BEN ASHAARI

Wednesday, November 19, 2008

TAUHU MASAM MANIS

Tauhu Masam Manis

Taragak nak makan tauhu masam manis pulak, tapi bahan2 macam tak cukup, jadi bedal saja apa yang ada, kita yang buat dia kan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 tube tauhu jepun, potong 8 setiap satu tube
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
5 batang crab stick, potong 4 setiap 1
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, potong serong
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng tauhu jepun hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bawag besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
  2. Masukkan sos cili thai, sos tiram, sos tomato dan juga leek, gaul rata dan tambah sedikit air jika perlu. Bila mendidih, masukkan crab stick dan tomato. Letak garam secukup rasa dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan tauhu dan gaul rata. Matikan api dan hidangkan segera....ishh ratah macam tu pun sedappp!!!

4 comments:

Rai said...

waaa..sedapnya nampak... sumer bahan2 ada kecuali leek.. ptg ni bleh la rai masak tauhu jepun ni... thanks cik mat...

Mat Gebu said...

rai...
kalau tak de leek, ganti dgn daun bawang pun ok..kalau tak de, tak yah letak pun ok...kalau nak letak udang, lagi sedappp!!!

blue iris said...

cik mat, bole tak bagi petua macam mane nak goreng tauhu jepun tu jgn bagi dia meletup2 menari2 dlm kuali tu sampai terpercik minyak panas kena kat lengan, muka dan bajuku?

cuki said...

wow... cik mat masak hari-hari ke?
enak-enak je nampak masakan cik mat.
kalaula i ada waktu nak memasak...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.