ASAM PEDAS SEMBILANG

Asam Pedas Sembilang

Sedapnyaaa asam pedas...Alahh, mesti ada yg tengok n3 ni, komen..."Sikit2 masak asam pedas, tak de resipi lain agaknya"..atau..."Yang ni dah masak dulu, ni masak lagi, sah2 resipi ulang tayang...dia ni otak dah kering idea ke"...Biasalah manusia..so what, guaa punya suka lah bebb!!!....Jadi kita pasrah jee lahh...Tapi kan jangan komen dulu, sila tengok resipi, kot2 lain lah dari yang selalu anda masak....Tapi ingat yeaa, rasa masakan tu berbeza utk setiap individu...sebab apa?...sebab "air tangan" masing2 tak sama...betul tak?...Lupa nak bagi tau..dalam gambar yang nampak seketul berbiji2 dekat dengan bendi, tu sebenarnya telur ikan sembilang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan sembilang segar (sederhana besar)
7- 8 biji bendi muda (mat guna yg pendek2)
2 genggan daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 inci halia, diketuk
Garam dan sedikit gula
9 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang dicuci bersih, siang dan potong ikut suka, cuci kembali kemudian perap dengan garam dan jus limau nipis untuk 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan toskan (mat tak kerat sebab bendi tu jenis yang kontot2)..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml). Bila mendidih, masukkan ikan sembilang dan daun kesum, gaul rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah bendi dan juga jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak dengan api sederhana sehingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama dengan nasi hangat....
CATATAM MET GEBU :- Kalau ikan tu ada telur, mat selalu masak dalam periuk lain, ceduk kuah asam pedas tadi dan masukkan ke dalam periuk kecil, masukkan telur ikan dan masak dengan api kecil sehingga telur ikan bertukar menjadi keputihan, kacau sekali sekala. Tambah air jika perlu. Bila dan masak, boleh tuang kuah tadi bersama telur ikan ke dalam periuk asam pedas. Kalau nak masak sekali dengan ikan pun boleh cuma kena ambil masa lama, sebab telur ikan ni kalau pecah dalam masakkan asam pedas kita, kuah dia jadi tak lawa..berjerebu!!!!....

Post a Comment

14 Comments

  1. Baru tadi tgk bunga entry bawah ni.. tup2 dah ada resepi baru.. hmm..sungguh menyelerakan.. :D

    ReplyDelete
  2. mmg jelesshh klu dpt mkan cam ni
    hukkk

    ReplyDelete
  3. salam.singgahjap mat.jeles boto den nengok asampodeh ikanni mat.kat riyadhni mano nak cekau daun kesum...tengokpun jadilah.toceh2.

    ReplyDelete
  4. salam cmg.tergiur betul tengok asam pedas tu.harap cmg enjoy dgn apa yg cmg buat.

    ReplyDelete
  5. cik mat...sedapnyaaaaa...lg2 le telur ikan sembilang tu..aduiii, terliur seh!

    ReplyDelete
  6. suka tengok pinggan retro cikMat...kalau cikMat mai sini, kita pi flea market cari pinggan-pinggan lama...pasti seronok!!

    ReplyDelete
  7. Ejay..
    Eh boleh lah cuba masak, kalau tak makan ikan sembilang, u guna ikan lain...

    joe...
    aiseyy bro..buat apa nak jeles, lauk biasa2 jee tuu..

    puan n...
    tak ye juga kan jauh sangat..tapi teman2 blogger saya yg dok eropah, ada tu depa boleh dpt daun kesom..payah juga nak makan herba mesia ni kalau dok jauh..

    salam dari puncak...
    terima kasih sudi singgh yeaa...setakat ni alhamdulillahh, saya rasa selesa dan seronok....

    ain...
    Telur ikam tu macam jagung kan..mak saya suka. tapi saya kurang gemar..kalau ikan dia tu sedap leer..

    Muna...
    Aiseyy..jgn lah sebut...nanti ceQ tak leh tidur malam, ingat flea market...

    ReplyDelete
  8. susah nak dpt ikan sembilang yg ada telur la ni.. kalau kat pasar tu , semua perut dah belah pun. Tengok telur asampedas mat ni, teringin la pulak. nasib baik ler bukan tengah mengandung, klu tak..mau anak aku mengences jer kluar nanti nie...

    Mat, ikan puyu sedap tak masak asam pedas? kena pulak yg ada telur.. hmm mengancam sungguh... :P

    ReplyDelete
  9. saya mmg peminat asam pedas.. hihi.. tak tak pandai cam Mat..

    err, salam kenalan.. saya mmg selalu mengintai resepi kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  10. cik mat, nak tanyo laa apo bezo eh taruk udang koring dlm asam podeh ikan sembilang nie yek? semalam zan buek asam podeh tenggiri, roncah eh samo laa cam resepi cik mat nie cuma zan tambah jintan manis, jintan putih ngan ketumbar mesin sekali ngan bwng2, halia, belacan dan cili kisar. And thanks bg petua pasal telur ikan, baru tahu.

    ReplyDelete
  11. thambey!
    omak den kato, budak2 tecik tokleh makan tolo ikan taw nanti bodoh << tu lah tektik lamo omak2 kito supayo dio dapek makan. sokarang ni den pulak yg kabo kek anok2 den hikhik...tektik lamo juo yg eden pakei :)

    ReplyDelete
  12. lia memang suka masak asam pedas nie .. cik mat nie buat menyelerakan sangat ..

    ReplyDelete
  13. Mat,
    Kalau tak ada daun kesum atau bunga kantan nak ganti dengan daun apa ye?

    ReplyDelete
  14. Ya Allah cekmat
    sangatlah menggiurkan asam pedas tu
    oh cekmat buh udang kering yak

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.