BEN ASHAARI

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG MAT. MOGA DI TAHUN BARU INI MEMBAWA KEBERKATAAN DAN KEBAIKKAN UNTUK KITA SEMUA. TAK LUPA SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009 YANG SUNGGUH BERMAKNA DAN PENUH KISAH SUKA DUKA MANUSIA SEJAGAT....MOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA SEMUA......

Wednesday, December 30, 2009

KEK SARANG LEBAH

Kek Sarang Lebah
Kek sarang semut, kek sarang lebah, kek gula hangus dan kalau dalam bahasa orang putih depa dok gelar honeycomb cake... hakikatnya kek yang sama. Resipi nampak mudah, tapi ada masa tak menjadi. Kalau produk akhir menjadi seakan2 apam gula hangus, tu bermakna anda fill....macam mat buat duluuu (tak masuk dalam blog sebab tak jadi...hehehe).... Tadi buat lagi, menjadi lah juga cuma masih belum puas hati, sebab sarang dia tak berlubang besar2....cuma lubang halus2 saja, tapi masih nampak macam sarang lebah.... Tak kesah lah kan janji jadi dan sedap dimakan. Resipi mat dah simpan lama, tapi kurang pasti lah kat mana aku kutip, kalau search kat google, dah melambak resipi sama di blog rakan2 cyber... Jadi mat berterima kasih je lah pada pemberi resipi asal.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

Tuesday, December 29, 2009

KUIH BAKAR

Kuih Bakar
Salam untuk semua, dah beberapa hari teragak nak makan kuih bakar. Bukan tak boleh beli, tapi saja je nak buat, lagi pun nak membuatnya bukan lah payah bebeno, kata mamafami sepatah "masuk semua sekali then putaq, peh tu bakar!"..tu dia pakar yang cakap, bukan mat...hehehe. Rasanya dah pernah buat dulu, resipi dari "Jo'....rindu lah nak menjelajah blog dia (laa ni dia dah berehat dari ber"blog").... Rasanya tak manis sangat, kuih dia pun just nice tak keras dan tak terlalu lembut (pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong!!!). Bijan atas dia tu lagi lah menambah keharuman dan ke"lemak"kan kuih bakar....Jomm ramai2 kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Lepas mat bakar dalam 55 minit, permukaan kuih masih kurang perang, walau pun sudah kekuningan. Apa mat buat, ialah tukar api oven kepada fungsi grill dan bakar 10 minit lagi (bagi yang mempunyai oven fungsi grill). Kuih ni kan kalau berkerak lagi sedap..... Selamat mencuba!!!

Monday, December 28, 2009

GULAI PEDAS UDANG

Gulai Pedas Udang
As'laikum semuaa, apa khabar..Hari ni masukkan resipi ulang tayang yang ke sebelas ribu juta kali..ahaks, tak lain tak bukan gulai udang galah....kenapa udang galah?...sebab musim udang galah telah kembali. Seperti biasa udang ni masak apa2 pun sedap. Tapi kan nak cerita sikit, udang galah ni pun ikut sungai..kalau sungai tu 100% air tawar, udang dia rasa lain, kalau sungai yang ada pasang surut (bercampur air laut) udang nya lagi sedap dan rasa berbeza sikit. Lagi satu kata orang2 tua..kalau sungai banyak udang, mesti ada "pak ya"....seramm sehh!!... Jomlah tengok resipi kalau sudi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang galah bersaiz besar
2 -3 biji timun
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
20 - 30 biji cili padi hijau*
1 inci kunyit hidup*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya (kira mcm beg sampah si udang tuu, seperti dalam gambar). Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji...

Saturday, December 26, 2009

KEISTIMEWAAN 10 MUHARRAM.....

Waterlily
As'laikum semua, kita lari sedikit dari hal masak2. Esok hari Ahad bersamaan 10 Muharram (hari "Asyura") 1430 hijrah, adalah hari yang begitu istimewa dalam bulan Muharram. Banyak peristiwa2 penting yang belaku pada hari tersebut, antaranya :-)

Allah SWT menjadikan ’Arasy;

Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh;

Allah SWT menjadikan Qalam;

Allah SWT menciptakan alam;

Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat;

Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit;

Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril;

Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah SWT dan taubatnya diterima sehingga dia bersih dari segala dosa dan kesalahan;

Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah SWT ke langit;

Nabi Nuh a.s. berlabuh bahteranya setelah mengharungi banjir yang melanda bumi selama 6 bulan;

Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud;

Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha;

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada dalam perutnya selama 40 hari;

Nabi Daud a.s. diampuni Allah SWT;

Nabi ’Isa a.s. dinaikkan kelangit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya;

Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dengan membelahkan Laut Merah sebagai laluan untuk melepaskan dari dikejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya;

Allah SWT menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan dengan sebuah kerajaan yang besar;

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmidzi, daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Puasa pada hari ’Asyura’ bahawasanya aku kira Allah SWT akan menebus dosa tahun yang dahulunya.”

Dalam riwayat yang lain, dianjurkan kita berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas hari ’Asyura’ supaya puasa itu berlainan dari puasa kaum Yahudi, yang perpuasa pada hari itu.

Begitulah satu hari yang penuh rahmat, pengampunan, pertolongan, penyelamatan, barakah dan kebesaran. Yang sesuai disambut dengan penuh kesyukuran.Memperbanyakkan zikrullah, istighfar, bersedekah, menziarahi orang-orang sakit dan sebagainya....

Sunday, December 20, 2009

BAHULU LAPIS

Bahulu Lapis
As'laikum semua, salam maal hijrah untuk semua umat Islam, masih belum terlewat kan ucapan tu....Kebelakangan ni mat sibuk sikit, memasak tu ada juga, tapi lauk biasa2, macam singgang, gulai dan sebagainya...nak tangkap gambar pun tak sempat. Dalam masa yang sama juga ada tetamu bermalam dirumah. Resipi hari ni agak mudah dan merupakan resipi olahan dari resipi "bahulu gulung" (n3 dibawah). Mat saja nak menghabiskan stok strawberry dan kiwi filling, jadi kita cuba ubah suai dari bahulu gulung ke bahulu lapis. Resipi asal dari "Ayin Yin"....

Bahulu Lapis
Membuatnya mudah teramat sangat, yelah kalau mana yang malas nak gulung tu boleh buat berlapis macam diatas, selain cantik, ianya juga sedap. Lagi satu, rasanya kurang manis, tapi kalau lapisan tu disapu jem, rasanya boleh tahan juga manis. Kalau sapu dengan bluberry filling pun sedap.... Kalau resipi asal ada menggunakan tepung jagung, kali ni mat guna 100% tepung gandum sahaja, hasilnya masih sedap, lembut dan gebu... Jadi kalau rajin boleh lah mencuba yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred A
100 g gula pasir
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh serbuk vanilin*(*digaul rata dan diayak)
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Strawberry filling secukupnya
Kiwi filling secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lenser loyang berukuran (14 x 14 x 1) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi, biarkan kertas lebih tinggi dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan supaya senang mengalihkan kek bila masa. Ketepikan.
  2. Putar telur dan gula pasir dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar rata, kemudian masukkan mentega cair. Putar sekejap hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 25 - 30 minit hingga kuning keemasan dan kek akan mengecut sedikit di sekeliling tin. Keluarkan dari oven, alih atas jaringan dan biar sejuk (alih dengan mengangakat lebihan kertas dibahagian kiri dan kanan tin tadi).
  4. Tanggalkan kertas pengalas tadi perlahan2. Potong kek kepada 4 kepingan yang sama saiz (7 x 7) inci. Sapu dengan kiwi filling, lapiskan, kemudian dengan strawberry filling, lapiskan dan terakhir dengan kiwi filling, lapiskan dengan kepingan terakhir.
  5. Kemaskan tepi2nya dan boleh dipotong, hias ikut kreativiti masing2 sebelum menghidang. Perisa jem atau filling bergantung pada selera masing2. Kalau guna blueberry filling pun sedap!!!...Selamat mencuba!...

Sunday, December 13, 2009

BAHULU GULUNG

Bahulu Gulung
As'laikum semua, selamat petang.....Dah minum petang ke semua, hari ni mat buat bahulu gulung, sesaja nak menghabiskankan "strawberry filling"....nak buat muffin macam malas dan jemu, jadi kita buat bahulu gulung. Resipi mat guna "Ayin Yin" dari blog "Manis Manis.., Bahulu dia kurang manis dan sedap bila dimakan bersama jem atau isian yang kita sapu tu. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi..... Ok ni mat resipi dia....senang je nak buat u!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred A
100 g gula pasir
100 g mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
75 g tepung gandum*
25 g tepung jagung*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
Jem kegemaran secukupnya (mat guna "strawberry filling)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
  3. Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan.

Thursday, December 10, 2009

AYAM MASAK HALIA BERKUAH

Ayam Masak Halia Berkuah
Salam sekali lagi, baki ayam kampung tu mat masak satu lagi resipi mudah, yelah kan rendang pedas tu kalau budak2 makan, ada kang masing2 mulut semua melopong, pastu menelan air batu sehendak2 tidak... Kalau resipi yang ni tak pedas cuma berangin sikit2 jeee....Sepatutnya tak letak kentang, tapi guna cendawan butang, cuma kali ni mat kehabisan stok cendawan butang, aku belasah je kentang. Sedap leerr guna kentang!!....

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g ayam, dipotong sederhana besar (mat guna ayam kampung lebih masak rendang tu)
4 biji kentang sederhana besar, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
70 g halia muda, dihiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 batang leek, dikerat2
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan kicap cair
2 camca besar sos "lee & perrins"
1 camca besar sos lada hitam
1/2 camca teh minyak bijan
1500 ml air
Garam dan gula (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus halia muda, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan minyak bijan. Tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos "lee & perrins" dan leek. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul dan biar ayam kecut.
  2. Tambah air dan masukkan kicap cair. Biar mendidih dan masak hingga ayam lembut. Masukkan kentang dan terus memasak hingga kentang empuk. Tambah 1/2 camca teh gula dan rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak 1 - 2 minit lagi dan boleh diangkat.
  3. Tabur dengan hirisan daun bawang dan halia muda sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.....

RENDANG PEDAS REMBAU

Rendang Pedas Rembau
3 hari lepas, kami telah korbankan seekor ayam kampung yang agak besar atas sebab2 tertentu, kira tu ayam senior leerr. Besar bukan main, selepas dibersihkan semua bulu, beratnya kurang lebih 2.5 kg!!...besar kan ayam tu. Bonda mat dah siap2 semua siang dan kerat2....Jadi giliran hamba pulak menentukan menu untuk ayam tu. Mat buat 2 jenis masakan. Ok yang pertama ni kita masak rendang pedas rembau. Bahan2 digunakan pun tak banyak dan mudah untuk dimasak.... tapi untuk perhatian, mat masak rendang ni menggunakan periuk tekanan@ pressure cooker bagi menjimatkan masa. Faham2 jelah ayam kampung kalau dah senior....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.8 kg ayam kampung, dipotong sederhana besar
2 inci halia + 5 ulas bawang putih = ditumbuk halus
500 ml pati santan*
2 liter santan cair*(*dari 2 biji kelapa)
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 helai daun limau purut (optional)
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 inci halia tua*
1 inci kunyit hidup*
15 batang serai, hiris halus*
2 genggam cili padi hijau*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sehari sebelum memasak rendang, ayam tadi dicuci bersih, cucuk2 dengan garfu dan perap bersama halia + bawang putih tumbuk dan sedikit garam. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, masukkan ayam tadi bersama bahan kisar halus, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam sedikit kecut. Tuang santan pekat dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Bila kuah pekat. Tambah kerisik, gula melaka, daun limau purut (optional), garam (yang ni kena jaga2, kalau tak rendang jadi masin bila kering) dan asam gelgor. Kacau rata, dan terus memasak hingga rendang hampir kering.
  4. Jika ayam masih belum lembut, tambah air panas secukupnya dan terus memasak hingga ayam lembut. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan boleh diangkat.
  5. KAEDAH MEMASAK MENGGUNAKAN "PRESSURE COOKER" :- Masukkan ayam, bahan kisar halus, daun limau purut (jika guna) dan sedikit garam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang pati santan dan tambah sedikit lagi santan cair (jangan isi banyak2 santan, cukup sekadar menutup ayam tadi). Kacau rata dan tutup periuk tekanan. Didihkan hingga bunyi "berdesir" kedengaran. Kecil kan api dan terus memasak 20 - 25 minit. Kemudian angkat periuk tadi dan letak bawah air paip mengalir untuk menyejukkan periuk. Bila tiada lagi bunyi desiran, buka periuk dan alihkan ke dalam kuali. Masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan sedikit lagi garam jika perlu. Masak seperti biasa hingga rendang kering. Tambah hirisan daun kunyit, gaul rata dan boleh matikan api. Kering atau lembap rendang tadi terpulang pada citarasa masing2.....Lagi satu, teknik penggunaan "pressure cooker" bergantung pada jenis periuk yang anda miliki..

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA

Lemak Putih Umbut Kelapa
Salam semua, hari ni nak masak satu lauk yg biasa orang2 kampung masak, terutama jika penebangan pokok kelapa dilakukan. Sekali imbas rupa masakan umbut kelapa tu macam rebung. Tapi umbut kelapa rasanya lemak dan manis. Sedap dimasak lemak putih, lemak pedas, acar dan kerabu. Kira ini antara makanan yang murah tapi sedap.....Umbut tu abah mat pi ambik kat kebun, asalnya pokok kelapa tu elok je, dek kerana hangat hati dia tebang pokok tu dan ambil umbutnya....biasalah kat kampung ni kadang2 masalah juga, kebun kita dah mcm hak org ramai, nak ambik apa, main rembat jeee.....jadi dari asyik naik hangin, elok lah kita hapus kan saja pokok2 tu semua.....senang cerita!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg umbut kelapa, disagat nipis dan rendam (aggaran sahaja)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 - 3 batang serai, dititik (tak suka serai, ganti dgn daun kunyit)
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
2 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan umbut tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 udang kering, bawang besar, bawang putih, lada hitan dan serai. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masak lagi hingga umbut lembut. Tambah santan pekat, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan untuk 2 - 3 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masih atau ikan goreng...kalau ada petai atau jering, lagi lahh sedap.......

Tuesday, December 8, 2009

KARI ASAM IKAN PARI...

Kari Asam Ikan Pari
As'laikummm...aloo apa kabar semuaa, salam selasa....Masih lagi dalam mood "peranakan", hari ni mat menghabiskan baki ikan pari. Nak masak asam pedas dah jemu, goreng pun macam tak lalu, nak panggang, baru semalam buat. Jadi mat masak lah "kari asam", rasa2nya dah ada kot resipi kat sini. Kadang2 ada juga orang komen kat mat, ada tu kat email, depa dok tanya, aku ni tunjuk gambar masakan ke atau tayang set pinggan mangkuk?...Aiseyy menn, pedas kan, tapi alah small matter, tak kuasa nak layan, itu hak aku laaa, nak letak apa pun...Lagi pun pinggan mangkuk ni semua sendiri punya, ada aku pinjam mak abah koo punya keee?...Amacam pedas tak?.... Kekadangkan gaya pertanyaan tu tak salah, tapi style ayat depa tuu, adehhhh..manyak busuk maaaa!!!!.....

Kari Asam Ikan Pari
Ok berbalik pada resipi ni, ianya ibarat gabungan tiga bangsa, asam pedas org melayu + kari orang india + dimasak oleh cina peranakan....kelas kann. Lagi satu mat perhatikan, rasanya begitu unik, tapi penggunaan herba seperti serai, bunga kantan dan daun kesom adalah "wajib" untuk mendapat rasa sebenar. Tatau lah orang lain, tapi ini resipi yang mat masak. Jika tak makan ikan pari, guna ikan tenggiri pun sedap..Ayam pun sedap juga dimasak gaya sebegini....dah tema "Nyonya Delicacies", kena lah pantun lagi...

PERAHU BERLABUH DI TANJUNG TUAN
BAWA BERSAMA INTAN PERMATA
KARI ASAM LAUK PERANAKAN
BUAT TATAPAN GENERASI KITA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan pari, kurang lebih 700 g
2 biji tomato, dibelah 4 setiap biji
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom (laksa leaf)
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat kepada beberapa bahagian, perap dengan jus limau kasturi dan garam 10 minit, cuci bersih dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus dan serai. Tumis hingga harum dan masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air untuk mengelakkan rempah kari hangus). Terus menumis hingga harum dan terbit minyak.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesom. Bila mendidih, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak 1-2 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas. Selalunya kari asam ni memang rasa masam sedikit......

Monday, December 7, 2009

IKAN BAKAR ALA NYONYA...

Ikan Bakar Ala Nyonya
Salam Isnin semua....sebelum apa2, nak cerita sikit, tau tak plan nak bakar ikan pari ni dah seminggu lebih, ikan tu pun macam dah merajuk. Bayangkan 2 hari lepas mat bangun dalam jam 2 pagi, keluarkan ikan dari freezer, lepas tu sempat chat dengan mamafami pulak tu (yang mama tu pun macam burung pungguk, pagi2 buta jam 2 dia bakar muffin, sabau jeee aku!!), dan sempat berborak pasal menu yang nak dimasak pagi tu.....Selain lemak pedas jantung pisang, mat nak bakar ikan. Bila sampai time nak memasak, tiba2 kan aku jadi malass kooo, teruk kan penyakit malas ni...ikan tu kena lah simpan balik dalam freezer. Dannn hari ni baru lah kerajinan tu datang, itu pun sebab segan dengan mama, yelah berdegar2 nak bakar ikan kononn, last2 hampeh..hehehehe...

Ikan Bakar Ala Nyonya
Hari ini mat bakar ikan gaya nyonya...kenapa nyonya? Sebab dari rempah dan herba yang mat guna ada antara tu paling kerap digunakan di dapur peranakan. Mat balut dengan daun kunyit sebelum dibalut dengan aluminium foil, kalau dapat balut dengan daun pisang sebelum tu lagi bess...apa nak buat pisang semua dah arwah kat rumah ni, kalau daun pokok lain banyak lah, takut, lepas makan, terbongkang kat katil hospital pulak sebab keracunan, choyy!!! ..suweyy ko cakap macam tuuu!....hehehe.. Eh, sebab ini masakan ala2 peranakan, mesti ada pantun, tak gitu...

MAMAFAMI BERKASUT MANIK,
SAMBIL MENYALAI DAGING RUSA,
MASAKAN PERANAKAN MEMANG MENARIK,
BOLEH DIMAKAN TAK KIRA MASA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, siaz besar
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. PES REMPAH :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan

  1. UNTUK IKAN BAKAR :- Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.
  2. Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!...

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG LAH LAGI!!!....

Asam Pedas Ikan Sembilang
As'laikum, sebelum tu...."perhatian"...masakan asam pedas ini adalah atas permintaan, jadi tolong jangan komplen kata ini lauk ulang tayang, resipi dah basi, atau "macam dah tak de idea jee, asyik2 asam pedas". Apa2 pun mat letak kat sini adalah tanpa paksaan dari sesiapa. Yelah kan mana u all nak, resipi ulang tayang ke atau blog ku ditumbuhi hutan belukar dan didiami tenggiling, kutu, beruk dan ular?.... Oleh yang demikian, dediam dan kalau sudi tengok dan jika tak sudi JANGAN tengok!!!......Ok ini resipinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan sembilang sederhana besar
1 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
1 cawan cili kisar
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam dan gula
8 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1/2 camca teh halba*
1/2 inci belacan*
3/4 camca teh lada hitam (optional)*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang, dikerat2, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis 10 - 15 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, halia dan lengkuas dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Tuangkan air (anggaran 700ml) dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesom, kacau rata. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar mendidih perlahan 3 - 4 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
CATATAN MAT GEBU :- Jika suka boleh tambah terung, bendi, sawi jeruk atau tomato. Terpulang pada kegemaran masing2. Mana yang guna serbuk perasa tu, boleh juga dicampakkan dalam 1/4 camca teh, bagi sedap lagi katanya!(kalau lebih2, tak lama pastu botak lah kepala u all.....tak dapek den nak menolong!!!)...

Sunday, December 6, 2009

LEMAK PEDAS JANTUNG PISANG

Lemak Pedas Jantung Pisang
Salam sejahtera untuk semua, dah makan tengah hari ke?....Ada tu bersiap2 nak pi majlis perkahwinan nampak......mesti ada kang pengantin perempuan tanya " u dah potong ke?'....hehehe.."of couse!!" jawab pengantin jantan..ahak, ambik koo!!.. Hari ni kan plan asal nak nak bakar ikan pari, sekali macam malas pulak. Jadi mat masak jelah lemak pedas jantung pisang. Ini mat gunakan jantung pisang hutan, rasanya lemak dan sedap. Kalau nak guna jantung pisang lain pun ok, cuma jantung pisang hutan ni kecik, kena guna lebih sikit dalam 2 - 3 biji. Kalau yang makan petai, boleh tambah petai dalam masakan ni, lagi leerr sedap dan boleh melelehh air liur gitu....ok jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji jantung pisang hutan (atau jantung pisang biasa, ikut saiz, kalau besar guna 1 dah ok)
10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 keping tempe, dikerat2
2 papan petai (optional)
2 helai daun kunyit, disiat2
300 ml pati santan
800 ml santan kemancar (santan cair)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula
20 - 30 biji cili padi hijau (byk mana, ikut suka memasing)*
1/2 inci kunyit hidup tua*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang, dibelah 4 setiap biji dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 tumbuk halus, asam gelugor dan udang. Gaul rata dan tuang santan kemancar. Jerang atas api hingga mendidih, masukkan tempe. Kecilkan api dan masak hingga jantung lembut.
  2. Tambah daun kunyit, petai (akalu guna), garam dan gula secukup rasa. Masak lagi 3 - 4 minit dengan api swderhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman serta ikan goreng......sedappp uuu!!!!...
CATATAN MAT GEBU :- Kalaup perhatikan, jantung pisang tu mat tak celur dulu kan, dari pengalaman dan hasil tunjuk ajar orang terdahulu...jantung pisang, pisang muda atau nangka muda tak perlu dicelur, kira rebus dengan santan cair dengan rempah untuk gulai hingga lembut dan terus masak seperti biasa. Ini akan mengekalkan rasa manisnya.....

Saturday, December 5, 2009

MOCHA BUN

Mocha Bun
As'laikum semua, selamat malam, sebenarnya nak masukkan n3 ni petang tadi, tapi siang tadi ada hal lain yang perlu dibereskan. Hari ni mat cuba buat roti yang menggunakan sejenis bahan pemangkin yang di panggil "water roux"... Ini semua mat jumpa masa menziarah blog mamafami, dia tu kan rajin mencuba segala macam tok nenek resipi, baik barat mau pun timur, tah2 resipi kutub utara pun dia tau. Tapi resipi bun ni mat kutip kat blog "hana" the vouge jawa mom yang baru menghasilkan anak baru2 ni..amponnn Hana!!!, dengan penambahan "water roux" ini roti menjadi anjal, lembut dan memantul bila ditekan (tapi kalau u all pijak dgn kaki of couse lah penyek!!!)... Sebelum tu nak minta ampon juga, sebab berlakunya sedikit pengubahsuaian mengikut keadaan semasa...tak banyak cuma sikittt jeee..jadi minta halal lah yea... Untuk resipi yang original tanpa di inject botox, silicone mau pun pembedahan plastik, sila ke sini untuk ke blog "Hana" dan sini untuk ke blog "Mama Fami".........

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar (mat guna "nescafe mocha" dlm tin)
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX" :-)
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah).


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  2. Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Friday, December 4, 2009

HONEY MILK PUDDING.....

Honey Milk-Pudding
Salam petang Jummat untuk semua, apa khabar....Hari ni mat buat "honey milk-puddings" yang begitu mudah dan ringkas, resipi ambik kat blog "Kak Jun". Rasa dia tak manis, dan kalau kak jun drizzle kan madu atas dia, mat pulak cuma drizzle dgn sos coklat (beli punya!!)...Bukan apa, madu ku cukup untuk resipi je, tak de lebih untuk di drizzle...hehehehe....Kalau nak tengok rupa yang di drizzle dengan madu, boleh menjelajah ke blog kak jun di sini.......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "nur")
3 camca besar air
685 ml susu segar
55 g gula halus
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar madu
Madu untuk dicurah atas pudding (mat guna "Hershey Chocolate Syrup") #

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gelatin halal bersama air ke dalam periuk, kacau dan masak dengan api kecil hingga gelatin larut (gelatin menjadi pekat sedikit). Tambah bahan2 lain di atas kecuali bahan bertanda "#". Kacau hingga gula larut dan masak dengan api kecil selama 5 minit.
  2. Tuang dalam bekas sesuai dan biarkan hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau seelok2nya semalaman.
  3. Keluarkan pudding dan letak dalam bekas sesuai. Curah sedikit madu sebelum dihidangkan. Macam mat, makan dengan syrup coklat tu pun sedap u!!....Hidangkan sejuk.....

Sunday, November 29, 2009

SALAM AIDIL ADHA........EDISI TERLEWAT!!

Salam Aidil Adha

Salam hujung minggu untuk semua, rasanya masih belum terlewat mat ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" untuk semya pengunjung blog ini. Yelah kan, tempoh untuk menunaikan ibadah korban kan selama 3 hari bermula hari Jumaat hari tu. Nampak blog masak2 macam mula ditumbuhi lalang dan siput, kutu, labah2 semua dah mula nak berhijrah..hehehe, inysa allah sedikit masa lagi akan aktif seperti sedia kala. Hari Jumaat lepas sempena hari raya aidil adha, mat menerima kunjungan dari teman blogger yang tak asing lagi.... iaitu Sis-Lin sekeluarga, Kasawari dan isteri (Cikgu Linda) dan juga Shai...Ribuan terima kasih atas kesudian mereka menjejakkan kaki ke teratak hamba yang tak seberapa ini. Pohon ampon dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlancang tutur kata dalam kita bergurau senda dan gelak2 sakan masa makan ais-krim tu...(yg ni aku tak leh lupaa....ishh, pesal jadi lawak sangat!!!)...Dan juga untuk semua, mat pohon ampon dan maaf, jika tak sempat hendak menjawab kat chat box dan juga ruangan komen....aduhhh!!, masa sungguh "ketat" sekarang ni.. Masa hari raya tu mat masak biasa2 jee...resipi pun sama macam orang2 lain juga.. Seperti dalam gambar di atas tu, hidangan utama cuma ketupat (dah tak sempat nak buat benda lain), lepas tu ada kari ayam, rendang daging, serunding udang kering, kuah kacang, sayur lodeh dan asam pedas tetel dengan nenas (yang ni tak de dalam gambar), tak lupa agar2 karamel.....betul tak, semua makanan yang biasa2 je kan.....ok semua, mintak diri dulu yeaa.....byeeee!!!

Tuesday, November 24, 2009

SAMBAL DAGING, KENTANG DAN PETAI

Sambal Daging, Kentang Dan PetaiAlign Center
Salam sejahtera semua, apa khabar.....sejak2 ni mat masak pun macam dah kurang kan, bukan apa, masakan yang biasa2 jee, tu pasal malas nak masukkan n3 baru...kang ada pulak orang kata harap gambar je "meletops" tapi lauk yg tuuu jugak....tul tak?..Ok hari ni mat masak tah hapa2, semua main ikut apa yang ada dalam peti ais. Tapi kan sedap dimakan bersama nasi hangat atau bubur nasi. Mana yang tak makan petai tu, boleh lah abaikan saja. Ok kalau sudi lah kan, jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang sederhana besar
300 g daging batang pinang
3-4 papan petai
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut (optional)
3 keping asam gelugor
3/4 cawan santan
1 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis kunyit hidup*
10 biji cili merah*
10 biji cili padi merah*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan tos. Kentang dikupas, potong berbaji, rendam dan tos. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Petai diasingkan dari kulit dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, lengkuas dan halia. Kemudian masukkan bahan kisar lumat dan tumis hingga harum, masukkan daun limau purut (kalau guna) dan santan. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan daging dan jika perlu tambah sedikit air (anggaran 1/2 cawan) dan masak hingga pekat. Tambah asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Masukkan kentang dan petai. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Hidangan bersama nasi hangat.....lupa nak kabar, cili padi tu kalau tak tahan pedas boleh abaikan atau kurangkan jumlah dia...

Thursday, November 19, 2009

SUP AYAM HADNYAI

Sup Ayam Hadnyai
As;laikum semua, salam Khamis...dah makan tengah hari ke semua. Cuaca sekarang ni hujan memanjang. Jadi mana kawasan yang banjir tu harap2 bawak bersabar dan jangan lupa kena peka dengan anak2 yang memang suka bermain air (orang tua pun kadangkala suka juga main air, bila tengok banjir!!!). Ok hari ni mat masak satu resipi tertangguh, sup ayam hadnyai. Ambik kat blog "kak ummi kuantan" yang begitu aktif memasak, tak kira siang atau malam....Kira kalau kak ummi tak turun dapur, hilang seri dapur dia, walaupun pun dapur tu pakai set mahal2!!....Resipi asal dari MyResipi, tapi "kak nor" promote baik punya... Tapi kan i tell u, sup ni memang sedap dihirup begitu saja, nak2 cuaca mendung, hujan dan sejuk macam ni...ada satu feelingg koo bila makan dia....hahahaha. Apa2 pun terima kasih pada mereka2 yang sudi berkongsi resipi ni....

BAHAN - BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja......

Wednesday, November 18, 2009

ROTI SIPUT

Roti Siput
Selamat petang semua, jemput minum dan makan roti.... Hari ni kan, angin rajin datang bertiup kencang, cuaca pulak hujan, lembap dan dingin. Jadi tadi mat pun memerintahkan Breadmaker menguli adunan roti. Bila dah siap, timbul lagi satu masalah...tatau nak buat roti apa. Tiba2 mat teringat kat blog tulipkasih milik "Kak Zura", dia ada buat roti siput sedikit masa dulu. Jadi mat pun buat lah roti siput tapi gaya sendiri. Yang kelakarnya, masa membentuk tak delah susah mana, tapi kan bila doh tu mula naik ianya nampak pelik tapi masih ok walau pun dah tak macam siput. Bila dah bakar, lagi lahhh, bentuk dia bukan macam siput lagi, tapi macam sanggul mami jarum yang baru lepas adengan tarik2 rambutt!!!......arghhh menciii!!!....

Roti Siput
Apa2 pun roti ni lembut dan sesuai lah untuk diminum bersama teh atau kopi. Cuma ini resipi asas doh manis, rasanya dah tentulah manis2 manja. Sebelum terrlupa, resipi asal dari "MamaFami" yang begitu rajin bak bionic women tuuu..ligat koo untie sorang ni, memasak pandai, membaking pandai, business pun pandai...pakcik tabik menonggeng nihh kat MamaFami!!!....tapi kan ma, nak minta maaf juga sebab mat dah oter resipi asal sikit, saja, i ni kan gatal, resipi org aku modifey....tapi tetap mengekalkan ciri2 "mamafami"...hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
190 ml air
60 g whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
80 g gula halus
11 g instant yeast (mauripan)
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
60 g mentega
Sedikit gula halus untuk ditabur



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 20 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 tadi dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli (30 minit) dan perap 10 minit. Keluarkan doh dan ikut langkar seterusnya.
  2. UNTUK ROTI SIPUT :- Doh tadi ditumbuk untuk membuang udara. Bagi kepada 16 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil satu bahagian, canai memanjang dan gulung. Kemudian canai gulungan tadi dan gulung sekali lagi. Kerat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (dalam gambar mat guna ramekin, 3 potongan untuk 1 ramekin). Buat hingga siap dan biar 45 minit. Tabur sedikit gula halus dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.....
CATATAN MAT GEBU :- Jika diperhatikan, resipi doh ni tak de pemerapan peringkat pertama, lepas uli , biarkan 10 minit, terus bentuk dan perap bagi dia naik dan bakar. Ianya memang cepat dan mudah. Resipi asal guna telur, tapi mat ganti dengan whipping cream, sebab telur akan memberi rasa "telur" bila roti sejuk, macam tak ngam sangan minum dengan kopi atau teh!!.....








ASAM PEDAS UBI KAYU

Asam Pedas Ubi Kayu
As'laikum semua, dah makan tengah hari ke. Hari ni mat masak satu menu orang lama, iaitu asam pedas ubi kayu....kalau nak buat asam rebus pun ok juga, tapi mat saja nak try rasa buat asam pedas. Satu ketika dulu mat jalan di blog "Puan Lily Haslina"...dia ada bercerita pasal masakan asam pedas ubi kayu ni... tapi mungkin resipi beliau berbeza dan yang ni mat belasah hemtam keromo jeee....ok kalau sudi boleh lah yeaa tengok resipinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tulang ikan kurau masin, rendam
15 ketulan sederhana ubi kayu yang telah direbus lembut
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 inci halia, dititik
1 liter air
3/4 cawan cili kisar (boleh kurangkan)
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
3/4 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tulang ikan masin (toskan dulu), gaul rata dan tuang air. Biar mendidih 4- 5 minit.
  2. Masukkan jus asam jawa dan ubi kayu. Bila mendidih, tambah daun kesom dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana.
  3. Rasa dan jika perlu tambah garam. Tujuan garam diletak akhir kerana tulang ikan kurau masin akan mengeluarkan rasa masin semasa dimasak. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam-ulaman...

Tuesday, November 17, 2009

LEMPAP HATI LEMBU

Lempap Hati Lembu
Ini masakan kegemaran abah mat, hati lembu ni elok bagi mereka yang kurang darah, tapi tak begitu sesuai bagi mereka yang ada darah tinggi (makan sikit ok lahh...). Satu mat perhatikan, hati lembu ni tak boleh masak terlalu lama sangat, nanti dia jadi keras jelatu, liat macam tikar getah!!....Kalau dapat hati lembu yang baru lagi sedap. Kalau yang tak makan hati boleh tukar dengan daging lembu batang pinang. Lagi satu, hati tu makin lama diperap, makin sedap!!... Sesuai dimakan bersama nasi putih dan roti....ketupat pun sedap juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
2-3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Sedikit gula
4 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*
1/3 camca besar jintan halus*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan hati lembu, bahan kisar halus dan kicap cair. Gaul rata dan perap sekurang2nya 3 jam (simpan dalam peti sejuk). Kalau perap semalaman lagi sedap..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan hati lembu yang diperap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan tambah sedikit air (anggaran 1/2 cawan). Masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah belahan bawang besar dan gula, gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi kicap cair (kalau tak cukup masin) dan masak sekejap lagi. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan...

KERABU TOMATO

Kerabu Tomato
As'laikum semua, dah makan ke.....Hari ni mat buat kerabu tomato, mat guna tomato yang muda dan setengah masak. Tomato yang muda sedikit ni rasa dia lagi manis dan rangup. Kalau tomato masak ranum tu pun ok juga cuma kurang rangup dan cepat berair. Resipi mat dapat dari buku masakan "Kerabu Dan Salad" yang kesemua resipinya hasil nukilan "kak liza" kita yang femes ituuu (dalam buku dia tulis "salad tomato")...ada macam2 resipi tau dalam dia...ada 10 siri buku masakannya setakat ini....Dari pemerhatian mat lah, buku ini sesuai sangat sebagai rujukan dan panduan serta memberi idea memasak. Lagi satu nak khabar, kalau yang baru nak berjinak2 memasak atau yang baru berumahtangga, buku ni teramat lah sesuai......harga mampu milik!!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato (mat guna 4 biji)
100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
3 biji limau kasturi, ambik jusnya
1 camca besar gula
50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
5 biji cili padi hijau*(*dihiris)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tomato dihiris kasar, ikan bilis dicuci, toskan dan goreng garing, angkat dan toskan. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris, daun pudina (daun kesom) gula dan jus limau kasturi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan bersama nasi putih sebagai pembuka selera.....sedap i tell uuu!!!!

Thursday, November 12, 2009

SINGGANG PEDAS

Singgang Pedas
Salam Khamis untuk semua....Buat apa tu, dah minum petang ke....Hari ni mat masak biasa2 jee, lauk pun ala2 rancangan ulangan yang dah tah berapa ribu kali. Tapi kan dari blog tak berisi dengan n3, ulang tayang pun ulang tayang lahhhh.....Orang lain mesti dah biasa masak singgang, tul tak, lauk paling mudah, cepat dan sedap. Kuah dia tu yang paling enak, boleh dihirup2 kala hangat. Ikan tu boleh guna apa jenis ikan sekali pun, ikut suka memasing. Tapi kalau mat, ikan kembong dan tuna (ikan tongkol) menjadi pilihan. Agaknya kan kalau ikan salmon buat singgang pedas sedap tak ek?.....Ada berani?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan tuna saiz kecil, siang, cuci bersih dan toskan
3 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 keping asam gelugor
1 liter air (atau secukupnya)
1 kuib ikan bilis "Maggi"
Garam dan sedikit gula
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 - 15 biji cili padi hijau*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
15 butir lada hitam*(*ditumbuk lumat tapi jangan halus sangat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumta hingga harum, masukkan air, asam gelugor dan kuib ikan bilis.
  2. Bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan dan perisakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula sebagai "syarat" (sesapa nak letak serbuk perasa pun boleh....). Jika macam tak cukup kuah, boleh tambah sedikit air lagi dalam 1/2 cawan.
  3. Biar mendidih untuk 2-3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman. Jika suka, boleh masukkan belahan tomato atau terung dalam singgang pedas ini...

Wednesday, November 11, 2009

KORMAK BADAM

Kormak Badam
As'laikum dan selamat tengah hari semua.....dah makan tengah hari ke.... Hari ni mat nak share satu resipi masakan kurma atau orang2 johor panggil "kormak". Walaupun nampak biasa2 jee, tapi teknik memasaknya ada kelainan. Resipi mat dapat dari "Kak Zura" blog "TulipKasih". Bukan nak puji sebab dia orang Johor, tapi sikap prihatin beliau dalam mengekalkan resipi2 dan teknik2 memasak orang2 Johor zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar,Sultan Sir Ibrahim dan sultan2 seterusnya harus diberi pujian. Dari segi sejarah, semua sedia maklum, negeri Johor ni lain sikit dari negeri2 lain. Sejarah Johor modern menyaksikan pengaruh orang putih dalam istana sultan johor (sebab sultan beristerikan "mem" mat saleh!) dan ini menyebabkan menu ala2 "fusion" terhasil. Contoh paling senang, laksa johor, resipi ala2 melayu, tapi guna spaghetti. Namun begitu cara makan, gunakan tangan!.... Apa2 pun terima kasih kak zura kerana sudi berkongsi ilmu yang begitu bermakna ini... Untuk melihat pelbagai resipi unik orang2 Johor, boleh lah singgah di blog Tulip Kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang (resipi asal guna ayam)
1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dibelah empat
5 biji kentang sederhana besar
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun sedari
1 camca besar air mawar
10 biji kacang badam
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*
1/2 camca besar lada putih biji*
5 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 biji pala*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukuprasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
  2. Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
  3. Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....

Wednesday, November 4, 2009

BINGKA ROTI BERLAUK

Bingka Roti Berlauk
Salam sejahtera untuk semua dan as'laikumm, apa khabar, sihat ke?...Hari ni mat cuba2 buat "bingka roti berlauk" yang resipi asalnya mat dapat dari FP "Kak Liza". Tapikan agak kurang cantik lah, tak macam kak liza buat. Mat punya ada kesan2 minyak sikit. Lain kali bahan lauk dia mat rasa kena toskan dalam tapis, biar minyak dia kering. Tapi dari segi rasa...memang sedap, i tell u...jangan memain2..dah tentu kak liza punya resipi...pakar memasak, ada buku masakan dan pernah keluar kat TV lagi...bukan kak liza tu keluar dari TV, tapi dia memasak dalam rancangan WHI (Wanita Hari Ini) dan juga TV9 dalam rancangan "Nasi Lemak Kopi O"..sedikit masa dulu...Apa2 pun mat doakan yang terbaik untuk kak liza yeaa..

Bingka Roti Berlauk
Jadi kalau rasa ada roti yang dah kejung keras dalam peti sejuk tu, boleh lah mencuba. Dalam resipi asal kak liza, dia guna santan sepenuhnya, mat pun guna santan juga, tapi kalau nak campur 1/2 bahagian santan dengan 1/2 bahagian susu pun ok agaknya. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Bingka ni mat bakar dalam loyang 10 inci x 10 inci, kalau yang penduduk tak ramai dan nak try buat, boleh guna separuh dari resipi dibawah.....Sekali lagi mat ucapkan terima kasih pada kak liza....

BAHAN BINGKA ROTI :-)
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-)
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!

Saturday, October 31, 2009

NYONYA SAMBAL SOTONG

P1150604
Selain masak lemak nangka (resipi dalam n3 dibawah), mat juga masak satu lagi masakan kegemaran kaum peranakan....Mesti orang pelik kan, pesal lah si mat ni asyik masak peranakan, bukan apa, masakan depa ni unik dan kaum peranakan juga cuma ada di Asia Tenggara (Malaysia, Singapore, Indonesia dan sedikit di Thailand, hasil kawin campur). Kalau kita tak menjaga dan memperkenalkan kepada generasi muda, lama2 semua terkubur macam tu saja, sapa yang rugi masa tu.....Kita ni sebagai orang2 baru harus lah ada sikap mengekalkan kebudayaan negara kita sendiri, sapa lagi nak diharapkan...betul tak apa guaa cakap?...

Nyonya Sambal Sotong
Sambal sotong ni mudah dimasak dan tak pedas sangat, sebab mat gunakan 100% cili merah, bukan cili kering, tapi sesiapa nak campur cili kering pun boleh, tak salah. Penggunaan herba seperti serai dan daun limau purut pun menampakkan kelainan sikit, mereka ni kalau masak, belacan dan buah keras memang tak boleh tinggal.. Sedap dimakan bersama nasi, roti, roti jala dan juga ubi rebus..ishh sebut2 ubi rebus bikin kecur tekak guaaa sajaa....hehehe.. Apa2 pun kita pantun dulu...

TERBANG TINGGI SI BURUNG KEDIDI,
HINGGAP BERTEDUH DI DAHAN JATI,
BUDAYA BANGSA LAMBANG PERIBADI,
JANGAN DIBIARKAN TERKUBUR MATI

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong, siang, cuci bersih dan toskan
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
10 biji cili merah, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
  3. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat macam selipar jepunn!!!....

NANGKA MASAK LEMAK PUTIH

Nangka Masak Lemak Putih
Salam untuk semua, dah makan tengah hari ke u all?....Hari ni mat masak, nangka masak lemak putih. 2-3 hari lepas ada beli nangka muda, jadi hari ni kita buat lah operasi memasak nangka, resipi paling mudah selain nangka muda dicelur dan buat ulam, ialah masak lemak. Lauk ni kan, makan dengan ikan masin dan sambal belacan jee dah cukup, budget pun murah, tak membebankan. Rasa2nya macam pernah masak dan masuk kat blog tau, masakan ni, tapi tak kesah lahh, lauk ulang tayang sekali pun, janji yang ni baru masak, kalau yang lepas2 tu dah "basi".....hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati (600 gm) nangka sayur yang muda, beli yang dah siap kupas kulit
800 ml santan cair
300 ml pati santan
2 helai daun kunyit, disiat2
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh lada hitam, tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka dipotong sederhana kecil dan rebus hingga 1/2 lembut. Toskan. Udang kering ditumbuk kasar2. Masukkan nangka, udang kering, bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masak hingga hingga nangka lembut, tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Tambah garam seckup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih, ikan masin@ikan goreng dan sambal belacan....hmmmm....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.