BEN ASHAARI

Sunday, January 4, 2009

KUBIS CINA BERDAGING

Kubis Cina Berdaging

Ini antara lauk yang senang nak buat dan sedap dimakan sewaktu lagi panas....Daging kalau dapat gunakan jenis "batang pinang" atau "tenderloin", sebab cepat lembut dan tak delah sehari suntuk dok kat dapur....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging lembu batang pinang
5 kelopak besar "kubis cina"
1 biji red capsicum
1 biji greed capsicum
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
2 camca besar sos tiram
2 - 3 camca besar kicap cair
1 cawan air
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kubis cina diasingkan daun dan bahagian yang keras, kerat2 bahagian daun dan batangnya dan letak dalam bekas berasingan, cuci dan toskan. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Red/green capsicum dibelah 4 dan potong serong setiap belahan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, dan halia. Tumis hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan daging. Kacau rata dan tuang air. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan bahagian keras kubis cina dan masak hingga 1/2 lembut. Masukkan pula bahagian lembut, besarkan api dan kacau rata. Bila nampak layu sedikit, padamkan api. Rasa dan jika perlu tambah garam. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera....

3 comments:

VG said...

Selamat Tahun baru Encik Mat. Sayur ni favourite anak2 Vin. Yummy and senang to masak.

payarumput21 said...

Salam MGebu..

Hujannnn la ni.. kena pulak nasik pepanas.. mau naik dua tiga kilo badan ni..

Bestnyer.. bestnyer.. bestnyer.. baru nampak gambar tu.. rasa.. dah tentu2 la..

dugaan betul.. :-)

Mat Gebu said...

VG...
Boleh lah cuba masak, sebab ni masakan yang senang dan sedap...

PayaRumput...
Memang betull..time hujan2 kan, makan ni dgn nasi hangat pastu ada sambal belacan, tak pun cencaluk ke dgn ulam petai...Ishhh leh pingsannnn!!!!