BEN ASHAARI

Monday, March 2, 2009

LEMAK UDANG & NENAS

Lemak Udang & Nenas

Ok laaaa!!...sat tadi kata tak masak kann, habis tu, tiba2 ada permintaan supaya mat masak udang galah..hmm ini bukan sembarangan udang galah tapi udang galah saiz "king". Hasil pancingan abah dan abang mat, dah rezeki mereka berdua agaknya...selalu pi mancing dapat saiz sederhana saja (macam yang mat guna untuk masak nasi beriani udang tu).....

Lemak Udang & Nenas

Nak ikutkan mat tak gemar sangat masak lemak ni, lagi suka buat sweet sour atau sambal, tapi dah permintaan macam tu dan kita pun bukan boleh makan sangat, ada kang bergaru sakan ibarat kera kena belacan...Resipi rasa2nya dah pernah letak, tapi tak pe, mat tulis lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g udang galah saiz besar, dibersihkan
1 biji nenas, kupas dan hiris
700 ml santan cair
250 ml pati santan
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 - 5 biji cili merah
3 biji buah keras
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai hingga harum, masukkan udang dan nenas, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Tambah santan pekat dan biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. Hidangkan panas bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau ada petai atau jering lagi lahhh sedap u (bagi yang makan petai atau jering)....Selamat menjamu selera!!!

13 comments:

Senotip Synte said...

aduhai cik mat

bikin gue lapar dong!

ain said...

seronok betul klu berjiran ngan cik mat tau.

CT Delima said...

besar nya udang tu mat..bak ker yang dapat hehehe terus cam terbuka selera nak makan ni hehehe

hana said...

geram btol la kalau nengok udang2 mat nih! menciii tauu!!

pinkpetunia said...

lauk ni dah pernah cube tapi serai kene kedekut sbb mahal gile kat ukraine ni. txs abg mat. ni ada org balik keje mintak gulai udang utk esok plak ni.

cikmanggis said...

hai cik mat..nampaknya ni minggu udang ya...hehe..laparnya perut ni dah bunyi2...nak udang nak udang!

ZaiY said...

salam..
cik mat kalau stok udang ada berlebih lagi tu, kirimla kat sini. tgk cik mat ari2 masak udang ni, terliurla. sini udg galah rm70sekilo.

QiStinA's said...

laparlah pulak tgk udang c.mat yg indah tersusun tu..he.he

MULAN said...

addooii... baru makan ni tapi lapar lah nya lagi nengok king prawn tuh..!!

WAN said...

che mat...lori udang terbalik depan rumah ke...asyuk masak udang je ni...leleh nengok...mmm yummy

Beachlover said...

Cik mat ,udang galah U ni calling my name leh!! sampai air liuh pun meleleh!! sedapnya...

Iza Zulkifli said...

cik mat..diaorang pi mancing kat mana tuh dapat udang galah? meh habaq mai sini, nak suruh my hubby gi mancing gaks! hehe..

Ummi said...

Salam Mat, apa khabar? Uihhh buat jamuan udang-udangan ke? Ish, ish, berderet masak2, sedap2 pulak tu! Berseleranya tekak akak nih..Nak masak cam maleh je, sbb mata dan tangan rasa dah cramp habis bersengkang n bergerak kehulu-kehilir kenduri kelmarin..adeehh..pinggang ku sakit.. Jamu mata je lah kat dapur orang..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.