BEN ASHAARI

Friday, February 27, 2009

MARBLE VANILLA MUFFIN

Marble Vanilla Muffin

Rasa lama dah tak buat muffin, jadi petang ni saja2 menambahkan keje sikit, lagi pun budak2 ada kat rumah, senang lah sikit, tukang makan ada (kalau tak nak makan, aku paksaaa!!!!..ahaks!, kejam kann)....Resipi ni rasa dulu2 ada buat, tapi tak kesah lahh....Ok ini resipi dia, kot2 lah ada yang berkenan nak mencuba di waktu2 senggang nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar (mat guna susu cair)
220 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate, buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga hias dengan krim putar dan parutan coklat...

12 comments:

VG said...

Perfect! Wish I could have one now Encik Mat :P

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cikmat...sedap nampak muffin tu..sure budak2 suke tu...dan tak yah dipaksa2,tak sempat sejuk sure dah licin...

QiStinA's said...

salam c.mat... sahkan budak2 tu... i yg tgk gmbr nie pun rase nak terkam je muffin tu... boleh try nanti...

azIEda said...

salam mat,
boleh ajar resepi menguna measuring cups? instead of grams. please

ain said...

salam kenal cik mat...geramnya tengok muffin cik mat..tembam sungguh.

aloy_paradoks said...

post resipi dan cara buat rendang ayam,,,gua nak try buat rendang ayam la..

ima said...

salam cik mat,
thanks share resepi...kebetulan memang tgh fikir nak buat muffin utk anak2...bukak blog ternampak cik mat punya muffin,nak buatlah mlm nanti,insyaallah menjadi.

AntyNur said...

salam sejahtera cek mat..
nak cubalah resepi ni selalu buat resepi segera aje...

nabella said...

Salam perkenalan..
Mat akak dah link blog kau kt blog akak..resepimu sungguh menggoda hatiku yang sekarang ni tgh berbadan dua..dah tu suka benor kuih muih yg manis2..kena sgt lah bila nengok muffin ni..terasa2 dah kat dlm mulut ni..huh! huh!

ZaiY said...

untung jadi anak buah cik mat, ari2 dpt makan besh2 ni..

Beachlover said...

Cik Mat ni suka buat marble effect kat cake yea!! I check your previous archive,hampir semua cake ada marble effect!! cantik lagi ni!! nanti I pun nak cuba buat muffin Mat yea:)

Mat Gebu said...

vg...
Kalau dekat i boleh kita share muffin tu...

Aishah...
Memang betul, tak sampai 1 jam u, licin dahh, budak2 dgn bapak budak makan sekali..hehehe

Qistina...
Mmg betul, kalau ada masa boleh buat..kalau tak suka marble boleh buat plain vanilla muffin..sedap juga..

Azieda...
Ooo, ok lain kali saya letak sekali guna measuring cup yeaa..

Ain...
hahaha, tu lah kan, sebab i tembam n gebu-gebuan agaknya muffin tu gebu kot..ahaks, saja gurau...

aloy_paradoks...
Salam bro..oo nak try buat rendang ek, cuba cari kat bawah label..."ayam" atau "daging"...

Ima...
sama2 harap u buat menjadi dengan eloknya yeaa..i doakan yang terbaik.

AntyNur...
Uikk resipi segera tu mcm mana?...Rasa mat yg ni pun ala2 segera juga.

Nabella...
Terima kasih kerana sudi singgah dan link nlog mat yeaa..Kita nak merayau ke blog akak kejap lagi.

Zaiy...
Hehehe, insya allahh kalau kita ada buat, depa dpt lah makan, tapi kalau depa tak de, susah juga, sebab tak de yg nak di xperiment..hehehe.

Beachlover...
Eh u perasan jugak ek i suka buat marble effect, suka senan nampak cantik laa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.