BEN ASHAARI

Monday, March 2, 2009

FETTUCCINE WITH CREAMY TOMATO SAUCE

Fettuccine With Creamy Tomato Sauce

As'laikum semua...Hari ni mat tak masak, bestnyaaa!!!!...Oleh tu, pagi tadi kita masak spaghetti merangkap sarapan dan makan tengah hari (Depa yang tak makan tu, makan lah apa yang ada!!)..Memandangkan stok spaghetti yg ada jenis "Fettuccine" (jenis yang leper ala2 "kueteow"), kita ikut resipi kak "Rinchan".....

Picnik collage

Sedap u, lemak berkrimmm gitu, tapi untuk yang berdiet rasa2nya kurang sesuai laa, mat pun masak lebih kurang 1/3 dari resipi asal kat FP kak Rinn (resipi kat bawah ni, yang mat dah kurangkan), cuma ceQ letak udang lebih sikit...Jemput makan semuaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g Fettuccine, direbus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit mentega
1 camca besar minyak zaitun (olive oil)
1/2 biji bawang Holland (kaler kuning) dicincang
2 biji bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, cincang kecil2
5 kuntum cendawan butang, dihiris
1/3 cawan cream
Sedikit cincangan daun parsley (tak de, mat guna hirisan daun bawang)

BAHAN LAIN :-)
6 - 7 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
Tomato segar, didadu
1 1/2 camca besar sos tiram*
1 1/2 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 1/2 camca besar kicap cair*(*bahan sos)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan tomato hingga layu dan harum, masukkan bahan sos dan sedikit air, kacai rata.
  2. Masukkan udang dan cream, kacau sebati dan masak sekejap dengan api kecil, masukkan fettuccine tadi dan gaul rata2.
  3. Alih dalam bekas sesuai, dan tabur capsicum merah/hijau tadi, tomato yang didadu dan juga cincangan pasrsley...Kalau suka "drizzel" sedikit minyak zaitun extra virgin sebelum dihidangkan..

8 comments:

ain said...

salam cik mat....sedapnya nampak.

MULAN said...

tengok nasi beriyani udang sedap.. tengok ni pun sedap.. semua2 lah mesti sedap amat..

Ann De'houzze said...

terliurnya fettucinni ko tu rasa nk mkn skang jugak!tulunnnn!!!

cikmanggis said...

nak udang!nak udang!...sumenya udang!meleleh air liurku

hanieliza said...

salam..
itu udang ..dalam semua masakan kalu..
memang bikin tergoooda loooooh...

apsal akka dok jauh dari En Mat....

Mat Gebu said...

ain...
Hmmm sedap, i like!!!

mulan...
salam kak mulan, boleh lahh, tapi tu lah...memasak ni kalau dah jadi tebiat, satu hari tak nampak dapur, rasa tak keruan u!

Ann...
Apa lagi try leerr...aku buat sikit jee tu, kat rumah ni tau jelah depa semua jenis tekak melayu tulenn u.

cik manggis...
alah hai boleh2..sila lah ambik yg mana kenan...

kak liza...
Kalau dekat boleh kita makan di bawah pokok ceri sambil gebang2 kannn..hahaha..

rinnchan said...

Aiyoyoooooo...berapa kilo Mat letak udang tuuuu?? Selang sehelai fettuccine ada udang nih !!! heh heh... Mujur kat umah krinn ni tekak2 diorang ni antarabangsa sikit... Masak timur barat..InsyaAllah OK !

Mat Gebu said...

RinnChan...
Kak rin, mula2 ingat nak letak udang galah..tapi nampak macam "terseksa" sangat di mata pengunjung, kita tukar udang kecik sikit....hehe, buat xsen jee, lebih2 pun 2 3 4 5 6 ekorr je kita leh makan..hahahaha!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.