SAYUR GORENG RAMPAI

Sayur Goreng Rampai

Hari ni rasa malasssss teramat sangat, nak masak pun malas sesangat, tapi mengenangkan dah tanggungjawab kita, perlukan dijalankan juga aktiviti memasak....Tapi lauk2 dia jgn cakap lah, semua yang paling mudah, cepat dan senang dimasak. Macam yang ni mat masak sayur2 yang ada dalam peti sejuk dan resipi lagi satu (kat atas tu), masak asam rebus tumis terung dengan tulang ikan masin kurau....Jadi laa, janji boleh makan sudahh!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 camca besar ikan bilis, cuci dan toskan
2 tube tauhu jepun
1/2 biji capsicum merah, hiris kasar
1/2 biji capsicum kuning, hiris kasar
1/2 biji capsicum hijau, hiris kasar
2 cawan taugeh (jika suka)
3 tangaki kacang panjang, dipotong2
4 batang putik jagung, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
5 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar
4 kuntum cendawan shitake segar, hiris kasar
2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis digoreng hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tauhu jepun dipotong 8 setiap tiub dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram. Masukkan cendawan butang dan shitake, goreng hingga harum. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan sayur2 lain kecuali ikan bilis. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu. Bila sayur sedikit lembut, boleh diangkat dan taburkan ikan bilis tadi. Hidangkan segera.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ni dah memang kes malas yer mat..ekor taugeh tu pun x berkerat pun hehehe kalau ct n CM kompom x makan ler coz x makan taugeh keh3

    kalau nk makan kena lah pilih dulu letak tepi pinggan or mangkok tu berderet2 cam askar hehehe sama lah bunga pinggan ct tu :)

    ReplyDelete
  2. Amboiihh..malas-malas pun menyelerakan sungguh tengok ikan kurau tu rebus camtu...terkecuq ayaq liuq akak ni Mat..Eh Mat, nnt datang rumah amik award n tag sekali eh..jgn lupa tau! :D

    ReplyDelete
  3. wah..ni kes sempoi tapi nila lauk yang daku sukeeee cik Mat!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.