BEN ASHAARI

Thursday, January 31, 2008

KUIH PAU

Hari ni merupakan hari "malas" bagi ah mat Gebu....malas nak tulis, malas nak komen, malas nak merayau2 dan malas nak marah2.....Tak pelah jom makan kuih pau....Resipi di bawah menghasilkan 10 biji kuih pau. Resipi boleh juga dapat disini..

Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

Wednesday, January 30, 2008

BASIL PRAWN


Udang goreng daun selasih, lebih kepada nuansa negara gajah putih, Thailand. Enak dimakan bersama2 nasi hangat dan ulam - ulaman segar...Mudah dan ringkas disediakan.

Bahan-Bahannya :-)
300 g udang besar
Secubit garam*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*bahan perap)
2 camca besar cili kisar
1/2 inci belacan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh gula
1 camca besar sos ikan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan daun selasih/sweet Thai basil
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Potong muncung udang, buang kotoran, cuci bersih, toskan dan perap dgn bahan perap 15 minit. Goreng udang hingga kulitnya bertukar warna kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 4 camca besar. Tumis bawang putih bersama2 cili kisar hingga harum dan garing. Masukkan belacan dan sedikit air. Hancurkan belacan tadi dan gaul rata bersama cili. Masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan gula, sos ikan, jus limau kasturi dan udang. Gaul rata dan akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan rasa jika ok, boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

Tuesday, January 29, 2008

KEK UBI KAYU

Kek Ubi Kayu..resipi dari "AlongRoz" dari MyResipi, kebetulan mat ada bekukan ubi parut lebihan buat kuih bingka ubi dulu. Rasa dia lembut dan tidak berapa manis sangat dan macam tak sangka ubi kayu boleh menjelma jadi kek, mat telah ubah suai sedikit dari resipi asal, minta halal yeaa AlongRoz!!...hehehe..

Bahan-Bahannya :-)
190 g mentega
160 g gula halus
3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan...

Monday, January 28, 2008

KUIH BAKAR JAGUNG

Hari ni untuk minum petang, buat kuih bakar jagung. Resipi dia mat kutip dari blog "Rozzan"...teruja tengok hasil rozzan buat dalam acuan baulu, mat pun buat dalam acuan kuih baulu juga. Guna acuan baulu antik, dan hasil dia memuaskan sangat.
Rasa kuih bakar jagung ni sedap dan sesuai dengan tekak orang2 melayu. Bolehlah dicuba kalau sudi...

Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung gandum
230 g gula pasir (mat guna 180 g)
400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
200 ml air
4 biji telur gred A
1 tin cream style corn
2 camca besar minyak sapi QBB (boleh ganti dengan mentega)
1 camca teh garam (mat guna 1/2 je)
3/4 camca teh pewarna kuning
1 camca teh serbuk vanillin (mat guna esen vanilla je)

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk hingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream styke corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Lenser dgn sedikit minyak sapi atau mentega. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar 40 - 50 minit dan jika bekas kecil (seperti acuan baulu), bakar 15 - 20 minit atau pun hingga masak.Bergantung pada saiz acuan dan jenis acuan.

Sunday, January 27, 2008

PRETZEL

Resipi asal dari Alma @ MyResipi, tapi mat beriya2 nak cuba bila tengok shamen buat...macam geramm pulak. Tapi teknik membentuk tu pada mulanya kekok skit, lepas 2 - 3 kali buat, terus ok dah, cuma masa mula membentuk, memang nampak macam pretzel, tapi bila doh roti tu dah naik montok, terus rupa pretzel jadi seakan2 sanggul Mak Bedah!!!!!

Bahan2 Doh :-)
1 1/4 cawan air
1 kuning telur
2 camca besar gula halus
1 camca teh garam
Sedikit lada sulah (mat tak letak)
3 1/2 cawan high protein flour (tepung roti)
1 camca besar instant yeast
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1 camca teh esen vanilla (tak letak dalam resipi asal)
1 camca teh bread softerner (tak letak dalam resipi asal)

Bahan Hiasan :-)
Putih telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan pukul sedikit dengan garfu)
Bijan untuk hiasan

Cara membuatnya:-)
  1. Satukan kesemua bahan2 doh dan gau hingga semua menjadi doh. Uli 25 - 30 minit untuk mendapaykan doh yg kenyal dan anjal. Bulat2kan, masuk dalam bekas dan tutup dengan plastic cling dan biarkan naik. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker (BM), pilih setting for dough dan tekan, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh kepada 20 bahagian (kurang lebih 45 g setiap bahagian), buatkan bentuk bebola dan ketepikan. Ambil sebiji doh, gentel hingga panjang kurang lebih 35cm, dan bentukkan menjadi pretzel. Alih ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit), sapu permukaan dgn bancuhan putih telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

BANANA & CHOC-CIP MUFFIN

Malam tadi sebelum masuk beradu, sempat jalan2 ke blog "Ujen", nampak banana & choc-cip muffin kat sana, terus teringat ada pisang masak, jadi hari ni mat pun cuba lah buat, memang sedap, lembut dan tak manis sangat. Mat cuma buat 1/2 dari adunan asal dan menghasilkan kurang lebih 12 - 13 biji bergantung pada saiz muffin cup masing2...

Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam (mat tak letak)*(*digauk rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip

Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
  • Satukan bahan2 A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar;
  • Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra.
  • Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2.
  • Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!!

Friday, January 25, 2008

SPONGY CAKE

Spongy Cake ni mat buat semalam, nak masukkan dalam blog punya lah seksa, server slow sangat, tapi hari ni ok pulak dah. Resipi mat dapat dari blog masak2 Dr No, dan ternampak pulak Kak Jun buat, terus teruja nak cuba....
Hasilnya tidak mengecewakan. Dari kek tu terbiar togel, jadi mat bagilah perias sikit, ala2 kadar je, itu pun sebab nak habiskan buah kiwi dan whipping cream yang masih berbaki....

Bahan-Bahannya :-)
4 biji telur gred A, asing kuning dan putihnya
1 cawan gula halus
1/3 cawan susu segar/air
1 camca teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan, digaul dan diayak)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, Gris loyang dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Gris juga permukaan kertas tadi . Ketepikan.
  2. Pukul putih telur hingga kental. Ketepikan. Pukul pulak kuning telur dengan gula halus hingga berkrim. Masukkan susu segar dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Kaup balik putih telur tadi dengan adunan kek. Gaul hingga rata dan tuang dalam tin. Bakar 12 - 15 minit (jika guna loyang bulat 9 inci, bakar 20 - 25 minit) atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan kek dan hias ikut suka. DALAM GAMBAR :- Mat gunakan krim putar, buah kiwi dan ceri bertangkai serta gula aising diayak..

MEE BAKSO

Sepatutnya petang tadi letak n3 ni, tapi 2 - 3 hari kebelakangan server internet slow sangat...ishh gerammmm, macam siput!!!....Petang tadi mat buat mee bakso untuk bonda berbuka puasa....Resipi sama macam "bakso ayam" cuma yang ni bebola dia dari daging lembu. Jadi mat cuma sertakan resipi untuk bebola daging lembut saja, dan untuk sup boleh rujuk pada resipi bakso ayam. Boleh cari di bawah label "Pasta Dan Mee"....

Bahan Untuk Bebola Daging :-)
500 g daging lembu cincang
25 g halia*
4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar kicap cair
2 camca besar hirisan halus daun sup
3 camca besar tepung jagung
1 biji telur
1 camca teh baking powder

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan pukul dengan sudip kayu selama 10 - 15 minit hingga adunan bersatu dan menjadi kenyal. Pukul satu arah sahaja. Jika nak senang, guna cake mixer yang dipasang alat pemukul ( "K" beater) dan putar pada kelajuan sederhana untuk 7 - 8 minit. Ketepikan sebentar.
  2. Basahkan tangan dan jari dengan sedikit minyak masak, cedok lebih kurang 1 camca tek adunan daging tadi dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap dan sedia di masukkan ke dalam sup.
  3. Apabila kuah sup bakso mendidih, masukkan bebola daging dan masak hingga bebola timbul, renihkan untuk 10 - 15 minit lagi. Boleh dihidangkan bersama mee.

Thursday, January 24, 2008

SAMBAL TELUR DAN REBUNG

Jom kita masak sambal tumis telur dengan rebung.....Mat guna telur ayam kampung, tapi telur ayam bandar pun boleh digunakan, jangan bimbang dan gusar, manakala rebung tu kalau tak de atau tak boleh makan tak payah letak pun tak pe...

Bahan-Bahannya :-)
5 biji telur, direbus keras
300 g rebung, cuci dan hiris nipis tapi tak putus
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci belacan*
1 keping hirisan halia*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas telur dan goreng dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Celur rebung hingga 3/4 lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk bersama cili kisar, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan rebung dan sedikit air. Masak hingga rebung lembut.
  3. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula, masukkan telur dan hirisan bawang. Masak hingga sambal pekat sedikit. Rasa jika ok, boleh diangkat.

Wednesday, January 23, 2008

ASAM PEDAS LADA HITAM KAK LIZA.....

Pedas, harum dan berangin..itu lah gambaran keenakkan asam pedas lada hitam "Kak Liza" ni...mat memang gemar sangat lauk2 macam ni...Lepas makan badan jadi panas...pastu mulut, hidung, telinga dan mata semua keluar "wap"....ahaks, silap2 sendawa keluar api!!!......Resipi bawah ni copypaste kak liza punya....mintak halal yeaa!!

Bahan Utama :-)
500 g ikan pari (mat guna ikan bawal)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
Air mengikut keperluan
Daun sup, dipotong pendek (mat guna 1 pokok sederhana)
Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuh Halus :-)
20 biji cili api (boleh kurangkan)
2 camca besar lada hitam (boleh kurangkan)
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
1 batang serai
2 ulas bawang putih
6 biji bawang merah kecil

Cara membuatnya :-)
  1. Basuhkan, rendam dengan asam limau, asam jawa dan garam. Bilas dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masak/terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan air (ikut keperluan) dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam dan belahan tomato. Renih kuah hingga sedikit pekat. Taburkan potongan daun sup dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.....""panasss""......

TELUR BERSALUT DAGING

Jom cuba buat telur bersalut daging pulak....mat guna telur puyuh. Kalau guna telur ayam boleh juga, tapi pilih ukuran paling kecil....Boleh dimakan bersama sos atau pun dibuat sambal tumis...

Bahan-Bahannya :-)
250 g daging cincang
16 - 18 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya@
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar cincangan halus daun sup
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur, dipukul sedikit@
1 cawan serbuk roti (mat guna yg siap dijual bewarna kuning)@


Cara membuatnya :-)
  1. Satukan kesemua bahan2 diatas kecuali yang bertanda @, ke dalam satu bekas, kacau hingga semua bahan bergaul mesra. Rehatkan 15 minit.
  2. Kemudian, sapu tangan dengan sedikit minyak masak, ambil kurang lebih 1 camca besar penuh bahan no 1, dan balutkan pada telur puyuh, kemaskan dan bulat2kan. Buat sampai siap.
  3. Kemudian celup setiap biji bebola tadi dalam bancuhan telur, angkat dan golekkan atas serbuk roti hingga rata. Buat hingga habis.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas kitchen towel. Hidangkan bersama sos kegemaran...

Tuesday, January 22, 2008

BUN COKLAT KAK LIZA

Ini dia bun coklat resipi "Kak Liza"....lembut, gebu dan montok u..ahakss, boleh buat minum petang, kalau suka boleh hias (atau pancitkan...hehehe) coklat cair atas dia, mat buat 1/2 adunan dari resipi dibawah, terima kasih Kak Liza...

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung berprotein tinggi
30 g tepung susu
20 g serbuk koko
100 g gula halus
11 g dry instant yeast
1 camca teh bread softerner (optional)
1 biji telur, dikacau dengan garfu
1/2 camca teh garam
250 ml air
80 g mentega
100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit. KAEDAH LAIN :-) Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT :-) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU ;-) Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji....

Monday, January 21, 2008

KEK MARBLE SUSU

Teringin nak mencuba kek marble susu Norzailina Nordin ni....walaupun tatau sapa nak makan (tapi tadi dah makan sepotong..hehehe). Dengar dari feedback orang2 yang dah membuatnya, semua kata sedap, lembut dan lemak.....
Ah Mat Gebu mana boleh tahan kalau orang asyik "goda" dengan perkataan2 macam tu, jadi hari ni try test laa buat tapi 1/2 adunan je, dan memang betul u, mengancammm!!!!..caya lah Kak Lina...tabikk sama luuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

NASI LEMAK 2...

Jom makan nasi lemak....walau pun seramm, makan lah sikit...buat syarat..hehehe....khas untuk bonda mat berbuka puasa tadi...

Bahan Nasi Lemak :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
6 cawan santan dari 1 biji kelapa
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
2 inci halia, dititik
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

Bahan Sampingan :-)
Sambal tumis
Timun
Telur (samada digoreng dadar, mata kerbau atau direbus)
Ikan goreng (nak ganti ayam goreng pun ok)
Kacang tanah goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Tuang santan dalam periuk nasi elektirk, masukkan serai titik, halia, daun pandan, bawang putih titik, belahan bawang besar dan garam. Tekan "ON" dan biar santan mendidih, kacau santan tadi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan. Biarkan nasi masak.
  2. Dengan menggunakan chopstick, gemburkan nasi tadi dan biar nasi tanak betul2. Kemudian boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan....Boleh leer makan..

NYONYA NASI ULAM

Nyonya Nasi Ulam ni khas untuk tekak Ah Mat Gebu...memang sedap, sihat dan beraroma. Ini boleh makan bertambah, tak yah dah ada lauk2 lain, senang hidup kan kalau makan nasi ulam ni, cuma perlu perah jus limau kasturi pada sapa yang suka masam2 sikit....jom sama2 makan nasi ulam....Idea asal dari "Amy Beh"...

Bahan Utama :-)
4 - 5 cawan nasi putih yang telah disejukkan (mat guna beras basmathi)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
2 ekor ikan kembung, dibakar dan ambil isinya, carik halus2
2 camca besar kerisik
Beberapa biji limau kasturi, dibelah dua

Bahan Perisa :-)
2 camca besar sambal belacan
1 camca besar sos ikan
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 camca besar gula halus
1 camca teh minyak bijan

Bahan Dihiris Halus :-)
3 helai daun cekur
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit muda
1 kuntum bunga kunyit (optional)
1 kuntum bunga kantan
2 tangaki daun kesum, ambil daunnya sahaja
2 tangkai daun selasih, ambil daunnya sahaja
6 helai daun kadok
2 batang serai, ambil bahagian putihnya
2 inci kunyit muda
2 inci halia muda
5 biji bawang merah kecik

Cara membuatnya :-)
  1. Gaulkan semua bahan2 perisa hingga sebati. Masukkan nasi bersama daging ikan kembung, kerisik dan udang kering tumbuk tadi. Gaul rata.
  2. Akhir sekali satukan semua bahan2 dihiris halus, gaul rata2 dan rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi sos ikan.
  3. Hidangkan segera bersama belahan limau kasturi.....yumm yumm!!!
~: Rupa bunga kunyit yang mat gunakan untuk nasi kerabu:~

GULAI PUCUK UBI & BILIS TAMBAN

Gulai pucuk ubi dengan bilis tamban untuk ayah mat.....dia suka lauk2 macam ni, ada ikan masin dan nasi putih hangat dan cukup.....

Bahan-Bahannya :-)
Kurang lebih 1 cekak pucuk ubi (kami petik kat kebun saja)
2 cawan bilis tamban
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
8 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dimesin halus)
Garam dan gula (jika perlu)

Cara membuatnya :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya. Cuci, toskan dan celur hingga separuh lembut. Toskan, cuci dengan air sejuk, perah dan potong kecil. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ikan bilis tamban dibuang sisik, belah dua dan buang tulang tengah, rendam 10 minit. Toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, asam gelugor, serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih atas daput. Gunakan api sederhana.
  3. Bila pucuk ubi lembut, tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika perlu). Masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan.

Sunday, January 20, 2008

KARI UDANG DENGAN REBUNG

Minggu "udang"..itu lah sepatutnya tema masakan minggu ini. Sebenarnya udang galah hasil tangkapan ayah Mat tu masih ada lagi dan kalau didingin bekukan terlalu lama pun tak sedap, baik masak. Hari ni mat masak kari udang dengan rebung. Rebung jenis ni agak sukar didapati di Johor. Yang ada ni pun khas diimport dari "Perlis".....

Bahan Utama :-)
600 g udang galah, dibersihkan, cuci dan tos
400 g rebung (seperti gambar dibawah)
1 biji kelapa, diparut
1 camca besar kerisik
2 keping asam gelugor
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar rempah kari ikan
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar Halus :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"

Bahan Tumis :-)
3 biji bawang merah kecik, dihiris halus
2 biji bawang putih, dihiris halus
2 tangaki daun kari
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaha
4 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh halba

Cara membuatnya :-)
  1. Celur rebung hingga 3/4 lembut dan dihiris2 halus tapi jangan putus seperti dalam gambar dibawah, cuci dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 2 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi, masukkan bahan2 kisar halus, serbuk lada hitam dan juga rempah kari. Kacau hingga rata dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan rebung dan udang, gaul rata dan tuang santan cair. Masukkan juga asam gelugor. Biar mendidih dan masukkan kerisik serta pati santan. Masak atas api serhana hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu. Kacau perlahan dan biat mendidih 2 - 3 minit atau hingga rebung lembut dan udang masak. Rasa dan jika ok, boleh padamkan api dan dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman....
~:Rupa rebung yang mat gunakan untuk masak dengan udang, rebung dibahagian depan yang telah dihiris nipis tapi tak putus dan dibelakang sekali rebung yang masih dalam keadaan asal:~

Saturday, January 19, 2008

OAT PRAWNS

Sedap, lemak, rangup dan lembut.....mat saja buat sebab bosan laa hari ni, cucaca mendung, hujan dan kebetulan anak2 buah tinggal sini, jadi boleh leer bagi dia orang bedal.....

Bahan-Bahannya :-)
500 g udang sederhana, besar, kupas kulit dan cuci bersih, toskan
1 biji telur*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau hingga rata)
3/4 cawan tepung beras
Oats secukupnya (kurang lebih 1 1/2 cawan)

Bahan Sos Marmalade :-)
2 camca besar Marmalade
2 camca besar sos cili
1 camca teh kicap cair
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji cili padi merah, cincang halus
1 camca teh cuka makan
2 camca besar air suam

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK UDANG OATS :-) Udang yg telah ditoskan tadi disalut dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali golekkan dengan oats hingga menyaluti keseluruhan udang. Bua sampau habis. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan, jangan goreng banyak2, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat toskan minyak dan letak atas paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos marmalade.
  2. UNTUK SOS MARMALADE :-) Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama udang tadi. Jika tak de marmalade, boleh juga guna jem apricot...Selamat mencuba!!!!

Friday, January 18, 2008

ROTI KENTANG

Dah petang ni..Jom makan roti kentang dengan air kopi halia....teh beng pun ada jugak, nak susu, boleh tambah!!....Jemput makan. Hari tu Kak Jun buat roti kentang, pi jalan2 kat dapur Kak Hani, dia buat roti juga tapi inti kacang merah....Hari ni mat pulak buat roti. Resipi asal dari "Onigiri" dari MyResipi.....

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek
300 g tepung roti
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver (tak de dalam resipi asal)

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega (mat guna muffin cup bersaiz 5 inci) dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

~: Doh roti yang siap dihias dengan cream custard, sedia untuk dibakar:~

DAGING KICAP "PANAS"....


Daging Kicap "Panas"...sebab apa panas....sebab masakan ni memang "~PANAS~"....... :-0..

Bahan-Bahannya :-)
1 kg daging batang pinang, potong ketulan sederhana besar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 camca besar sos lada hitam
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
1 cawan kicap manis
1 camca besar jus asam jawa
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan sos lada, kacau rata dan masak hingga terbit minyak dan cili garing. Masukkan daging, gaul rata dan tuang air.
  2. Masukkan kicap dan biar mendidih hingga daging lembut. Masukkan jus asam jawa, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan cili. Kacau rata masak hingga bawang lembut dan daging empuk.
  3. Rasa dan jika ok, boleh diangkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam - ulaman..

Thursday, January 17, 2008

LEMAK CILI PADI IKAN & REBUNG

Tak bley tahan kalau tengok masak lemak cili padi dengan rebung.....macam terlupa bab kolestrol....arghhhh!!!..tak pe makan sikit......Khas untuk bonda mat berbuka puasa hari nie..

Bahan Utama :-)
5 keping ikan merah (ikan lain pun ok)
1 biji kelapa parut
1 tin rebung, toskan
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula (jika suka)

Bahan Tumbuk Lumat :-)
1/2 cawan cili padi kampung
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci bersih kepingan ikan dan toskan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci rebung dan toskan, hiris nipis dan ketepikan.
  2. Dalam belanga, masukkan serai titik, dan bahan tumbuk halus. Tuang santan cair, kacau rata dan tenggekkan atas dapur dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan rebung dan ikan, masak hingga ikan 3/4 masak. Tuang santan pekat dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu.
  4. Bila mendidih, tuang jus limau kasturi dan kacau perlahan. Biar mendidih atas api perlahan untuk 1 - 2 minit. Rasa kuahnya, jika ok, boleh matikan api. Hidang bersama nasi hangat dan ulam2man..

TELUR PINDANG...

Biasa lihat atau dengar "Telur Pindang"?..Bukan telur yang di masak pindang, tapi sejenis telur rebus dengan rempah ratus terpilih dan herba2. Selalunya di negeri Johor, telur pindang menjadi kebiasaan untuk majlis kenduri kahwin atau pun yang seangkatan dengannya. Tapi zaman sekarang kurang sangat dan boleh dibilang dengan jari majlis2 yang menyediakan telur pindang sebagai salah satu berkat untuk tetamu dibawak balik.
Mak Cik mat, yang dok di JB, dia memang kira pakar lah membuat telur pindang. Telur perlu dicuci dan rebus bersama rempah ratus, herba2 dan kicap selama 4 hari 4 malam!!!...Lama kan, tapi teknik merebus dia tak sama macam merebus telur biasa, hanya menggunakan api terkecil...dan air cuma panas2 suam. Jangka hayat telur pindang agak "panjang" oleh kerana proses merebus dia yang panjang. Buat masa ni mat cuma boleh boh gambar saja, untuk resipi tu insya allah dalam masa terdekat...kena menuntut dulu....

UDANG MASAK SOS LAGI!!!!

Semalam ayah mat bawa balik hasil memancing yang agak lumayan, 2 kg udang galah!!!. Tapi yang mat masak ni udang yang kecil. "Jongkong" atau udang yang besar2 masih ada utk menu seterusnya. Atas pemintaan Bonda, mat masak jelah yang simple tapi memang mengekalkan rasa segar udang. Resipi sama mcm mat masak episode lepas.....jadi jom cuci mata semuaa!!

Wednesday, January 16, 2008

QUICHE TUNA BERKEJU

Jom kita minum petang...jemput makan "Quiche Tuna Berkeju" semuaa.....nak makan dengan sos pun boleh...nak makan dengan mayonnaise pun ok..
Tapi mat makan macam tu saja....eh!!..jangan malu, potong lagi, tambah.....

Bahan Pastri :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk bawang putih (optional)

Bahan Inti :-)
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung)
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 g parutan keju cheddar*(*untuk hiasan)

Bahan Kastard :-)
3 biji telur*
1/3 cawan susu segar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*dibancuh hingga rata)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PASTRI:-) Masukkan tepung, gula aising dan serbuk bawang putih (jika guna) dalam satu bekas. Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jadi sehingga adunan berupa serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastic cling dan dinginkan 20 minit. Tak pe jika telur tidak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI:-) Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bay leaf dan mix vege, gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam, pati ikan bilis dan juga susu. Kacau hingga semua sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan buang bay leaf. Ketepikan.
  3. PENYEDIAAN QUICHE TUNA BERKEJU:-) Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter 30 cm. Alihkan ke dalam acuan tart (mat guna yg berukuran 24cm) yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu. Alas doh dengan aluminiu foil, dan masukkan kekacang. Bakar 15 minit pada suhu 175C. Kemudian, alihkan aluminium forl dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastrad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan...Selamat mencuba!!

Monday, January 14, 2008

VIENNESE APPLE TORTE

Viennese Apple Torte...resipi unik dari Austria, memang unik dan sedap!!!!

Bahan Kek :-) (Mat buat 1/2 dari resipi dibawah dan guna tin berukuran (8 x 8 x 3) inci)
200 g tepung gandum*
200 g tepung jagung (corn starch)*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak 2 x)
1 camca teh esen vanilla
300 g mentega
250 g gula halus
100 ml susu segar
4 biji telur gred A
3 biji epal hijau, dikupas kulit, buang tengahnya dan hiris nipis
100 g kismis

Bahan Atas :-)
100 g gula halus
100 g mentega
150 g tepung gandum
60 g serbuk badam
Gula aising untuk hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser tin dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak dengan sedikit mentera. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata. Gunakan spatula jika masih ada saki baki tepung.
  4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Susun epal yg dihiris pada permukaan adunan. Buat hingga habis dan taburkan kismis rata.
  5. Satukan semua bahan2 utk topping, kecuali gula aising, gaul rata hingga menjadi seakan serbuk roti yg kasar. Tabur atas epal tadi dan bakar kek 30 - 40 minit hingga masak. Keluar dan sejukkan betul2 sebelum dikeluarkanb dari tin. Potong ikut suka dan ayak gula aising sebelum dihidang.

Saturday, January 12, 2008

ADA LAGI SATU AT'TAG'..DARI KAK HANI.....

TAG yang ni dah lamaaaa....bulan September 2007 ari tu...sebab sibuk dan macam ingat2 lupa, tu pasal tak buat...Oleh kerana dah terlanjur menyerang balas at'tag' kak combi, mat turut meningkatkan keupayaan diri menyerang balas at'tag' kak hani yang dah terperam lama dalam peti sejuk....Ampoon kak hani sebab lamaaa sgt baru dpt buat....


5 things in my beg :-)

- Kamera...wajib ada, senang nak skodeng
- Minyak angin (cap kapak, feberet pakcik tuuu)
- Handfon, paling wajib ada..
- Plastik beg, buat isi ulam2 yang dikutip kat tepi hutan
- Wallet, yang ni kalau tak de, baik dok rumah saja

5 things in my wallet :-)

- Duit Ringgit dan sen..wajib ada.
- IC..kalau tak de kang depa hantar aku balik Indon
- Segala kad2 terutama business kad kedai antik
- Kunci bilik dan kunci peti besi
- Senarai barang2 baking yang akan dibeli kelak

5 favorite things in my bedroom :-)

- Segala tok nenek buku2 masak dan majalah2...gherta tuuu!!
- Laptop and streaymx...ini kalau tak de, mati kutu guaa!!
- Kipas angin...hehehe..nyawa tuu!!
- Bantal ada 5 biji tapi yang guna 2 je (itu yang sedappp!)
- TV....untuk tengok cerita "hantu"..seremm!!

5 thing i wish to do ;-)

- Tingkatkan kemahiran memasak.
- Nak tanam pokok anggur, tapi tatau bila.
- Susun atur buku dan majalah2 yg menimbun banyaknya.
- Nak jadi lebih cekap bila tangkap gambar.
- Nak kumpul duit sebanyak mungkin.

5 things that i am doing know ;-)

- Dok tergolek sambil tulis tag.
- Tengok tv yang tayang tah apa2 cerita merepek, menciii tau!!!
- Belek2 buku masakan yang mengiurkan..arghhh.
- Jengah ke blog, manusia2 tersohor di M'sia ini!
- Picit jerawat yang tumbuh bawah dagu...mencii jugak!!!

5 people i would like to tag ;-)

- Mama Combi...
- Mama Jie...
- Ho Ah Lin
- Bapak Budin (buat leerr bila senang yeaa)
- Kak Umi-E

KENA AT'TAG' DENGAN KAK COMBI......


Untuk kak combi...wallpaper dalam laptop tak dak yang membunuh, simple je, dan cuma tertera pemandangan hadapan rumah baba dan nyonya peranakan dari Singapura....paling mat suka....Jadi dengan rasminya mat tak "TAG" sesapa lah yeaa pas ni....Cukup sampai disini sayanggg!!!!!...ahakss..

Friday, January 11, 2008

SHORTBREAD

Selamat petang semua...hari ni tak de lah masak yang gempar macam bom nak meletup, cuma sempat buat shortbread saja... Resipi asal dari buku "Cakes & Bakes"...dan telah mat ubahsuai sedikit untuk menepati citarasa sendiri. Shortbread ni kalau tak habis, boleh dihancurkan dan dibuat "base" untuk cheese cake.....

Bahan-Bahannya:-)
150 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
80 g gula aising (resipi asal guna 115 g gula halus)
150 g tepung gandum*
65 g tepung beras*
1/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/4 camca teh garam halus (kalau guna mentega biasa, tak payah bubuh garam)
Sedikit gula halus untuk ditabur

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser acuan tart berdiameter 9 inci atau tin segi empat berukuran 8 x 8 inci. Alas dasar tin dengan kertas. Jika guna acuan tart, tidak perlu dialas kerana dasarnya boleh ditanggalkan. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan putih. Masukkan garam (jika gunakan mentega tanpa garam) dan putar lagi. Perlahankan speed, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Keluarkan adunan dan satukan hingga menjadi doh. Alih ke dalam acuan dan tekat hingga rata. Gunakan belakang sudu untuk melicinkan permukaan doh. Cucuk2 dengan garfu dan buat garisan pembahagi sama besar sebanyak 8 bahagian (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Bakar 40 - 45 minit hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biarkan suam. Keluarkan dari acuan, dan potong berhati2 mengikut garisan pembahagi yang telah dibuat tadi. Asingkan bila shortbread betul2 sejuk dan tabur sedikit gula halus.
Contoh doh shortbread yang telah diisi dalam acuan dan dicucuk dengan garfu serta dibuat garisan pembahagi.

Thursday, January 10, 2008

STRAWBERRY CAKE

Sempena hari lahir Ah mat Gebu dan juga kaum kerabat keluarga serta teman siber, mat pun terpanggil untuk mencuba buat kek yang berhias dengan krim putar...tak pernah seumur hidup buat...kelako pun ada maklumlah, setakat membahagikan kek kepada 3 bahagian tu ok lah, bila nak melepa krim putar..aisey...kekok sangat....

Tapi..kira ok lah kan 1st try....Jadi kek ni khas untuk semua yang menyambut hari lahir pada bulan Januari...seperti...Ah Mat Gebu (itu guaa lahh!!), Aisha Nabila (anak sedara mat), Angah (abg gua!), Pn Jamaliah (bonda gua!), Kak Pah Sherry, Kak Hani, Mama Lydia (kalau tak silap laa), Del, Erni dan sesapa sajalah...Untuk resipi, jom kita lihat...

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka) :-)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain:-)
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling
Chocolate curls
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan puta hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 - 30 minit hingga masak. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.
  5. Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2...Selamat mencuba..

MEE HAILAM


Mee hailan yang mudah dan ringkas untuk berbuka puasa sempena Maal Hijrah 1429.....Salam Maal Hijrah untuk semua.....

Bahan-Bahannya:-)
1 keping dada ayam
2 keping fish cake
1 cawan isi udang
1 cawan hirisan lobak merah
1 batang leek, potong serong
1 kiub tulang rusuk "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
3 camca besar kicap cair
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, dititik
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air
Air secukupnya

Bahan Lain:-)
500 g mee kuning, cuci, celur dan toskan
Taugeh, dicelur (jika suka)
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawanh
Hirisan cili padi (jika suka)

Cara membuatnya:-)
  1. Potong dada ayam kepada potongan kecil, cuci, toskan dan gaul dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam, perap 10 minit. Potong fish cake sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bersama minyak bijan dalam periuk atau kuali. Tumis bawang putih cincang dan halia hingga wangi, masukkan daging ayam dan masak 5 minit. Masukkan udang dan potongan fish cake. Tuang sos tiram dan kicap cair. Kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1500ml).
  3. Bila mendidih, masukkan kiub tulang rusuk "MAGGI", lobak merah dan leek (boleh tambah sayur lain jika suka). Masak hingga lobak lembut dan masukkan serbuk lada hitam. Tambah bancuhan tepung jagung dan kacau rata, masak dengan api sederhana hingga kuah pekat. Rasa dan jika ok, matikan api.
  4. Isi mee dalam mangkuk, letak taugeh (jika ada) dan tuang kuah hingga hampir memenuhi mee. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, hirisan daun bawang/daun sup dan hirisan cili padi jika suka pedas..

FISH HEAD CURRY

Fish head curry atau kari kepala ikan....sedap leerr, kalau ada roti paun atau roti canai/prata pun sedap dimakan bersama kari ni....Kanak2 tidak digalakkan makan kari kepala ikan, takut bengap!!!!...

Bahan Utama:-)
1 kepala ikan merah atau apa2 ikan yg digemari, dibelah 2
2 biji tomato
5 - 6 biji kacang bendi (tak letak sebab tak de)
1 biji terung bulat (tak letak sebab tak de juga!)
1/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 camca besar rempah kari
1/2 cawan pati santan (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Air ikut keperluan
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar:-)
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai cili merah
1 inci kunyit
1/2 inci belacan

Bahan Tumis:-)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
3/4 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari

Cara membuatnya:-)
  1. Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau 10 minit, cuci dan toskan. Tomato, dibelah 2 setipa biji, kacang bendi dicuci, toskan dan terung bulat dikupas kulit, belah 6 dan rendam dalam air garam.
  2. Panaskan 1 cawan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah kari, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Tuang air dan masukkan serbul lada hitam. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan kepala ikan, bila mendidih masukkan kacang bendi dan terung, masak hingga mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
  4. Bila mendidih, masukkan santan/susu dan perasakan dengan garam dan gula (jika perlu), biar masak sebentar. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan...

CHEDDAR CHEESE MUFFIN



Muffin yang mudah, ringkas dan sesuai untuk yang baru berjinak dengan dapur......idea asal dari buku "Cakes And Bakes"......

Bahan A :-)
175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
50 g parutan keju cheddar

Bahan B :-)
50 g mentega, dicairkan
2 biji telur gred A
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus
1 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan C :-)
Sedikit parutan keju cheddar
Sedikit gula aising

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan 12 muffin cup atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tuang ke dalam bahan2 A tadi dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam bekas yang disiapkan tadi. Tabur dengan parutan keju cheddar dan bakar 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejuk. Ayakkan dengan gula aising dan hidangkan untuk minum petang...

ROJAK ASMA JB

Kalau kat Negeri Johor ni, rojak asma memang lah popular, kira rojak negeri Johor leer gamaknya........
Resipi ni mat dah dapat lama dan dari mana sumber dia pun dah lupa, kertas resipi tu pun dah bertukar kaler dan wajah....Walaupun rumit sedikit, tapi berbaloiii!!....

Bahan Untuk Kuah:-).
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).
100 g daun salad
3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan
2 keping tauhu, belah dua
2 keping tempe
200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan
200 g paru, rebus dan hiris nipis
100 g fish ball
1 biji timun, dipotong jejari
1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari
2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)

Cara membuatnya:-).
  1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api
  2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua siap.
  3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.

SAMBAL BERUPAH

Memang sedap kalau dimakan dengan ulam-ulaman, terima kasih pada "Kak Lina @ Ho Ah Lin", kerana sudi berkongsi resipi nie....

Bahan Sambal:-)
4 biji cili merah (mat guna 2 biji cili merah + 20 biji cili padi merah)
1 camca besar udang kering, rendam hingga lembut, toskan
3 camca besar kelapa parut putih
2 camca besar tempoyak
Sedikit garam dan gula

Bahan Ulam:-)
Daun selom
Petai
Ulam raja
Pegaga*
Timun*
Lobak merah*
Tomato*
Kobis*(*itu je yg ada dalam peti sejuk mat)

Cara membuatnya:-)
  1. Tumbuk cili dengan udang kering, bila hampir hancur, masukkan kelapa parut. Tumbuk lagi hingga lumat.
  2. Akhir sekali, bubuh tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama ulam-ulaman...

KUEH KASWI


Kueh Kaswi yang sedap, tak terlalu manis, dan ada rasa asli yang tersendiri. Resipi dari Blog Rozzan..kalau sudi bolehlah mencuba dan kelapa parut kalau boleh dapatkan kelapa yang tidak terlalu tua dan masih berkulit basah..(resipi ini akan menghasilkan satu loyang besar, boleh buat 1/2 dari resipi)..

Bahan A:-
450 ml air
350 g gula melaka, potong kecil2
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

Bahan B:-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
1 camca makan air kapur
2 camca makan air abu cang (boleh beli di kedai2 menjual bahan2 baking)
2 camca makan pewarna coklat

Bahan Lain:-)
Kelapa parut puith secukupnya
Sedikit garam

Cara membuatnya:-)
  1. Masak semua bahan A hingga larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua larut. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  3. Kukus 35 - 30 minit atas air mendidih, gunakan api sederhana. Jika menggunakan bekas2 kecil, kukus 10 minit. Biar sejuk sebelum dihidangkan bersama parutan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Kukus kelapa 5 minit untuk lebih tahan lama.

ORANGE BUTTER CAKE

Orange Buttercake, boleh dibuat dalam loaf pan atau dalam apa2 bekas kegemaran. Resipi dari "Alex Goh" dan menggunakan lemon. Oleh kerana lemon kehabisan stok kat rumah, mat ganti dengan oren......

Bahan-Bahannya:- (Mat guna 1/2 dari resipi dibawah)
250 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
250 g mentega
4 biji telur gred A
200 g gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
50 ml jus oren

Cara membutanya:-
  1. Putar mentega hingga putih, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih, putar telur dan gula halus hingga kembang seperti adunan baulu. Masukkan no. 1 sedikit demi sedikit dan putar perlahan hingga semua bersatu.
  3. Akhir sekali masukkan jus dan parutan kulit oren tadi, Gaul rata dan tuang dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak atau dalam muffin cup. Bakar pada suhu 175C selama 30 - 35 minit jika menggunakan tin dan 20 minit jika menggunakan muffin cup. Sejukkan dan hias ikut suka...

BLUEBERRY AND LEMON CHEESE TART

Blueberry And Lemon Cheese Tart...hmmm tak boleh nak kata apa dah..memang sedap, lemak, harum dan begitu nyamannn sekali.......idea asal mat dapat dari mana tak ingatlah sebab dah salin lama sangat....
Kalau tak percaya sedap, sendiri boleh cuba yeaaa...cuba buat. OK!!! Resipi seperti berikut yeaaa....

Bahan Untuk Pastri:-
125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.
  2. UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.
  3. UNTUK TAT:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang....

CRISPY FISH WITH APRICOT SAUCE


Ini resipi yang dicadangkan oleh Ho Ah Lin @ Kak Lina @ Nor Zailina Nordin pada mat....kalau dah nama tukang masak tu, dia beri idea, kita buat, hasilnya memang memuaskan, sedap dan rangup. Sosnya mat cipta sendiri laah, yelah tukang masak dah beri idea, yang selebihnya sendiri leer pandai2. Cuma satu je, hidangan nie teramat sedap dihidangkan panas2, ketika ikan tu masih rangup diluar tapi lembutttt di dalam...aduh nyamannn bahhh!!!

Bahan Utama:-
1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
1 biji telur, dikacau sedikit
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
3/4 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
1 1/2 cawan quaker oat
Minyak utk goreng trendam

Bahan Sos:-
2 camca besar jem apricot
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 camca teh cuka
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
2 camca besar kicap cair
3 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula (jika perlu)

Bahan Lain:-
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, dihiris serong
1/2 biji green capsicum, didadu

Cara membuatnya:-
  1. PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
  2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api.
  3. UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain....

GULAU UDANG GALAH DAUN TURI


Udang galah lagi, tapi kali ni, masak dengan daun turi.....special for my dad...maklumlah dia dah pi mancing, sampai sakit pinggang sebab dok atas sampan tu, tapi dah minat tak peduli dahhh...resipi mat tak beri sebab sama dgn masakan gulai udang galah dengan timun, cuma tukar timun dgn daun turi saja......ok semuaa....cuci mata puas2 yeaa...