BEN ASHAARI

Monday, March 9, 2009

ROTI MARBLE

Roti Marble

Salam maulidur rasul untuk semua umat islam seluruh alam dan selamat sejahtera...Ini projek tertangguh, sebelum ni mat dah buat, tapi ragi yang mat gunakan bermasalah, habis roti tak naik, dok macam tu jee, selonggok!!!....Malas nak ingat2, sebab boleh menyebabkan mood merudum serta merta........

Roti Marble

Tapi hari ni mat dah ada stok ragi baru, tu pasal roti guaa naik gebu sekali, tak daa meragam sikit punn tauu....Tapikan satu jelah, corak marble dia tu macam kurang kenan sikit, tak daa macam rupa batu marmar langsung, macam tulisan "siam" ada lahhh. Resipi asal dari "Onigiri".

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes (mat tambah 1/2 camca teh coklat emulco



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
  3. Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti). Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
  4. Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...

16 comments:

ain said...

salam cik mat...unik la corak roti cik mat ni. mcm corak batik pun ye gak.

Aishah@Ariffin@Aqil said...

wooooo...cantiknye...lawo ape cik mat...
yis wat perangai jgn diingat2...nanti semua jenis roti tak mo dibikin...:D

princessharyati said...

ain- yatt tgk pun unik lah corak cik mat ala2 mcm tulis jepun pun ada corak tak penting.. yg penting tu Rasa..

HomeKreation said...

Isyk Mat, cantik ler corak tu. Kalau mat kata tak cantik, malu ler along sbb along punya lagi ler teruk....huhu

Jun said...

sedap kan mat...akak buat kecik2 saiz bun j so corak mmg out gak tp mcm akak j yg perabih sume..heeee. mat, cbox mat akak dah lama x tgk..ade k x d ek? prob sket la laptop pinjam ni..hehe. akak tgh sedih arrr ni..x d mood nk jalan2...ko doakan akak yer!

♥♥ S.I.T.I ♥♥ said...

salam cikmat, nak tumpang ni...cikmat guna yis basah ke yis kering yer?tq

beachlover said...

cantiknya your roti marble ni!! Mat bolen pinjam your tangan kah? lol!

QiStinA's said...

cantik nye roti tu c.mat...mcm tak sanggup nak masuk mulut..he..he

MaDihays{Ida} said...

marbeles roti marble mu itu..

Ummi said...

Mat, pinjam BM jap..nak gak wat roti marble tu, tp maleh tul nak nguli..huhuuu..Cantik dah marble Mat tu,biarlah cam tulisan siam pun..janji makan roti tu x rasa tomyam dah!

Ummi said...

Eh..apasaii Jun tgh geram tu Mat, apa kes tuh? Hehe...sabor ya Jun!!

Shafidah Shamen said...

Aku nak buat jugakkkkkkkk!!!

ICook4Fun said...

Cantiknya roti marble ni mat. I pun nak buat lah when the weather get a bit warmer. Thanks for sharing Mat.

nurul said...
This comment has been removed by the author.
rosmaliza said...

Saya memang terpegun tengok semua masakan mat termasuklah cawan n tekonya. Anak-anak saya makanan ruji mereka roti walaupun anak melayu. Nak tanya mat tahu tak macam mana nak buat roti-roti ni frozen so bila nak makan aje ada. Maklumlah sibuk!

linawati binti latip said...

Trmksh CMG berkongsi ilmu in shaa Allah kak lina latip nk cuba nanti ...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.