BEN ASHAARI

Tuesday, November 25, 2008

RENDANG LOKAN

Rendang Lokan

Sedapnya rendang lokan..boleh ganti dengan kerang, kalau guna sotong atau udang pun sedap lah agaknya.....N3 ni sepatutnya nak pos malam tadi, tapi "HOT" pasal ke n3 dibawah tu membuatkan ku terbantut. Hari ni baru pos...Sedap dimakan dengan apa saja, kalau yg tak makan ayam/daging, boleh cuma masak ni untuk raya haji nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 1/2 cawan isi lokan
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut (optional)
1 camca besar gula melaka
1 1/2 camca besar kerisik
1 cawan pati santan
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam secukup rasa
2 camca besar cili kisar*
2 camca besar rempah kari ikan*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 biji buah keras*
1 camca teh lada hitam*
4 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih hiris hingga kekuningan, masukkan bahan2 kisar halus dan masak dengan api sederhana hingga rempah garing dan terbit minyak.
  2. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, kacau rata. Bila mendidih, masukkan daun limau purut, asam gelugor, garam dan gula melaka. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan lokan dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga rendang pekat dan sedikit kering. Tambah hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan makanan kegemaran anda...

5 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

nampak sedap nih...mane nak cari lokan kan sini ya...

echah_syed said...

yummy..!

gegar suda napsu mkn combi ni mat.. :p

... said...

Assalamualaikum,

Saya takdak lama ikut blog En Mat Gebu,tp tertarik la dgn gambar dah resepi yg menarik.Bila saya baca pasal perompak siber,saya ada email tuan empunya website itu.Alhamdulilah dia dah membalas,dibawah saya copy email saudara tadi.Nampak betul dia sudah insaf dan betul2 kesal. Sebab itulah dia dah menghentikan jualan ebook itu.


Salam!
Saya telah berutusan sms bsama salah seorang pemilik rspi
- hasilnya saya dinasihatkan utk delete web tsbt
- saya telah delete ke2 web jualan rspi bskt & dgg sebagai tanda
hormat kpd smua pmlk rspi
- harap dpt forwardkn emel ni pd mrk
- sy mohon maaf pd smua yg telah dizalimi saya
- kiranya manfaat dpd web tsbt sy hadiahkan phla nya pd mereka & sy
minta halal dunia akhirat
- harap smuanya masih sudi berkawan dgn saya & maafkanlah saya yg kerdil nih
- jika ada sahabat2 yg perlukan bantuan utk buat ebook bolehlah
hubungi saya, saya akan bantu sekadar mampu

sekian ampun maaf,
izwan

VG said...

Yummy Mat. Gotta try this.

A surprise is waiting for you on my blog. Check out my post AWARDS: LOADS OF THEM - AGAIN

Salt N Turmeric said...

Mat, lokan tu apa ye? Farina rasa nak try buat rendang kerang one day nanti. Kena rebus dulu ke kerang tu sebelum di buat rendang?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.