BEN ASHAARI

Wednesday, March 25, 2009

PARU GORENG BERSAMBAL

Paru Goreng Bersambal

Alah hai, macam dah habis kata2...nak tulis pun idea tak timbul2....Hari ni makan paru goreng bersambal, ala2 masakan Minang kot, tatau lah, depa punya resipi lain, hak ni ceQ belasah saja, janji sedap dimakan dan tak pingsan bila lepas makan!!!.....Terima kasih juga pada "Kak CT Delima", atas inspirasi masakan ni (kita jalan2 kat blog masak dia malam tadi sebelum tidur!!!)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg paru
4 ulas bawang putih, diketuk
2 inci halia, dititik
3 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula melaka
1/2 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
7 biji cili merah*
6 biji cili padi (optional)*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*(*dikisar, tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus paru bersama halia titik, bawang putih ketuk dan sedikit garam, hingga lembut. Sejukkan dan hiris nipis. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga harum. Kecilkan api dan terus menumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, gula melaka dan gula pasir, kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan masukkan paru goreng, gaul rata dan masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Rasa dan jika ok matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....

11 comments:

Ann De'houzze said...

amboi awai ko masak rini?tu lauk ari ni ek!kalu ko masak kan..selalu nampak sedap jek!!huhu..

SiS-lin said...

O mat lin suke makan paru atau organ2 dalaman ni mat...mmg sedap kan..ala meleleh lak air liuq...

ain said...

sedapnyaa!!!kat umah ni cuma saya je yg mkn paru, so mmg x de peluang le nk buat.

kuIna Jentayutiara said...

sy copy resepi nie...
suka2..

suka makan....

Suzana Abd Manan said...

wah! ni my faveret nie, mesti sedap..:)

VG said...

Unfortunately I have never been a liver fan but your dish sure looks nice.

CT Delima said...

alamak..sedapnya paru sambal ni cik mat oiii..tekak k.ct ko ni tengah pedih2 sedap ni tau.lama dah buat paru grg ni..ada lagi mat :)

Aishah@Ariffin@Aqil said...

nampak mmg sedap nih...

ICook4Fun said...

Mat, nampat sedap this dish tapi I tak makan paru. Boleh tak I ganti dengan chicken liver?

azIEda said...

mat .. again mat menikam saya.. camner la nak cari paru paru kat tempat jin bertendang sini.?...

Mrs LVoe said...

my fav sejak study kt Uitm dulu.. aduhhh seksa yea jiwa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.