BEN ASHAARI

Friday, February 29, 2008

NASI AYAM

Hari ni kita makan nasi ayam yeaa....Tapi dijamin lepas makan takkan sorang pun akan berkokok atau berketak macam ayam....ahakss!!!!!

Mat saja suka2 nak mencuba...kalau nak beli boleh dan senang, tak payah bersusah payah kat dapur....Tapi kalau buat sendiri puas hati wooooo!!!!!

Bahan Utama :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit
6 cawan stok ayam (resipi dibawah)
2 helai daun pandan
2 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih dititik

Bahan Stok Ayam :-)
500 g rangka ayam
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuib ayam "MAGGI"
2 batang serai
2 helai daun bay
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 sup bunjut Adabi*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*untuk kegunaan kemudian)

Bahan Perap Ayam :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih, dan kelar2
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Sos :-)
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji tomato*(*dikisar halus)
2 camca besar cuka makan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Lain :-)
Daun salad
Timun
Tomato
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK STOK :- Rangka ayam dicuci bersih dan masukkan dalan periuk bersama semua bahan2 untuk stok kecuali serbuk lada hitam dan sup bunjut. Tuang 3 liter air, masukkan garam dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih 30 - 45 minit. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Kemudian asing kan 6 cawan stok tadi untuk memasak nasi. Tambah sup bunjut dan serbuk lada hitam pada lebihan stok, didihkan 15 - 20 minit lagi.
  2. UNTUK AYAM :- Gaul semua bahan2 perap untuk ayam, tambah garam anggaran 1/2 camca teh, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap. Ayam boleh dipanggang atau digoreng hingga masak. Kalau goreng guna api sederhana.
  3. UNTUK SOS :- Campurkan bahan kisar halus bersama sos cili, sos tomato, gula dan garam. Masak atas api perlahan hingga pekat. Tambah cuka dan gaul rata. Masak sekejap lagi dan sesuaikan rasa. Angkat dan sejukkan.
  4. UNTUK NASI AYAM :- Toskan beras tadi dan masukkan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan masukkan daun pandan, halia dan bawang putih titik tadi. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, gemburkan nasi menggunakan chopstick...
  5. CARA MENGHIDANG :-Ayam tadi dipotong kepada bahagian2 kecil, ceduk kuah sup dan tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Senduk nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Hidangkan bersama ayam, sos dan sup....boleh lah menjamu selera...

Thursday, February 28, 2008

AT "TAG" BY MAMA LYDIA....HO HO HO...

Been tagged by Mama Lydia for My Favalinks, to share my favourite links with others. Here come the rules first:
  1. Blogger being tagged is to list out 5 of his/her favourite links. These links can be business links, favorite sites, affiliate links, whatever you want BUT must be clean and non X-rated sites.
  2. Then, tag 5 bloggers to share the links.
  3. Also, please link back to the person who tagged you.

My favalinks :-)

  • Bread Net :- Tempat mencari2 idea pasal roti....
  • Cupcake Bakeshop :- Boleh dapat macam2 woo kat sini!!!
  • Filatelic.com :- Kalau minat kumpul setem..sini lah tempat diaa!!!!
  • Top Tropical :- Tip untuk gardening dan gambar2 pun cunnn...
  • HSL :- Senang kalau nak tengok peralatan elektronik untuk dapur..
I would like to tag...
  • Datin Jun
  • Kak Ummi
  • Evita
  • Edazman
  • Mak Dara

GULAI JANTUNG PISANG

Hari ni masak jantung pisang, mat saja2 letak tempoyak, bagi yang tak makan tak payah lah letak, dan rasa dia masih lagi mengancam maut uuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 biji jantung pisang nipah
10 - 15 ekor udang sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan pati santan
1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

Wednesday, February 27, 2008

BUN KELAPA

Atas permintaan ayahanda mat yang nak makan bun kelapa, mat pun buat lah untuk minum petang hari ni.....
Bun ni senang dan lembut, inti kelapa dia hasil dari pokok kelapa yang ada dekat rumah...

Bahan Doh :-)
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner

Bahan Inti Kelapa :-)
2 1/2 cawan kelapa parut putih (guna kelapa kulit basah)
60 g gula melaka
50 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 - 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK INTI KELAPA :- Gula melaka dipotong kecil2 dan satukan bersama gula pasir dan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis air gula tadi ke dalam kuali. Masak hingga gula berbuih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Gunakan api perlahan.
  3. UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 - 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 20 biji bun...





Tuesday, February 26, 2008

PUDING PERMATA

Resipi kutip kat blog kak jun, dan kak jun pulak kutip kat MyResipi. Rossitamz tuan punya asal resipi. Tapi mat buat agar2 coklat dia tu belum keras sangat dah hasil tak secun kak jun buat. Tapi rasa not bad!!!..

Bahan A :-)
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2

Bahan B :-)
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2.
  2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong...

Monday, February 25, 2008

TEMPE SIRA PEDAS


Masa pergi beli barang2 dapur hari tu, ternampak tempe yang dijual berbungkus plastik, terus teringat tempe yang nita buat di United Kingdom tu..hahahah....Jadi mat pun beli 2 bungkus untuk buat satu kudapan yang memang sedap dan mengasyikan

Bahan-Bahannya :-)
2 keping tempe (jenis yang dibuat dalam plastik)
2 cawan ikan bilis, dibelah dua
3 biji bawang besar, hiris nipis
7 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh garam
3 - 4 camca besar gula pasir
1 camca besar cuka makan/jus lemon

Cara membuatnya :-)
  1. Tempe dipotong kepada 3 atau 4 bahagian, kemudian hiris nipis2 (kalau guna tempe tradisi, yang bungkus guna daun, tak payah potong, terus hiris nipis2). Ikan bilis dicuci dan rendam 5 minit, kemudian perah dan toskan.
  2. Gunakan api sederhana, goreng tempe hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan dan akhir sekali, goreng bawang besar hiris hingga sedikit garing, angkat dan toskan juga.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 camca besar. Tumis bawang putih tumbuk bersama cili kisar hingga garing. Masukkan cuka, garam dan gula, kacau hingga pekat dan berbuih. Masukkan tempe, ikan bilis dan bawang tadi. Gaul rata2 dan masak sekejap, gunakan api kecil. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

HATI GORENG REMPAH

Rasanya kan setahun lebih mat tak masak hati lembu...Jadi hari ni rasa macam teringin nak makan hati lembu, kat rumah biasanya masak kicap atau dilempap sahaja, kali ni nak cuba goreng berempah..hmm sedap, harum dan hangat....

Bahan Utama :-)
650 g hati lembu
2 batang leek, dibersihkan dan kerat2 1 inci
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji cili merah, dihiris serong
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair
1 camca besar gula melaka
Sedikit garam jika perlu

Bahan Kisar Halus :-)
40 g halia
4 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris nipis hati lembu, gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Biar 10 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula melaka. Gaul rata.
  3. Masukkan hati lembut dan gaul hingga mesra. Kecilkan api dan masak hingga hati lembut. Masukkan hirisan leek, bawang besar dan cili hiris. Gaul rata.
  4. Biar masak 5 - 7 minit lagi atau hingga pekat. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat....

Sunday, February 24, 2008

SAGO PEARL PUDDING

Resipi dari "Gert"....dia buat cantik dan comel2...geram wooo!!!! Itu yang teruja sangat nak mencuba, rasa sedap dan rupa pun cun....kalau rajin boleh cuba buat yeaa....

Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)
  1. Redam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
  2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
  3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
  4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
  5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
  6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!

MEE REBUS 2

Masa merayap2 kat blog Noreen, ternampak dia buat mee rebus, rasa mat pernah buat dulu tapi saja nak cuba versi noreen punya, resipi asal dari Norzailina Nordin....

Bahan-Bahannya :-)
450 g daging
500 g keledek (kalau dapat yang kaler orange)
2 camca besar tepung jagung
3 camca besar air
6 camca besar minyak masak
15 tangkai cili kering*
4 biji buah keras*
3 cm lengkuas*
2.5 cm halia*
10 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
4 camca besar taucu*
2 camca besar udang kering (rendam 10 minit dan toskan)*
1 camca teh lada hitam serbuk*(*dikisar hingga halus)

Bahan Lain :-)
Mee kuning, dicelur dan toskan
Tauhu, digoreng, dan hiris nipis
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap (tak letak sebab lupa beli)
Hirisan cili hijau/merah
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua

Cara membuat nya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
  2. UNTUK KUHNYA :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama2 stoknya. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih. Bancuh tepung jagung bersama air, kacau rata dan masukkan ke dalam kuah mee, masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
  3. PENYEDIAAN MEE REBUS :- Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi....hmm sedappp!!!!

UBI KELEDEK GORENG

Tadi mat goreng keledek yang lebih buat kuah mee rebus, sedap dan manis keledek kaler orange ni. Mat ikut style "Kak Hajar" goreng, sedap sebab ada bubuh bijan dalam tepung gorengan dia. Untuk resipi boleh klik disini....

Thursday, February 21, 2008

KUIH TIRAM


Hari tu mat chat dengan "Shamen", dan bercerita pasal resipi yang kak lina tanya, Fidah (Shamen tu nama abah dia!!) dengan baik hati dia (di Australia) sanggup call ibu dia yg berada di Malaysia untuk bertanya resipi. Dia kongis dengan Mat, semalam fidah buat, hari ni mat pulak buat.....Jom cuba.

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung gandum
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
6 camca besar tepung jagung*
6 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau hingga menjadi paste)
Gula kastor secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :-)

  • Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  • Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).
  • Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.
  • Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.
  • Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan goreng...tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

Tuesday, February 19, 2008

KUIH KERIA

Dan dengan rasminya, keledek yang dah lama "menjanda" kat dalam bakul tu menjadi kuih yang sedap dan lembut dan nyamannn bahhh..ahakss, alah cuma kuih keria saja, kuih biasa yang mak2 kita buat dulu, tapi kali ni, bukan mak yg buat okeyy....'anak mak" yang buat!!!!!

Bahan-Bahannya :-)
600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
  5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!
  6. CATATAN MAT GEBU :- Jumlah tepung bergantung pada jenis keledek, jika gunakan keledek kaler orange, perlu tambah tepung...

~:Kuih keria yang baru siap digoreng.....makan macam ni pun sedap uu!!!!:~

CUSTARD FRUIT BUN

Jom kita makam "Custard Fruit Bun"....kira sekarang ni musim roti sedunia. Nak menghabiskan stok2 dalam simpanan ni bukan senang, kena pandai leerrr.....

Oleh yang demikan jom lah cuba buat......Resipi mat tak sertakan kerana menggabungkan beberapa resipi lepas....harap maklum.

Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian doh roti, boleh rujuk disini...
1 bahagian pastry cream, boleh rujuk disini....
1/2 cawan susu segar
Sedikit mentega
Buah peach, dihiris
Sedikit strawberry pie filling

Cara membuatnya :-)

  • Bagi doh kepada beberapa bahagian (berat satu bahagian = 50 g), bulat2 kan dan rehatkan 10 minit. Kemudian leperkan setiap satu sebesar tapak tangan, alih ke dalam layang yang telah di sapu sedikit mentega dan biar hingga kembang (lebih kurang 45 minit). Kemudian tekan2 dengan hujung jari dibahagian tengah doh yang tembam tadi, buat ruang untuk diisi dengan custard.
  • Custard tadi, dibancuh dengan 1/2 cawan susu segar, kacau hingga rata hingga custard sedikit cair. Sudukan 1 camca besar ke dalam doh tadi, ratakan.
  • Susun buah peach dan sudukan sedikit mentega. Buat hingga siap. (mat buat 6 biji bun yang ada buah peach).
  • Dan sudukan 1 camca teh strawberry pie filling dan corakkan menggunakan chopstcik (mat buat 6 ketul juga). Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 15 -20 minit, atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan sebelum dihidang.

KARI IKAN ZA

Kari Ikan Za, mat dah simpan resipi ni lama..Baru dapat mencuba hari ni..sedap u, lagi2lah makan dengan roti canai atau lempeng pekak, tak pun roti jala...terima kasih pada "Zaliana" dari Jurnal Rasa....

Bahan Utama:-)
5 keping daging ikan tenggiri (mat guna ikan senangin)
2 cawan santan pekat (mat guna 1 cawan saja)
1 camca besar jus pekat asam jawa
4 biji bendi (mat guna terung)
1 biji tomato, belah (mat guna tomato ceri)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :-)
1 camca teh jintan putih
1 camca teh jintan manis
1 camca besar ketumbar biji
3 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Bahan Tumis :-)
1 camca teh halba campur
8 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan terung (atau bendi) dan ikan, masak hingga terung lembut. Tuang santan dan masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man....

SAMBAL TAMBAN & TERUNG PIPIT

Sekarang macam tak musim pulak terung pipit ni..itu pasal dapat skit je. Jadi mat masak sambal dengan ikan bilis tamban yang lemak...ishh sedapp uu!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 genggam ikan bilis tambah yang telah di buang sisik dan tulang tengah
1 cawan terung pipit
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 cili kisar
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :-)
  1. Rendam ikan bilis tamban tadi hingga lembut. Toskan. Terung pipit ditumbuk, tapi jangan hancur, cukup pecah2 saja. Rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan sambung menumis hingga cili garing. Masukkan ikan bilis tamban dan terung pipit tadi, gaul rata.
  3. Tuang jus asam jawa dan perasankan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok, boleh angkat dan hidangkan..

Monday, February 18, 2008

SLICE CHEESE CAKE

Sedap, lemak dan tak manis itu je yang mat boleh kata pasal "Slice Cheese Cake" ini. Resipi dari "Onigiri"....teknik membuatnya mudah dan ringkas...

Bahan-Bahannya :-)
4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2
200 ml susu segar
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
  4. Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang dalm tin kek berukuran 20 cm yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
  6. Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...

Sunday, February 17, 2008

SOSEJ ROLL

Sekarang ni macam musim orang buat sosej roll...jadi Mat pun buat juga, untuk resipi roti dia Mat guna resipi bun "Kak Lina"....Mat buat sebahagian dari resipi dibawah dan boleh dapat 10 ketul sosej roll....

Bahan-Bahannya :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"), dicelur 5 minit dan toskan

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Canai doh potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan Bbkar dalam oven pada suhu 180C selama 15 - 17 minit.
  3. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

ASAM PEDAS IKAN PARI

Sedapnyaa makan asam pedas ikan pari dengan nasi hangat, ulam2man dan kalau ada petai lagi laah sedapp...ishh, terliur pakcik!!!

Bahan Utama :-)
600 g ikan pari (1 kati)
2 biji terung bulat
2 biji tomato, belah 4 setiap biji (mat guna tomato ceri)
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 genggam daun kesom (tak letak sebab tak de stok)
Garam an gula secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 keping nipis hirisan halia
1 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya :-)
  1. Potong2 ikan pari, perap dengan jus limau dan garam 10 - 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terungm dikupas kulit, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Tuang air (anggaran 700 ml atau mengikut keperluan).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan pari dan terung (toskan dulu). Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut dan ikan masak.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....Fuhh!!! berpeluh u makan!!!

Saturday, February 16, 2008

NASI LEMAK HIJAU

Satu resipi yang dah lama mat teringin nak buat, "Nasi Lemak Hijau", rasa dia seakan2 nasi beriani tapi versi nasi lemak, sedap dan harum ala2 bau kuih bakar pandan....
Resipi asal mat dapat dari "Amy Beh", tapi dah modifey sikit. Boleh dimakan dengan sambal udang, ikan goreng, telur dadar, ulam timun dan tomato atau dengan apa2 jelah yang rasa sesuai...Jom kita cuba..

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan
1 biji kelapa diparut
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Sampingan :-)
Sambal tumis udang (resipi dibawah)
Hirisan timun
Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng
Telur dadar

Cara membuatnya :-)
  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!

SAMBAL UDANG

Sambal Udang ni mungkin dah biasa bagi semua, tapi mat nak juga letak resipi dia, manalah tau kot2 lain sikit kan, sapa tauu!!!

Bahan-Bahannya :-)
300 g udang sederhana besar, dibersihkan (mat tak buang kulit)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar gula
Garam dan sebuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya :-)
  1. Udang digaul dengan sedikit garam, goreng hingga 3/4 masak, angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan jus asam jawa, gula, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit garam. Masak hingga hampir pekat. Masukkan udang tadi dan masak hingga udang betul2 masak dan sambal pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.

Friday, February 15, 2008

THAI RED CURRY

Jom kita cuba buat "Thai Red Curry".......sedap, boleh makan dengan nasi atau roti, lempeng pekak pun ok gak juga!...

Bahan Utama :-)
200 g udang sederhana besar, dibersihkan
1 biji terung bulat, kupas kulit, potong kecil
1 biji tomato, belah 6
10 kuntum cendawan butang dalam tin
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
10 biji cili padi siam, diketuk
3 camca besar sos ikan
1 camca teh gula
Sedikit garam jika perlu
1/2 cawan pati santan
800 ml air (atau ikut keperluan)
2 camca besar "Thai Red Curry" paste (mat guna yg dah siap, kalau rajin nak buat, resipi dibawah)
1 genggam daun selasih/sweet thai basil
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
6 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris
1 cm halia, dititik

Bahan-Bahan untuk Thai Red Curry paste :-)
Bahan A:-
100 g bawang merah kecil
50 g bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
2 batang serai
1 biji limau purut, di parut kulitnya
1 akar pokok ketumbar, cuci bersih2
20 biji lada putih
1 camca teh belacan

Bahan B:-
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
5 camca besar cili kisar
2 camca besar garam

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK THAI RED CURRY PASTE :- Kisar semua bahan A hingga betul2 halus. Kemudian masukkan semua bahan B dan gaul hingga sebati. Sipa untuk digunakan.
  2. THAI RED CURRY :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah/putih hiris dan halia ketuk. Bila harum, masukkan pes kari dan sambung menumis hingga garing. Masukkan air, daun limau purut. Bila mendidih, masukkan terung dan cendawan, bila terung 1/2 masak, masukkan udang dan perasakan dengan sos ikan dan gula. Bila mendidih, tuang pati santan dan masukkan tomato, serta belahan cili padi. Biar mendidih perlahan.
  3. Akhir sekali masukkan daun selasih dan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh diangkat untuk dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man.


Contoh "Thai Red Curry" paste yang mat gunakan, boleh didapati di "Giant" dan "Tesco".

Thursday, February 14, 2008

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus ni mat pernah buat dulu, tapi yang mat buat dulu pada gambar dia ada sedikit kecacatan yang tidak menyenangkan perasaan. Jadi hari ni mat buat kek yang sama untuk menggantikan kek coklat kukus yang lepas..terima kasih mat pada "ned4sam", salah sorang pengunjung blog mat yang begitu prihatin.....Ok ini resipi kek kukus coklat.

Bahan-Bahannya :-)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
  2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
  4. CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.

TAG FROM EDAZMAN....

Semalam Mat dapat Tag dr EDAZMAN....Tengah boring gila ni best gak jawab2 tag..so inilah jawapannya.....

Soalan dan jawapannya...
1. Name one person who made you laugh last night?
~: Tak de sapa...Kang kalau gelak, ada pulak "awek" cun ikut gelak sama...seramm wooo!!!!

2. What were you doing at 0800?
~: Biasa laa..siapkan diri untuk melakukan kerja2 yang mendatangkan hasil..

3. What were you doing 30 minutes ago?
~: Chat dengan Shamen (Fidah), shamen tu nama abah dia!!!

4. What happened to you in 2006?
~: Banyak benda berlaku, tak bley tulis takut kena block nanti

5. What was the last thing you said out loud?
~: JOM MAKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

6. How many beverages did you have today?
~: 2 kali, sarapan dan makan tengah hari....

7.What color is your hairbrush?
~: Coklat.

8. What was the last thing you paid for?
~: Barang shopping kat Giant semalam...lomah lutut den tengok RM beralih tangan..

9. Where were you last night?
~: Kat rumah leerr, merayap kat blog2 orang lain.

10. What color is your front door?
~: Coklat, kaler kayu balak.

11. Where do you keep your change?
~: Dalam tabung botol bedak Ammens

12. What's the weather like today?
~:Panas kejap, pastu mendung dan berangin....nyamann bahh

13. What's the best ice-cream flavor?
~: Semua suka, asalkan ice-cream

14. What excites you?
~: Bila buat kek atau apa2 je resipi baru, menjadi dan sedap!!!

15. Do you want to cut your hair?
~: Nak juga tapi nanti2lah, sebab dah 2 tahun tak potong rambut...

16. Are you over the age of 25?
~: Yep...32 dahh..

17. Do you talk a lot?
~:
Bergantung pada keadaan dan situasi...kalau tido tak cakap laah!

18. Do you watch the O.C ?
~: Tengok sekali imbas dan tak perasan pun kat TV mana.

19. Do you know anyone named Steven?
~: Tak perasan pulak sebab kat sini ramai cina nama Steven

20. Do you make up your own words?
~: Sometimes...

21. Are you a jealous person?
~: Jeles yang membina, ada lah, kalau jeles nak exsen2...sorry!!!

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
~: Adnan...eh! itu aku leerr..hehe tak ingat, sebab selalu panggil nama pendek je.

23. Name a friend whose name stars with the letter ' K '?
~: Kamarul....sapa lagi ek...arghhh tak bley ingat leer..

24. Who's the first person on your received call list?
~: Kak Umi-E....

25. What does the last text message your received say?
~: Dapat udang galah 1 kg!!!!

26. Do you chew on your straw?
~:Banyak keje lain boleh buat...

27. Do you have curly hair?
~:Tak, lurus, tapi ada juga part yg keriting...hehehe

28. Where's the next place you're going to?
~: Ke rumah sebelah (rumah lama)

29. Who's the rudest person in life?
~: Tak de pulak, sebab kalau ada pun macam tak perasan.

30. What was the last thing you ate?
~: Mee hoon makan dengan sup ayam kampong...

31. Will you get married in the future?
~: Insya Allah...and no comment..

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
~: Tak ingat sebab jarang tengok2 movie ni, panggung wayang pun baru 2 x masuk seumur hidup!!!

33. Is there anyone you like right now?
~: Semua yang baik2, mat suka laaa...

34. When was the last time you did the last wishes?
~: Ni masa tulis , buat juga wish..

35. Are you currently depressed?
~: Kadang2..biasa lah manusia...

36. Did you cry today?
~: Tak, sayang air mata u..

37. Why did you answer and post ni?
~: Sebab dah diTag, kenalah jawab...hehehehe

38. Tag 5 people who would do this survey.
~:
Puteri Hang Li Po
~: Megat Panji Alam
~: Laksaman Cheng Ho
~: Stamford Raffles
~: Vasco da Gama

Wednesday, February 13, 2008

CROISSANT

Teruja sangat tengok "Kak Rozie" buat croissant, jadi mat cuba2 lah buat juga, resipi asal dari Alex Goh...walaupun tak secantik mana, tapi rasa ok, not bad at all!!!!!



Lebih2 doh tu, mat buat croissant seperti gambar di atas, sedap dimakan bersama jem..yum yum!!!

Bahan-Bahannya :-)
210 g tepung roti (high-protein flour)
90 g tepung gandum
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
30 g gula halus
1/2 camca teh garam
15 g susu tepung
2 camca teh instant yeast
180 ml air ais
45 g mentega
120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)

Cara membuatnya :-)
  • UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • PENYEDIAAN DOH UTK CROISSANT :- Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan. Keluarkan doh dari freezer, canai doh sehingga 1 cm tebal. Letak pastry margarine pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastry margarine.
  • Canai doh berhati sehingga menjadi 1 cm tebal, biar doh menjadi segi empat memanjang.
  • Lipat doh seperti dalam gambar di bawah.
  • Kemudan canai memanjang ke hadapan seperti dalam gambar.
  • Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.
  • UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :- Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.
  • Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi, canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.
  • Gulung dari belakang ketat2 secara berhati membawa ke depan sehingga ke bucu doh, kemaskan. Bengkokkan kiri dan kanannya supaya membentuk seakan2 bulan sabit.
  • Alih doh yang siap dibentuk ke dalam loyang yang telah di lenser sedikit mentega, Buat hingga siap dan biarkan 45 minit sehingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit atau hingga masak. Bergantung pada keadaan oven masing2...Selamat mencuba untuk semua!!!!