BEN ASHAARI

Thursday, July 31, 2008

BUBUR JAGUNG

Bubur Jagung

Pertama kali mat tengok bubur jagung ni, kalau tak silap lah..kat dapur "kak liza"...Dah lama pastu baru teringin nak mencuba, sedap tau, lemak2 manis gitu. Tapi lagi sedap kalau guna jagung segar. Mat dah nak sangat cuba, aku bantai jagung dalam tin saja...pastu macam sikit, mat tambah jagung dalam tin yang jenis berkrim tu pulak....kita yang buat dia kan, bukan dosa punn....hehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar "corn kernel", ditoskan
1 tin besar "corn cream style"
1 liter santan
5 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
1 ketul kecil gula melaka*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air gula, corn kernel, corn cream style dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau rata.
  2. Tuang santan dan masukkan secubit garam. Masak hingga mendidih dan biji sagu bertukar kejernihan, tambah air jika perlu. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Jika ok, boleh diangkat dan hidangkan.

BENDI BERSAMBAL

Bendi Bersambal

Hari ni masak simple dan begitu nyaman sekali bila sampai di anak tekak, kena pulak dimakan bersama nasi hangat, lagi2 kalau nasi tu lembuuuuttttt gitu....awwww!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi muda, cuci tos dan buang sedikit pangkalnya
1 biji bawang besar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1 biji limau nipis, perah jusnya
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Masukkan bendi dan celur hingga lembut sedikit. Angkat dan terus masukkan bendi ke dalam bekas berisi air ais. Biar hingga bendi sejuk. (Tujuan untuk memberhentikan proses memasak dan bendi akan kekal rangup walaupun lembut). Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga terbit minyak. Tambah gula dan juga sedikit air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api.
  3. Susun bendi tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal tadi atas bendi, hias dengan taburan bawang goreng dan hirisan limau nipis jika suka. Hidangkan segera....

Wednesday, July 30, 2008

NASI BERIANI KARAM

Nasi Beriani Karam

Hari ni kita masak "nasi beriani karam"....Jangan pulak ingat makan nasi beriani ni, u all karam dilautan madu, atau pastu keluar jambang dan misai lebat ala2 "Karam Singh Walia"....Selisih malaikat 44!!!!... Karam sini sebab nasi ni berlapis2 antara nasi dan lauknya...Ok jom lah kita cuba tengok bahan2nya :-)

BAHAN UTAMA :-)
2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....

PENCUK NENAS

Pencuk Nenas

Yang ni wajib kalau makan nasi beriani atau nasi minyak, kira macam pengimbang rasa....Yang ni senang amat nak buat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun, potong kecil
1/2 biji nenas masak ranum, kupas dan potong kecil
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan semua bahan2 dalam bekas, gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambah gula jika perlu. Hidangkan segera.

ACAR DARAT

Acar Darat

Lepas dalca kita buat acar pulak, resipi tak bagi lah sebab ni biasa2 yang mat buat. Cuma kali ni lobak dah habis, jadi mat ganti dengan rebung, hiris rebung mcm anak mancis dan celur sekejap. Lepas tu masak lah seperti biasa. Boleh rujuk sini untuk resipi....

DALCA BEBOLA DAGING

Dalca Bebola Daging

Hari ni ada projek nasi beriani, tapi sebelum tu kita buat dalca dulu yeaa.....Oleh kerana stok daging tak de, mat guna daging cincang dan jadikan bebola, not bad at all...sedapp!!!!


BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging cincang*
1 camca besar tepung jagung*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1 inci halis, tumbuk lumat*
1 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*digaul hingga rata dan gentel jadi bebola sederhana besar)
7 tangkai kacang panjang, potong sepanjang 1 1/2 inci
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
3 biji kentang, kupas dan potong sederhana besar
1 biji terung bulat, kupas sedikit kulit belah 6 dan kerat 2 setiap belahan
1 cawan kacang dhal, cuci dan rebus hingga 3/4 empuk, toskan
2 biji cili merah & hijau, belah 2 setiap biji
2 cawan potongan bunga kobis
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 biji kelapa, diparut
3 1/2 camca besar rempah kari daging, bancuh dgn sedikit air
2 camca besar cili kisar
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang merah, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntuk bunga cengkih
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan juga cili kisar, tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tuang santan cair, kacau rata dan masukkan kentang.
  3. Bila mendidih, masukkan bebola daging dan lobak merah, masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah kacang dhal dan sayur2 lain kecuali tomato. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan asam gelugor dan tambah garam dan sedikit gula hingga secukup rasa. Akhir sekali tuang santan pekat dan masukkan tomato. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Tuesday, July 29, 2008

MY 1ST YEAR AS A BLOGGER

White Lotus
Hari ni 29hb Julai 2008 bersamaan 26 Rejab 1429 Hijriah genaplah 1 tahun mat ber"blogging". Dari tarikh yang sama tahun 2007 di blog lama mat "bluetiffin.blogspot.com", mat telah memasukkan n3 pertama iaitu "Blueberry Hidden Cake"...dan lepas itu resipi2 lain menyusul hingga ke hari ni. Selagi nafas masih bersilih ganti, selagi hayat dikandung badan, insya Allah mat akan terus memasukkan n3 ke dalam blog ini....Dan mat ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada pengunjung2 yang telah memberi kata2 semangat dan komen2 yang begitu membina. Harap jika ada yang tak elok dipandang, tak sedap dibaca atau agak sumbang bila dibual bicara, silalah tegur, jangan malu dan segan. Dunia alam cyber ini lain, kita tak boleh mempunyai sikap cepat kecil hati dan begitu sensetif ibarat pokok semalu. Apa2 pun harus kita terima dengan hati terbuka dan mesti berfikiran positif. Akhir kata ampon dan maaf pada semua jika mat ada bergurau keterlaluan dari segi tutur kata yeaa........

Monday, July 28, 2008

GADO-GADO PERANAKAN

Gado-Gado Peranakan

Hari ni kita makan "Gado-Gado Peranakan"...Resipi khas dari nyonya peranakan Singapura. Saja suka2 nak mencuba dan merasa. Tapi mat ada sikit frust laaa, sebab benda wajib tak de dalam gado2 ni...tak lain tak bukan, "Tempe"!!!!!.......


Gado-Gado Peranakan

Tah macam mana lupa sungguh hari ni Isnin, jadi pasar tak de tempe u, nak beli kat kat "Nita", jauh sangat dia dok UK!!!...Tak kesah lah Temahhh, janji gado2 ni sedappp, tapi kalau sesapa nak buat, jangan lupa tau, "Tempe"......

BAHAN GADO-GADO :-)
100 g kacang panjang
3 biji kentang
1 biji timun
2 keping tempe saiz besar
2 keping tauhu
5 biji telur
250 g kobis
Sedikit cili padi, jika suka

BAHAN KUAH KACANG :-)
250 g kacang tanah
200 ml pati santan
350 ml air
1/3 cawan jus asam jawa
5 camca besar gula
Garam secukup rasa
12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
10 biji bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
  2. UNTUK KUAH KACANG :- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
  3. UNTUK GADO2 PERANAKAN :- Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!

APAM KENTANG

Apam Kentang

As'laikum semuaa...hehehe, jemput makan apam kentang..... Mat dapat resipi semasa merempit ke blog "Kak Ummi".....alaa u all tak kan tatau kak ummi, dia tu "Ratu Apam Kuantan" koo..jangan memain...ahakss!! (ampoon kak ummi), tapi mungkin sebab tak bagi pengeras pulut kuning sama ayam golek dan juga duit RM2.25, apam kentang aku buat tak merekahhh....Tak pelah, janji sedap...kan

BAHAN - BAHANNYA :-)
200 g gula pasir
200 ml air kelapa
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum*
1 camca teh instant yeast*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh pandan paste*
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Kelapa parut putih*
Secubit garam*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan kukus sebentar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dipotong kecil dan kukus hingga lembut, lecek hingga lumat, ketepikan. Satukan gula pasir, air kelapa dan daun pandan, masak hingga gula larut, tapis dan sukat 300 ml, biar suam.
  2. Dalam satu bekas, satukan kentang lecek dan tepung beras, gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Biarkan bancuhan sejuk. Masukkan semua bahan2 yang bertanda (*) dan kacau hingga rata.
  3. Tuang santan sedikit demi sedikit dan terus mengacau hingga sebati. Rehatkan adunan 40 - 50 minit.
  4. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka...

Saturday, July 26, 2008

MASAM MANIS UDANG & TOFU

Masam Manis Udang & Tofu

Tadi masa selongkar freezer, sekali terjumpa satu pack berisi udang!, besar juga tapi tak delah sebesar udang galah. Untuk memudahkan kerja, mat masak sesuatu yang ringkas dan mudah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 ekor udang sederhana besar (mat guna udang "kaki merah")
2 tiub tofu jepun
2 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 bijo tomato, belah 8
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
1/4 cawan sos tomato
1/2 camca teh minyak bijan
Sedikit garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, gunting kaki, janggut dan hujung kepala yang tajam, korek keluar kotoran di kepala udang, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan. Tofu jepun dipotong sederhana tebal, goreng hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga garing, tambah sos cili thai, sos tomato dan minyak bijan, gaul rata.
  3. Tambah air dan kacau, masukkan udang dan tofu tadi, gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan segera.

URAP PUCUK UBI

Urap Pucuk Ubi & Taugeh

Mesti ramai dah biasa buat urap pucuk ubi ni, dan mat pun dah beberapa kali letak resipi dalam blog ni....Benda2 yang mudah dapat kalau duduk kat kampung2, memang sedap kalau dimasak cara ringkas tapi berkhasiat....Ok mat tulis lah juga resipi dia, tapi main agak2 saja ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi pulut
2 cawan taugeh
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
Sedikit garam dan gula
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1 1/2 camva besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji cili merah*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut, toskan dan biar sejuk, perah airnya dan hiris sederhana halus. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  2. Gaul kelapa parut bersama bahan2 tumbuk lumat, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan no 1 dan dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit, gunakan api sederhana besar. Alih ke dalam bekas dan boleh dihidangkan.

GULAI ASAM PEDAS

Gulai Asam Pedas

Ini lauk asam pedas, sejak2 ni kan tekak macam gemar sangat makan asam pedas. Resipi dah banyak kali letak kat sini, tapi tak pelah, mat tulis juga yeaa...

BAHAN-BAHANNYA:-)
4 keping ikan duri, boleh guna ikan tenggiri atau ikan merah
1 pokok sawi jeruk, potong, cuci dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan sedikit gula
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk hingga lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Perap ikan duri dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air (kurang lebih 700 ml), kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk dan ikan. Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Didihkan dengan api sederhana hingga ikan masak. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...

Friday, July 25, 2008

MIX FRUIT MUFFIN

Mix Fruti Muffin

Lama tak buat muffin, jadi sempena nak melicinkan stok2 bahan dalam peti sejuk, mat pun memulakan operasi. Dalam peti sejuk tadi ada baki Quaker Oat dan kurang lebih 3/4 cawan "mix fruit". Mat pun mulalah mengubahsuai beberapa resipi yang ada
.....dannn.....jeng..jeng..jeng...terjadi lah "Mix Fruit Muffin", yang lemak harum dan kurang manis....

BAHAN-BAHANNYA :-)
170 g mentega
150 g gula kastor
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
160 ml susu segar
50 g "Quaker Oat"*
120 g "mix fruit"*(*digaul rata)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Tuang esen vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan mix fruit dan quaker oat tadi. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap. Hias dengan sedikit mix fruit atasnya jika suka.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada saiz muffin cup dan juga keadaan oven masing. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

ASAM REBUS TUMIS

Asam Rebus Tumis

Ini lauk kegemaran mat, selain senang nak masak, ianya sedap dan mengasyikkan sungguh. Kalau ada nenas boleh letak nenas, nak letak kacang bendi boleh, terung boleh, tomato boleh, batang keladi boleh. Pendek kata apa jelah yang sesuai, semuaa bolehh!!!!


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembung
1 biji terung bulat
2 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
4 biji cili merah*
1 camca besar ikan bilis*
1 kiub ikan bilis "MAGGI"*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*(*dikisar halus)
1 liter air (atau ikut keperluan)
Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Kupas sedikit kulit terung, belah 8 dan rendam dalam air garam (mat guna terung bulat, boleh guna terung biasa).
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus hingga harum, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan terung, tambah garam dan sedikit gula. Biar hingga terung sedikit lembut.
  3. Masukkan ikan dan juga daun kunyit, masak dengan api sederhana hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

Thursday, July 24, 2008

CENDOL PULUT

Cendol Pulut

Ini lebihan cendol dari resipi lepas. Duduk kat M;sia ni kadang kala nak membuat sendiri cendol, rasa malas sangat, yelah senang didapati, kalau dok luar negara tu terpaksa laa kena buat kalau nak makan, kang ada pulak yang kempunan, jatuh terbongkang kat mana2, paling buruk kalau jatuh dalam longkang!!!....Resipi pun biasa je, mat cuma bagi secara ringkas.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Cendol secukupnya, tos, cuci dan tos kembali
Kacang merah, guna yg dalam tin saja
Pulut, rendam 2 jam
Santan secukupnya
Sirap gula merah
Sedikit garam
Ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut tadi ditoskan isi dalam bekas dan masukkan air atau santan cair separas dengan pulut. Kukus 25 minit atau hingga masak.
  2. Satukan santan dengan sedikit garam, kacau rata. Masukkan cendol dan sirap gula merah secukup rasa.
  3. Tuang cendol tadi dalam bekas yang diisi ais, tambah kacang merah dan pulut tadi. Boleh dihidangkan...

SOTO AYAM

Soto Ayam

Hari ni buat soto ayam untuk bonda mat berbuka puasa....Juadah ini jugak untuk kami makan. Sejak2 ni rasa malas sungguh nak masak....Biasa lah mood ni ada masa kan menurun macam harga saham.....kalau mood macam harga petrol, mesti tak reti turun punya, makin naik ada laaa...hehehe..

Soto Ayam

Resipi, mat tak sertakan lah sebab pernah buat beberapa kali dulu, kalau benda2 ulang tayang ni kadang kala org mcm jemu, cuma gambar je berbeza tapi "benda2" nya sama, ibarat macam cerita P.Ramlee, berpuluh tahun jalan cerita yang sama cuma dimainkan pada model2 TV yang berbeza....zaman dulu TV hitam putih, laaa ni kat TV Plasma....Tapi untuk rujukkan boleh lah tengok di sini.....

Wednesday, July 23, 2008

NYONYA KERABU SOTONG

Nyonya Kerabu Sotong

Jom kita makan kerabu sotong ala2 "nyonya"....sedap tau dengan rasa pedas2, manis2, lemak2, harum2, sedikit masin2 dan masam2. Kalau makan dengan nasi hangat lagi lahh sedap u!!

Nyonya Kerabu Sotong

Mat guna sotong "kembang" dan buah bacang, kalau nak ganti dengan buah mangga dan sotong segar pun ok, tapi rasa sikit lain laaa, sebab buah bacang aroma dia harum dan rasa sedikit menyengat. Kalau buah kuini kan lagi sedapp!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor sotong kembang
1 biji buah bacang yang besar
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun limau purut, hiris halus
3 biji cili padi merah, hiris halus
3 biji cili padi hijau hiris halus
1/2 cawan pati santan
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit garam dan gula

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji cili merah
6 biji cili padi merah
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Potong sotong kembang kepada 2 bahagian, hiris dan celur 10 minit, toskan. Cuci buah bacang, kupas dan hiris halus, ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan tumbuk lumat, garam dan gula secukup rasa, hirisan cili padi, hirisan bunga kantan, hirisan daun limau purut dan bawang. Kacau hingga rata.
  3. Masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata. Sesuaikan rasa dan tambah apa yang kurang. Boleh hidangkan segera atau hidangkan sejuk....

IKAN BILIS GORENG TEPUNG

Ikan Bilis Goreng Tepung

Pernah tengok ikan bilis segar?...Tapi sori lah yea, nak tunjuk gambar pun dah tak de sebab semua habis mat goreng dengan tepung!!..Ikan bilis segar ni kalau yg besar sikit sedap kita masak singgang, atau pais. Tapi yang ni tak besar sangat, jadi goreng dengan tepung saja yang sesuai dan sedap...

Ikan Bilis Goreng Tepung

Lepas tu boleh lah makan dengan sos cili atau apa2 sos yang digemari. Mat makan dengan baki sos ayam pandan thai ari tu, cuma mat tambah sedikit gula dan masak bagi pekat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ikan bilis segar
3/4 cawan tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/3 camca teh "all purpose seasoning*
1/2 cawan air (atau secukupnya)
Minyak untuk menggoreng terendam



Cara Membuatnya :-)
  1. Ikan bilis dikerat kepala dan buang isi perutnya, cuci bersih dan toskan. Satukan bahan yang bertanda (*) dalam bekas, kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Uji dengan mencelup seekor ikan bilis dan jika salutannya elok, kira dah ok lah.
  2. Panaskan minyak, kemudian celup ikan dalam tepung dan goreng seekor demi seekor, jangan goreng dalam kuantiti yang banyak. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
  3. Hidangkan panas bersama sos kegemaran....Selamat mencuba!!!

Tuesday, July 22, 2008

BUAH TANGAN DARI "IDA"

Hari ni mat dapat kiriman barang dari "IDA"....Tuan punya blog "sinarrasul", seronoknya dapat rempah orang terbang..jgn memain lepas ni aku boleh terbang...ahaks!!!...Mula2 mat dengar nama rempah ni dari "Nita", macam tak caya tau, nak gelak pun ada. Rupanya memang wujud, tapi tak pernah nampak kat belah Johor ni....Apa2 pun mat ucapkan ribuan terima kasih atas kiriman rempah dan juga keropok tu.....macam tak sabar nak cuba nih!!!

Monday, July 21, 2008

AYAM PANDAN THAI

Ayam Pandan Thai

Ini resipi mat dapat dari buku "Sedapnyaaa.....2" dari Chef Wan, dari dulu mat perati ramai yang dah buat ayam pandan ni. Jadi dengan rajinnya kita pun berusaha lah juga untuk mencubanya. Rasanya sedap, harum, lemak dan wangi.....

Ayam Pandan Thai

Lagi sedap dihidangkan bersama sos khas yang disertakan resipinya sekali dalam buku itu. Sos tu guna gula Melaka, selain kicap pekat. Tapi mat ada tambah sikit bahan lain dalam sos..Jom kita tengok bahan2nya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

BAHAN PEMERAP :-)
1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

BAHAN SOS :-)
160 g gula melaka
125 ml cuka makan (mat letak 100ml je)
1 camca teh kicap pekat
1 1/2 camca teh cincangan bawang putih
5 - 6 cili padi, cincang halus
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
  2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.
  3. UNTUK SOS :- Cairkan gula melaka dengan sedikit air, kemudian tapis. Masukkan semua bahan2 lain kecuali bijan. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan tadi...

KEK CENDOL

Kek Cendol

Resipi ni mat dah simpan lama. Dah banyak kali nak mencuba tapi asyik tertangguh, bukan sebab tak cukup bahan2, tapi malas dan malas dan malas...hehehehe....

Kek Cendol

Tapi hari ni tiba2 jadi rajin, oleh yang demikian mat pun cuba lah. Hmmm sedap tak manis sangat just nice. Resipi asal dari "Alex Goh"....MamaFami mesti tau resipi nie...kan mama?.

BAHAN KEK :-)
120 g gula kastor
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
110 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca besar air
1 camca teh esen vanilla
130 g mentega, dicairkan

BAHAN CENDOL :-)
650 ml air
180 g gula melaka
Secubit garam
2 camca besar serbuk agar2
1 camca besar serbuk jelly (mat guna "halal gelatin")
2 kuning telur*
350 ml santan*
45 g tepung jagung*(*disatukan dan kacau hingga sebati)
120 g kacang merah yang telah direbus (mat guna yg dalam tin)
200 g cendol



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK :- Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga pekat. Tuang air dan esen vanilla, gaul rata. Akhir sekali masukkan mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang ke dalam tin 9 x 9 x 3 inci (mat guna springfoam pan berukuran 9 inci) yang telah disapu dengan mentega. Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan kek. (mat ratakan sedikit kek yang mat buat sebab dibakar dalam tin bulat 9 inci)...
  2. UNTUK CENDOL :- Masak gula melaka bersama 650 ml air dan secubit garam hingga gula larut, tapis ke dalam peruk. Tambah serbuk agar2 dan serbuk jelly, kacau hingga sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan bahan2 yang disatukan tadi, kacau hingga sebati dan masak hingga pekat, gunakan api sederhana dan kacau selalu untuk mengelakkan adunan hangus. Bila adunan pekat, masukkan cendol dan kacang merah tadi, gaul rata.
  3. UNTUK KEK CENDOL :- Siapkan tin yang berisi kek tadi. Tuang adunan cendol atas kek. Ratakan dan tabur lebihan kacang merah atasnya (jika suka) dan biar suam. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam hingga cendol mengeras. Keluarkan dari tin dan hias ikut suka. Boleh dihidangkan...Selamat mencuba!!!



BUBUR KACANG DURIAN

Bubur Kacang Durian

Musim durian datang lagi...tapi awas kalau alah pada durian jangan lah makan banyak sangat nanti boleh demam....Kalau mat makan durian terlebih, nanti gusi bengkak sebab "panas". Jadi jalan terbaik kita buat bubur kacang durian, guna kacang hijau. Kalau nak guna kacang merah pun ok, tak pun guna pulut hitam..lagii sedap...Resipi mat tak sertakan sebab bubur kacang ni kan biasa2 saja, semua orang tau buat........