BEN ASHAARI

Sunday, June 28, 2009

KUIH TALAM LABU

Kuih Talam Labu

Selamat petang semua...sebelum tu nak minta maaf yea, sebab buat kuih berasaskan labu lagi, semalam kek labu, hari ni kuih talam labu pulak. Habis tu nak buat macam mana, dah rumah kita musim labu....ibarat si luncai terjun dengan labu-labunya!!!...Kuih talam ni mat ubahsuai dari resipi kuih talam keladi sumbangan "kak nis" ratu kebaya tahun 70-an yang dok diam di Singapura....Minta halal yea kak nis, saya ubahsuai sikit resipi ni...

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
100 g labu yang siap dikupas, kukus hingga lembut dan lecek halus
50 g gula halus
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
200 ml santan
20 g tepung jagung
2 camca besar tepung beras
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega). Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 "lapisan bawah', kecuali labu lecek, kacau hingga rata dan sebati, kemudian tapis. Masukkan labu dan kacau rata. Tuang dalam tin, tutup permukaan tin dengan aluminium foil foil dan kukus 15 minit dengan api sederhana.
  3. Bancuh semua bahan "lapisan atas", kemudian tapis. Tuang perlahan atas no 2 tadi, tutup kembali dengan aluminium foil dan sambung mengukus lagi selama 20 minit. Buka aluminium foil dan biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....

1 comment:

ain said...

sedap ni cik mat...kita nak try le nanti.