BEN ASHAARI

Sunday, November 30, 2008

RASPBERRY MUFFIN

Raspberry Muffin

Nak menghabiskan raspberry yang hampir "monopose"....Resipi asal kutip dari blog S_Shamen, tapi i dah modifey ikut bahan2 yang ada.........Terima kasih pada Fidahh...Memang gebu, lembuttt dan montokss uu!!...Mat buat 1/2 resipi dibawah ni....Selamat mencuba untuk semua yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung naik sediri (self-raising flour)*
1 camca teh baking powder (yang ni sendiri letak)*(*gaul rata dan diayak)
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 biji telur Gred A
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan Raspberry

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Sementara itu, satukan telur, susu cair, minyak jagung, gula perang dan esen vanilla dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati.
  2. Masukkan tepung dan kacau pantas dengan spatula hingga rata, masukkan raspberry gaul dan isi 3/4 penuh dalam muffin cup atau paper yang dialas dalam acuan muffin.
  3. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 180C dan bakar 20 - 25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2..

AYAM REMPAH RANGUP

Ayam Rempah Rangup

Ini sepatutnya dah buat 2 hari lepas, tapi atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, terpaksa lah ditangguhkan....Hari ni pun mat goreng untuk budak2 yang tinggal kat rumah, bila dah buatkan untuk budak, aku pun bedal lah sama......Resipi ada sedikit pengaruh peranakan cina, apa mau buat, dalam waa punya darah sudah ada itu peranakan punya darah maaa!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg peha ayam atau kepak atau bahagian yang berdaging
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 camca teh lada sulah biji*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*
1 biji "bijik" pala (nutmeg)*
2 inci kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 putih telur, dipukul sedikit
Tepung berperisa secukupnya (mat guna jenama NONA)
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, buang kulit (kalau guna kepak ayam tak yah lah buang kulit, nanti nampak macam "seksa" sangat!)...cuci lagi, toskan dan cucuk ayam dengan garfu. Alih kan ayam dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata dan perap sekurang2nya 4 jam, nak sedap, perap semalaman dalam peti sejuk. Boleh juga siapkan awal, dan bekukan dalam freezer.
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Gaulkan ayam bersama putih telur rata2, kemudian golekkan atas tepung berperisa dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan atau hingga ayam masak. Angkat dan toskan.
  4. Mat goreng 4 - 5 ketul je sekali goreng, dan sebab kita guna putih telur saja, ialah untuk mengelakkan minyak gorengan berbuih. Hidangkan ayam dengan sos kegemaran, lagi sedap dimakan dengan sos "piri-piri" Nandos!!!!...

Saturday, November 29, 2008

KUEH LAPIS NYONYA

Kueh Lapis Nyonya

Suka tengok kueh lapis nyonya yang kak Jun buat...Plan nak buat semalam tapi malas melanda jiwa dan raga ku...Jadi hari ni pagi2 tadi dah buat, sebab kuih ni nak bagi potong nampak cantik kena betul2 sejukk....

Kueh Lapis Nyonya

Rasa dia lemak2 manis, harum dan kenyal2. Kuih lapis yang sempurna ialah kuih yang kita boleh tarik keluar setiap lapisan...Dan kalau mengikut tradisi baba nyonya, kuih lapis mesti ada 9 lapisan dan lapisan akhir mesti warna merah terang....Resipi ambik dari blog kak Jun..terima kasih kak Jun!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
950 ml santan kelapa (nak sedap perah dari kelapa segar)
263 g gula pasir (mat guna 260 g)
1 helai daun pandan (mat guna 4 helai)
50 g tepung Hoen Kwee (jenis putih)
125 g tepung sagu
150 g tepung beras
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh air kapur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula dan daun padan, masak atas api sederhana hingga gula hancur, kacau selalu. Angkat dan biar sejuk.
  2. Kemudian, satukan semua bahan lain, kacau rata dengan whisk dan tapis adunan tadi. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian sama banyak. 1 bahagian diwarnakan merah. 4 bahagian diwarnakan oren dan 4 bahagian pada warna asal (warna2 bergantung pada individu).
  3. Panaskan kukusan, lenser tin kek berukuran 7 x 7 x 3 inci, panas kan tin selama 5 minit dalam kukusan tadi. Tuang 1 bahagian bancuhan putih, kukus 5 minit. Kemudian tuang bancuhan oren, kukus 5 minit lagi.
  4. Lepas lapisan ke 4, waktu mengukus tambah ke 7 minit. Buat hingga siap dan untuk lapisan ke-9 (terakhir), guna warna merah. Kukus selama 20 minit. Sejukkan sekurang2nya 2 - 3 jam sebelum dipotong dan hidangkan.
  5. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan air menitis atas kuih. Kacau dengan sudu setiap bancuhan sebelum dituang ke dalam tin. Lagi satu, sapu sedikit minyak masak pada pisau sebelum memotong, dan lap pisau bersih2 setiap kali lepas memotong kuih lapis...

ASAM REBUS TUMIS

Asam Rebus Tumis

Cuaca tak menentu ni kalau makan asam rebus sedapkan, ada sambal belacan, ulam petai atau pun ulam2man lain dah cukup sangat, kena pulak nasi hangat yang berasap2 tu....Kalau nak real lagi makan kat pangkin..aduhh lagi laju makan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas masak ranum, kupas, buang empulur dan potong2
3 ekor ikan sepat masin, cuci, bersihkan, kerat 2 dan rendam
3 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan secubit gula
1 camca teh serbuk kunyit
5-6 biji cili merah*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit hingga harum. Masukkan nenas dan gaul rata. Masak sekejep, tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan campakkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Masukkan kuib ikan bilis, ikan sepat masin dan juga secubit gula. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan juga daun kunyit. Masak hingga nenas lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api, dan hidangkan....

Friday, November 28, 2008

TEMPOYAK CILI HIJAU

Tempoyak Cili Hijau

Bagi penggemar tempoyak, masakan ni bukan saja senang maut tapi sedap dimakan kala hangat bersama nasi hangat dan juga di malam yang hangat.....ahaks, silap2 boleh "hangittt!!!".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 batang serai, dititik
10 bii cili hijau, dihiris
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis, serbuk kunyit dan tuang air.
  2. Masukkan asam gelugor dan tempoyak, kacau hingga rata. Tambah garam secukup rasa, kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan segera....

Thursday, November 27, 2008

TAT TELUR

Tat Telur

Nak menghabiskan baki doh pastry semalam, memandangkan budak2 ada bersama, jadi kakibedal pun ramai, boleh lah memulakan projek tat telur yang tertangguh begitu lama....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300g Doh pastry manis (boleh rujuk resipi doh "multi-berry custard flan)
1 biji telur gred A*
2 kuning telur*
90 g susu cair*
90 ml air*
50 g gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*bahan kastard)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat, kemaskan dan potong lebihannya. Cucuk2 permukaan dengan garfu. Buat hingga siap...(mat buat lebih kurang 24 biji).
  2. Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis, masukkan dalam jug air bermuncung. Sementara itu bakar kulit tat tadi selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C.
  3. Keluarkan kulit tat dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dikelurakan tat dari acuan.
  4. Berhati2 semalam menuang kastard, jika meleleh dibahagian antara kulit tat dan acuan, akan menyebabkan tat melekat....Lagi satu nak cerita, kalau letak pandan paste dalam bancuhan kastard tu pun sedap....

Wednesday, November 26, 2008

MULTI-BERRY CUSTARD FLAN

Multi-Berry Custard Flan

Isnin hari tu, pi la beli barang2 dapur sikit, lepas tu kan ternampak Strawberry, terus beli. Tak lama lepas tu nampak pulak Blueberry, beli juga. Jalan depan sikit, tiba2, ternampak Raspberry, belii lagi....Raspberry tu harap kan rupa je comey, rasanya masam nauzubillah, 10 x sedap buah "ambra" @ "kedondong". Lepas tu puas belek buah2 yang comel lagi anggun tu, terus nak buat tat...tapi kat buku Alex Goh tu dia panggil "custard flan". Resipi asal guna strawberry semata2, tapi mat guna semua yang ada....

BAHAN UNTUK PASTRI MANIS :-)
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)

BAHAN KRIM KASTARD :-)
1 biji telur gred A
30 g gula halus
20 g tepung kastard
100 g susu cair
100 g whipping cream (seperti gambar dibawah)
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN LAIN :-)
Coklat cair secukupnya
Strawberry
Blueberry
Raspberry
Sedikit Apricot glaze + sedikit air panas, kacau rata



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI MANIS :- Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang), masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar.
  2. UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan susu dan whipping cream, kacau rata dan masak hingga suam. Dalam bekas lain satukan telur, gula dan tepung kastard, kacau rata. Masukkan susu suam tadi dan kacau bancuhan hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double-boiler sambil terus mengacau hingga pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Alih ke dalam bekas lain dan tutup dengan palstik cling untuk mengelakkan krim kastard keras dibahagian atasnya.
  3. UNTUK KULIT TAT (FLAN) :- Ambil doh anggaran sebesar penumbuk, canai nipis (anggaran 3 mm) antara 2 lapisan plastik, doh mesti lebih lebar dari acuan tat (seperti gambar diatas). Buka satu lapisan plastik, dengan berhati2, terbalikkan ke dalam acuan tat tadi. Ratakan, dan tarik keluar plastik. Kemaskan doh, cucuk permukaannya dengan garfu dan alas dengan aluminium foil, isi kekacang dan bakar 15 minit pada suhu 190C (blind-bake). Kemudian angkat keluar aluminium foil tadi, sambung bakar 5 minit lagi. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  4. UNTUK MULTI-BERRY CUSTARD FLAN :- Sapu coklat cair pada dasar kulit tat, ratakan. Paipkan krim kastard seperti dalam gambar. Kemudian susun buah2an mengikut kreativiti masing2. Sapu dengan apricot glaze untuk nampak berkilat.

AWARD AND TAG FROM "V.G"


Award ni dipakej sekali dengan TAG....Tag pulak bukan sebarang tag, 6 tag dengan 7 tunjuk sebab.....Lu tak yag pikir lah beb!!!...Luu baca aje sudahhh!!!!...

7 things i say more often :-)
  • Cepatlah!!! (sebab ada manusia ni kan, cakap punya lah selowww, macam siputt!!!)
  • Panass!!! (aku tak bley panas..nanti banjir!!)
  • Sedap tak? (yang ni mmg kena tanya..terutama kat budak2)
  • Basuh kaki!! ( warning setiap kali anak2 buah nak masuk rumah)
  • Tak payah pening2 (sebab apa, ada orangkan, hal ciput sampai berminggu2 dok fikir)
  • Gigi jangan lupa! (khas ditujukan untuk abah den...dia kadang2 terlupa pakai gigi, kooo!)
  • Sabarr!!! (yang di khas untuk diri sendiri, pulak2 kalau masakan tak menjadi...)
7 things i did before :-)
  • Yang ni susah nak kata lah sebab banyak sangat....sebab semua tu penting dan lebih dari 7 pekara, jadi tak tulis lah ek...ahaks, memandai je aku!!!
7 things i do know :-)
  • Berblogging dan merayau tak tentu hala ke alam maya ini....
  • Kumpul barang2 lama dan antik.
  • Memasak dan memasak dan memasak
  • Tengah longgok duit sebab nak rembat satu benda tu
  • Baru tadi buat roti dan tat
  • Tengah cas bateri kamera
  • Sedang bermalas2 sambil menjawab TAG
7 things i want to do :-)
  • Nak mandi kejap lagi ni
  • Nak minum kopi lepas mandi
  • Nak sambung baca novel "norzailina nordin" (mungkin sebelum tido kot)
  • Nak kemas bilik laa, dah macam kapal titanic karam
  • Nak masak nasi lemak kukus esok...tungguuu!!!!
  • Nak pi berborak2 dengan my mom lah kejap lagi....mesti ada manyakkk celita balu meyyyy!!!!
  • Nak tambah sedikit lagi koleksi pinggan mangkuk "Nyonya"...hehehe
7 things that attract me about the opposite sex :-)
  • Benda yang tak de kat aku, yang dia ada...ahaks..18 sx nihh!!!
  • Cara berfikir dan menilai sesuatu pekara
  • Kaedah penyelesaian masalah...
  • Semangat dan kekentalan jiwa
  • Cara mereka bergossip...ahaks....ada tu suka duduk tepi tembok!!!
  • Gelagat masa bershopping.
  • Kalau mereka dah lama tak jumpa, sekali jumpa siap peluk2 ada tu nangis2..apa kes?
7 favourite foods :-)
  • Singgang ikan
  • Kari (tak kesah, daging, ayam atau ikan)
  • Kek, muffin dan seangkatan dengan nya (tak bley makan banyak2 maaaa!!!)
  • Cekodok pisang
  • Ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis....boleh pingsan!!!!
  • Cok keria, tapi tak mo gula, suka yang "bogel" jeee.
  • Sambal belacan....yang ni "wajib"
Legaa dah selesai.....jadi sampai kat sini jelah yeaa...

SANDWICH LOAF

Sandwich Loaf

Pagi tadi macam ter"rajin" nak mencuba sandwich loaf dari buku "Alex Goh"....nama asal nya "Pullman Bread" sebab dia guna tin khas yang ada penutup. Mat tak de tin tu, jadi aku belasah jee guna apa2 tin yang ada....Jadi jugak cuma rupa tu kurang cun lah sikit. Lagi satu nak pesan, biar roti tu sejuk baru potong ok, kalau masa suam2 potong, nanti jadi macam dalam gambar atas tu....tak senonoh, macam senget2 sikit...Tapi lepas potong tu koo celup air kopi atau sapu kan seri kaya@jam ke, habisss kena telan.....

BAHAN DOH SPAN :-)
2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :-)
200 g tepung roti
35 g gula halus
1 camca teh garam
1 camca besar susu tepung (jgn beli "made in China" punya okeyyy!!!)\
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ratakan doh, gulung seperti swiss roll. Buat hingga siap dan rehatkan 10 minit. Ulang sekali lagi proses yang sama dan susun dalam tin Pullman yang berukuran (28 x 11 x 11) cm yang telah disapu mentega secara bertidih, 2 gulung dibawah dan 2 lagi diatasnya. Biar selama 45 minit. Tutup dengan acuan dan bakar pada suhu 200C selama 35 minit. Keluarkan serta merta dari tin dan sejukkan atas jaringan.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan no. 1 ke dalam breadmaker, tambah bahan2 doh utama, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biarkan BM menguli selama lebih kurang 30 minit. Keluarkan dari BM dan teruskan dengan langkah no. 2 (BM biasanya mengambil masa 30 minit untuk menguli dan 1 jam untuk memerap doh, untuk resipi ini, kita cuma perlukan BM menguli sahaja, bergantung pada jenis BM masing2).

AWARD DARI KAK LAWA....


Terima kasih pada kak lawa atas tanda ingatan ini.....Moga Allah panjangkan usia kak lawa dan juga mempelihara kesihatan kak lawa serta suku sakat keturunannya.....aminnnn!!!!......Mat pun nak bagi juga award "otak kreatif" ni pada......
  1. ALONGROZ
  2. ANNA (BAKE-FRESHLY)
  3. KAK UMMI
  4. LINN
  5. KASAWARI
  6. MAK LANG
  7. MAMA FAMI

UDANG BERSOS HOISIN

Udang Bersos Hoisin

Hari ni buat masakan paling senang di dunia, campur antara kukus dan goreng....Lepas masak terus makan....jangan tunggu lama2 yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok brokoli, dipotong sekuntum2
5 batang putih jagung, belah 2 setiap 1
300 g udang bersaiz sederhana besar, dibersihkan
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos Hoisin
1/2 camca teh minyak bijan
Secubit gula
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tabur sedikit garam halus pada brokoli dan putik jagung, kukus hingga masak tetapi masig rangup (kukus lebih kurang 2 minit utk brokoli dan 45 saat untuk putih jagung). Udang digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan tuang air, masukkan minyak bijan dan secubit gula. Bila mendidih, masuk cili padi. Masak hingga kuah pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Susun brokoli dan putih jagung dalam pinggan mengikut kreativiti masing2, letakkan udang ditengah2 dan curah no. 2 atas udang tadi. Ratakan sosnya dan jika suka boleh tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera.

Tuesday, November 25, 2008

RENDANG LOKAN

Rendang Lokan

Sedapnya rendang lokan..boleh ganti dengan kerang, kalau guna sotong atau udang pun sedap lah agaknya.....N3 ni sepatutnya nak pos malam tadi, tapi "HOT" pasal ke n3 dibawah tu membuatkan ku terbantut. Hari ni baru pos...Sedap dimakan dengan apa saja, kalau yg tak makan ayam/daging, boleh cuma masak ni untuk raya haji nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 1/2 cawan isi lokan
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut (optional)
1 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar kerisik
1 cawan pati santan
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam secukup rasa
2 camca besar cili kisar*
2 camca besar rempah kari ikan*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 biji buah keras*
1 camca teh lada hitam*
4 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih hiris hingga kekuningan, masukkan bahan2 kisar halus dan masak dengan api sederhana hingga rempah garing dan terbit minyak.
  2. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, kacau rata. Bila mendidih, masukkan daun limau purut, asam gelugor, garam dan gula melaka. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan lokan dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga rendang pekat dan sedikit kering. Tambah hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan makanan kegemaran anda...

Saturday, November 22, 2008

BLUEBERRY CUP CAKE

Blueberry Cup Cake

Atas permintaan anak2 sedara, mat pun buat lah cup cake, resipi ambil dari kek marble susu sumbangan "Norzailina Nordin", tapi mat tak letak coklat, cuma buat plain, letak esen vanilla dan intikan dengan blueberry filling.....

Blueberry Cup Cake
Bila cup cake tu dah siap bakar, tiba2 macam tergatal pulak nak menghias dengan buttercream, jadi mat pun bancuh lah buttercream, resipi kak lina punya.....Lepas tu boleh lah hias ikut gaya mana yang kita suka, asal lawa pada pandangan mata sudah laah....macam mat yang amatur ni, setakat hias simple tu boleh laa, jgn koo suruh aku buat bunga rose!....memang jahanam!!.

BAHAN UNTUK KEK :-)
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-)
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
  2. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  3. Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.
  4. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...

AWARD DARI SENOTIP SYNTE

Terima kasih pada "Senotp Synte" atas tanda ingata ini...Lepas ni kena pulak edar kan pada 7 "personaliti" pulak dan syarat2nya seperti berikut :-)

Syarat award ini adalah seperti berikut yer :
  1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
  2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
  3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
  4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu
Oleh itu dengan besar hatinya mat panjang2kan award ni pada :-)
  • CT DELIMA & C MAT
  • HANA KANAZAWA
  • KAK LIZA
  • MAMA LYDIA
  • ROZZAN
  • KAK ROZIE REMBAU
  • GERT

AYAM TANDORI

Ayam Tandori

Beberapa hari lepas, mat ada buat ayam tandori, tapi tak sempat nak tangkap gambar, ayam dah tinggal tulang. Kalau yang dulu mat guna rempah ayam tandori segera maggi, kali ni mat buat lagi, guna resipi dari FP "Rinchan" yang femes tu...Bukan nak kata apa, dari citarasa tekak ku ini, guna resipi FP rinchan tu lagi sedap leerrr....Tapi nak sedap mesti perap lama, mat perap 1 hari 1 malam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam,potong, buang kulit, cuci dan cucuk2 (mat kelar2)
3 camca besar jus lemon
1 1/2 camca teh garam
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan plain yogurt
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 inci halia, ditumbuk halus
1 1/4 camca teh serbuk ketumbar
3/4 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk paprika/serbuk cili
1 biji cili merah, ditumbuk
Sedikit pewarna merah (jika suka)
1/2 camca besar minyak sapi (resipi asal guna minyak masak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan jus lemon, garam dan serbuk kunyit, gaul bersama ayam tadi hingga rata dan perap 15 minit.
  2. Dalam bekas lain satukan semua bahan2 diatas kecuali minyak sapi, kacau rata. Masukkan no 1 ke dalam no 2, gaul rata dan perap 30 minit (mat perap semalaman).
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, sapu sedikit minyak sapi atas ayam sebelum dibakar hingga masak. Nak sedap lagi bakar atas api arang.
  4. Hidangkan bersama hirisan lemon dan salad, jika suka....

Thursday, November 20, 2008

NASI MINYAK

Nasi Minyak

Beberap hari lepas pi merayau2 kat blog kak ummi kuantan, ternampak dia buat nasi minyak, nampak sungguh mengancam nyawa u!!!...Jadi hari ni kita pun buat lah....Eh!! Not bad at all....sedap. Kak ummi kata dia kutip dari majalah saji....

Persatuan Nasi Minyak

Lepas tu kan kalau dah masak nasi minyak kenalah buat lauk2 dia juga...Mat masak lauk biasa2 saja...resipi ada kat n3-n3 bawah tu yeaa... Jom kita resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning (mat guna kaler hijau)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

AYAM MASAK MADU

Ayam Masak Madu

Resipi asal nama Ayam Merah Masak Madu, tapi kan tersilap u tulis kat gambar tu, ayam masak madu je..mintak amponn kat Lelayong (mat ambik dari blog dia...). Rasa ala2 masak sos, tapi harum dan sedap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

HATI GORENG BEREMPAH

Hati Goreng Berempah

Ini resipi senang, rasa ala2 rendang pun ada, ala2 masak kicap pun ada...Pada yang tak suka hati lembu, boleh ganti dengan daging, kalau dapat daging batang pinang lagi baguss!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g hati lembu
1 biji bawang besar, dipotong bulat
1 biji cili merah, hiris serong
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 camca teh lada hitam biji*
1 camca besar ketubar biji*(*dikisar halus)
3 camca besar kicap pekat
3 - 4 camca besar kicap cair
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu dihiris nipis, cuci dan toskan. Gaul bersama semua bahan2 diatas kecuali hirisan bawang besar dan cili merah. Perap dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan no 1 tadi dan kacau rata. Masak hingga hati kecut, masukkan hirisan bawang dan cili merah, terus memasak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat.

DALCA

Dalca

Dalca ni pun mat dah selalu buat....resipi boleh rujuk di sini.......

ACAR RAMPAI

Acar Rampai

Acar Rampai biasa, resipi sama macam acar darat yang selalu mat buat, boleh rujuk resipi disini....

Wednesday, November 19, 2008

AWARD DARI HANA DAN CT DELIMA...


Terima kasih pada CT Delima....nampak gaya kenalah aku masak sedap2 nihh!!!




Dan yang 2 di atas tu dari "Hana Kanazawa"...terima kasih banyak yea atas tanda ingatan tu...

TAUHU MASAM MANIS

Tauhu Masam Manis

Taragak nak makan tauhu masam manis pulak, tapi bahan2 macam tak cukup, jadi bedal saja apa yang ada, kita yang buat dia kan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 tube tauhu jepun, potong 8 setiap satu tube
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
5 batang crab stick, potong 4 setiap 1
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, potong serong
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng tauhu jepun hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bawag besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
  2. Masukkan sos cili thai, sos tiram, sos tomato dan juga leek, gaul rata dan tambah sedikit air jika perlu. Bila mendidih, masukkan crab stick dan tomato. Letak garam secukup rasa dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan tauhu dan gaul rata. Matikan api dan hidangkan segera....ishh ratah macam tu pun sedappp!!!

LABU MASAK LEMAK

Labu Masak Lemak

Musim hujan2 ni, atas permintaan, mat pun masak lah lemak labu campur dengan pucuk manis....Pastu goreng ikan masin, sambal belacan dan ada ulam petai atau jering.....Haiyooo!!!....tatau nak kata apa dahh....nasi pulak berasap2...memang sedapp kannnn!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan
700 ml santan cair
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
  4. Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang

Monday, November 17, 2008

LEMAK CILI PADI IKAN KELI

Lemak Cili Padi Ikan Keli

Ini lauk tradisi orang2 Negeri Sembilan, zaman dulu mereka makan simple je, ikan keli boleh tangkap kat sawah, kelapa ambil kat pokok, cili padi dan kunyit ambik kat belakang rumah je, tu pokok wajib!!..Limau kasturi pun sama, pendek kata semua segar dan fresh gitu. Bahan2 mentah kalau segar, masakan kita pun rasa lain....selain air tangan masing2 laaa....Resipi rasa mat dah letak dalam n3 lepas, tapi tak pe, kita hari ni rajin tahap labu-labi, jadi jom tengok........

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan keli sederhana besar
2 helai daun kunyit, disiat
4 -5 biji limau kasturi, ambil jusnya
700 ml santan cair
300 ml santan pekat
1/2 cawan cili padi*
1 inci kunyit hidup, pilih yang tua*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digaul bersama garam dan jus limau kasturi, perap 10 minit dan cuci untuk membuang lendir. Siang ikan, cuci dan perap lagi bersama jus limau kasturi selamat 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lumur dengan 1 camca teh serbuk kunyit dan sedikit garam, panggang hingga masak. Kalau nak sedap panggang atas bara api arang. Ketepikan.
  2. Dalam belanga atau periuk, masukkan bahan tumbuk lumat dan santan cair, jerang atas api hingga mendidih, masukkan ikan keli panggang tadi dan tuang santan pekat. Perlahankan api dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan daun kunyit dan jus limau kasturi. Rasa dan jika perlu tambah garam dan jus limau kasturi. Biar masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat


Align Center

SAMBAL TUMIS LOKAN

Sambal Tumis Lokan

Semalam abah mat beli lokan (tatau rupa paras "lokan" macam mana?..boleh lihat disini....), berat bukan main, tapi lepas rebus, kita ambil isi dia, alahhh haiii ciput jee u, ada lah dalam 1 1/2 cawan....Tapi rasa dia manis sekali. Mula2 plan nak buat rendang, tapi sikit sangat, kita buat sambal tumis sudah laaah..Kali ni mat buat sambal tumis paling senang didunia!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 - 2 cawan isi lokan
1 cawan cili kisar
1 inci belacan + 1/2 cawan air, larutkan
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 inci halia, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata dan biar kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng....kalau ada ubi rebus, lagi sedapppp!!!

SAMBAL TEMPOYAK MASAK

Sambal Tempoyak Masak

Masa jalan kat FP Mak Lang ternampak sambal tempoyak masak (ishh..betul ke nama dia?)...tapi lain sikit dari mat punya, apa2 pun terima kasih lah pada mak lang sebab bagi idea dalam kepala otak ku yang dah mula kering kontang ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang serai, dititik
1/2 cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
15 - 20 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk kasar2)
Sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam.
  2. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam2 dan nasi hangat....

Sunday, November 16, 2008

ROTI NASI

Roti Nasi

Dah lama sangat nak mencuba "roti nasi" resipi dari onigiri dari MyResipi....Rasa roti dia begitu "asli"...seakan2 rasa roti benggali dan apam (mungkin sebab ada nasi)....Sedap dicicah air kopi atau disapu jem dan mentega, cicah kuah kari atau pun sardine, hmm semua sedap lahhh!...Cuma permukaan dia tak jadi licin sangat, agak kedut2 laa...tak pe lain kali aku sapu SK-II..bagi teganggg!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.