BEN ASHAARI

Monday, March 31, 2008

SINGGANG SEMPOI

Step By Step 1166

Jom makan singgang ikan....Cuaca tak menentu nie, tekak pun dah rasa lain, tu pasal buat singgang sempoi ni, senang dan sedap, boleh guna apa2 ikan, tapi nak sedap kenalah ikan segar, baru manis....

Bahan-Bahannya :-)
3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
1 liter air (nak lebih boleh tambah)
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
1 kuntum bunga kunyit, belah dua (optional)
8 biji cili padi merah, diketuk
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara membuatya :-)
  1. Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
  2. Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!

Sunday, March 30, 2008

APAM PISANG

Jeng..jeng..jeng...hari ni buat "apam pisang", bila round2 rumah mak lang baru perasan yang mat ada stok pisang emas kat dapur. Jadi boleh leh buat....tak susah senang amat...

Resipi asal dari "Diana" tapi mat kutip kat dapur "Mak Lang". Mat telah melakukan sedikit pengubahsuaian dari resipi asal...mintak halal yea D and Mak Lang...

Bahan-Bahannya (resipi asal boleh rujuk disini) :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

Saturday, March 29, 2008

CHOC - CHEESE CAKE

Step By Step 1159

Ini salah satu resipi kek yang mat suka, sedap dan tak berapa manis, rasa keju pun tak "kejam" sangat, sebab ada parutan kulit oren dalam kek dan juga cream cheese....

Step By Step 1160

Resipi asal dari "Alex Goh" dan mat cuma buat 1/2 dari resipi dibawah dan bakar dalam tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci.....Selamat mencuba!!

Bahan-Bahannya :-)
130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Bahan Topping :-)
250 cream cheese
60 g gula aising, diayak
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

Cara membuatnya :-)
  1. Putar cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak), masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
  2. Masukkan cincangan walnut, gaul rata dan tuang dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175C, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  3. Pukul bahan2 untuk topping kecuali jus oren, pada kelajuan sederhana hingga putih. tambah jus oren dan pukul hingga rata. Sapu atas kek tadi dan ratakan. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.

HATI BERSANTAN

Sedap, ala2 rendang, resipi asal dari "Norzailina Nordin".....tapi nama resipi terlupa lah, jadi letak je lah nama tu, sesuai jugak, minta maaf yea kak lina!!

Bahan Utama:-)
300 g hati lembut, hiris nipis, cuci dan toskan
250 ml santan
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
Hirisan daun sup.daun bawang
Sedikit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
10 biji cili padi (mat guna 2 cili merah)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Perap :-)
1 camca besar rempah kari
1 camca besar rempah kurma
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya :-)
  1. Gaul hati lembu dengan bahan2 perap dan perap 3 jam (semalaman lagi elok). Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan hati lembut perap tadi dan juga santan, gaul rata, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan hati masak. Tabur dengan hirisan daun sup/bawang sebelum menghidang...

Friday, March 28, 2008

UDANG BAKAR

Walau pun alergi makan udang, tapi tetap tak boleh tahan bila tengok hasil dari ayah mat memancing udang semalam....geramm wooo!!!!, jadi dengan rasa rendah dirinya mat rembat 5 - 6 ekor udang yang sederhana besar dan buat resipi udang bakar ini...Haiyooo!!! boleh meleleh air liurrrr.....

Dan sebagai bukti kata2 mat, ini mat siarkan hasil udang galah yang dipancing oleh ayah dan abg mat semalam......2.2 kg!!!.....caya tak?....Bukan beli di pasar..OK!!! (Jangan salah anggap pulak, tak de niat lansung nak "menunjuk")...

Bahan-Bahannya :-)
400 g udang galah
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 1/2 camca besar cili kisar
2 biji buah keras*
4 ulas bawang merah kecil*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
1/2 cm lengkuas*
1/2 cm belacan*
1 camca besar cencalok, toskan (optional)*(*ditumbuk lumat)
Garam
1 camca besar gula melaka
2 camca besar jus lemon/limau kasturi
2 camca besar air

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan (jangan buang kulit), buang kotoran di bahagian kepala, kemudian belah belakangnya, buang juga kotoran, cuci bersih dan toskan.
  2. UNTUK SAMBAL :- Panaskan 3 camca besar minyak, masukkan bahan2 tumbuk lumat bersama cili kisar, tumis hingga wangi dan garing. Masukkan gula melaka, jus lemon, air dan sedikit garam. Masak dengan api perlahan hingga terbit minyak, lepas tu masukkan hirisan bunga kantan, kacau rata. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api. Alih ke dalam mangkuk dan biar sejuk.
  3. Ambil udang tadi dan lumurkan dengan sambal dan masukkan juga dibahagian belahan udang, buat hingga siap, lumur pada seluruh permukaan udang juga.
  4. Susun udang atas daun pisang dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit..Hidangkan panas bersama belahan limau kasturi/lemon...yum yum....

Thursday, March 27, 2008

CAPATI


Jom kita makan capati.....senang je nak buat. Yang penting, doh capati mesti ditutup dengan tuala lembap untuk mengelakkan permukaanya kering. Resipi dibawah menghasilkan kurang lebih 13 keping capati.....

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung capati (tepung "atta")
310 mk air (kurang lebih)
1/2 camca teh garam
2 camca teh minyak sapi/mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 (kecuali air) diatas dalam satu bekas, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Uli doh 10 - 15 minit hingga kenyal dan licin. Rehatkan doh 1 - 2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting utk doh, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. Bagikan doh tadi kepada beberapa bahagian (mat timbang 50 g setiap bahagian), uli dan bulat2kan. Tutup dengan tuala dapur yang bersih. Lembabkan tuala dapur dengan sedikit air.
  3. Panaskan kuali tak melekat (atau kuali besi jenis leper). Ambil sebiji doh, tabur sedikit dgn tepung, tekan leper dan canai nipis. Letak dalam kuali, bila capati mengelumbung, terbalikkan dan tunggu hingga masak.
  4. Alih ke dalam pinggan, tutup capati dengan kitchen towel (ini mesti sebab untuk mengekalkan kepanasan capati) yang bersih dan kering. Buat hingga siap dan hidangkan segera bersama "Dalca Pelik"...yum yum..

DALCA PELIK


Salam untuk semua, mat kan hari ni masak ikut apa kata hati saja, jadi bila ikut kata hati, bermakna masak tanpa mengikut "law"....semua main bantai, curah, lambah dan tuang.....Pelik kan nama "Dalca Pelik".....hahaha memang pelik!!!...

Bahan Utama :-)
300 g daging cincang*
2 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1 camca besar serbuk lada hitam*(*disatukan)
2 1/2 camca besar rempah kari
1 cawan pati santan
2 biji kentang, didadu
1 biji capsicum merah, didadu kasar
1 biji capsicum kuning, didadu kasar
2 tangkai cili hijau, hiris kasar
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 tin kacang kuda dalam tin, cuci dan toskan
1 biji terung, potong dadu
1 keping kecil asam gelugor
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang merah kecil
1 biji bawang besar
2 uals bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan Tumis :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus

Cara membuatnya :-)
  1. Daging cincang tadi digaul hingga rata dan bentukkan menjadi bebola sebesar duit 20 sen. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar bersama2 cili kisar, masak sebentar, tambak serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan kentang, gaul rata dan masukkan 1 liter air. Bila mendidih, masukkan bebola daging, masak hingga kentang 3/4 empuk, gunakan api perlahan. Kemudian capsicum merah dan kuning, cili hijau, terung dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  4. Tuang pati santan, tambah garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan, akhir sekali masukkan kacang kuda bersama tomato belah, masak 1 - 2 minit. Rasa kuahnya dan jika ok boleh diangkat.

APAM TAPAI

Apam tapai....sedap wooo....nak resipi boleh dapat kat sini, Mat malasss sangat nak menulis hari ni..harap maaf yeaa..

Tuesday, March 25, 2008

OREO & BUTTER CAKE

Ini cuma kek mentega biasa, tapi mat saja nak bubuh biskut oreo, pulak2 bila tgk "Datin Jun" buat, cisss!!, tergoda hambaa...ahakss...Resipi ni asal dari Betty Yew.....kek nya sedap, lembap, lemak dan tak manis....

Dan sebelum terlupa nak berterima kasih jugak pada "Mama Vouge" (kak rozie rembau), kerana sudi membelikan dulu acuan kek silicone yang memang cun dan mudah digunakan......

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega
135 g gula halus
5 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
135 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
10 keping biskut "Oreo" dikisar halus

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega bersama 1/2 bahagian gula halus hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, gaul rata.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula halus dan putar hingga kental, tetapi tidak keras.
  4. Masukkan putih telur dalam adunan mentega dan gaul menggunakan kaedah kaup balik, sehingga rata. Bagi 2 adunan tadi. satu bahagian campur dengan oreo kisar dan satu lagi pada adunan asal.
  5. Tuang berselang seli dalam acuan (8 x 9 x 3 ) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 45 minit. Bergantung pada oven masing2..

Sunday, March 23, 2008

KERABU BOK NEE

Kerabu Bok Nee atau "Black Fungus Kerabu", makanan istimewa nyonya peranakan terutama yang berasal dari Pulau Pinang. Sedap dan unik...

Bahan-Bahannya :-)
20 g black fungus (seperti gambar dibawah)
1 keping dada ayam
7 biji bawang merah, dihiris halus
1 camca besar kerisik
2 kuntum bunga kantan, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus2
2 camca besar sambal belacan (resipi dibawah)
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sambal Belacan :-)
100 g cili merah
5 biji cili padi
25 g belacan, dibakar
Secubit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Rendam black fungus dalam air panas hingga kembang (lebih kurang 10 minit), cuci dengan air biasa dan gunting bahagian keras nya dan cuci bersih, rendam kembali dalam air panas yang baru selama 10 minit. Toskankan dan hiris halus2. Ketepikan.
  2. Dada ayam dibersihkan, kelar2 dan tabur sedikit garam dan lada hitam kisar, perap 10 minit dan kukus hingga masa (kurang lebih 15 minit). Angkat, sejukkan dan siat2 halus. Ketepikan.
  3. Tumbuk lumat bahan2 sambal belacan dengan lesung batu. Masukkan ke dalam satu bekas besar, satukan bawang merah hiris, bunga kantan hiris, serai hiris, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Masukkan hirisan black fungus dan daging ayam tadi, gaul rata2 dan masukkan jus limau kasturi, kacau hingga rata. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan segera.

BLACK FUNGUS YANG BELUM DIRENDAM

ASAM PEDAS IKAN


Asam pedas ikan merah dengan nenas ni memag minat gemar sangat dan kerap masak, jadi mat tak tulis resipi dia memandangkan ini lauk ulang tayang, jika tak pasti kat mana nak cari boleh rujuk disini.... Selamat mencuba!!!!

Friday, March 21, 2008

NASI DAGANG


Kalau ada gulai ikan tuna, mesti ada nasi dagang...Ini pun resipi dari buku "Norzailina Nordin". Rupanya tak de lah susah sangat buat dia...cuma mat ada buat sedikit jee adjustment pada santan dia....harap maaf yeaa kak lina....



Mat buat 1/2 dari resipi dibawang nie.......

Bahan-Bahannya :-)
800 g beras siam*
200 g beras pulut*(*digual bersama, cuci dan rendam 4 jam)
10 ulas bawang merah, dihiris halus
2 cm halia, dihiris halus
1 camca besar halba
500 ml santan
1 camca teh garam
Sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Campur garam dan gula bersama santan, kacau rata. Gaul bersama halba, hirisan halia dan hirisan bawang merah. Ketepikan.
  2. Toskan beras dan kukus 15 minit. Kemudian bilas beras dengan air biasa dan kukus lagi 10 minit.
  3. Alih beras dalam bekas besar, gaul bersama santan dan campuran halba tadi hingga rata. Kukus kembali hingga betul2 masak (kurang lebih 15 minit). Boleh dihidangkan bersama gulai ikan tuna dan pajeri bombay....

GULAI IKAN TUNA

Resipi gulai ikan tongkol khas untuk dimakan bersama nasi dagang...sedapp woooo!!!!...Resipi dari buku masakan Norzailina Nordin berjudul "Variasi Masakan Pantai Timur" ( tapi dalam buku guna nama "Gulai Nasi Dagang")......Thanks Kak Lina!!!

Bahan-Bahannya :-)
500 g ikan tuna (tongkol), cuci bersih dan rebus hingga masak, toskan
650 ml santan
60 ml minyak masak
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan putih*(*digoreng tanpa minyak hingga harum, kisar halus)
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 camca makan kerisik
2 biji cili merah*
2 biji cili hijau*(*dibelah 2)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
8 tangaki cili kering, potong dan rendam
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 biji buah keras
1 cm kunyit hidup (mat tambah sendiri)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah tumbuk dan sedikit garam. Kacau hingga berbau dan terbit minyak. Masukkan serai, santan, asam gelugor, gula pasir dan kerisik. Kacau hingga mendidih dan terbit minyak.
  2. Perlahankan api dan masukkan ikan, kacau perlahan dan biar mendidih, masak guna api sederhana. Masukkan belahan cili merah dan hijau. Rasa dan tambah sedikit lagi garam jika kurang masin. Biar mendidih sebentar dan matikan api.

PAJERI BOMBAY

Buat ni untuk dimakan bersama "nasi dagang", kalau kita tengok dari segi logik macam tak kena, tapi apa ada hal kita yang buat dia...so layannnnn!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
2 biji nenas madu
3/4 camca teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar, hiris kasar
3 biji bawang putih, diketul
1/2 inci halia, hiris halus
2 biji cili merah, hiris serong
2 camca besar cuka makan
1 camca besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas nenes, belah 4, buang empulur dan potong sederhana besar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tulis rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak hingga bawang layu.
  2. Tambah cuka, gula dan sedikit garam, gaul rata dan bila nampak pekat, masukkan nenas dan hirisan cili merah, tuang sedikit air jika perlu dan masak hingga nenes lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh diangkat.

Thursday, March 20, 2008

BUAH MELAKA

Buah Melaka ni bonda mat yang buat...hehehe...i malas u!!!....tapi tak pelah kita tumpang jee makan. Nak resipi juga ke ek?..Ok lah, mat letak juga lahhh.....

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...

IKAN BAKAR PORTUGIS

Ikan Bakar Portugis ni mat dapat resipi dia dari blog Datin Jun, tapi dia buat guna ikan pari, mat ganti dengan ikan cencaru....sedap leerrr, makan macam tu lagi leerr sedap, nak cicah sambal kicap pun ok, tak de pun balun macam tu je pun sodap!!!!

Resipi asal dari "Resipiogy.blogspot".....Jadi sapa yang sudi boleh cuba, memang tidak mengecewakan!!!

Bahan Utama :-)
3 ekor ikan cencaru
3 helai daun limau purut, dihiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Tumbuk Halus :-)
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 keping hirisan lengkuas

Bahan Minyak Bawang putih :-)
1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih, ditumbuk

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH :- Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci dan toskan. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan2 no.1, tabur hirisan daun limau purut dan tuang sedikit minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak.
  4. Boleh dihidangkan bersama lada kicap jika suka....

SOTONG GORENG

Ini lagi satu masakan yang mudah sangat, budak sekolah rendah pun boleh masak......tak caya?..Ok tak pe...kita tengok yeaaa..........

Bahan-Bahannya :-)
500 g sotong, dibersihkan, potong bulat cuci dan tos*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata)
2 biji bawang besar, potong bulat
2 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, dititik
2 biji cili hijau, hiris serong
1 camca teh sos ikan
Sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili hijau, masak hingga layu. Masukkan sos ikan dan sotong, gaul rata dan masak 5 minit.
  2. Tambah gula dan kacau rata. Rasa dan jika ok, boleh dialihkan ke dalam pinggan. Hidang bersama nasi hangat....hmmm sedap!!!

GULAI PUCUK UBI & KUPANG

Ini betul2 lauk kampung, memang sedap dan nyamann bahh!!!..Oleh kerana ini hidangan ulang tayang, mat tak letak resipi dan sesapa yang nak resipi, boleh didapati di sini....

Wednesday, March 19, 2008

BAKE POTATO & CHEESE FRITTATA

Benda ni agak baru juga bagi mat, maklumlah kami biasa bedal resipi local dan more to asian taste sahaja...Mula2 tengok resipi kat dapur kak ummi...pas tu semalam merayau2 tak tentu hala kat dapur kak jun, nampak lagi, tapi dia boh dalam ramekin...manyakkk cute woooooo!!!

Jadi mat pun buat juga dalam ramekin ala2 datin jun..ahak kita pinjam idea lah ni (bukan tiru ekk!!)...resipi seperti dibawah, mat cuma buat 1/2 resipi saja....Malas nak tulis laa, kita "kopi paste" kak jun nya jelahh....hehehe terima kasih!!!

Bahan-Bahannya :-)
4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
4 biji telor - pukul sikit
1/2 cawan cincangan daging (boleh ganti dgn sosej)
1 biji tomato - dadu
2 labu bawang besar (sederhana) - hiris nipis
1 sudu besar hirisan daun parsley /daun sup n bawang
1 cawan parutan cheddar cheese

Cara Membuat :-)
Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang 7 x 7 x 3 cm (jun guna ramekin..)Parut kentang, dan perah buang sikit airnya. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis.

WORLD OF BREAD

Yang ni tak payah letak resipi lah yea, sebab ini cuma experiment yang mat buat, saja suka2...hehehe..Yelah cuma dari adunan asas je kita boleh bentuk macam2.. Mat cuba buat roti ulat gonggok, roti bunga, roti tocang dan juga roti simpul...kalau rasa nak cuba boleh rujuk resipi kat sini...

SPAGHETTI RINGKAS

Hari ni mat masak lewat....jadi untuk makan tengah hari, kita balun spaghetti u!!...Tapi guna sos segera dalam tin (seperti gambar dibawah). Walau bagaimana pun, kena lah kreatif tak boleh lah main lambak je sos tu buta2.....

Bahan-Bahannya :-)
350 g spaghetti
2 batang sosej ayam berkeju "AYAMAS", dihiris nipis
6 - 7 biji tomato ceri, potong dua
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh herba oregano
1/2 camca teh herba basil
1 tin sos spaghetti "Prego" tom yam
Daun ketumbar untuk hiasan
Garam secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya (olive oil)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang putih dan masukkan bawang besar, tumis hingga layu. Masukkan sosej, capsicum dan juga sos spaghetti. Gaul rata dan tambah sedikit air. Masak hingga sedikit pekat.
  2. Tambah garam dan herba oregano serta basil, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. Rebus spaghetti seperti arahan pada bungkusan (mat tambah masa rebus lagi 4 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, gaul rata.
  4. Ambil spaghetti dan masukkan ke dalam pinggan. Tuang sos dan hias dengan belahan tomato ceri dan juga daun ketumbar. Titiskan sedikit minyak zaitun (extra virgin) sebelum dihidangkan kalau suka.....

URAP PEGAGA

Jom kita makan urap pegaga.......no comment!!!

Bahan-Bahannya :-)
Pegaga secukupnya
1/4 cawan ikan bilis goreng
1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa yang sedikit muda
1/3 cawan ikan bilis, rendam 10 minit, toskan
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*(*ditumbuk lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Pegaga dibersihkan, cuci dan tos hingga kering. Kerat kecil dan ketepikan. Gaul kelapa bersama bahan2 tumbuk hingga rata.
  2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga hingga rata dan goreng tanpa minyak dalam kuali selama 3 - 4 minit. Kemudian alihkan ke dalam bekas. Tabur ikan bilis goreng dan boleh dihidangkan...

Monday, March 17, 2008

GULAI AYAM PEKAT

Hari ni masak Gulai Ayam Pekat, kalau dapat ayam kampung lagi sedap, tapi ayam kat rumah ni kebanyakkannya tengah off season (tengah bertelur)...jadi mat gunalah ayam daging....Sedap dicicah roti canai, roti biasa atau lempeng pekak!!....

Bahan Utama :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil jusnya
1 camca besar gula Melaka
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

Bahan Tumis :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan. Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan.
  3. Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Sunday, March 16, 2008

CINNAMON ROLL

Untuk minum petang hari ni, mat buat cinnamon roll....sedap, lembut dan harum, tak delah rasa aroma "kulit kayu manis" terlampau kuat, cuma rasa sipi2 saja.....resipi basic sweet dough dari "Kak Noraini"......Jom kita buat......

Bahan Doh :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula halus (gula kastor)
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g instant yeast
40 g shortening (lemak sayur)
250 ml air

Bahan Inti :-)
3 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis




Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
  2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
  3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......

IKAN BAWAL BERSOS THAI

Masakkan mudah dan sedap...wangi dan rasa yang esotik....sedappp!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 ekor ikan bawal sederhana besar
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
3 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

SERUNDING KELAPA DAGING

Serunding kelapa daging ni untuk mat..hehehe sedap makan dengan pulut, ketupat atau lontong...nyamannn bahhh!!!!

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan kelapa parut putih , pilih kelapa sedikit muda
200 g daging kisar
2 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*
1/2 cm halia*
3 batang serai, dihiris*(*dikisar bersama 1 cawan pati santan tadi)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga terbit minyak dan wangi. Tambah sedikit garam dan gula (gula kena lebih sikit anggaran 2 camca besar). Kacau rata dan masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Kacau rata daging dan masak hingga lembut. Tambah kelapa parut dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga serunding kering tapi masih lembap. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak sebentar lagi.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ketupat atau apa2 saja yang diingini....

GULAI UDANG & REBUNG

Jom kita berjamu selera dengan udang galah lagi!!! (tapi sayang, hidangan ini bukan untuk mat....sedihh laaa!!!!!!!)....Tapi tak pelah kita masak, dan tengok orang lain makan pun dah rasa puas dan kenyang...betul tak?...

Bahan- Bahannya :-)
800 g udang galah
1 ketul rebung segar
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1/2 inci belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepalanya, cuci dengan garam dan limau, toskan. Rebung dikupas, dan sagat nipis, cuci dan celur 10 minit, tos. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Tuang lagi 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2 dan ketepikan.
  2. Dalam belanga (atau periuk), satukan udang, rebung, serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar, gaul rata dan masak hingga udang kecut sedikit. Tambah santan no. 2 dan biar hingga mendidih dan masak hingga rebung lembut.
  3. Tambah santan no.1 dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

Saturday, March 15, 2008

SOTO AYAM

Mat rasa frust sikit lah hari ni.....rasa macam kecewa pulak sebab tak dapat jamu Kak Lina apa2 masa dia datang, asalnya nak masak soto, tapi kak lina sampai awal dari yang dijangka kan..Benar lah kata pepatah "kita merancang tapi Allah yang menentukan". Soto ni mat buat juga tapi sendiri lah yang makan, resipi mat tak sertakan sebab boleh dapat disini...

BUAH TANGAN DARI KAK LINA DAN KAK MON OF BRUNEI!!!

As'laikum semuaa..pagi tadi jam 9.36, hari Sabtu bersamaan 7 Rabiul Awal, mat terima tetamu yang tak asing lagi bagi pencinta dunia masakan dan novel, tak lain tak bukan Celebrity Chef dan juga penulis novel tersohor....Puan Norzailina Nordin @ Kak Lina @ Ho Ah Lin. Sebelum ini beliau pernah juga datang rumah mat. Terima kasih kak lina kerana sudi singgah dan membawa ole2 untuk mat dan juga bonda mat....

Dan dalam masa yang sama, kak lina juga menyampaikan buah tangan kiriman "kak mon of Brunei" yang femes dengan guli2 tuu. Terima kasih daun keladi kak mon....Piring tu cantik amat lahh....

Ini dia guli2 yang femes dari Brunei...cantik kan!!!.....Sayang u nak makan, tengok puas2 dulu...

Friday, March 14, 2008

KUIH GULUNG

Kuih Gulung @ Kuih Ketayap (sama ek?).....kuih yang biasa2 bagi rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Petang tadi mat buat kerana nak menghabiskan saki baki inti kelapa masa buat bun hari tu.....

Sedap dimakan semasa minum petang...nak beli boleh, tapi kalau buat lagi seronok dan puas....

Bahan-Bahannya :-)
300 g tepung gandum
4 camca besar tepung ubi
1 camca teh paste pandan
650 ml air
50 ml minyak masak
1/2 camca teh garam
Inti kelapa secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, kacau dgn whisk hingga rata.
  2. Masukkan pandan paste dan minyak masak, kacau hingga sebati dan tapis. Biar 10 minit. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak dan tuang 1/3 cawan adunan dan ratakan.
  3. Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. Alih ke dalam pinggan, sudu kan satu camca teh inti kelapa dan gulung kemas. Buat hingga siap.