BEN ASHAARI

Monday, March 23, 2009

BOK CHOY BERDAGING

Bok Choy Berdaging

Kadang2, otak macam dah kering idea nak masak apa...walaupun resipi melambak, tapi semua macam tak berkenan dihati...Ada kala masak macam2, last makan nasi berulamkan bawang + kicap + cili padi + ikan bilis, lepas tu sambal belacan....

Bok Choy Berdaging

Hari ni masak paling mudah dan cepat, dan pastinya kena makan masa panas2. Kalau dah sejuk rasa dia ok juga tapi macam kurang sikit lah kesedapannya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g sawi bok choy (sawi yang kontot2 tuuu..boleh lihat sini...)
150 g daging batang pinang, dihiris nipis
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, dicincang
2 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 - 2 camca teh kicap cair
1/4 camca teh minyak bijan
1 cawan air
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air, kacau rata
1 cili merah, hiris halus
Hirisan daun bawang*
Bawang goreng *(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi digaul bersama bahan tumbuk lumat dan perap 20 minit. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga perang, masukkan sos tiram, kacau rata dan masukkan daging, gaul hingga mesra dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan minyak bijan. Masak dengan api perlahan hingga daging lembut.
  3. Sementara itu, sawi bok choy dibelah 2, rendam dan cuci bersih2. Toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Celur bok choy tadi hingga lembut tetapi tidak lembik. Toskan dan atur dalam pinggan sesuai. Ketepikan sebentar.
  4. Bila daging lembut, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah cili hiris dan biar sekejap. Sesuaikan rasa, angkat dan siram atas bok choy tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan segera bersama nasi hangat....

4 comments:

ain said...

wah...ni antara fav saya ni. selalunya saya just tumis garlic ngan cili pd then masukkan oyster sos je.

♥♥ S.I.T.I ♥♥ said...

tengok gambar pun dah terliur...

CT Delima said...

cik mat..tgh lapor ni tgk sayur sawi ni terus terliur lah mat..sedapnya mat emmm...

Mrs LVoe said...

lama xjengok cni. sedap2 resepi.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.