BEN ASHAARI

Saturday, May 31, 2008

KERANG REBUS

Kerang Rebus

Jom makan kerang rebus, sekarang ni musim kerang berisi penuh, tak rugi beli. Cuma yang perlu kita awasi teknik memasak, selalunya mat akan rebus betul2 sehingga kerang mudah dikopek, untuk mengelakkan kejadian yang tidah diingini......

Kerang Rebus

Salah satunya jika suka makan kerang yang tidak cukup masak, ialah penyakit "Hepatitis A"....untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini.... Oleh itu pastikan kerang direbus sehingga cengkerangnya "tersenyum" dan mudah dikopek!!!...

Bahan-Bahannya :-)
Kerang secukupnya (mat rebus 3 kg kerang!!!)
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3/4 cawan air
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca besar)

Bahan Sambal Cuka :-)
4 - 5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 camca besar cuka makan
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK SAMBAL CUKA :- Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hingga rata.
  2. UNTUK KERANG REBUS :- Cuci kerang bersih2, kalau dapat berus kulitnya (gunakan berus plastik) sehingga bersih. Bilas 3 - 4 kali dan toskan. Dalam kuali, masukkan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kerang dan garam, gaul rata. Tuang air dan tutup kuali. Biar kerang masak, kacau sekali sekala, masak 10 - 15 minit atau hingga kerang mudah dikopek dan isinya senang tanggal.
  3. Hidangkan kerang bersama sambal cuka, boleh juga dimakan dengan sambal kicap, ikut selera masing2....selamat memasak untuk semua!!!

ASAM PEDAS

Asam Pedas

Cuaca mendung2 nie elok lah makan asam pedas, sebab dia sedikit pedas, masam dan manis. Makan dengan nasi hangat serta ulam-ulaman kampung.....Walaupun ini masakan "ulang tayang", tapi ada sedikit perbezaan asam pedas yang ini dan amat ringkas...

Bahan Utama :-)
5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yg digemari)
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
8 - 10 batang kacang bendi, cuci, tos dan kerat 2
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan secubit gula
15 tangaki cili kering, kerat2 dan rendam dalam air panas, toskan*
5 biji cili merah*(*dikisar lumat)

Bahan Tumbuk :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 keping hirisan lengkuas
1/2 camca teh lada hitam (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ikan dengan lemon dan garam, toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air (anggaran 2 cawan), dan kacau rata, biar mendidih. Masukkan ikan dan jus asam jawa.
  3. Bila mendidih, masukkan kacang bendi, masak hingga bendi lembut sedikit, tambah tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Thursday, May 29, 2008

ROTI OAT MADU

Roti Oat Madu

Jom cuba satu resipi roti sihat dari "Alex Goh"...Roti dia lembut, kulit dia garing dan wangi.....

Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"...

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

Gulai Tempoyak Ikan Sungai

Ini salah satu lauk kegemarn mat...tapi macam biasa laa, lauk kalau sedap semua ada kolestrol, terutama lauk2 orang melayu kita (eh...lauk2 peranakan pun banyak kolestrol wooooo!!!)...Untuk yang tak makan ikan sungai atau ikan air tawar, boleh tukar dengan apa2 ikan kegemaran...

Bahan-Bahannya :-)
6 - 7 ekor ikan air tawar (mat guna ikan "terebol")
1 biji kelapa, diparut
3/4 cawan isi petai
1/2 cawan tempoyak
2-3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun kunyit, disiat2
2 inci kunyit hidup yang tua*
1/2 cawan cili padi*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga halus)
Secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan digaul dengan limau nipis/lemon dan garam, biar terperap 20 minit, kemudian cuci, buang sisik dan siang seperti ikan biasa, kelar dan perap lagi dengan limau nipis/lemon dan garam untuk 15 - 20 minit lagi. Cuci kembali, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalan periuk, masukkan bahan2 tumbuk dan tempoyak, gaul rata. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan petai dan juga ikan yang digoreng tadi. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit serta secubit gula. Biar mendidih perlahan. Kacau sekali sekala.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat...Haiyoooo!, berpeluhh u makan!!!

GULAI UDANG & REBUNG

Gulai Udang & Rebung

Rasa macam dah lama kan tak masak udang galah...Hari ni mat masak udang galah, tapi udang kali ni kecil2 tak besar sangat, apa2 pun ia tetap sedap dan manis lagi2 dimasak gulai dengan rebung. Untuk resipi ni mat tak siarkan sebab dah ada resipi pada masakan yang lalu, boleh rujuk sini kalau kurang pasti yeaa...

Wednesday, May 28, 2008

KUEH LAPIS NYONYA

Kueh Lapis Nyonya

Dah berapa hari buat roti, kali ni kita ubah selera ke dapur cina peranakan yang memang terkenal dengan kuih - muih yang anggun, cantik dan sedap. Resipi kueh lapis nyonya mat dapat dari blog "rozzan", dulu mat ada juga buat kuih lapis nyonya, tapi kali ni agak berlainan sedikit.....

Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat*
160 ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya

Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

Cara membuatnya :-)
  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 3 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 4 bahagian diberi warna merah.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Tuesday, May 27, 2008

PANETTONE

Panettone

Hari ni ada lagi satu jenis roti pelik, nama dia kelako sangat "Panettone"....Rasa dia tak de lah sedap mana setakat "so - so" sajaaa (sedap lagi "kugelhopf")...apa2 pun kalau tak buat kita tak tau mcm mana....dah buat baru leerr tau....Resipi dari "Alex Goh".

Bahan Doh Span :-)
210 g tepung roti*
1 camca teh instant yeast*
150 ml air*(*disatukan, gaul dan uli hingga menjadi doh, perap 3 jam)

Bahan Lain :-)
90 g tepung roti
1/2 camca teh garam
50 g gula halus
10 g susu tepung
1 biji telur *
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau)
60 g mentega
100 g kismis
25 g ceri, potong kecil
1 biji oren, parut kulitnya
Perahan jus dari oren tadi
2 camca besar air

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung, garam, gula, susu tepung dan bancuhan telur tadi ke dalam doh span tadi, gaul rata dan uli hingga semua bersatu dan menjadi doh. Tambah mentega sambil terus menguli hingga doh menjadi lembut.
  2. Masukkan kismis, ceri, parutan kulit oren dan jusnya serta air, terus menguli hingga rata. Bulat2 kan doh dan biarkan 15 minit. Kemudian bahagi doh kepada 8 bahagian yang sama besar, bulat2kan dan rehatkan lagi 15 minit.
  3. Bahagi lagi setiap doh tadi kepada 2 bahagian yang sama besar, bulat2kan dan letak dalam muffin cup. Buat hingga siap (dapat 16 biji), tutup permukaannya dengan kitchen towel dan biar 1 jam lagi.
  4. Kelar permukaan roti sebelum dibakar 25 - 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Bergantung pada oven masing. Sapu permukaan roti dengan sedikit mentega ketika roti masih panas......

Sunday, May 25, 2008

KUGELHOPF

Kugelhopf

Kugelhopf, sejenis roti yang berasal dari Austria. Rotinya seakan2 kek, lembut dan harum dengan bau kulit kayu manis dan juga kismis. Resipi asal dari "Alex Goh"....

Kugelhopf

Sesuai untuk minum petang atau pun sarapan pagi. Untuk mengetahui lebih lanjut asal-usul Kugelhopf bolehlah melawat laman ini....

Bahan-Bahannya :-)
70 ml susu segar
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
250 g tepung roti (high-protein flour)
40 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
75 g mentega
100 g kismis
8 - 10 biji kacang pecan/badam

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan susu, telur dan esen vanilla, kacau rata. Satukan tepung, instant yeast, garam, serbuk kulit kayu manis dan gula dalam satu bekas, gaul rata. Tuang bancuhan susu dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Masukkan mentega sambil terus menguli hingga menjadi doh yang licin. Doh memang agak lembik (jangan tambah tepung!). Gaulkan kismis sambil terus menguli sehingga kismis rata dalam doh.
  3. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik cling dan biar 2 jam sehingga doh naik. Keluarkan doh dan uli sebentar, rehatkan lagi 15 minit.
  4. Lenser acuan kugerhopf dengan sedikit mentega, susun kacang pecan pada dasar acuan, ketepikan. Ambil doh tadi, bulat2kan dan buat lubang dibahagian tengah doh (macam donat), tabur sedikit tepung jika melekat. Alihkan doh yang berlubang tadi ke dalam acuan kugelhopf tadi, boleh lihat contoh acuan disini... Tutup dengan plastic cling dan biar lagi 1 jam sehingga naik.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150c selama 35 - 40 minit atau mengikut oven masing2. Bila masak, keluarkan serta merta dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Tabur sedikit gula aising jika suka.
  6. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Biarkan doh dalam BM untuk sejam lagi sebelum melakukan kaedah no. 4.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!

Saturday, May 24, 2008

PASTA GORENG LAGI!!!

Pasta Goreng

Petang ni goreng pasta je laa, senang, itu pun guna sos yang dah siap dalam tin. Malas betullah sehari dua ni, rasa mood tu down habisss.....nak kena pi minum tonik cap gajah dulu nihh!!!

Bahan-Bahannya :-)
200 g pasta, apa2 jenis, rebus hingga lembut, toskan
1 tin sos spaghetti campbell perisa tomato, basil and garlic
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cendawan butang segar/dalam tin, dihiris
4 biji cili padi, hiris halus
1 tin tuna dalam tin, toskan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak zaitun
Sedikit hirisan daun kuchai

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan goreng hingga harum, masukkan sos spaghetti dan juga cendawan. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan tuna, lada hitam dan juga cili padi, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula dan juga pasta tadi, kacau hingga mesra dan masak sekejap. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh diangkat. Taburkan hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan.....

Thursday, May 22, 2008

ASAM DAGING BELIMBING

Asam Daging Belimbing

Baki daging yang masak kurma ala india tu mat masak asam dengan belimbing....Boleh tahan u, rasa ala2 asam pedas Melaka (agaknya laa, orang2 Melaka komen skit yeaa lepas nihh!!)...

Bahan Utama :-)
500 g daging lembu, potong sederhana besar, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
10 - 15 biji belimbing buluh, belah dua tapi jgn putus
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan2 kisar, tumis hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan daging dan gaul rata, kecutkan daging dengan rempah. Tuang air secukupnya untuk melembutkan daging. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun limau purut dan renihkan hingga daging lembut. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih, kacau rata. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Sesuaikan rasa dan jika kurang garam tambah sedikit lagi. Jika ingin kuah lebih, boleh tambah air....

BENING MUHIBAH

Bening Muhibah

Cuaca panas ni rasa mcm tak nak sangat makan yang jenis masak lemak atau yang canggih2 sangat, jadi penyelesaianya, kita masaklah bening sayur-sayuran.

Ikan Masin Terubuk

Lepas tu hidangkan bersama ikan masin terubuk Sarawak gorenggg...Haiyooo!!! boleh pingsann uuu!!!....

Bahan-Bahannya :-)
Kobis, dipotong kasar
Taugeh, cuci dan toskan
1 pack cendawan tiram, cuci dan toskan
1 bungkus putih jagung, hiris serong, cuci dan toskan
4 - 5 tangaki kacang panjang, patah sepanjang 2 inci
1 biji bawang besar, hiris halus
3 - 4 ulas bawang putih, dititik
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1/4 cawan ikan bilis (tak letak sebab kehabisan)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ikan bilis, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama2, bawang besar hiris, bawang putih titik, kiub ikan bilis dan air secukupnya (mat letak 1.5 liter). Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kacang panjang dan putih jagung, masak hingga lembut sedikit, masukkan pula kobis, cendawan dan akhir taugeh. Kacau hingga sebati. Biar mendidih sekejap. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng....nyamannn!!!

Tuesday, May 20, 2008

KURMA DAGING ALA INDIA

Kurma Daging Ala India

Rasa dia macam sama je dengan kurma biasa, cuma kurang pedas dan penggunaan bahan ada sedikit berbeza dari kurma biasa....

Bahan Utama :-)
500 g daging
4 biji kentang
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah/hijau dibelah dua (jgn putus)
2 biji tomato, dicincang
2 camca besar penuh rempah kurma
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3/4 cawan yogurt perisa asli
2 camca besar kerisik
Air secukupnya
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 biji kacang gajus
1 camca besar lada hitam biji
2 camca besar kelapa parut

Bahan Tumis :-)
2 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dipotong sederhana besar, cuci dan toskan. Kupas kentang dan belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi, biar cair. Tumis bawang besar dan daun kari hingga layu, masukkan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan kasar, goreng hingga harum.
  3. Masukkan cincangan tomato dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan rempah kurma, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu. Bila wangi, masukkan daging, gaul dan tuang air seckupnya.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga daging 3/4 lembut. Masukkan kentang dan kerisik. Masak hingga kentang empuk. Tuang yogurt, gaul rata dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga semua masak dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

ASAM REBUS IKAN & PERIA KATAK

Asam Rebus Ikan & Peria Katak

Lauk yang ringkas, mudah dan berkhasiat, terutama dalam penggunaan peria katak yang agak pahit sedikit dalam masakan....

Bahan Utama :-)
4 ekor ikan kembong
3 biji peria katak
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
Garam dan secubit gula

Bahan Tumbuk Lumat :-)
10 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan toskan. Peria katak, dibelah dua, buang biji dan kerat lagi tapi jgn putus, rendam dalam air garam 15 minit. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk lumat, tuang air (anggaran 800ml), masukkan kiub ikan bilis, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan peria katak dan ikan. Tambah sedikit gula dan masak hingga peria lembut sedikit. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biar mendidih dan sesuaikan rasanya, jika ok boleh matikan api dan hidangkan.

BEBOLA UBI GORENG

Bebola Ubi Goreng

Untuk sarapan pagi tadi, ibu mat ada buat ubi getuk, mat pun buat lah bentuk bebola (gunakan aiskrim scoop), celup tepung dan goreng ala2 orang jual. Sedap dimakan panas bersama sambal kicap....

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

Monday, May 19, 2008

KUIH GUNTING

Kuih Gunting

Kuih Gunting ni salah satu kuih tradisi orang2 kita...mat sebenarnya tak pernah buat. Semalam mat cuba2lah tanya kat "Nita"...Alahh, tuan punya blog almarikayu merangkap pengerusi tempe Sheffield kat UK!!!!......Terima kasih ek nita kerana sudi kongsi resipi ni....
Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung gandum
100 - 120 ml air (lebih kurang)
1 biji telur
1 1/2 camca besar jintan manis, cuci dan toskan
1 camca besar margerin
1/2 cawan minyak masak
1 camca besar gula
Garam secuku rasa

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 camca teh jintan manis
1/4 cawan udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukan margerine dan biar cair. Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan sedikit garam (anggaran 3/4 camca teh) gaul rata dan masak sekejap, gunakan api perlahan. Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas, masukkan jintan manis. Pecahkan telur, kacau sedikit dan masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
  2. Angkat bahan kisar yang telah ditumis tadi dan tuang ke dalam tepung, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Rehatkan 10 minit.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam dalam kuali, ambil sedikit doh tadi, gelek panjang sehingga menjadi saiz jari kelingking, gunting serong anggaran 0.5 cm. Buat hingga siap dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak, letak atas paper towel. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara....

Sunday, May 18, 2008

PECAN & PRUNE MUFFIN

Pecan & Prune Muffin

Jemput minum petang semua!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
170 g mentega
170 g gula halus
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul dan diayak)
4 biji telur gred A
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
40 g kacang pecan, potong kecil

Bahan Disatukan Dan Rendam 1/2 jam :-)
100 g prune, didadu kecil
1 camca besar "sunquick perisa oren"
1 camca besar serbuk koko
1/4 cawan air panas

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan bahan yang direndam dan susu segar, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan cincangan kacang pecan, gaul rata.
  4. Isi dalam acuan tadi sebanyak 3/4 penuh, bakar 25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang. Menghasilkan 26 - 28 biji muffin, bergantung pada saiz acuan...

Thursday, May 15, 2008

MEE REBUS TANIA

Mee Rebus Tania

Lagi satu resipi mee rebus yang mat dapat dari blog "Chef Tania Singapore". Rasanya sedap, tak pedas dan ada sedikit rasa seakan2 mee bandung memandangkan penggunaan udang segar dan udang geragau yang diadun dalam kuahnya.....Resipi, mat salin dari blog chef Tania je lah, tapi di guna bahasa Inggeris, kita translate to bahasa Melayu lah yeaa.....Oh ye, mat buat 1/2 daripada resipi dibawah.....

Bahan Utama :-)
500 g daging tetel, potong kecik dan rebus hingga lembut
300 g udang, kupas, celur dan kisar halus (gunakan stok udang utk mengisar)
1 cawan taucho, cuci, tos dan tumbuk halus
1 cawan kacang tumbuk
2 batang serai, dititik
5 camca besar serbuk ketumbar
2 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 cawan gula (mat guna 1 cawan)
1/2 cawan gula merah (mat guna guna melaka)
200 g keledek, rebus dan lecek halus
1/2 cawan tepung jagung*
200 ml air*(*dikacau rata)

Bahan Kisar :-)
8 tangkai cili kering, kerat dan celur dgn air panas
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 cawan udang geragau, rendam dan toskan

Bahan Lain :-)
Mee kuning secukupnya (resipi asal guna 1.5 kg mee kuning)
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Tauhu, digoreng dan hiris
Limau kasturi, dibelah dua
Taugeh, dicelur (mat tak celur)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama serai titik hingga harum. Masukkan ketumbar serbuk, gaul rata. Tuang stok daging tetel bersama isi2nya dan tambah lebih kurang 2 liter air lagi. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tauco, kacang tumbuk, kiub ayam dan sedikit garam, gaul rata. Biar mendidih sebentar dan masukkan keledek lecek dan juga udang kisar. Masukkan juga gula merah dan gula pasir (tahap kemanisan bergantung pada individu). Renihkan 20 minit.
  3. Tuang bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau, kepekatan bergantung pada individu, renihkan sebentar. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAN MEE REBUS :- Celur mee, toskan dan masukkan ke dalam bekas sesuai, letak taugeh, telur dan tauhu, curah kuah dan hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, potongan cili merah/hijau dan belahan limau kasturi....mmmmm sedappp!!!!

Wednesday, May 14, 2008

JERUK BETIK

Jeruk Betik

Pertama kali buat jeruk betik, itu pun sebab ada betik mengkal kat rumah, resipi mat dapat dari buku "The Book Of Preserves"....

Jeruk Betik

Kuantiti jeruk bergantung pada saiz betik, sini mat guna betik yang agak besar juga.....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
  3. PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!....

SINGGANG BEREMPAH

Singgang Berempah

Ini lauk paling mat suka, dah lah senang, sedap dan harum pulak tu, lepas makan body jadi hangat dan rasa macam ber"asap" u...hehehehe!!!

Bahan Utama :-)
4 - 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yang digemari)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 batang serai dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
Garam secukup rasa
Air mengikut keperluan

Bahan Tumbuk :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
8 biji cili padi
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, masukkan serai dan tuang air (ikut keperluan). Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan juga jus asam jawa. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tambah garam secukup rasa. Biar mendidih atas api sederhana hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan....

GULAI PISANG MUDA

Gulai Pisang Muda

Jom masak lauk kampung hari ni, sesuai laa dengan cuaca mendung2 nihh....ishh sedapp nihhh!!!!

Bahan Utama :-)
2 sisir pisang muda
5 ketul tulang ikan masin kurau
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 biji kelapa, diparut
Garam dan secubit gula

Bahan Kisar :-)
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)
1 inci kunyit hidup (yang tua)
1/2 inci belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Bersihkan pisang, kupas sedikit kulitnya (kulitnya pun diambil), potong sederhana tebal, buat hingga siap dan rendam bersama 1 keping asam gelugur. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat, tuang 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci bersih tulang ikan kurau. Ketepikan.
  2. Toskan pisang muda tadi, keluarkan asam gelugor dan masukkan ke dalam periuk bersama2 tulang ikan kurau, asam gelugor ( yang baru), serai titik dan juga bahan kisar. Gaul rata dan jerang atas api selama 2 - 3 minit.
  3. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, tuang santan pekat dan perasankan dengan garam dan secubit gula (berhati2 dengan garam kerana tulang ikan masin tu sudah sedia kala masin). Masak dengan api perlahan hingga pisang lembut (tapi masih kenyal). Sesuaikan rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama sambal belacan dan ulam2man.....syiokkk waa cakap luuu!!!!!!

APAM GULA MELAKA

Apam Gula Melaka

Semalam kan jalan2 kat MyResipi. Sekali ternampak apam gula melaka resipi dari "Che Iza", menarik dan mudah. Rasa pun sedap laahhh, sesuai dengan tekak melayu kita....

Bahan-Bahannya :-)
1 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
1 helai daun pandan*
3 camca besar gula pasir*(*dimasak hingga larut, tapis dan sejukkan)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast
3/4 cawan air
Secubit garam
Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut, kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap 1 jam.
  2. Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

Sunday, May 11, 2008

KHAS UNTUK HARI IBU....

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk Bonda mat yang tersayang Puan Jamaliah. Tak lupa untuk semua ibu2 di dunia ini....Dengan itu mat hadiahkan lah kuntuman bunga mekar khas untuk semua "IBU2" yang singgah diblog mat ini....Jangan lupa ambil dan letak diblog masing2 yeaa.....Sekian terima kasih, moga Allah melanjutkan usia dan memberi kekuatan dan semangat yang tinggi untuk semua ibu2 di muka bumi Allah ini.....Aminnnn!!!!!!!!!

SUP AYAM SEMPOI...

Sup Ayam Sempoi

Ini sup ayam paling simple dan senang......tak caya?....Kalau tak caya lah, boleh tengok bahan2 dan cara2nyaa.....

Bahan-Bahannya :-)
600 g ayam, potong sederhana besar, cuci dan toskan
3 biji kentang (besar), kupas, dan potong 8 setiap biji
1 sup bunjut "ADABI"
1 kiub ayam "MAGGI"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Bahan Kisar :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 camca teh lada hitam biji
2 inci halia
1/2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Bahan Tumis :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan masukkan sup bunjut, kiub ayan dan juga kentang. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan garam dan masak hingga kentang empuk dan ayam masak.
  3. Rasa garam dan jika kurang tambah secukup rasa. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang bersama nasi, nasi impit atau pun mee hoon/mee kuning....senangkannn!!!!

Saturday, May 10, 2008

PULUT KUNING

Pulut Kuning

Pulut kuning, makanan tradisi rakyat Malaysia, sedap dimakan bersama rendang ayam/daging, kari, serunding atau pun sambal tumis.......

Bahan-Bahannya :-)
850 g beras pulut
3 inci kunyit hidup, atau
2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...

Friday, May 9, 2008

KEK TIGA RASA

Kek Tiga Rasa

Ini resipi "Kek Marble Trio" yang mat pernah buat dulu, tapi diubah suai sedikit dan bagi nama lain, kaedah mengadun semua sama cuma cara menuang adunan saja berbeza dari kek marble dan lebih kepada kek kuda belang (kek zebra)...

Bahan- Bahannya :-)
1 adunan kek marble kosong, resipi boleh rujuk disini...
1 camca teh strawberry emulco
1 camca besar "sunquick" perisa orange + 1/2 camca teh pewarna kuning
2 camca besar serbuk koko + 1 camca teh nescafe + 5 camca besar air panas, gaul sebati.

Cara membuatnya :-)
  1. Bahagi adunan kek kepada 3 bahagian, satu bahagian gaul dengan strawberry emulco, satu dengan bancuhan coklat dan satu lagi dengan sunquick. Gaul rata semua adunan tadi.
  2. Lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan yang dibancuh dengan rasa2 yang berlainan secara bertindih2 sebanyak 2 camca besar setiap perisa. Buat hingga siap dan hentak tin 2 - 3 kali.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 - 60 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya menggunakan lidi sate atau pisau, jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...

Thursday, May 8, 2008

LAWAR BALI

Lawar Bali

Lawar Bali atau kerabu sayur dan ayam ala Bali...Resipi ni mat dah buat banyak kali dan memang sedap. Rasa dia memang unik dan kalau nak rasa kena lah buat sendiri yeaa.... Resipi mat dapat dari buku masakan "Sedapnyaaa..... oleh Chef Wan"....

Bahan Utama :-)
300 g dada ayam, didadu kecil
200 g kacang panjang, potong2 1 cm panjang
300 g nangka muda
250 ml pati santan
2 helai daun salam (mat guna bay leaf)
1/2 cawan kelapa parut
1/4 cawan bawang goreng, ramas kasar
6 - 10 tangkai cili padi, dihiris halus
3 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
2 helai daun kunyit, dimayang halus

Bahan Kisar Halus :-)
5 biji cili merah
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam biji
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 batang serai, dihiris halus
2 camca besar gula melaka atau gula perang

Cara membuatnya :-)
  1. Celur nangka hingga lembut, toskan dan potong kecil. Celur kacang panjang 30 saat, angkat dan toskan. Goreng kelapa hingga perang dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan daun salam, santan dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan daging ayam, kecilkan api dan masak hingga sedikit kering (keadaannya macam rendang basah). Tambah sedikit gula jika perlu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan biarkan sejuk.
  3. PENYEDIAAN LAWAR :- Dalam satu bekas, satukan nangka dan kacang panjang, gaul rata. Masukkan ayam dengan kuah2nya, kelapa goreng, cili padi dan bawang goreng, gaul hingga semua sebati. Masukkan jus limau nipis secukupnya (kalau suka masam bubuh lebih, mat perah 2 biji limau nipis untuk kerabu ni...) gaul rata dan tabur dengan daun kunyit. Hidangkan segera bersama nasi hangat. Simpan lebihan kerabu dalam peti sejuk jika tidah habis..,

Wednesday, May 7, 2008

KUIH LOMPANG

Kuih Lompang


Mat hari ni cuba2 buat kuih lompang, tak pernah buat ni lah 1st time cuba. Mat guna resipi "zara_klate" dari MyResipi.com. Mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan menghasilkan 25 - 30 biji kuih bergantung pada saiz acuan. Mat guna cawan cina kecil yang selalu mereka buat "offering" tuu...

Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
1 cawan air kelapa
3/4 cawan air
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
  4. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.....

GULAI AYAM & NANGKA

Gulai Ayam & Nangka

Hari ni masak gulai ayam dengan nangka. Ayam mat guna ayam kampung betina dan nangka muda yang ayah mat petik kat kebun....Memandangkan kuantiti masakan ini agak banyak, mat guna kelapa sebanyak 2 biji.....seramm kan bila ingat2 kolestrol diaaa!!!!!!

Bahan Utama :-)
1 ekor ayam kampung
1 kg nangka muda
4 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
2 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus :-)
30 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 - 15 tangaki cili padi (nak pedas leh tambah)
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup (pilih yang tua)
4 biji buah keras

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dipotong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan. Nangka, dipotong sederhana besar, cuci dan celur hingga 1/2 empuk. Toskan. Tuang 500 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 1000 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan ayam, serai titik, asam gelugor dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut (kurang lebih 10 minit). Tuang santan cair dan masak hingga ayam lembut (tambah air jika perlu). Tambah garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan nangka celur tadi dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhan hingga nangka empuk. Rasa garam dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.....Haiyoooo...leh pingsannnn wooooooo!!!!

Tuesday, May 6, 2008

TAG DARI SITI AZMA....

Misi CookingBookmark.com
  • 1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
  • 2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
  • 3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.
Untuk TAG ini, anda perlu
1. Register di laman www.cookingbookmark.com. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.

2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.

3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Oleh yang demikian Ah Mat Gebu akan meneruskan misi Siti Azma ini pada :-)

  1. Nita
  2. Fidah
  3. Min - Baking Project
  4. Kak Umi-E
  5. Kak Liza
  6. Mak Lang

Monday, May 5, 2008

KUEY TEOW HAILAM

Kuey Teow Hailam

Jemput makan semua, tak leh nak cerita banyak2...tengah syok ni makan...ahakss......

Bahan-Bahannya :-)
500 g kuey teow
2 camca besar kicap cair
1 cawan bunga kobis
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 batang lobah merah, hiris nipis
1 biji tomato, belah enam
1 pokok sawi putih, diasing batang dan daun
300 g daging lembu
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos abalone
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar tepung jagung + 1/2 cawan air
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris daging, cuci dan rebus bersama 1 inci halia (diketuk) dan 2 ulas bawang putih (diketuk) hingga lembut. Cuci kuey teow dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masuk sos tiram, sos abalone dan serbuk lada hitam, gaul rata dan masukkan daging rebus bersama2 stoknya (tambah air kalau perlu). Bila mendidih, masukkan lobak merah dan bunga kobis. Masak hingga lembut sedikit.
  3. Kemudian masukkan batang sawi, capsicum merah dan hijau serta belahan tomato. Masukkan secubit gula dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan rasa kuahnya, jika kurang masin, tambah garam. Bila mendidih dan pekat, boleh matikan api.
  5. PENYEDIAAN MEE :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan kicap cair dan juga kuey teow. Gaul rata dan goreng sebentar, matikan api. Bubuh kuey teow dalam mangkuk mengikut keperluan, tuang kuah bersama isi2nya dan tabur bahan2 sampingan. Boleh dihidangkan panas2....(kalau suka boleh makan dengan cili sos)

Sunday, May 4, 2008

PULUT PANGGANG

Pulut Panggang

Jom makan pulut panggang...teruja tengok pulut panggang kat dapur Jo, MamaLydia dan Siti Azma, tu pasal mat buat, tapi mat guna serunding ikan (ikan tuna dalam tin saja.....)

Bahan-Bahannya :-)
300 g pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
Serunding secukupnya (resipi dibawah)
Daun pisang secukupnya
Stapler atau lidi tajam

Bahan Serunding Ikan :-)
1 tin ikan tuna dalam tin, toskan
1/2 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan manis*(*dikisar lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PULUT :-Toskan pulut, letak dalam loyang. Ratakan. Bancuh garam dengan santan cair, tuang ke dalam pulut tadi dan kukus 20 - 25 minit hingga pulut masak. Gaul rata, angkat dan Sejukkan.
  2. UNTUK SERUNDING IKAN :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan pati santan dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan tadi dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT PANGGANG :- Siapkan daun pisang, lap bersih, layur dan potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih kurang 2 camca besar pulut, ratakan dan leperkan sedikit, letak serunding ikan (mat letak 1 camca besar) sepanjang pulut tadi. Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat dengab lidi tajam kiri dan kanan atau pun guna stapler. Buat hingga siap dan panggang hingga sedikit garing....

Thursday, May 1, 2008

AYAM PENYET

Ayam Penyet

Nama memang pelik, tapi rasa dia sedapppp!!!...Ayam penyet dari Indonesia ini rasa dia ala2 ayam percik, tapi berbeza dari segi rasa. Mat berterima kasih pada "Elyani" kerana mengesyorkan resipi ayam penyet ini... Resipi asal boleh rujuk disini...

Bahan-Bahannya :-)
6 kepingan peha ayam (mat guna bahagian dada)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (mat guna bay leaf)
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam)...
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.

NASI LEMAK LAGII!!!!!

Nasi Lemak

Nasi lemak, untuk bonda mat berbuka puasa hari ni....Cuci mata je lah sebab nasi lemak kan sinonim dengan rakyat M'sia dan tentulah majoriti dari mereka sudah sedia maklum cara memasaknya...tapi kalau nak resipi boleh rujuk disini.....

TAG DARI KAK UMI - E CUTE......

Batu tergantung

Mat nak selesai kan TAG dari kak umi-e yang comel lagi penyayang tu...Nasib baik tag senang, bukan jenis tag 'cekik darah'.....Ahaks..amponnn kak e!!! (gambar di atas hanya hiasan, tak de kena mengena dengan 'tag' ini...)

Peraturan @ Rules :-)
  1. Link to your tagger and post this rules on your blog.
  2. Share 7 facts about your self on your blog, some random, some weird.
  3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
7 facts about me :-)
  • Suka memasak, bagi orang makan dan suka terima kritikan walaupun kritikan mereka ala2 "longkang".
  • Seorang manusia yang agak konservetif, ortodox dan masih ada tebiat berfikir gaya orang2 dahulu kala (tapi yang positif yeaa!!!).
  • Suka kucing, tapi ada masa tak suka dan masa tu macam nak rebus kucing tu....memang pelik!!!
  • Tak suka fikir benda yang remeh dan malas nak ambil kesah tentang komen2 orang yang tak membina....nyampah!!!
  • Suka kongsi tips2 memasak dan teknik2 baking dari orang lain yang lebih pakar dan berpengalaman.
  • Jenis manusia yang agak "ketinggalan" dalam bersosial....hahaha mesti tak caya kan!!!
  • Suka antik, paling suka yang melibatkan alam melayu dan antik cina peranakan.....
Sepatutnya mat kena sebarkan tag ni pada 7 orang blogger, tapi rasa2 cukup lah sampai kat mat saja....ok!!...