BEN ASHAARI

Saturday, March 7, 2009

DAGING MASAK HALIA

Daging Masak Halia

Selamat petang semua.....sebelum bercerita pasal masakan, terlebih dahulu mat ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada "Retna", "Linn, En. Sabar dan anak" serta tak lupa "Kasawari, Linda dan anak2"....kerana sudi datang rumah mat semalam....Punya lah kecoh, bergelak sakan. Sampai mereka dah balik pun, aku dok gelak sorang2...jam 4 pagi baru boleh tidur!!!!....Berbalik pada masakan ni, mat saja nak test daging masak halia, selain hangat, harum dan mudah, ianya juga bermanfaat untuk membuang "angin" di badan.....Hahahahaha!!!!!...ish dah mula aku nak gelak nihh!!... Apa2 pun kita tengok jelah resipi mudah ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, dihiris nipis
1/2 camca teh garam
2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)
2 biji bawang besar, dipotong bulat
1 batang saderi, dihiris serong
1 batang leek, dihiris serong
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap cair
2 biji cili merah, dibelah 2
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disatukan bersama garam dan bahan2 tumbuk, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut.
  2. Tambah sos tiram, sos lada hitam, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Masukkan leek dan saleri. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat.
  3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. Sesuaikan rasa dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan halus halia dan daun sup, jika suka. Hidangkan panas....

9 comments:

Kujie said...

matttttt...tengkiu ..tengkiuuuuuuu


suka resepi ni..insyaallah...mesti try
dah lama tak makan daging

VG said...

You're right Mat, Ginger does have lots of healing properties. Simple put delicious looking dish, I must say.

zaitgha said...

mat,

for whatever reason, i really wonder why you 'ban' me from seeing the picture of dishes..i went to your much earlier posting i didnt have problem to see the pictures...btw, for this dish, Dato' and i prefer young ginger....yum yum

ain said...

lg satu versi daging lada hitam. mesti cuba ni.

Ann De'houzze said...

sedap pulak nampak daging halia ko ni mat,aku dah lama tak masak daging ninak kena cari daging fresh br best kan mat!

ZaiY said...

nmpak sedaplah daging ni..menjejeh air liur tgk..

MULAN said...

lazat berzat nih.. tengok gambar pun dah rasa semacam ni..

Mat Gebu said...

Kujie...
salam kak jie..lama tak nampak..sama2, mohoga kak jie sihat sejahtera hendaknya..

vg...
Memang betul, halia byk khasiat kan..kalau makan dia boleh buang angin dalam badan.

Datin Zai...
Minta maaf lah datin zai, i pun tatau kenapa datin tak boleh nak view pic...

ain...
Ala2 masak kicap pun ada juga...

ann...
guna daging baru lagi sedap, kalau dpt beli jenis batang pinang, cepat empuk..

zaiy...
kalau ada masa boleh lah mencuba, budak2 pun suka makan ni..

mulan...
memang betul kak mulan, selain berkhasiat, ianya cepat dimasak...

Liza @ Adzriel AB said...

hubby suka sgt ni