BEN ASHAARI

Monday, February 23, 2009

BINGKA ROTI BERJAGUNG

Bingka Roti Berjagung
Selamat pagi untuk semua...Masa mat tulis resipi ni, dah jam 3.33 am, sepatutnya resipi ni dari petang semalam nak masukkan ke n3, tapi picnik.com tu ada masalah pulak, jadi dah pagi2 buta ni baru lah sempat masukkan n3 baru. Resipi "bingka roti" mat ambik dari FP, Rinnchan yang femes tu...sedap, tak manis, tapi lemak berkrim u!!!....Rasa mat resipi ni untuk keluarga yang besar, sebab kejadian nya agak besar juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum
1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

8 comments:

Datin El said...

salam mat oleh kerana kejadian kueh ni yg besar insyaAllah el nak buat hujung minggu ni nak bawak balik kampung..mekaseh eh bagi idea..

Ann De'houzze said...

waa...lewat ko tido ek?semata2 bingka roti ni...kekeke...sian ko mat...takpe mat,sabo je la....

hanieliza said...

salam..
kakliza dah buat bingka n..sedap..
tapi oleh kerana gunakan brown sugar so kejelitaannya tidak menyerlah..jadinya kkliza ngak mahu posing..
lenkali kalu bikin lagi akan di posingkan di blog kkliza..InsyaAllah...

Mat Gebu said...

Datin El...
Sama2, datin dan mat berterima kasih juga pada Rinn, sebab kingsi resipi yang sedap nihh..

Ann...
Tu lah, lepas aku chat dgn lo semalam, mata tak moo tido...

Kak Liza...
Kak, guna brown sugar pun cun jugakan, kaler dia mcm cekelet2 manja gitu kan..alah kak liza xpert pasal kuih2 nihh....kak liza ni kan tempat rujukan kami...

SiS-lin said...

Wah mat,ini la yg ko ckp mlm td eh..huwaaa nape ko x hntr uma lin mat?? uwaaa mmg ko kijam!!!

Mat Gebu said...

sis-linn...
Ampoonnn linn..hahahaha, tulah jauh bebenoo....eh dah sarapan ke?.

Ummi said...

Mat, mintak 2 potong kuih bingka roti jagung tuu..sedap nampak..Rasanya minggu ni minggu akak jalan2 tgk orang masak dah laa..rasa cam maleh je nk pegang periuk belanga sbb nnt nak balik semula lg ke kampung hehehe...

rinnchan said...

Sampai pukoi 3 pagi Maaaaaaat...... Alamat sembap laaa matamu nanti heh heh.... Sedapkan bingka roti tu. Sebab tu lah walaupun kejadiannya agak besar..habih jugak kami melantaknya. Kalau bawak balik kampung pun jgn takut... gerenti beres punyer !!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.