BEN ASHAARI

Sunday, March 29, 2009

ROTI KEJU

Roti Keju

Jom buat roti lagi, resipi doh asas bun manis boleh lihat di resipi "Roti Inti Epal' di atas...Doh asas di atas boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g doh asas roti manis
1 biji telur saiz kecil*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
2 camca besar parutan keju cheddar
1 1/2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bagikan doh tadi kepada 8 bahagian sama besar seberat 50 g setiap satu, bulat2kan dan susun dalam tin berukuran (5 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega. Biarkan 50 minit sehingga 2 kali ganda. Sapu dengan bancuhan telur, tabur gula halus rata2 dan juga parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2....


5 comments:

ain said...

sukanya tengok roti cik mat. lembut dan gebu!!

Mat Gebu said...

ain...
Roti ni memang lembut, even today (mat buat semalam), masih lembut, gebu dan ayuu gitu....

beachlover said...

I suka roti cheese ni!!hari ni I baru tengok buku Agnes Chan tu ada roti keju jugak!! ingat nak buat ,rupa rupanya Mat sudah buat..Nanti pinjam recipe roti manis Mat yea..

Mat Gebu said...

beachlover...
Boleh2...kalau u nak proof doh roti tu bagi naik, ada try letak di "heater' tak?...

Mazura said...

saya dah cuba tapi doh roti terlalu lembut (pakai BM) susah nak bentuk...any petua mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.