BEN ASHAARI

Friday, November 28, 2008

TEMPOYAK CILI HIJAU

Tempoyak Cili Hijau

Bagi penggemar tempoyak, masakan ni bukan saja senang maut tapi sedap dimakan kala hangat bersama nasi hangat dan juga di malam yang hangat.....ahaks, silap2 boleh "hangittt!!!".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 batang serai, dititik
10 bii cili hijau, dihiris
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis, serbuk kunyit dan tuang air.
  2. Masukkan asam gelugor dan tempoyak, kacau hingga rata. Tambah garam secukup rasa, kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan segera....

5 comments:

IBU AUFA said...

cuba tambah petai sikit ngan cili padi sebiji-sebiji...lagi terangkat cik mat...silap-silap kena angkut plak

yus5478 said...

sedapnya... kecur air liur.. dahlah belum makan tengahari lagi nih..

echah_syed said...

kwn combi org pahang..dia tumbuk bilis,tumbuk cili padi pastu campur ngn tempoyak..punyer ler sedap mat mkn dgn nasi panas.. :p

sahih mertua ko lalu pun ko buat derk jer ekeke :p

cemut said...

kita suka tempoyak..bole terai buat mlm ni.thxxxxxxxxxxxxx mG

Lidia Sianturi said...

tempoyak itu englishnya apa ya?