BEN ASHAARI

Thursday, February 12, 2009

EPOK2 SAYUR & SOS KELEDEK

Epok2 Sayur & Sos Keledek @ Mat Gebu

Salam sejahtera untuk semua...Hahaha, nampak formal beno gayanyaaa, lemas teman..ahaks!!, hari ni malas u nak masak2, tapi sebab nampak "epok-epok sayur" yang dimakan bersama "sos keledek" kat blog "Diana" yang dok diam di Singapura tu, mat terus mcm teruja, meluap2 seyy!!

Epok2 Sayur & Sos Keledek @ Mat Gebu

Jadi petang tadi dengan rajinnya berserta tekat dan semangat yang membara, kita mengadun doh karipap, membuat isian, mengelim karipap, menggoreng dan membuat sos keledek yang begitu unik, mat buat 1/2 dari resipi asal (kat bawah ni resipi yang telah di"kecutkan" pada 1/2 bahagian)....Nak tau sedap ke tak..hmmm boleh baca komen Diana pasal epok2 ni di blog dia..Okey!!!!

BAHAN DOH :-)
500 g tepung gandum
2 camca besar margerine*
1 camca besar minyak sapi*
40 ml minyak masak*(*disatukan dan masak hingga semua cair dan bersatu)
200 ml air hangat
1/2 camca teh garam halus

BAHAN ISIAN :-)
300 g taugeh, dibersihkan
1 biji sengkuang kecik, kupas dan racik halus
1 batang lobak merah, kupas dan racik halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun sup, dimayang
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 camca teh sos tiram
Garam dan sedikit gula

BAHAN SOS KELEDEK :-)
1 biji keledek kecik (kurang lebih 150 g)
3 - 4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan sos tomato
Air masak secukupnya
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Tuang tepung dalam bekas besar, masukkan garam dan kacau rata. Tuang minyak masak yang bercampur margerine dan minyak sapi tadi, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan, air tak habis tak pe...Tutup bekas dengan plastik cling dan rehatkan doh 30 minit.
  2. UNTUK ISIAN :- Tumbuk kasar udang kering tadi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah sengkaung dan lobak merah, kacau rata. Tambah taugeh, perisakan dgn garam dan sedikit gula (jika perlu), kacau rata dan matikan api, masukkan hirisan daun sup dan gaul rata. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK EPOK2 SAYUR :- Ambil sedikit doh (anggaran 35 g), bulatkan dan canai nipis, isikan dengan isiannya cantumkan tepi2 doh dan kelim. Susun dalam dulang. Buat hingga habis. Goreng epok2 dalam minyak yang berkepanasan sederhana sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Alih ke atas paper towel, buat hingga siap. Hidangkan dengan sos keledek...
  4. UNTUK SOS KELEDEK :- Kupas keledek, cuci dan potong kecil, rebus hingga empuk. Kisar keledek, cili merah, sos tomato dan bawang putih bersama sedikit air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masak dengan api perlahan. Tambah gula dan garam secukup rasa diikuti cuka makan, imbangkan rasa masam, manis dan masin. Masak hingga sedikit pekat, matikan api dan boleh dihidangkan bersama epok2 tadi....

7 comments:

Aishamirafiq said...

Sedapnye ....

Datin El said...

salam mat,i lalu umah u tadi nmpak lak epok2 terus masuk...tgk gambar je dah tergoda u.

CT Delima said...

Ni mat kalau ct yg duk sebelah umah Mat kompom dah habis separuh time baru angkat dr kuali hahaha..mmg sedap..harus ker ct 'mencubanya' hehehe

VG said...

How enticing Mat...I am drooling. BTW, I see you love the "Blue Willow" too. So do I!

Ummi said...

Aiihhh bila la akak nk mengelim epok2 nih..memang nampak sedap dgn sos keledek tu eh..Tambah cantik duk dalam set pinggan ko tu Mat, biru mata hitamku..hehe

Mat Gebu said...

Aishamirafiq...
Memang sedap..ala2 popiah gitu..

Datin El...
Senang2 boleh lah datin mencuba yea..

Ct Delima...
Hmmm, harus jugak kot, cuma part taugeh tu boleh lah CT ganti dgn kobis atau tak yah letak...

VG...
Eh u pun peminat "Blue Willow" kee..i pun mmg suka..

Kak Ummi...
Alah, kak ummi kelim epok2 sekejap jee...pstt kak, ko kenan ek pinggan biru tu...hehe, lawa kan..

glenarmrd said...

salam, cantik koleksi "blue willow" cik mat punye, beli kat UK ke. I memang suka biru-biruan ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.