, mat nak minta maaf sebab, aku salah ngeja "spaghetti" kooo...adehhh, nak edit balas dah malas..minta amponn yea semua.. Resipi mudah ni kutip kat blog Hana yang dok tercampak kat Jepun tuuu...Hana..ko kalau nak beli "noritake" jgn lupa seru nama "mat gebu"...ahaks...Nama asal "asari spaghetti tomato", tapi asari tu menatang apa pun pakcik tatau (rupa macam kepah jee)...jadi mat belasah guna kupang segar, tapi kat dalam gambar tu, mat dah lucut kan kulit dia dari isi. Tapi sedap lahh, kupang segar kan manis..Apa2 pun boleh semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Spaghetti, direbus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun
300 g asari@lala@kupang
285 g sos spaghetti (mat guna perisan tomato asli)
1 tin cendawan butang, toskan, separuh cincang, separuh hiris
5 camca besar minyak zaitun
2 biji tomato, didadu
Garam dan sedikit gula
Keju parmesan, diparut*
Hirisan daun parsley*(*untuk ditabur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan tomato yg dipotong dadu.masak sampai tomato hancur.
  2. Masukkan asari. tutup kuali@periuk sehingga asari terbuka.
  3. Masukkan sos spagethi n cendawan butang. Perasakan dengan skit garam dan sedikit gula. *jika perlu masukkan air sedikit. Didihkan.
  4. Hidangkan sos bersama spagetthi dan taburkan dengan daun parsley dan parutan keju parmesan jika suka.

7 comments:

ain said...

wahhh....spagetti jepun dh mai ke umah cik mat pulak. bila ler nak mai umah saya ek..??hihi

::@FiQ said...

spageti pedas sket sedapkan...maklumlah..tkk org kg...huhuhuuh

.:Fae-Yust:. said...

Salam,

saya ada gak duk skodeng spaghetti asari ni kat umah Hana Japan tuh...

skrg skodeng kat umah Che Mat pulak noo...hehe

Ainur68 said...

Laa...ingatkan Asari tu nama orang...kihkihkih.

MULAN said...

ayooo pose ni lagi la terlior..

maklang said...

dapat kat anak2 maklang ni, sure menjilat pinggan ni...he..he..

Ayu said...

Salam, che mat, sedap nampak spaghetti tuuu!!!..anyway kita dah try buat your prata puff!! sedap tau!!!! thank you halal yer, kta dah post kat blog kite..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.