BEN ASHAARI

Friday, January 23, 2009

NASI KURMA APRICOT

Nasi Kurma Apricot

Sepatutnya n3 ni semalam punya, tapi semalam, tenet punya lah slowww...siput pun laju tauuu!!, dah lah tu, nak masukkan gambar pun tak bley..keluar sekerat jee....Nasib baik hari ni ok!..soo "layannnnn!!!"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 cawan susu cair + perahan 1 biji limau nipis
5 cawan air stok tulang lembu (kalau tak de guna air biasa + 1 kiub tulang rusuk "Maggi")
1/3 cawan apricot kering, didadu
2 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
2 camca besar rempah kurma
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji cili hijau*(*kisar halus)
3 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung/sayur
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung/sayur dan minyak sapi dalam kuali. Masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga bersama bahan2 kisar. Tumis hingga harum, masukkan serai, serbuk kunyit dan daun pandan.
  2. Kacau rata dan tuang susu, dan masukkan rempah kurma. Tumis hingga masak. Tuangkan separuh bahagian air (stok) dan tambah sedikit garam. Bila mendidih, matikan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan baki air, beras dan tambah sedikit lagi garam (jika perlu). Kacau rata dan masak seperti biasa hingga masak. Tabur apricot yang didadu tadi dan gaul rata, biar nasi betul2 tanak.
  4. Tabur hirian daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama2 lauk-pauk di bawah....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.