BEN ASHAARI

Sunday, March 15, 2009

ASAM PEDAS SEMBILANG

Asam Pedas Sembilang

Salam sejahtera buat senmua... Hari ni mat masak asam pedas lagi, rasa2nya dah banyak kali juga kan letak resipi asam pedas. Tapi kali ni nak ubah sikit bahan2 rempah dia, walaupun secara asas asam pedas tu semua sama, mesti ada rasa masam, pedas, masin dan sedikit lemak2 manis. Tapi yang paling utama, penggunaan ikan segar...kalau ikan segar insya allah asam pedas kita sedap!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang (berat kurang lebih 400g)
1 biji timun (yang besar)
3/4 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesom (tak letak, sebab tak de)
1/2 inci halia, diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan secubit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 biji lada hitam*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar udang kering, basauh dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang disiang, kerat dan cuci bersih, perap dengan sedikit garam dan perahan jus limau nipis selamat 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Timun dibuang kulit, potong 2 dan belah 6 setiap potongan. Bunga kantan dibelah dua setiap kuntum. Daun kesom dicuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuh halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Tuang air (anggaran 700ml) dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesom (ramas daun kesom sedikit sebelum dimasukkan ke dalam gulai). Bila mendidih, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan timun tadi dan masak sekejap hingga timun lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat dan ulam2man....

4 comments:

ain said...

salam cik mat...saya bru pas mkn asam pds ikn sembilang kat tmn mawar psr gudang...sedappppp!!!!ikn dia lembut je.

Che Mat said...

emm..mengancam ler asam pedas ni..tapi ikan sembilang ct x makan lah :)

Mat Gebu said...

ain...
ye keee..alhamdulillahh..mesti kenyang kan.

Che Mat...
oo kak ct tak makan ikan sembilang ek...cm makan tak ikan tu?

Ummi said...

Mat, jeles la tgk pinggan lama isi asam pedas tu..cantik "mungee" dia..hehe.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.