BEN ASHAARI

Wednesday, April 30, 2008

TEMPE GORENG LEMAK MANIS

Tempe Goreng Lemak Manis

Resipi ambik kat dapur "JO", tapi resipi asal dari "SitiAzma"....Sedap, rasa lemak2 manis dan garing di luar tapi lembut dan lembap di dalam...hmmmmmmmmm!!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
500 g tempe, dihiris sederhana tebal
1/2 cawan gula
1 camca teh garam
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya (lebih kurang 800 ml)

Cara membuatnya :-)
  1. Didihkan air bersama gula, garam dan bawang putih. Kemudian masukkan tempe dan masak dengan api perlahan selama 15 minit. Angkat dan toskan.
  2. Bila tempe sejuk, goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Boleh dihidangkan.

Tuesday, April 29, 2008

LAKSA PENANG

Laksa Penang

Puas hati petang ni dapat makan Laksa Penang, beberapa hari lepas terliur tengok JO buat laksa..Mat guna ikan kembong saja dan resipi asal berpandukan buku masakan Norzailina Nordin"....Jemput makam laksa semuaa!

Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)]
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)
  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan...Sedappppppp!!!!!!!!

MASAKAN KAMPUNG

Masakan Kampung

Hari ni cuaca mendung dan hujan2, jadi tengah hari tadi kami makan masakan simple yang biasa org2 kampung masak, mat tak letak resipi sebab semuanya lauk2 yang senang untuk di masak..soo kita cuci mata aje lah yeaa untuk n3 yang ini....harap maklum!!!


Urap Pucuk Ubi dan juga ikan masin bulu ayam goreng bertepung..


Lemak putih kobis dan Ikan kembong goreng (mat guna kunyit basah).



Dan juga sambal belacan mangga, fuh!!!, memang terangkat walaupun pedasss.....

Sunday, April 27, 2008

AYAM GORENG KREMES

Ayam Goreng Kremes
Semalam mat jalan2 ke blog "Lidia", kepunyaan sorang warga Indonesia yang menetap di Montreal, Canada dan ternampak satu resipi ayam goreng yang agak unik, tergerak hati nak mencuba memandangkan bahan2 pun mudah didapati. Tak rugi mencuba, sedap rasa dia ala2 ayam goreng berempah cuma ia agak berbeza kerana ditaburi remah2 tepung goreng yang rangup dan enak.....Thanks Lidia!!!

Bahan-Bahannya :-)
6 keping peha ayam yang besar (mat guna beberapa bahagian ayam)
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam (mat guna "bay leaf)
4 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 cm halia*
4 cm lengkuas*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh lada putih biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar hingga halus)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam
Air

Bahan Tabur :-)
200 ml stok air rebusan ayam
2 camca besar tepung beras
1 biji telur
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

  • Ayam dicuci bersih toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tuang bahan2 kisar halus, masukkan daun limau purut dan daun salam (bay leaf), tambah garam (anggaran 1/2 camca teh). Tambah sedikit air dan masak hingga ayam empuk. Angkat dan toskan ayam.
  • Masak kembali stok tadi sehingga pekat, keluarkan daun limau purut dan bay leaf. Sejukkan. Panaskan minyak, goreng ayam tadi sehingga kuning keemasan, angkat toskan minyak dan susun dalam pinggan sesuai.
  • Dalam satu bekas, satukan tepung beras bersama sedikit air, kacau dan masukkan telur, gaul hingga rata. Tuang stok ayam tadi (sukat 200ml) dan bancuh hingga sebati. Panaskan minyak (biar minyak betul2 panas), kemudian ambil 1 senduk bancuhan tadi dan tuang dalam minyak panas. Masak hingga garing. Angkat dan toskan atas paper towel, buat hingga siap.
  • Tabur bahan tadi atas ayam goreng sebelum dihidangkan bersama sambal kegemaran....yumm yummm....

Saturday, April 26, 2008

KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis

Ini projek tertangguh yang mat sebut tu. Sepatutnya minggu lepas dah buat, tapi tiba2 masa tu oven meragam, terus batal......

Step By Step 1267

Tapi hari ni terpanggil nak buat balik kek lapis asam manis, jadi bila dah terpanggil tu maknanya, macam dah rajin laaa....Resipi asal dari "Rozzan", sedap rupanya kek lapis asam manis ni, patut pun femesss!!!!

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api "grill" sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (haw flakes). Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun asam manis pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + haw flakes + Hijau 2 lapis + haw flakes + Merah 2 lapis + haw flakes dan seterusnya....Selamat mencuba!!!

UDON GORENG

Udon Goreng

Udon Goreng, khas untuk sarapan pagi tadi sebelum melaksanakan projek tertangguh....tak sangka mee udon ni sedap, kalau buat laksa Johor pun ok tau guna mee udon ni....

Bahan-Bahannya :-)
1 pack mee Udon, rebus ikut arahan pada pack
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum kuning, didadu
2 cawan taugeh
300 g daging lembut batang pinang, dihiris nipis
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
2 camca besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
Garam dan sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih bersama cili kisar dan juga sos tiram. Masukkan daging, dan masak hingga daging lembut (tambah sedikit air jika perlu).
  2. Masukkan kicap pekat, capsicum merah dan kuning, garam dan sedikit gula gaul rata. Masukkan mee udon tadi, gaul rata dan tambah taugeh. Kacau hingga semua sebati. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan alihkan ke dalam bekas yang sesuai....

ANOTHER HOT AT"TAG" FROM MAKCIK NITA.....


Gambar 1 :-)


Gambar 2 :-)

Ini salah satu tugasan "tag" yang nita bagi tapi mat baru hari ni sempat buat, tak de apa yang menarik. Gambar 1, mat guna buku2 masakan sebagai bahan rujukan dan buku resipi bonda mat yg bertulisan "jawi", walaupun dah koyak, mat masih simpan memandangkan sentimental value yang terkandung dalam tulisan2 jawi tersebut. Gambar 2, resipi2 yang mat tulis tangan sebagai rujukan...Maaf tulisan tu hanya tuan punya buku dan suku sakat keturunan kami sahaja yang faham...ahakss.. Amacam makcik "nita"...wokey ke tag aku nihh?....

Thursday, April 24, 2008

GULAI HIJAU

Step By Step 1261

Aiseyyy...tadi kan masa belum ambil gambar gulai ni betul2 kaler hijau (light green laaa), tapi bila dah tangkap dan edit jadi macam kuning pulak.....cehhhh!!!...

Bahan-Bahannya :-)
5 keping ikan tenggiri
1/2 biji nenas masak ranum, dihiris kasar
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 cawan santan cair
2 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 biji ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji cili hijau*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan nenes dan gaul rata. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan potongan ikan tenggiri, tambah sedikit garam dan gula. Bila mendidih, tuang pati santan, masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat......

LASAGNA OR LASAGNE? WHICH ONE EKK?

Step By Step 1258

Hari ni mat buat lasagna/lasagne, resipi dari "Jo"....Rasa dia sedap dan lemak (tapi tak delah muak sampai membunuh!!). Nampak macam complicated tapi tak susah sangat....Jom kita cuba!!

Bahan Utama :-)
Kepingan Lasagne secukupnya (mat guna jenis kecil, 10 keping)
White sauce (resipi dibawah)
Inti daging (resipi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya
parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti :-)
450 g daging kisar
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
2 helai bay leaf
1 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tomato "plum" diramas
1 camca besar rempah kari daging
2 camca besar tomato puri
1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk White Sauce :-)
600 ml susu segar
3 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam



Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. (susun seperti dalam gambar).
  4. Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne (mat guna 2 keping sebab kecil), sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam....(yg mat buat tu tatau laa bila nak habis)...

ACAR TELUR

Step By Step 1250

Acar telur, mat kutip resipi dari dapur "Datin Jun", tapi mat guna telur puyuh, rasa dia kan sedap tau, memang lain, ala2 acar rempah gitu. Mat modifey skit yeaa Kak Jun...

Bahan-Bahannya :-)
35 biji telur burung puyuh (resipi asal guna telur ayam)
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah*
3 biji cili merah*
1 camca besar jintan manis*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar, belah 8
1/1 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :-)
  1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka, kicap, gula (lebih skit) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan...

Wednesday, April 23, 2008

VADEY

Step By Step 1248

Semalamkan mat menjelajah fotopage "RinChan". Terus tepesona dengan vadey kat situ, hari ni terus buat. Gambar2 dan resipi2 kat situ pun, ishhh sedap2 belaka u. Boleh menjelalah sendiri kalau nak tau lebih lanjut....

Bahan-Bahannya :-)
250 g kacang dhal (mat guna 300 g)
1/2 biji bawang besar (mat guna 1 biji)
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
  2. Toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, mat guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
  3. Lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Boleh dihidangkan untuk minum petang...yumm yumm...

Monday, April 21, 2008

STRAWBERRY YOGURT MUFFIN

Step By Step 1244

Jeng...jeng..jeng....Oven dah berfungsi semulaaa.....hahahaha...sonang eyy hati den ni haaa!!!!!...Terus test buat muffin tu jam jugak...Terima kasih banyak2 pada Abang mat yang sulung kerana bersusah payah membaiki oven tuuu!!!....

Bahan-Bahannya :-)
85 g mentega
85 g gula halus
2 biji telur gred A
175 g tepung gandum*
10 g baking powder*(*diayak)
80 g yogurt perisa strawberry
3 biji strawberry segar, dipotong kecil (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
  3. Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula. Sudukan ke dalam acuan muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 15 - 20 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing2). Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
  4. Boleh guna apa perisan yogurt mengikut kegemaran....

TAG FROM CTNIK....

POKOK BERBUNGA BIASA2....





HERBA....





KAKTUS.....



TERATAI DAN KOLEKSI POKOK "QUEEN OF THORN"











POKOK BERBUNGA LAGI.....





Ini tag dari "CtNik".....Buat masa sekarang pokok2 tak delah secantik mana, sebab cuaca panas dan banyak daun dah mula kekuningan, tapi memandangkan dah kena tag, mat buat lah juga...harap berpuas hati lah yeaa.....Lagi satu kebanyakkan pokok untuk memasak kami tanam di kebun, jadi agak kurang lah gambar "mereka" di sini.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.