BEN ASHAARI

Sunday, August 31, 2008

GULAI NASI KANDAR

Gulai Nasi Kandar

Ini saja nak test try perencah segera gulai nasi kandar keluaran "MAGGI".....Boleh tahan sedap, tak payah letak garam lagi sebab rempah tu sedia kala dah terasa garamnya....Boleh letak kentang kalau suka...mat kehabisan stok kentang....arghhhh segann guaaaa!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging lembu batang pinang
1 paket rempah gulai nasi kandar "MAGGI", dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan pati santan
2 biji tomato masak, didadu
2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 cawan air (atau secukupnya)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga layu dan wangi. Masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut.
  2. Masukkan rempah dan masak hingga terbit minyak, diikuti daging dan gaul hingga rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Tuang pati santan dan renih hingga kuah pekat. Kalau suka kering, boleh tambah masa memasak. Hidangkan panas2 bersama nasi hangat....

GULAI PUCUK UBI & KUPANG

Gulai Pucuk Ubi & Kupang

Hari ni makan Gulai Pucuk Ubi & Kupang....Ala2 kampung gitu u....Kupang pula jenis segar yang direbus, ambil isinya dan dimasak dengan pucuk ubi....sedapppp wooo!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 cawan isi kupang (nak sedap isi kupang yg baru)
2 batang serai, dititik
2 cawan pati santan
5 cawan santan cair
Garam dan sedikit gula
1 keping asam gelugor
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit, toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan rebus hingga lembut, toskan, perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan kisar, asam gelugor, serai dan juga santan cair. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan kupang dan tuang pati santan. Tambah sedikit gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan biar mendidih 3-4 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin goreng......Boleh pingsaaannn uu!!!!

Saturday, August 30, 2008

MALAYSIA MERDEKA YANG KE-51

Dengan tema "Perpaduan Teras Kejayaan", kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 pada hari Ahad, 31 haribulan Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429 hijriah....Semoga kemerdekaan ini membawa perpaduan yang kukuh antara kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ugama serta adat resam....Selamat menyambut hari merdeka untuk semua.....MERDEKA!!, MERDEKA!!, MERDEKA!!.......

Wednesday, August 27, 2008

KEK MARBLE

Kek Marble

Mat cuba buat satu resipi kek marble dari buku "Cake Talk" oleh "Wendy Kor"....lembut dan lembap....

Kek Marble

Bolehlah buat2 menambah resipi kek untuk hari raya akan datang nanti......

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan. (mat guna acuan kek "silicone"......terima kasih pada "Kak Rozie Rembau").
  2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata. (dalam gambar mat campur sekali susu dengan esen vanilla).
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  5. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....

PSTTTT!!!..AWARD LAGI LAAAHHH.....


Baru2 ni ada blogger yang sudi memanjangkan "Award2" persahabatan alam maya pada mat. "Tweety Hugs" datangnya dari "Siti Khuzaimah" dan "Spread The Love Award" datang dari "Mama Anis".....Jutaan terima kasih pada mereka berdua yeaa....Dengan itu mat serahkan kedua2 award ni pada.....
  1. Aziemas
  2. Rozi Fresh Bake
  3. Nabialishad
  4. Kak Hajar
  5. Kak Tun
  6. Tie
  7. Lidia
  8. V.G

Monday, August 25, 2008

MEE BANDUNG MUAR

Mee Bandung Muar

Baru2 ni, mat dapat "perencah mee bandung Muar" dari kenalan abg mat, perencah ni sedap dan mudah dibuat, tapi macam biasa lah, walaupun perencah tu semua dah ada, kita perlu juga kreatif dalam penyediaan untuk meningkatkan lagi mutu rasa mee bandung tersebut...Apa2 pun mat kongsi lah cara mat masak menggunakan perencah ini... (1 paket perencah tu untuk 1 kg mee kuning).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

SAVOURY SOYA PUDDING

Savoury Soya Pudding

Ini resipi mudah dan berkhasiat. Budak2 boleh makan, orang tua yang tak de gigi pun boleh makan u, sebab lembut dan lesap je bila disuap ke dalam mulut masing2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 ml air soya*
3 biji telur*
1/2 camca teh serbuk lada sulah/lada hitam*
1/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga sebati)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh kicap cair
2 camca besar air
Hirisan daun sup/bawang#
Hirisan cili merah#(#untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser bekas acuan kecil2 dengan sedikit mentega. Tuang bahan2 yang dibancuh (*) 3/4 penuh dalam bekas2 tadi dan kukus atas api sederhana 20 - 25 minit.
  2. Sementara itu, panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiran, kicap cair dan air. Kacau rata dan masak atas api kecil hingga pekat. Matikan api.
  3. Keluarkan pudding dari kukusan, sudukan sedikit bahan no 2 ke dalam setiap bekas pudding dan hias dengan hirisan daun sup dan cili. Hidangkan semasa masih suam......

GULAI PEKAT NANGKA MUDA

Gulai Pekat Nangka Muda

Salam untuk semua, 2 - 3 lepas perasaan nak memasak langsung takde, nak lalu kat kawasan dapur pun macam meluaattt sangat.....Tapi hari ni dah ok...Jomlah makan gulai nangka muda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g nangka muda
4 - 5 keping tulang ikan kurau masin,
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1000 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
4 biji cili merah
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang nangka, buang empulur dan potoong sederhana besar, celur nangka hingga 1/2 empuk, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum dan terbit minyak, masukkan ikan masin dan nangka, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, renih atas api sederhana sambil dikacau hingga nangka lembut dan kuah pekat. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat....

Friday, August 22, 2008

ANOTHER AWARD FORM "VG"........


Terima kasih pada "VG", kerana sudi bagi mat "Just Nice Photos Award".....Oleh itu mat nak bagi panjang2kan juga lah benda alah ni pada :-)
  • Almari Kayu (Nita)
  • Lemon Grass (LG)
  • Mak Dara Vouge (Kak Nis)
  • BakingProject (Min)
  • RinnChan (Rinn)
  • Ah Mon Brunei (Kak Mon)
  • DivaAntu (Abg Budin)

Wednesday, August 20, 2008

AGAR-AGAR LUMUT

Agar-Agar Lumut

Ini resipi kurang lebih macam agar2 santan, buat pun mudah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

SINGGANG KETAM

Singgang Ketam

Mula2 nak masak chili crab, tapi kan ketam yang abah mat tangkap ni kecik2....Jadi buat singgang sudah laa, boleh juga hirup2 kuah dia.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ketam, dibersihkan dan kerat dua
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kunyit, dibelah dua (optional)
5 - 6 biji cili padi, diketuk
1 biji tomato, belah 6
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
5 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan serbuk kunyit, gaul rata dan tuang air secukupnya. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  2. Masukkan ketam, cili padi dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan bunga kunyit (jika ada) dan akhir sekali tomato. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....

HATI GORENG JINTAN

Hti Goreng Jintan

Resipi asal dari majalah "SAJI", tapi mat ubah suai sedikittttt saja.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul hati ayam, cuci dan kelar2*
1/2 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1 inci halia, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 - 5 biji cili padi, belah dua
2 biji kentang, dikupas dan potong berbaji, rendam
1 camca teh jintan kasar*
1 1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawamg putih*
1 inci halia*
3 cm kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng kentang hingga garing, angkat dan tos, kemudian goreng hati hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan 1/3 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk halus. Masak hingga harum.
  2. Tuang sedikit air dan masukkan hati dan kentang, kacau rata. Tambah hirisan bawang besar dan cili padi belah, gaul rata.
  3. Tambah sedikit gula dan garam hingga secukup rasa, masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat..

Monday, August 18, 2008

AWARD "PELUK BERUANG"...GGRRRR!!!!!!!!


Terima kasih pada "AlongRoz" dan "Azila", sebab sudi bagi mat beruang cute nie.....comeyy kan....macam aku nak gigitttt jeee!!~!!...Jadi mat panjang2kan beruang ni pada sesiapa saja yang singgah blog mat, harap sudilah terima....

Sunday, August 17, 2008

ASIAN TWIST PIE

Asian Twist Pie

Ini resipi mudah, guna instant prata jenama 'kawan"...Sesiapa saja boleh membuatnya, sesuai untuk bulan Ramadhan yang akan menjelma nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur untuk disapu

BAHAN INTI :-)
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
2 camca besar mentega




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
  2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...

PITTAYA MUFFIN

Pittaya Muffin

"Pittaya Muffin"?..mesti ada yg tertanya2kan, apa kebendanya pittaya tu....Pittaya tu "buah naga" atau "dragon fruit" atau "pittaberry"....Isinya manis tapi sayang ianya tak de rasa laaa, jadi muffin tu rasa macam vanilla muffin je, cuma warna lain sikit, apa2 pun cara keseluruhannya, amat memuaskan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
100 g gula halus
130 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
20 ml susu segar
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
80 g isi buah naga (kaler merah), dihancurkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan muffin cup, atau alas paper cup dalam muffin pan yang sesuai. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan susu, esen vanilla dan puri buah naga, gaul rata hingga sebati, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 25 - 30 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

SAMBAL IKAN LADA HIJAU

Sambal Ikan Cili Hijau

Sedap dan memamg sesuai dimakan bersama nasi panas, resipi dirembat dari blog "Nita". Mengganas uu Nita sekarang, kalau memasak, semuanya yg "vouge" tak mainlah yang "ala2"...apa2 pun terima kasih yea sebab berkongsi resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping ikan pari (mat guna kepingan ikan senangin)
3 camca besar pati santan
1 biji bawang besar, dipotong bulat
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili hijau*
8 - 10 biji cili padi*
Segenggam ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan*
1 cm belacan*(*kisar halus)
1 keping asam gelugor (mat ganti dgn jus dari 3 biji limau kasturi)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan asam gelugor (kalau guna). Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika guna), gaul rata dan angkat. Hidangkan panas...

LEMAK TOFU & TAUGEH

Lemak Tofu & Taugeh

Ini masakan biasa bagi orang2 Malaysia, terutama kaum Melayu. Masaknya mudah dan kosnya pun murah, tapi sedap u, kena pulak dengan sambal belacan, ikan masin dan nasi hangat...Kira dah cukup lengkap lah tuu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tofu putih, potong 4 setiap keping
600 g taugeh, cuci dan toskan
1 camca besar udang kering, direndam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
300 ml pati santan*
700 ml santan cair*(*dari sebiji kelapa parut)
1 biji cili merah, hiris serong
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tofu, santan cair, udang kering, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Tambah taugeh dan pati santan. Masak atas api perlahan, tambah garam dan sedikit gula. Kacau dan bila mendidih, boleh matikan api. Rasa dan jika ok, boleh diangkat untuk dihidangkan....

Saturday, August 16, 2008

YOGURT BREAD PUDDING

Yogurt Bread Pudding

Jom kita makan "yogurt bread pudding", sedap dan harum. Kalau makan dengan ice cream kan, lagi sedap......

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 keping roti sandwich putih, dibuang tepinya
300 g yogurt berperisa "blueberry"
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar gula halus
1/3 cawan kismis
Mentega secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sapu nipis setiap keping roti dengan mentega, kemudian potong kiub (mat potong 9 kepingan kecil utk setiap keping roti. Sapu bekas pembakar dengan mentega (mat guna baking dish berukuran 7 1/2 x 7 1/2 inci) dibahagian dasar dan tepinya.
  2. Susun sebahagian roti tadi dalam bekas, taburkan 1/2 bahagian kismis. Kemudian susun baki roti. Ketepikan sebentar.
  3. Satukan telur, yogurt, esen vanilla dan gula dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bergaul dan sebati. Tuang rata ke dalam bekas yang berisi roti. Tabur baki kismis dan biarkan 30 minit.
  4. Bakar secara "bain-marie" (dengan meletakkan bekas tadi dalam satu bekas lain yang lebih besar, yang mengandungi air panas) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40 minit.
  5. Bila permukaan pudding keperangan boleh dikeluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan...

Thursday, August 14, 2008

KARI AYAM MAT GEBU

Kari Ayam Mat Gebu

Jom makan kari ayam. Ini masak guna apa yang ada dalam peti sejuk. Sesuai dimakan bersama nasi, roti prata/canai, lempeng pekak, roti jala, roti benggali mau pun roti yang puan2 buat sendiri....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 tin kacang kuda, ditoskan
2 biji kentang, potong 8 setiap biji
1 batang lobak merah, dipotong berbaji
1 biji red capsicum, didadu kasar
1 biji tomato, belah 6
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan (mat guna susu cair)
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar
2 camca besar minyak sapi

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
2 camca besar kelapa goreng
1 inci kunyit hidup
1 camca besar gula melaka

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangaki daun kari, dilurut
2 ulas bawang putih, dihiris halus
4 biji bawang merah, dihiris halus

BAHAN-BAHANNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar dan rempah kari, gaul rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah, gaul rata dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk, masukkan kacang kuda, red capsicum, asam gelugor, tomato dan pati santan. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan biar mendidih sebentar atas api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas......

BUTTER PRAWN

Butter Prawn

Haiyooo...King of cholesterol sudah datangg!!!!...Serammm u, tak pe kita masak, pastu makan sikittt dan, bakinya paksa" orang lain makannn kasi habis..ahaks!!. Resipi tak tulis sebab yang i curi jee resipi dia kat rumah "Nita"....alah makcik nita gitu2 tuuuu.....Boleh tengok kat blog dia kalau nak resipi. I tengah malas nak tulis nihhh!!!!

SWEET SAVOURY SCONES

Sweet Savoury Scones

Resipi scones dari buku "Secret Pastries".....Rasa sedap, lemak2 manis dan rapuh. Tapi untuk mendapatkan hasil yang rapuh, jangan uli adunan doh lama2,setakat bersatu sahaja sudah memadai.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
100 g gula aising (mat guna 70 g saja)
1 camca teh baking powder
110 g mentega
1 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 tangaki daun bawang, hiris halus
40 g lada benggala merah, didadu kecil
75 g parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
1 kuning telur, untuk disapu




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, gula aising, baking powder dalam satu bekas, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
  2. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh (jgn habiskan susu jika adunan sudah menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan). Tambah hirisan daun bawang, cincangan lada benggala merah dan juga keju. Gaul hingga rata. Rehatkan doh 20 minit.
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan canai doh setebal 1 cm, terap ikut acuan kegemaran atau potong dengan pisau. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur dan bakar 25 - 30 minit hingga scones kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan. Hidangkan untuk minum petang...

Monday, August 11, 2008

CRUNCHY CINNAMON ROLL

Crunchy Cinnamon Roll

Untuk kudapan pulak, mat cuba2 lah try buat benda alah ini, saja jee...Yang ni senang gila, mat guna instant roti prata jenama "kawan"...nasib baik jadi, kalau tak jadi, malas aku nak "kawan" dengan koooo!!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 keping intstant roti prata jenama "kawan" (jenama lain pun ok, janji bukan roti prata yg dah separuh masak)
1/3 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bahagi roti prata tadi kepada 8 bahagian yang sama besar, tabur bancuhan gula dan serbuk kulit kayu manis tadi, rata2 atas roti prata.
  2. Dengan cermat, gulungkan potongan tadi dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bucu tajam), alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 30 - 35 minit. Bila masak, alihkan segera ke atas jaringan untuk mengelakkan ia melekat di dulang pembakar.....

TEMPOYAK DAUN KAYU

Tempoyak Daun Kayu

Hari ni masak "tempoyak daun kayu" lagi...Kali nie jenis2 sayur mat tambah, sebab ada stok. Untuk kali ni mat berusaha menghiris sehalus mungkin, tapi kalau arwah nenek den ado laaaa, memang tak "pas" kot, maklumlah diakan orang "Rembau"......Oh yea tak lupa untuk tatapan "kak rozie Rembau" yang dok jauh di Sheffield tu, dengan pertanyaan "tahun ni raya tak buat "penganan (dodol)" kee?.....hehehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
3 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

Sunday, August 10, 2008

RENDANG KERANG

Rendang Kerang

Bukan nak kata lah, tapi rendang kerang ni memang sedap, selain senang amat nak membuatnya, semua main lambak dalam kuali....tapi hasil dia, setanding dengan rendang daging, kalau buat untuk hari raya pun ok banget, yelah kat dunia nikan ada org tak makan ayam dan daging, jadi rendang kerang ni kira alternatifnya.....Terima kasih pada "Waheedeana" dari MyResipi untuk resipi ini......

BAHAN UTAMA :-)
2 kg kerang, direbus dan ambil isinya
1 camca besar rempah kari
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 1/2 cawan santan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 - 20 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan santan, bahan2 kisar, asam gelugor dan rempah kari ke dalam kuali, kacau hingga sebati dan didihkan. Masak hingga pekat, masukkan kerang rebus dan kacau rata.
  2. Tambah kerisik, gula melaka dan garam (sedikit sahaja). Masak hingga sedikit kering dan masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
  3. Keadaan rendang bergantung pada individu, jika suka kering, tambah masa masakan dan jika suka rendang basah bolehlah diangkat. Sedap dihidangkan bersama nasi, ketupat, pulut dan roti....

Saturday, August 9, 2008

NASI KEBULI

Nasi Kebuli

Pernah dengar nama "Nasi Kebuli"?...Bukan lepas makan kena "buli" tau....Rasa2 mat di negeri Pahang pun ada nasi kebuli, di Indonesia pun agak femes juga nasi ni....dan tak tinggal kaum baba peranakan pun ada menghidangkan nasi kebuli dimasa2 hari kebesaran mereka....depa lagi dasat u, perlu disertakan dengan 9 jenis lauk pauk!!!.....Boleh mati tergolek kat dapurrr!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg beras Basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
500 g ayam (boleh guna daging)
4 camca besar kismis
1/2 cawan bawang goreng
2 camca besar minyak sapi
1 1/2 camca teh garam
1 batang kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
6 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*bahan tumis)
1/2 biji pala (nutmeg), diparut
1 genggam daun ketumbar
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
2 helai bay leaf
1 liter santan
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*
2 cm kunyit hidup*
2 cm halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis bersama daun pandan, serai, bay leaf dan daun limau purut, masak hingga wangi. Masukkan bahan dikisar halus bersama garam, kacau hingga masak.
  2. Tambah ayam dan gaul rata. Masukkan parutan biji pala dan juga santan. Masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau hingga rata. Perlahankan api dan masak hingga santan meresap ke dalam beras tadi. Matikan api.
  3. Siapkan kukusan, alas dengan daun pisang atau aluminium foil, lubang2kan bahagian dasarnya. Alih nasi tadi ke dalam kukus, ratakan dan tepek2kan beberapa bahagian nasi dengan minyak sapi, tabur kismis bersama daun ketumbar.
  4. Kukus nasi 30 - 35 minit lagi atas air mendidih. Tabur dengan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....