BEN ASHAARI

Monday, November 17, 2008

SAMBAL TEMPOYAK MASAK

Sambal Tempoyak Masak

Masa jalan kat FP Mak Lang ternampak sambal tempoyak masak (ishh..betul ke nama dia?)...tapi lain sikit dari mat punya, apa2 pun terima kasih lah pada mak lang sebab bagi idea dalam kepala otak ku yang dah mula kering kontang ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang serai, dititik
1/2 cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
15 - 20 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk kasar2)
Sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. Tuang air dan tambah sedikit garam.
  2. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam2 dan nasi hangat....

5 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedapnye sambal tempoyak...nih rasa laaa ning gak kite nak terebang balik mesia....huhuhuh

kd-gardens said...

....ehemmmm tempoyak memang sodap...uisshhh terliur u.

eqbalzack said...

perghh, sodap!

ma'chiks said...

ari ni jejalan rayau asyik jumpa masakan bertempoyak je...dah la lama kita takde stok tempoyak..issh!

Ummu Hanan said...

Uish, sedapnya..terliur rasa ni..Dah la mmg tengah lapar ni..Kecur air liur tengok..^_^

http://nurkids2u.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.